Sie sind auf Seite 1von 7

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

Jawapan

Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang keistimewaan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B 1. Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini. Rangka karangan karangan bentuk pendapat Pendahuluan maksud kitar semula/bila program kitar semula mula diaksanakan Isi - Peranan remaja iaitu melatih diri/mendisiplinkan diri mengumpul barangan yang boleh dikitar semula. Mengajak rakanrakan/adik-adik agar menyertai program ini. Melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak kerajaan/NGO. Mulakan tabiat mengumpul barang yang boleh dikitar semula di rumah/sekolah. Kesimpulan harapan agar program ini mendapat sambutan setiap rakyat di Malaysia agar negara bebas daripada ancaman pencemaran dan kepupusan bahan mentah. *kemukakan beberapa peribahasa seperti hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Beringat-ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis. 2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak. Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak. Rangka karangan - karangan berbentuk pendapat Pendahuluan jenis-jenis gejala sosial/jenis remaja yang telibat/faktor kegagalan ibu bapa. Isi langkah-langkahnya ialah ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Anak-anak perlu dibeekalkan dengan ilmu agama yang mncukupi/ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Bertanggungjawab terhadap kebajikan/keperluan anak-anak. Memantau pergerakan anak-anak di rumah, sekolah, dan semasa anak-anak keluar dengan rakan-rakan. Mengenali rakan anak-anak. Menunjukkan teladan yang baik Kesimpulan Ibu bapa perlu mengambil langkah yang drastik/positif dalam membentuk jati diri anak-anak agar terhindar daripada gejala sosial yang semakin membengkak dalam kalangan remaja masa kini. *Peribahasa- duri dalam daging. Seperti menatang minyak yang penuh. Sudah terantuk baru terngadah.

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011


3. Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Rangka karangan karangan format berbentuk ceramah Pendahuluan ucapan alu-aluan kepada tetamu kehormat dan hadirin/ucapan penghargaan/tajuk ceramah Isi Faktor pemakanan seseorang menyebabkan meereka mudah diserang penyakit seperti jantung, buah pinggang,darah tinggi,kencing manis,barah Masyarakat perlu menjaga pemakanaan yang seimbang bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit berbahaya, malah bagi menjamin kecerdasan minda. Pengambilan makanan yang seimbang iaitu yang mengikut piramid pemakanan. Orang ramai terutama remaja yang sedang membesar perlukan pemakanan seimbang supaya otak berfungsi dengan lebih aktif. Remaja perlukan kesihatan yang baik kerana merekalah bakal peneraju negara. Penutup tegaskan perlunya pemakanan seimbang agar masyarakt dapat hidup sihat dan dapat mencurahkan tenaga untuk manfaat kepada diri sendiri dan juga negara. Ucapan terima kasih. * Peribahasa -badan sihat/cergas otak cerdas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my 4. Keganasan dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kekacauan dan peperangan di kebanyakan dunia telah mencetus kesengsaraan dan penderitaan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini telah menganggu pembangunan sosial dan ekonomi negara. Ulaskan penyataan di atas. Rangka karangan karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan sedang berlaku di seluruh dunia bagi menjawab soalan ini. Pendahuluan jenis-jenis kekacauan yang berlaku di seluruh dunia seperti tunjuk perasaan/perang saudara/serangan oleh kuasa luar/besar. Faktor kekacauan dan negara yang terlibat seperti di Iraq yang diserang AS, Mesir, Thailand, dan Libya tunjuk perasaan dan keganasan rakyat, rakyat Palestine yang diserang Israel, Pakistan - ras dan agama Isi Penderitaan rakyat diseksa/kematian/dirogol/kehilangan keluarga/kehilangan tempat tinggal dan harta/kebuluran/ penyakit/keciciran dalam pelajaran/pelarian/jenayah. Ekonomi dan kemajuan negara negara /bangunan/infrastruktur musnah. Pendidikan terbantut. Sumber pendapatan negara berkurangan/tiada. Negara menjadi miskin setiap isi dikukuhkan dengan bukti negara-negara yang terlibat. Penutup jadikan pengajaran/negara-negara lain perlu bantu, PBB perlu tegas,campur tangan,adil. *Peribahasa gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 5. Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa, Belakang parang kalau diasah, lama-lama akan tajam juga. Rangka karangan bertemakan peribahasa yang membawa maksud walaupun kurang pandai tetapi sekiranya seseorang itu berusaha, akhirnya dia akan berjaya. Dalam karangan perlu ada tema, persoalan, watak,latar dan plot.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

Bahasa Melayu
Rumusan Pendahuluan

Kertas 2

Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas (mengikut tema petikan bukan sinonim kepada perkataan) ibu bapa dalam mengalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan. Isi tersurat (ambil seperti yang terdapat dalam petikan. Tidak perlu edit atau ubah ayat agar maksud ayat tidak berubah. Peranan ibu bapa sahaja)) 1. 2. JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral mereka/ibu bapa boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. ibu bapa juga boleh mengalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum (seperti sukan dan permainan) ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi. ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. mereka/ibu bapa juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik sematamata/mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka

Isi tersirat (perlukan idea daripada calon sendiri, jangan ambil/cedok daripada petikan) kekangannya kepada anak-anak (kekangan/halangan yang dihadapi oleh anak-anak sahaja) 1. 2. 3. 4. anak-anak/pelajar dibebani kerja rumah anak-anak tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa/minat anak-anak dalam bidang sukan ditentang oleh ibu bapa anak-anak lebih berminat bermain peralatan elektronik(play station/game/telefon bimbit) anak-anak tidak mampu membeli peralatan sukan sendiri

Kesimpulan (perlu ada cadangan - kesimpulannya dan harapan - agar) Kesimpulannya, Ibu bapa perlulah menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan agar mutu sukan negara cemerlang/ pencapaian anak-anak dalam bidang sukan cemerlang *pastikan bilangan perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan kerana isi selepas 120 patah perkataan tidak akan disemak

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011


2 (a) Jawapan Petikan Umum i. Maksudkan melakar kemenangan ialah mengukir kejayaan (maksud berdasarkan petikan bukan sinonim daripada kamus- 2 markah) ii. Beberapa langkah yang perlu di laksanakan pada peringkat sekolah bagi menarik perhatian pelajar-pelajar agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan ialah menyediakan guru khas sukan/permainan agar pelajar didedahkan dengan peraturan permainan/sukan yang betul/menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan/memberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan agar mereka rasa dihargai/ menyediakan kelas-kelas tambahan/tution sekiranya mereka ketinggalan dalam akademik/menyediakan peralatan sukan yang bermutu tinggi. (idea daripada calon sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan maksimum 4 isi) iii. Manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut/berusaha untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih serius/mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut/kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat/motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. ( Jawapan dari dalam petikan maksimum 3 isi) 2 (b) Jawapan Petikan Prosa Moden i. Punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh ialah serangan kapal terbang/bom yang digugurkan daripada kapal terbang tentera Jepun ( Jawapan dari dalam petikan namun perlu diolah supaya jawapan lebih jelas - 2 markah) ii. Beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah paparkan kesengsaran rakyat menanggung derita akibat peperangan/ keganasan semasa penjajahan Jepun/Inggeris. Jadikan prasyarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau untuk mendapatkan pekerjaan. Adakan kempen penyertaan beramai-ramai dengan menawarkan ganjaran seperti peluang untuk mendapatkan biasiswa. Mewajibkan semua belia yang telah menamatkan persekolah agar menyertai PLKN. (Jawapan daripada idea sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan maksimun 4 isi) iii. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemusnahan akibat penjajahan contoh benteng Kuala Pak Amat telah musnah akibat dibom @ tabah meneruskan perjuangan walaupun tanpa pemimpin contohnya penduduk Kuala Pak Amat terpaksa meneruskan perjuangan mereka menyelamatkan diri walaupun tanpa Pak Husin yang selama ini dianggap pejuang mereka. (Pilih satu isi beserta contoh yang terdapat dalam petikan sahaja) Dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah keberanian dan kecekalan dalam menentang musuh/kerjasama antara anggota masyarakat dalam menghadapi kesukaran/mengenang jasa tokoh yang telah berjasa/membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup/hormat kepada warga tua (Kemukakan dua isi beserta contoh yang bukan terdapat dalam petikan tetapi dalam cerpen- maksimum 2 isi)

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011


2 (c) Jawapan Petikan Prosa Tradisional (i) Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga kerana hanya mereka berdua yang hidup, nenek dan ibu bapa mereka telah terbunuh, sekiranya mereka terus tinggal di situ mereka tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan mereka perlu mencari tempat tinggal yang lebih baik. (maksimum 3 isi) (jawapan ada dalam petikan namun, calon perlu ubah kepada ayat moden - betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana) (i) Sekiranya saya Merah Hasum, saya akan setuju dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga kerana Semerlanga sudah tidak selamat didiami/saya dan Merah Silu mungkin dibunuh oleh musuh/sudah tiada sumber untuk membangunkan kerajaan Semerlanga/keluarga telah tiada/membawa kenangan yang amat menyedihkan/perlu meneruskan hidup dan panjangkan zuriat. Saya tidak akan setuju kerana saya dan Merah Silu perlu meneraju semula kerajaan Semerlanga yang kematian raja/saya dan Merah Silu sahaja zuriat raja yang tinggal/mesti berani mengalahkan musuh yang membunuh keluarga saya/masih ada pengikut yang berjanji akan taat setia (Boleh pilih sama ada setuju atau tidak maksimum 3 isi) (ii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai taat setia contohnya rakyat yang mengaku akan taat setia kepada Merah Silu dan Merah Hasum/nilai kecekalan/keyakinan, Merah Silu dan Merah Hasum berani menghadapi cabaran untuk berhijrah bagi memulakan kehidupan baru/nilai kesepakatan, Merah Silu dan Merah Hasum bersepakat untuk berhijrah (pilih satu nilai dengan satu contoh yang ada dalam petikan sahaja) dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita ialah nilai murah hati/ nilai menghormati tetamu/nilai berdikari/nilai keberanian (pilih dua nilai beserta dua contoh dan tidak boleh diambil daripada petikan maksimum dua isi daripada keseluruhan petikan) 2(d) Jawapan Puisi Moden i. Berdasarkan rangkap ketiga, penyajak menyeru anak bangsanya agar bangkit daripada lena/lalai supaya mereka tidak menyesal melihat hasil bumi berkurangan disebabkan pembangunan - (2 markah) ii. Beberapa usaha yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan-rakan yang hanyut dibuai kemajuan teknologi ialah menasihati mereka agar sedar bahawa anak-anak Malaysia perlu berjuang sekiranya tidak mahu negara ketinggalan/bersama-sama menggunakan kemudahan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri atau negara/menggalakkan mereka mengceburi aktiviti riadah/sukan/kebajikan (perlu idea sendiri maksimum 3 isi) iii. Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas ialah kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka/kita perlu merebut peluang yang ada di depan mata sekiranya ingin berjaya/kita perlu bersaing dengan bangsa lain sekiranya ingin maju/kita jangan leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan (perlu ada huraian ringkas maksimum 3 isi)

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011


Jawapan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Bina satu ayat sahaja dan perkataan yang diuji mesti ada dalam ayat. Boleh bina ayat aktif//ayat pasif/ayat yang menunjukkan maksud perkataan atau ayat perbualan yang lengkap dengan tanda bacaan. i. ii. iii. iv. v. vi. Tunggang-langgang -berlari pontang-panting/keadaan tempat (bilik)yang tidak kemas gegap-gempita -keadaan riuh-rendah Kacau-bilau -keadaan yang sangat kacau/tidak tenteram Kusut-masai -kedudukan perkara yang sangat bercelaru/fikiran yang tidak tenteram/keadaan diri yang tidak kemas Lintang-pukang -bergerak bertempiaran hiru-biru -keadaan yang bising/kekacauan atau berlaku rusuhan

(c) Ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan sahaja. Tulis perkataan yang salah dan perkataan yang telah dibetulkan sahaja. (i) Ibubapa (ibu bapa) sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan (berjalan) bersendirian. (ii) Keretapi (kereta api) itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat (tempatan) (iii) Dia memperolehi (memperoleh) pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji (menggaji) lima orang pekerja. (6 markah) (d) Ada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa sahaja Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Catat perkataan yang salah dan jawapan yang betul sahaja. (i) Kedua-dua adik-beradik (Kedua-dua beradik) itu sangat bernas (cerdik/pandai/cerdas) dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung (dipikul) oleh para-para pekerja (para pekerja) itu. (iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi (memperluas/perluaskan lagi/memperluaskan) perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur (terkenal) di seluruh dunia. (e) Dalam ayat perlu ada peribaha yang diuji dan satu ayat sahaja. Jangan ubah perkataan yang terdapat dalam peribahasa (i) Telinga kuali pendengaran yang sangat tajam. (ii) Gigit jari terlepas peluang untuk mendapatkan sesuatu (iii) Kacang hantu pemuda/remaja yang suka mengganggu ketenteraman awam

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

(b) Jawapan (i) Seorang pelajar (S) telah memenangi hadiah itu (P) (ii) Penyalahgunaan dadah (S)dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita(P) (iii) Kebanyakan calon (S)tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat (P) (iv) Setengah-setengah rumah (S)itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi (P) (v) Ibu bapa dan kalangan pendidik (S) perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi (P) (vi) Setiap tuntutan (S) dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab (P) (6 markah)

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011


Jawapan Novel Jawapan anda hendaklan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari (i) Azfa Hanani karya Halis Azhan mohd Hanafiah (ii) Papa...Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mohamad (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (v) Interlok karya Abdullah Hussain (vi) Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah (vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (viii) Sutera Dalam lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang dikaji ialah (Papa...) nilai bertanggungjawab/nilai belas kasihan/ nilai kasih sayang/nilai hormat-menghormati (Interlok nilai kegigihan Kim Lock sekeluarga gigih menempuhi kehidupan semasa berhijrah dari tempat asal mereka ke Tanah Melayu dan berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barang hasil daripada kegigihan mereka./ nilai cinta akan tanah air Seman/Kim Lock dan Maniam sama-sama memerangi komunis melalui kerjasama dengan unit keselamatan/ nilai bekerjasama Pak Musa membantu Maniam semasa Maniam dipukul semasa keluar dari Cangkat Lima - (pilih sama ada novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat atau lima. Beri kekurang-kurangnya dua isi beserta contoh 4 markah untuk isi dan 3 markah bahasa =7 markah) (b) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam Papa.. ialah masyarakat bandar yang terdiri daripada golongan elit dan berpendidikan tinggi/masyarakat yang mementingkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan/masyarakat yang mengutamakan pendidikan/masyarakat yang prihatin(4 markah ) manakala dua latar masyarakat dalam Interlok ialah masyarakat majmuk/masyarakat yang suka berhutang/masyarakat yang gigih bekerja/masyarakat yang suka menolong/masyarakat yang mengenang jasa/masyarakat mempercayai akan khabar angin/masyarakat komunis yang zalim (4 markah) Perlu disokong dengan contoh yang sesuai. Sekiranya calon menyatakan latar daripada satu novel sahaja calon hanya akan mendapat markah maksimum 4 sahaja)

JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my

Das könnte Ihnen auch gefallen