Sie sind auf Seite 1von 15

TAJUK

: HNS2013 KENEGARAAN TUGASAN 3

SOALAN

: Konsep Satu Malaysia mula diperkenalkan oleh YAB DatoSeri NajibTun Abdul Razak setelah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6 . Bincangkan kepentingan dan fungsi dasar ini dalam usaha membina negara dalam pelbagai dimensi mencakupi politik, ekonomi dan sosial.

NAMA NO. MATRIK KUMPULAN SEMESTER

: RAHIMAH BT ABDULLAH @ ISMAIL : 20102043387 : EL- C01 : ( SEM 2 SESI 2010/2011)

NAMA PENSYARAH : ENCIK KHALIZUL BIN KHALID TARIKH SUBMITT : 31 MEI 2011

Kandungan 1. Pengenalan 2. Gagasan 1Malaysia 3. Politik Kestabilan Negara 4. Ekonomi Model Ekonomi Baru 5. Sosial- Kesejahteraan Rakyat 6. Kesimpulan 7. Rujukan

Pengenalan Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional, satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia, semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh YAB Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Konsep perpaduan , semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang pimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T Sambathan berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan kebebasan daripda penjajah British untuk Tanah Melayu. Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru(DEB) dan tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.. Tun Hussein Onn yang sememangnya terkenal dengan usha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran Bapa Perpaduan. Manakala Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawa konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 1Malaysia merupakan ungkapan yang tercetus dari pemikiran YAB Dato Seri Najib Tun Razak selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-enam pada 3 April 2009. Beliau memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. Kerajaan Malaysia memberi kemakmuran kepada rakyatnya tanpa mengira kaum, agama, ekonomi dan fahaman politik. Gagasan 1 Malaysia ini merupakan agenda untuk melahirkan rakyat Malaysia mempunyai pemikiran, semangat, ideologi yang membentuk satu acuan yang bercirikan Malaysia. Gagasan ini perlu dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, ia mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan maju dalam segenap bidang di seluruh dunia.

Gagasan 1Malaysia Konsep 1Malaysia diiltizam oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak untuk melahirkan yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi termasuk bidang social,ekonomi dan politik. Aspek utama dalam pembentukan 1Malaysia adalah prinsip penerimaan, prinsip kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. 1Malaysia menekan prinsip penerimaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya. Walaupun mereka mempunyai jurang berbeza ini, rakyat Malaysia boleh menerima keunikan kaum lain seadanya dalam keadaan saling menghormati sebagai satu rakyat dalam Negara. Prinsip Kenegaraan pula berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Antara perkara yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152,Perkara 153, Bahgian 2 dan Bahagian 4. Manakala Rukun Negara menggariskan lima prinsip yang mengandungi nila-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia. Melalui keadilan sosial,semua rakyat Malaysia akan terbela. Pembelaan akan diberikan kepada golongan yang memerlukan. Penerapan nilai-nilai murni adalah teras perpaduan dalam pembentukan gagasan 1Malaysia. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah kesederhanaan, rendah hati, berbudi bahasa dan hormat menghormati. Gagasan 1Malaysia mempunyai lapan nilai yang bertujuan untuk menjayakan pembinaan sebuah Negara Bangsa. Nilai berkenaan ialah Budaya Berprestasi Tinggi, Budaya Ketepatan, Budaya Ilmu, Integriti, Ketabahan, Kesetiaan, Kebijaksanaan Dan Budaya Inovasi.

Politik Kestabilan Negara Pemimpin politik atau pemimpin yang mewakili kaum masing-masing hentikan desakan untuk mengubah dasar kerajaan terhadap status dan hak istimewa Bumiputera. Selagi ada bintang dan bulan, kita sebagai rakyat Malaysia perlu percaya kerajaan akan mempertahankan dasar-dasar yang sebelum ini ternyata berjaya menyatukan kaum dan mengimbangkan kestabilan negara. Negara memerlukan kestabilan politik dan kesinambungan pemerintahan untuk mencapai matlamat dan visi negara yang selama ini ditadbir urus dengan baik. Kejayaan negara adalah sesuatu yang disusun dengan rapi untuk mencapai matlamatnya. Ia bukan sekadar impian kosong atau janji yang diperdagangkan oleh mereka yang suka menjual janji kepada rakyat. Pemimpin negara yang adil adalah untuk membela nasib rakyat dan bukan semata-mata (untuk) kuasa sahaja. Sebagai pemimpin, mereka perlu berpegang teguh kepada prinsip dan pendekatan bahawa sebagai pemimpin mereka tidak boleh jauh dari hati rakyat. Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak menegur beberapa pihak yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia. Perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan usah diganggu dengan usaha untuk mengubah suai kandungannya. Hormatilah hak istimewa Bumiputera dan akur dengan dasar-dasar yang dibuat oleh negara.

Selama ini tidak ada mana-mana kaum yang disisihkan oleh kerajaan. Semua kaum mendapat pembelaan yang saksama. Dalam politik negara yang diuji dari segenap sudut, maka menjadi tanggungjawab rakyat untuk mempertahankan hubungan antara kaum. Lalu idea Perdana Menteri mencetuskan gagasan 1Malaysia adalah meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional. Perpaduan perlu disemarakkan. Tetapi agak malang, apabila sesetengah pemimpin bukan Melayu kurang faham lalu menganggap 1Malaysia sebagai platform untuk melontar tuntutan yang bukan-bukan. Dalam hal ini, menjadi tanggungjawab pemimpin politik atau pemimpin yang mewakili kaum masing-masing elok hentikan desakan untuk mengubah dasar kerajaan terhadap status dan hak istimewa Bumiputera. Walau apa pun ada ancaman dari luar, kerajaan akan tetap mempertahankan dasar-dasar yang sebelum ini ternyata berjaya menyatukan kaum dan mengimbangkan kestabilan negara.

Matlamat dan asas perjuangan politik ialah membentuk masyarakat yang adil dan negara yang demokratik, progresif dan bersatu-padu dan memperkembangkan sistem Persekutuan yang adil, bertanggungjawab dan demokratik yang mengimbangi kepentingan negeri-negeri dengan kuasa kerajaan Persekutuan. Selain itu politik yang adil ialah menggalakkan sistem antarabangsa yang saksama dan demokratik, melaksanakan dasar luar yang bebas dan beretika, membina persekitaran yang sesuai untuk masyarakat bermaklumat yang boleh menghadapi cabaran globalisasi sambil menolak unsur-unsur proses globalisasi yang mengancam kepentingan rakyat, negara dan umat manusia, dan melindungi ekonomi, politik dan keselamatan negara daripada dikiblatkan kepada kepentingan kuasa-kuasa besar dunia. Ekonomi Model Ekonomi Baru Walaupun DEB telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasardasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Sehubungan dengan itu semua pihak mempunyai kepentingan di dalam memastikan ekonomi Malaysia meningkat ke rantaian seterusnya dan kekayaan negara bertambah. PELAN Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi usaha kerajaan untuk melonjak pertumbuhan ekonomi negara. Langkah itu meletakkan negara pada landasan ekonomi kukuh dan berdaya saing. Kewujudannya bukan setakat meningkatkan keyakinan pelabur, malah mampu mengukuhkan prestasi ekonomi negara dalam pelbagai bidang untuk jangka panjang. Pelan hala tuju ETP itu bakal menjadi peta panduan penting kepada pelabur asing dan domestik untuk mengekal dan menambah pelaburan sedia ada, di samping menarik pelaburan baru. Petunjuk daripada kerajaan melalui dasar dan pelan ekonomi yang digariskan melalui ETP pastinya akan meningkatkan komitmen mereka untuk melabur di negara ini. Lebih meyakinkan Perdana Menteri sendiri memberikan komitmen peribadi untuk meneliti pelaksanaan projek yang disenaraikan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berjalan lancar serta menepati sasaran dan objektifnya. Malah, setiap menteri bertanggungjawab memantau pencapaian projek

permulaan (EPP) dan semua bentuk pelaburannya. Komitmen kerajaan itu akan meningkatkan integriti dan kepercayaan bukan saja kepada pelabur, malah seluruh rakyat kepada sistem ekonomi dan ketelusan kerajaan. Sebanyak 131 projek sudah dikenal pasti setakat ini dan diletakkan dalam senarai projek EPP. Projek permulaan yang dikenal pasti itu bakal menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) tambahan sebanyak RM426 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, selain 60 peluang perniagaan (BO) akan menghasilkan lagi PNK tambahan sebanyak RM346 bilion. Malah, projek EPP yang disenaraikan itu akan mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Ia selaras dengan usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

ETP dirangka seiring dengan beberapa dasar lain seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Model Baru Ekonomi (MBE), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan Bajet 2011. Semua pelan dan dasar itu bakal menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai kedudukan ekonomi kukuh dan berupaya bersaing pada arena antarabangsa. Berdasarkan kesungguhan kerajaan, tidak sepatutnya ada pihak yang masih meragui keupayaan kerajaan menyusun strategi ekonominya sendiri. Rakyat sepatutnya mengikis sikap lebih mempercayai sistem ekonomi yang diguna pakai di negara lain, termasuk Barat. Sebaliknya mereka harus bersikap terbuka dan sedia mengubah minda dengan menaruh keyakinan tinggi kepada keupayaan kerajaan melaksanakan transformasi ekonominya sendiri. Justeru, setiap lapisan rakyat perlu memberikan sokongan dan kepercayaan penuh kepada kerajaan, khususnya Perdana Menteri bagi memastikan sasaran yang digariskan dalam ETP dan beberapa pelan lain mampu dicapai. Hanya dengan sokongan padu rakyat, setiap pelan dirangka dapat direalisasikan, seterusnya memberi manfaat kepada golongan sasar utamanya, iaitu rakyat. Kita harus yakin dengan jaminan Perdana Menteri bahawa semua hasil pembangunan itu akan dinikmati setiap rakyat tanpa ada yang tercicir. Komitmen kerajaan untuk melaksanakan segala dasar itu secara telus dan terbuka, terutama membabitkan projek besar, urus tadbir jelas dan tersusun serta mengekang gejala rasuah adalah antara faktor penting ditekan melalui ETP. Kita percaya semua pendekatan dan mekanisme itu dapat meningkatkan lagi keyakinan pelabur dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Model Ekonomi Baru adalah tunjang penting kepada Malaysia yang sedang dibentuk, struktur yang akan berkhidmat kepada masyarakat kita pada masa akan dating sebagai metafora, fikirkan sebuah rumah yang disinari mentari Malaysia. Di situasi ini, 1Malaysia merupakan bumbung tempat kita sama berteduh. Program Transformasi Kerajaan (GTP) satu program peyampaian dalam enam Bidang Keberhasilan Utama merupkan satu tiang asas kepada rumah ini. Tiang asas kedua ialah Pelan Transformasi Ekonomi yang membangunkan MBE. Dan lantainya, asas di mana kesemua rakyat Malaysia terus bergerak ke hadapan adalah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11. Prinsip utama MBE ialah membangunkan Negara melalui ekonomi berpendapatan tinggi, kemampanan dan keterangkuman. Dalam ekonomi berpendapatan tinggi, rakyat boleh menjangkakan pilihan yang lebih baik dan kuasa beli yang lebih tinggi, kualiti hidup yang lebih baik dan membina keyakinan yang lebih tinggi terhadap kekukuhan ekonomi. Semua rakyat akan berasa terangkum berikutan hidup dan bekerja dalam persekitaran yang selamat, saling menghormati , maruah individu dan golongan miskin tidak akan dilupakan. Manakala pendekatan mampan akan member rakyat keyakinan terhadap kerajaan, pertumbuhan mampan dan pengurusan dan pemuliharan sumber yang mantap. Matlamat untuk mencapai sebuah Negara maju memerlukan Negara mempunyai asas pendapatan per kapita rakyat yang tinggi. Bagi tujuan itu, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) telah menilai semula perlaksanaan DEB yang telah lama menjadi kayu pengukur pencapaian utama masyarakat kita sebelum ini khususnya golongan Bumiputera. Polisi DEB ini sebenarnya masih lagi relevan tetapi negara perlu melakukan perubahan model baru ekonomi dengan melakukan pembaharuan dan perubahan dari segi perlaksanaanya. MBE juga merupakan satu Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang akan menjadi pemacu utama ekonomi Negara untuk mencapi wawasan 2020 dan digerakkan atas landasan transformasi ekonomi, sosial dan perkhidmatan awam dengan berlandaskan empat tonggak utama iaitu: 1Malaysia, Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan Program Transformasi Kerajaan Plan Transformasi Ekonomi (PTE) Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015)

1Malaysia mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Malaysia memerlukan satu perubahan ekonomi yang agresif untuk mencapai status negara maju melalui Wawasan 2020. Tumpuan Model Ekonomi Baru adalah: Pemulihan yang mapan dan kukuh dalam jangka masa pendek dan sederhana Meningkatkan daya saing Malaysia Merancakkan pelaburan dan pertumbuhan swasta Meletakkan negara ke arah mencapai tahap berpendapatan tinggi membina ekonomi yang inovatif Transformasi nekad dan perubahan ekonomi untuk memodenkan model ekonomi demi masa hadapan. Malaysia tidak boleh hanya bergantung sepenuhnya kepada modal baru untuk menjana pertumbuhan. Sebaliknya harus menggunakan medium MBE dan PTE ini secara lebih efektif untuk meningkatkan produktiviti, merangsang inovasi dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu bertindak pantas untuk mengenal pasti halangan dan bertindak balas secara berkesan terhadap perubahan persekitaran ekonomi, supaya dapat mengelakkan ekonomi negara menghadapi risiko kehilangan daya saing.

Dalam pembentukan gagasan 1Malaysia, MBE adalah satu pelan tindakan transformasi ekonomi negara untuk Malaysia menjadi sebuah Negara ekonomi yang berpendapatan tinggi, mengambil kira peningkatan kualiti hidup masyarakat, pemeliharaan alam sekiatr dan sumber asli secara mapan serta berterusan dalam meningkatkan pendapatan rakyat dan negara umumnya untuk mencapai status Negara maju dan Wawasan 2020. Secara khususnya MBE adalah pemacu utama ekonomi Negara untuk mencapai Wawasan 2020. Perlaksanaan MBE akan memastikan tiada rakyat Malaysia yang hidup dalam kemiskinan dan semua rakyat dapat meningkatkan kualiti hidup serta berkongsi kemakmuran dan kesejahteraan bersama demi sebuah Negara tercinta Malaysia. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan golongan perlu melakukan transformasi minda dan sikap mulai sekarang untuk mencapai ekonomi berpendapatan tinggi bagi meningkatkan kualiti hidup sebagai rakyat bagi sebuah

negara maju pada tahun 2020 nanti. Seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bergerak secara berkesan bagi meningkatkan kemajuan diri sendiri dan Negara. Sosial- Kesejahteraan Rakyat Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak :Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.Kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara.Hal ini bukan beerti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada pihak kerajaan. Kita mestilah keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Maksud di sini ialah rakyat daripada pelbagai kaum dan agama dituntut berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing serta melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Maksud ayat di atas juga dipanjangkan untuk menjelaskan kepimpinan negara yang akan melayani dan cuba memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.Langkah seterusnya yang perlu dicapai ialah warga Malaysia perlu bebas mengamalkan apa yang terkandung dalam ajaran agama, adat resam dan kebudayaan masing-masing. Negara kita sesungguhnya yang kaya dengan budaya dan adat resam yang diamalkan oleh masyarakat madani yang terdiri daripada pelbagai kaum.Namun, perbezaan budaya dan adat resam ini bukanlah menjadi satu aspirasi kepada berlakunya pertelingkahan dan permusuhan kaum,tetapi perbezaan ini sentiasa diambil dan diterapkan dalam diri anggota masyarakat agar keadaan yang berlainan kebudayaan ini boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.

Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.Satu Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara untuk mencapai apa yang diimpikan.Perpaduan yang sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. Satu Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. Asas yang terakhir ialah untuk mencapai kemajuan bagi rakyat, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Bulat air kerana pembentung, bulat kata oleh muafakat. Begitulah peribahasa Melayu yang dapat menggambarkan memelihara cara hidup demokratik yang dipegang teguh oleh rakyat Malaysia. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lancar.Satu Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.Satu Malaysia juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.Satu Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang berintegriti tinggi dan lengkap dengan pakej sebagai pemimpin yang disukai serta disegani oleh rakyat.

Selain itu, terdapat nilai lain yang diterapkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep Satu Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Nilai-nilai tersebut ialah pertama budaya kecemerlangan. Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. Negara ini adalah untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta adat resam. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita, di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang

dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan kepada negara.

Nilai yang terakhir ialah nilai integriti. Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperolehi melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.Justeru itu,dilihat pembentukan Satu Malaysia adalah tidak mempunyai masalah untuk mengintegerasikan masyarakat yang berbilang kaum,berbeza daripada segi adat dan budaya kerana dengan konsep-konsep yang telah dan sedang diterapkan adalah dapat untuk menjamin pembentukan konsep Satu Malaysia. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (PTK) merupakan langkah penting dalam perjalanan negara untuk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bagi mencapai status negara maju. Perdana Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak memperkenalkan Gagasan 1Malaysia dan PTK pada April tahun lepas, bulan yang sama beliau mengambil alih tampuk pimpinan negara, dan turut mengumumkan enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam usaha menangani perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat.

Enam bidang mempertingkat berpendapatan

NKRA

itu

ialah

mengurangkan

jenayah, taraf

membanteras kehidupan luar isi

rasuah, rumah dan

pencapaian rendah,

pelajar,

mempertingkat

mempertingkat

infrastruktur

asas

bandar

mempertingkat pengangkutan awam bandar.

Pelan hala tuju PTK dijangka menggariskan objektif dan mekanisme untuk mencapai sasaran ditetapkan selepas mendapatkan maklum balas daripada orang ramai. Enam bidang NKRA adalah seperti berikut:

Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah

ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan

prasekolah. Mengurangkan kadar jenayah Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010. Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas

pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.

Memerangi Rasuah Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad. Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International.

Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM menjelang

2012.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan

ditambah. Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih

menjelang 2012.

Menambahbaik pengangkutan awam Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam Menjelang 2012 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan Kelana Jaya.

menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang.

Tujuan utama PTK dialksanakan adalah untuk mentransformasi kerajaan agar lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan rakyat. Selain itu, PTK adalah untuk memacu ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua.

Kesimpulan Objektif Satu Malaysia akan dapat dicapai sekiranya adanya kesatuan diantara semua lapisan masyarakat di Malaysia. Bak kata pujangga Melayu seperti telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya dan hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicicah. Kedua-duanya jelas menggambarkan nilai bersatu padu dalam kehidupan. Hal ini kerana, Satu Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat.Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integrity, kebolehan,dedikasi,dan kesetiaan.Justeru itu,Satu Malaysia dapat menyedarkan kita semua khususnya rakyat Malaysia akan betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai tanpa meletakkan perbezaan agama,budaya dan adat resam sebagai satu halangan untuk memupuk semangat kebangsaan serta menghindari sifat curiga mencurigai antara satu sama lain.

Bibliography

Mohd Yusof Hassan, M. Y. (2010). 1Malaysia Dalam Kepelbagaian. Jabatan Penerangan Malaysia. Jaafar, W. K. (2010). Model Ekonomi Baru. Jabatan Penerangan Malaysia. Negara, B. P. (2010). 1Malaysia. Jabatan Penerangan Malaysia. Hasnah Hussin. Mardiana Nordin. (2007). Pengajian Malaysia. OxfordFajar Sdn, Bhd

Das könnte Ihnen auch gefallen