Sie sind auf Seite 1von 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR

DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre Tel: 03-2586900 50604 KUALA LUMPUR
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/Jld. XIV/(22) 11 September 1998 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 22/1998: Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan
Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1975: Panduan Bagi Pertukaran Guru-Guru, bertarikh 9 Mei 1975, Rujukan KPS.0503/Jld.lll/(42). 2. Berasaskan maklumat yang diperolehi, Kementerian Pendidikan mendapati keadaan yang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, disekolah rendah dan menengah di negeri-negeri. Terdapat daerah atau sekolah yang mempunyai kelebihan guru manakala pada masa yang sama pula terdapat daerah atau sekolah yang mengalami kekurangan guru. Taburan yang tidak seimbang ini telah menyebabkan guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan kemahiran mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya. 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Pengarah Pendidikan Negeri adalah diminta memastikan bahawa tenaga guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains digunakan secara optimum mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan. 3.1 Penempatan Guru Lepasan Maktab dan Universiti Penempatan guru-guru baru di sekolah rendah dan menengah adalah berdasarkan kepada keperluan negeri dan opsyen berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menempatkan guru-guru berkenaan ke sekolah-sekolah yang masih menghadapi kekurangan guru, khususnya bagi opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam melaksanakan penempatan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengutamakan keperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan kepada aspekaspek lain. 3.2 Penempatan Semula Guru-Guru Terlatih Di Sekolah Rendah dan Di Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyemak kedudukan guru-guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan membuat penyusunan semula supaya tenaga dan kemahiran guru-guru tersebut dapat digunakan sepenuhnya. 1

Sekiranya terdapat lebihan guru opsyen berkenaan di sekolah-sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memindahkan mereka ke sekolah lain dalam daerah yang sama atau ke kawasan yang berhampiran supaya tidak melibatkan pembayaran elaun perpindahan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan. 3.3 Pertukaran Guru Antara Negeri atau Dalam Negeri Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa semua pertukaran guru antara negeri dan dalam negeri dilakukan secara berjadual iaitu pada awal tahun dan pada pertengahan tahun (2 kali sahaja). Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian-Bahagian yang terlibat di Kementerian Pendidikan bolehlah memberi pertimbangan khas untuk meluluskan pertukaran guru jika didapati permohonan itu memenuhi kepentingan perkhidmatan. 4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/ Datin/Tuan/Puan. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Nazir Sekolah Pegawai Perhubungan Awam

Das könnte Ihnen auch gefallen