Sie sind auf Seite 1von 6

Apa itu Aqiqqah ?

Aqiqah dalam pandangan Islam


Pelaksanaan aqiqah menurut kesepakatan para ulama adalah hari ketujuh dari kelahiran. Hal ini berdasarkan hadist samirah di mana Nabi saw. Bersabda, Seorang anak terikat dengan aqiqahnya. Ia disembelihkan aqiqah pada hari ketujuh dan diberi nama. ( H.R. Al-Tirmidzi). Namun demikian, apabila terlewat dan tidak bisa dilaksanakan pada hari ketujuh, ia bisa dilaksanakan pada hari ke-14. Dan jika tidak juga, maka pada hari ke-21 atau kapan saja ia mampu. Imam Malik berkata : Pada dzohirnya bahwa keterikatannya pada hari ke-7 (tujuh) atas dasar anjuran, maka sekiranya menyembilih pada hari ke-4 (empat), ke-8 (delapan), ke-10 (sepuluh) atau setelahnya aqiqah itu telah cukup. Karena prinsip ajaran Islam adalah memudahkan bukan menyulitkan sebagaimana firman Allah swt : Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. (QS. Al Baqarah : 185)

Hukum Pelaksanaan Ibadah Aqiqah


Hukum melaksanakan Aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunnah dan sangat dianjurkan dalam Islam sesuai pendapat dari jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Hal ini dikuatkan dengan sabda Nabi dalam sebuah hadist : Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas shalat-shalat lima waktu.

Hewan untuk aqiqah


Masalah kambing yang layak untuk dijadikan sembelihan aqiqah adalah kambing yang sehat, baik, tidak ada cacatnya. Semakin besar dan gemuk tentu semakin baik. Keharusan anak yang dilahirkan untuk menyentuh kambing yang disembelih untuk aqiqah, jelas tidak ada dasar hukumnya atau hanya kebiasaan saja.

Daging aqiqah lebih baik mentah atau dimasak ?


Dianjurkan agar dagingnya diberikan dalam kondisi sudah dimasak. Hadist Aisyah ra. Sunnahnya dua ekor kambing untuk anak laki-laki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan (oleh keluarganya), dan disedekahkan pada hari ketujuh. (HR al-Bayhaqi)

Yang berhak menerima daging sembelihan aqiqah ?


Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dikalangan umat islam begitu juga dengan aqiqah. Walau bagaimapun berdasarkan beberapa buah hadist dan amalan Rasulullah dan sahabat kita di sunnahkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut ,bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi

Bab 28: `Aqiqah


PENGERTIAN AQIQAH

Aqiqah ialah sembelihan binatang anam yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wataala.

HUKUM MELAKUKAN AQIQAH

Hukum melakukan aqiqah ialah sunnah muakkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanakkanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN AQIQAH

Waktu melakukan aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. Sabda Rasullullah sallallahu alayhi wasallam:

. ,
Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud) SYARAT AQIQAH 1. 2. Berniat aqiqah ketika menyembelih. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.

PERKARA SUNAT SEMASA AQIQAH

1. Berdoa semasa hendak menyembelih:

( ... sebut nama anak)


Maksudnya: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini aqiqah".

2. Menyembelih ketika matahari sedang naik.


3. Daging aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan.

4. Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendisendinya.

5. Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.


6. Memasak daging aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

1. Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.


2. Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.

3. Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas. 4. Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau
pisang.

5. Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.

6. Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.


7. 8. 9. Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih aqiqah untuknya. Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. Menyedekahkan daging aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH AQIQAH 1. 2. 3. 4. 5. 6. Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya: Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.

Perbezaan antara aqiqah dan qurban. Terdapat beberapa perbezaan antara aqiqah dengan qurban:

1. Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu
selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah. 2. Daging aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.

3. Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah,
manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail. 4. Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak

Bab 26: Penyembelihan : Pengertian Penyembelihan


Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syara bermaksud menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam.

Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam :

Maksudnya: Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher (Riwayat Ibnu Abbas) HUKUM PENYEMBELIHAN

Hukumnya wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ia halal dimakan. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis. Firman Allah subhanahu wataala:

Maksudnya: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) (Surah Al-Maidah 5:3) DALIL PENSYARIATAN PENYEMBELIHAN Firman Allah subhanahu wataala:

Maksudnya: Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya. (Surah Al-Anam, 6:118)

Sabda Rasulullah sallallahu alayhi wasallam yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik terhadap sesuatu. Oleh kerana itu, jika kamu membunuh, perbaikkanlah cara membunuhnya, apabila kamu menyembelih maka perelokkanlah cara penyembelihannya serta tajamkanlah pisaunya dan mudahkanlah penyembelihannya itu. (Riwayat Muslim) RUKUN PENYEMBELIHAN Penyembelih: a) Islam sama ada lelaki atau perempuan atau kanak-kanak yang mumayyiz. b) Ahli kitab, samada Yahudi atau Nasrani. c) Berakal dan berfikiran waras. d) Tidak melakukan penyembelihan di dalam ihram haji (bagi binatang buruan).

Binatang Yang Disembelih: Binatang yang halal itu segala jenis binatang yang baik dan tidak mendatangkan mudharat kepada orang yang memakannya seperti ayam, itik, lembu dan sebagainya. Binatang yang tidak halal dimakan dibahagikan kepada dua kumpulan: a) Haiwan darat. Semua haiwan darat dihalalkan untuk orang Islam, kecuali seperti berikut:

Babi dan keturunannya. Anjing. Haiwan halal yang tidak disembelih mengikut hukum syara Haiwan yang bertaring dan menggunakannya untuk mencakar dan membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah dan seumpamanya Burung yang mempunyai kuku pencakar atau memakan secara menyambar seperti burung helang, gagak, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang diperintah oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti tikus, lipan, lipas, kala jengking, dan seumpamanya Haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya, iaitu seperti semut dan lebah. Haiwan-haiwan yang dipandang jijik oleh umum, seperti kutu, lalat, ulat, dan seumpamanya. Haiwan yang hidup dua alam, iaitu di air dan di darat seperti katak, buaya, kura-kura, dan sebagainya. b) Haiwan Laut. Pada hakikatnya, semua haiwan laut hanya hidup dalam air sahaja dan adalah halal bagi orang Islam, kecuali:

Semua jenis haiwan laut yang mengandungi racun. Semua jenis haiwan laut yang boleh memabukkan jika dimakan; dan semua jenis haiwan laut yang boleh mendatangkan kemudharatan atau bahaya kepada kesihatan manusia. Alat Penyembelihan:

Alat penyembelihan yang hendak digunakan mestilah tajam, boleh melukakan, dan mengalirkan darah binatang tersebut. Contohnya seperti pisau, parang, dan sebagainya. Alat tersebut mestilah tidak boleh diperbuat daripadaa gigi, tulang, atau kuku. Bahagian Yang Disembelih: Sembelihan yang sah hendaklah memutuskan halqum (saluran pernafasan) dan mari(saluran makanan dan minuman) dan memutuskan vena jagular dan arteri karotid. Hukum memutuskan halkum dan mari adalah wajib manakala memutuskan vena jagular dan arteri karotid adalah sunat. Bagi haiwan yang tidak dapat disembelih pada leher kerana sesuatu sebab seperti haiwan buruan, maka adalah dibolehkan penyembelihan pada mana-mana bahagian anggotanya. Ini adalah untuk mematikannya dengan syarat niat menyembelih. SYARAT SAH PENYEMBELIHAN Syarat sah penyembelihan adalah seperti berikut:

Penyembelihan dilakukan oleh orang Islam atau ahli kitab. Dilakukan dengan niat menyembelih kerana Allah. Binatang itu masih hidup ketika disembelih. Binatang itu adalah halal dimakan. Menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi dan tulang. Putus halqum dan urat mari dengan sebab penyembelihan. Mati dengan sekali sembelihan sahaja. Tidak dilakukan penyembelihan kerana selain dari Allah.

Tidak dilakukan dalam ihram (binatang buruan darat).

Tambahan: Sejajar dengan perkembangan semasa penyembelihan bagi tujuan komersil mesti dilakukan oleh orang yang mendapat sijil tauliah penyembelihan dari Jabatan Agama Islam Negeri. PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHAN

Membaca basmalah. Menghadap binatang tersebut ke arah qiblat. Membaca salawat ke atas Nabi. Memutuskan dua urat dari kiri dan kanan supaya cepat mati. Menggunakan pisau yang tajam. Binatang itu dibaringkan di atas rusuk kiri. Melakukan penyembelihan dengan segera.

PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHAN

Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih. Menyembelih hingga terputus kepala. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.

HIKMAH PENYEMBELIHAN Penyembelihan diwajibkan ke atas setiap haiwan yang halal dimakan oleh orang Islam untuk memastikan sumber yang dimakan dapat memberikan kesan positif pada diri seseorang muslim itu dari segi mental, fizikal, sikap, atau perwatakan, dan sebagainya. Sesuatu yang bersumberkan yang haram, buruk dan najis lazimnya akan menghasilkan sesuatu keburukan yang lain pula. Selain itu, penyembelihan juga dapat memberikan banyak kebaikan dan hikmat. Antaranya adalah seperti berikut:

Untuk menunjukkan perbezaan yang nyata antara cara orang Islam dan cara orang kafir dalam soal mematikan haiwan. Untuk menunjukkan perbezaan daging yang halal dimakan dan yang haram dimakan oleh orang Islam. Untuk memastikan haiwan tersebut tidak mengalami kesakitan yang terseksa ketika disembelih kecuali dalam masa yang singkat. Agar darah dari dalam haiwan berkenaan dapat mengalir dengan cepat. Ini seterusnya dapat mengelakkan daripada jangkitan kuman yang mungkin ada dalam darah haiwan tersebut. Sebagai meminta keizinan dari Allah subhanahu wataala kerana haiwan dan manusia adalah makhluk Allah subhanahu wataala yang bernyawa.

Das könnte Ihnen auch gefallen