Sie sind auf Seite 1von 25

BAB 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

Permintaan Konsep Permintaan


Permintaan merupakan kesanggupan membeli

barang-barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam satu tempoh masa tertentu. Permintaan ini dikenali sebagai permintaan berkesan sebab ia disokong oleh wang atau kuasa membeli. Permintaan berkesan adalah berlainan daripada kehendak kerana kehendak hanya merupakan satu keinginan terhadap barang-barang dan perkhidmatan tetapi disebabkan pendapatan yang terhad, barang itu tidak dapat diperolehi.

Permintaan mempunyai hubungan yang negatif

dengan harga. Biasanya apabila harga sesuatu barang turun, kuantiti yang diminta terhadap barang itu akan naik. Sebaliknya apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang diminta terhadap barang itu akan turun. Contohnya, apabila sebuah kedai pakaian mengadakan ualan murah dengan menurunkan harga pakaian. Maka, lebih banyak orang akan membeli pakaian di kedai tersebut iaitu permintaan pakaian akan meningkat apabila harganya turun. Sebaliknya apabila harga pakaian itu naik, permintaan terhadap pakaian di kedai itu akan jatuh.

Walau bagaimanapun, selain daripada faktor harga,

terdapat faktor-faktor lain yang memengaruhi permintaan seperti pendapatan, cita rasa, harga barang lain, musim, jangkaan masa depan, agihan pendapaan , dan lain-lain.

Hukum Permintaan
Hukum permintaan mengatakan apabila harga turun,

kuantiti yang diminta terhadap sesuatu barang dan perkidmatan akan meningkat dan sebalikna jika harga naik, kuantiti yang diminta akan berkurangan dengan andaian faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi permintaan adalah tidak berubah

Ini bermakna hubungan antara harga dan kuantiti

yang diminta terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan adalah secara songsang dengan andaian ceteris paribus. Hukum permintaan yang sedimikian berlaku disebabkanoleh dua kesan iatu kesan penggantian dan kesan pendapatan. Kesan penggantian ialah suatu keadaan di mana apabila harga suatu barang turun tetapi harga barang lain tetap, maka permintaan terhadap barang tersebut akan bertambah sebab secara bandingannya harga barang tersebut adalah lebih murah berbanding dengan harga barang lain.

Jika harga suatu barang naik tetapi harga barang lai

tetap, maka permintaan terhadap barang tersebut akan berkurangan sebab seara bandingannya harga barang tersebut adalah lebih mahal berbanding dengan harga barang lain. Contoh barang pengganti adalah ikan dan daging, ikan dan daging boleh diganti antara satu sama lain. Apabila harga ikan naik, secara bandingnya harga daging menjadi lebih murah berbanding dengan harga ikan. Ini menyebabkan permintaan terhadap daging meningkat sementara permintaan terhadap ikan jatuh.

Sebaliknya jika harga ikan turun, secara bandingannya

harga daging menjadi lebih mahal berbanding dengan harga ikan. Ini menyebabkan permintaan terhadap ikan meningkat manakala permintaan terhadap daging jatuh.

Kesan pendapatan pula ialah suatu keadaan di mana

perubahan harga mengubah pendapatan benar dan seterusnya ia mengakibatkan perubahan dalam permintaan. Contohnya apabila harga sesuatu barang turun, pendapatan benar atau kuasa beli isi rumah meningkat kerana dengan jumlah pendapatan wang yang sama, ia dapat membeli lebih banyak barangbarang dan perkhidmatan. Sekiranya harga sesuatu barang naik, pendapatan benar isi rumah akan turun iaitu dengan jumlah pendapatan wang yang sama, ia dapat membeli sedikit barang-barang dan perkhidmatan.

Kesan pendapatan dapat dilihat seperti

dalam jadual
Pendapatan Harga Kuantiti Epal

Isi Rumah (RM) Epal (RM) Diminta (biji)

150

0.50

300

150
150

1.00
1.50

150
75

Jadual 3.2: Jadual Perubahan Permintaan

terhadap Epal oleh Isi Rumah Hasil Daripada Kesan Pendapatan

Daripada jadual 3.2, apabila sebiji epal RM1.00, isi

rumah yang mempunyai pendapatan RM150 dapat membeli 150 biji epal. Sekiranya harga epal jatuh menjadi RM0.50 sebiji, isi rumah yang mempunyai pendapatan RM150 dapat membeli 300 biji epal. Jika harga epal naik menjadi RM1.50 sebiji, isi rumah yang mempunyai pendapatan yang sama hanya dapat membeli 75 biji epal sahaja.

Jadual dan Keluk Permintaan Seperti yang kita ketahui, hubungan antara harga dan kuantiti barang yang dimnta dalah secara songsang atau negatif iaitu:
apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang

diminta terhadap barang tersebut akan turun


sebaliknya, apabila harga sesuatu barang turun, kuantiti

yang diminta terhadap barang tersebut akan naik.

Perhubungan tersebut boleh ditunjukkan dengan

lebih jelas dengan merujuk kepada jadual :


Harga
(RM) 1.00 0.80 0.60 0.40 0.20

Kuantiti
Diminta (biji) 2 4 6 8 10

Titik-Titik di atas
Keluk Permintaan A B C D E

Jadual permintaan Isi rumah terhadap epal

Jadual menunjukkan permintaan isi rumah terhadap

epal. Apabila harga epal ialah RM0.60 sebiji, kuantiti epal yang diminta ialah 6 biji, sekiranya harga naik menjadi RM0.80, kuantiti epal yang diminta jatuh menjadi 4 biji, jika harga epal naik lagi menjadi RM1.00, kuantiti epal yang diminta turun lagi iaitu menjadi 2 biji sahaja.
Sebaliknya jika harga epal turun dari RM0.60 menjadi

RM0.40, kuantiti epal yagn diminta naik dari dari 6 biji kepada 8 biji. Sekiranya harga epal jatuh lagi menjadi RM0.20 sebiji, kuantiti yang diminta naik kepada 10 biji.

Maklumat daripada jadual permintaan di atas boleh

digunakan untuk melukis sebuah keluk permintaan untuk menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti barang yang diminta seperti Rajah dibawah.

Paksi menegak keluk permintaan menunjukkan

pelbagai tingkat harga dan paksi mendatar menunjukkan kuantiti diminta. Titik A,B,C,D, dan E masing-masing ialah titik persilangan di antara tingkat harga dengan kuantiti yang diminta. Keluk permintaan merupakan satu garisan lurus yang menyambungkan semua titik persilangan. Keluk permintaan yang diperoleh adalah merupakan satu garisan lurus yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk permintaan menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta adalah secara negatif atau songsang.

Penentu Permintaan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan

seperti:

Harga Barang Itu Sendiri Harga barang itu sendiri merupakan faktor yang terpenting

dalam mempengaruhi permintaan barang tersebut. Apabila harga barang itu naik, kuantiti barang yang diminta akan turun. Sebaliknya apabila harga barang itu turun, kuantiti barang yang diminta akan naik.
Harga Harga Kuantiti Kuantiti

Harga Barang Lain

Harga barang lain juga kan mempengaruhi

permintaan sesuatu barang kerana barang-barang dalam ekonomi ada hubungan. Barang lain dimaksudkan sebagai barang pengganti dan barang penggenap. Barang pengganti barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh: teh dan kopi. Barang penggenap barang yang perlu digunakan bersama barang lain. Contoh: kereta dan petrol.

Oleh itu hubungan antara harga sesuatu barang

dengan kuantiti barang pengganti yang diminta adalah positif. Hubungan tersebut dapat dijelaskan seperti yang berikut.

Harga Barang X

Kuantiti Barang Y

(Px)
naik turun

Yang Diminta (Qy)


Meningkat Merosot

Manakala hubungan antara harga suatu barang

dengan barang penggenapnya adalah negatif atau songsang. Hubungan tersebut dapat dijelaskan seperti yang berikut.
Harga Kuantiti Barang N

Barang M (PM)
Naik

Yang Diminta (QN)


Berkurang

Jatuh

Bertambah

Cita Rasa
Cita rasa ialah kegemaran individu terhadap sesuatu

barang. Ia boleh berubah dari semasa ke semasa dan dipengaruhi oleh iklan dan aliran fesyen semasa. Contohnya, apabila fesyen pakaian tertentu menjadi popular pada satu masa, permintaan terhadap fesyen tersebut meningkat berbanding dengan fesyen yang lain.

Pendapatan individu
Pendapatan yang diterima oleh individu akan menentukan

kemampuan membeli dan corak perbelanjaan. Sekiranya pendapatan individu bertambah, kemampuan membeli meningkat, maka permintaan terhadap barangbarang dan perkhidmatan bertambah. Sebaliknya jika pendapatan individu turun, permintaan akan jatuh kerana kuasa membeli individu juga turun. Walau bagaimanapun, perubahan pendapatan juga akan mempengaruhi corak perbelanjaan individu. Contohnya, jika pendapatan rendah, barang yang lebih murah akan dibeli berbanding dengan individu yang berpendapatan tinggi, barang yang lebih mahal mampu dibeli.

Jangkaan Harga Masa Depan


Jangkaan harga masa depan juga boleh mempengaruhi

permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan. Sekiranya isi rumah menjangka bahawa harga sesuatu barang akan naik pada masa depan, ia akan membelinya pada masa sekarang untuk kegunaan masa depan. Dengan itu permintaan masa kini akan naik. Sebaliknya, jika dijangka harga barang tertentu akan jatuh pada masa depan, isi rumah akan membeli pada masa akan datang, maka permintaan pada masa kini akan turun.

Musim
Di negara yang mengalami empat musim, permintaan

terhadap baju sejuk adalah tinggi pada musim sejuk. Di negara kita, pada musim hujan, permintaan terhadap payung akan bertambah. Selain itu, pada musim perayaan, permintaan terhadap pakaian dan makanan akan meningkat.

Dasar Kerajaan
Antara dasar kerajaan yang boleh mempengaruhi

permintaan individu ialah cukai, subsidi, atau penguatkuasaan undang-undang.


Contohnya, apabila kerajaan menaikkan cukai

terhadap barang-barang import, maka permintaan terhadap barang import akan jatuh kerana harganya mahal. Sebaliknya, permintaan terhadap barang tempatan pula akan meningkat.

Das könnte Ihnen auch gefallen