Sie sind auf Seite 1von 24

Buku Panduan Kemasukan Kursus Jangka Pendek Sesi Akademik

2010/2011

Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya


Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan National Academy of Arts, Culture & Heritage
Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan Malaysia Ministry Of Information, Communication & Culture Malaysia

PROGRAM LATIHAN

Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya


AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN Buku Panduan Kemasukan Kursus Jangka Pendek Sesi Akademik

PROGRAM LATIHAN

2010/2011

Bahagian Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 03 2697 1777/1200 Faks: 03 697 5513

Mukasurat

Isi Kandungan
1. 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 2. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3. 3.1 3.1.1 3.1.2 3.2 3.2.1 3.2.2 3.2.3 3.2.4 3.2.5 3.2.6 AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN Pengenalan Objektif Perkhidmatan Permohonan mengikuti Kursus Lokasi MAKLUMAT PENDAFTARAN DAN PELAKSANAAN Pelaksanaan Kuliah (Teori dan Praktikal) Hari Pendaftaran Tarikh Mula Kuliah Yuran Pengajian Peraturan MAKLUMAT KURSUS-KURSUS JANGKA PENDEK Kursus Jangka Pendek Pengajian Teras Akademik Kursus Mak Yong Kursus Wayang Kulit Kursus Jangka Pendek Fakulti Muzik Kursus Teori Asas Muzik Kursus Teori Lanjutan Muzik Kursus Ensembel Muzik Kursus Teknik Gubahan Kursus Penulisan Lagu Kursus Harmoni

1 2 2 3 3 4 4 4 4 4 4 5 5 5 6 6 6 6 7 7 8 8

9 10 10 10 11 11 11 12 13 13 14 14 15 15 15

3.2.7 3.3 3.3.1 3.3.2 3.3.3

Kursus Alat Muzik Major Piano Keyboard Gitar Bass Drums Perkusi Latin Violin Viola

Cello Double Bass Trumpet Trombone Clarinet Flute Alto Saxophone Tenor Saxophone

Gamelan Cak Lempong Sita Gu-Zheng

Kursus Jangka Pendek Fakulti Teater Kursus Lakonan Kursus Pengurusan Pentas Kursus Pengurusan Teknikal Teater

3.4 Kursus Jangka Pendek Fakulti Tari 3.4.1 Kursus Tarian Tradisional Malaysia 3.4.2 Kursus Asas Teknik Kontemporari 3.5 Kursus Jangka Pendek Fakulti Penulisan 3.5.1 Kursus Penulisan Novel Remaja 3.6 Kursus Jangka Pendek Fakulti Filem dan Video 3.6.1 Kursus Basic Flash Training (Animasi) 3.7 Kursus Jangka Pendek Fakulti Seni Halus 3.7.1 Kursus Digital Fotografi 3.7.2 Kursus Figure Drawing

1.1

Pengenalan
ASWARA merupakan sebuah institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pada awal penubuhannya ia dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) 1994 sebelum dinaiktaraf sebagai institusi pengajian tinggi kerajaan melalui Akta 653 - Akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006. Akta yang dikuatkuasakan mulai 1 Ogos 2006 menzahirkan ASWARA sebagai sebuah institusi latihan induk bagi pengajian seni budaya dan warisan di Malaysia. Pengembangan bidang pengajian merangkumi filem dan video, tari, muzik, teater, penulisan kreatif dan seni halus menjadikan ASWARA sebagai satusatunya institusi induk pengajian tinggi yang mengkhususkan bidang kebudayaan, kesenian dan warisan yang menyeluruh. Sebagai institusi pengajian tinggi, ASWARA menawarkan program-program di peringkat Ijazah, Diploma dan Kursus jangka pendek. Pengajaran dan pembelajaran dimantapkan melalui penglibatan secara terus daripada pihak industri dan professional, penyelidikan dan pembangunan serta jalinan kerjasama di semua peringkat dalam bidang seni, budaya dan warisan.

1.2

Objektif
Kursus jangka pendek yang ditawarkan bertujuan: Mewujudkan pembangunan modal insan berterusan khususnya dalam bidang seni, budaya dan warisan. Sebagai pusat (one stop centre) latihan akademik dan pembelajaran yang berteraskan seni, budaya dan warisan. Sebagai landasan ke arah menjadikan ASWARA badan pengiktiraf pengamal profesional seni, budaya dan warisan.

Perkhidmatan
Semua peserta kursus jangka pendek akan diberikan kemudahan seperti berikut: Ruang pembelajaran dan pengajaran. Tenaga pengajar yang berkelayakan. Sijil tamat kursus disediakan oleh ASWARA (hanya akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus).

1.3

1.4

Permohonan Mengikuti Kursus


Sila layari laman web di bawah untuk muat turun borang permohonan mengikuti kursus. http://www.aswara.edu.my Borang yang lengkap diisi hendaklah dibawa bersama semasa hari pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA ( Cik Norzamhana Mohd Yusof dan En. Mohd Fhais Ngadirin). Urusan melalui telefon pada waktu pejabat: Isnin Khamis 8.00 pagi 12.00 tengahari 2.00petang 5.00 petang Jumaat 8.00 pagi 12.00 tengahari 3.00petang 5.00 petang
Jalan Sultan Salahhudin
JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA LEMBAGA JURUUKUR BAHAN MALAYSIA JABATAN DEWAN TAN SRI KERJA RAYA Jala nS MAHFOZ KHALID MALAYSIA ult a

Lokasi
Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 464 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513
Jala nD a to

1.4

nn

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN BUKIT PERDANA

SERI BRUNEI

nS a la hh

ud in

Jalan Da

AKADEMI SAINS MALAYSIA

to Onn

Persiara
PARLIMEN MALAYSIA

n Tun Ism

ail

Jalan Parlimen

Pelan Lokasi

Ja lan D
BANK NEGARA BANK RAKYAT

a to O nn

2.

Maklumat Pendaftaran & Pelaksanaan


2.1

Hari Pendaftaran
Tarikh : 25 September 2010 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi 1.00 petang Tempat : Lobi ASWARA, Aras Bawah 2.3

2.2

Pelaksanaan Kuliah Tarikh Mula Kuliah (Teori & Praktikal) Tarikh : 25 September 18 Disember 2010 Masa : Sila rujuk kepada kursus yang dipohon
Kursus-kursus akan diadakan di kampus Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dan dilaksanakan pada setiap hari Sabtu atau Ahad. Peserta hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja dalam tempoh yang ditawarkan. Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 13 minggu. Tempat : Sila rujuk kepada kursus yang dipohon 2.4

Yuran Pengajian
Sila rujuk kepada kursus yang dipohon. Bayaran melalui wang tunai /wang pos/ kiriman wang dibayar atas nama: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan Bayaran melalui cek tidak akan diterima. Semua urusan pembayaran adalah dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) 2.5

Peraturan
Pelajar Kursus Sijil Jangka Pendek adalah tertakluk kepada Peraturan Kecil Akademik Bab A & B ASWARA (Pindaan 2007).

3.

Maklumat KursusKursus Jangka Pendek

3.1

Pengajian Teras Akademik


3.1.1

Kursus Mak Yong


Sinopsis Pelajar diberi pendedahan kepada aspek estetika dalam persembahan Mak Yong. Aspek teori fokus kepada sejarah Mak Yong selain memberi pemahaman kepada falsafah dan konsep sebenar persembahan Mak Yong. Aspek praktikal merangkumi elemen lakonan dan pengucapan tetap watak-watak dalam perwatakan, pecahan gerak tari, lagu-lagu dan peranan muzik dalam Mak Yong. Pelajar akan mempraktikkan ilmu teori dan praktikal kepada sebuah pementasan Mak Yong. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Amali Studio Petalawati 13 minggu Setiap Sabtu 2.00 hingga 5.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang : : : :

3.1.2

Kursus Wayang Kulit


Sinopsis Pelajar akan mempelajari asas kesenian Wayang Kulit Kelantan. Penekanan diberi pada teknik bermain alat muzik dan kecekapan bermain alat muzik secara berkumpulan dalam mengiringi Dalang Muda. Pelajar akan mempelajari teori dan sejarah wayang kulit. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Amali Studio Wayang Kulit 13 minggu Setiap Sabtu 2.00 hingga 5.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang 3.2 : : : :

Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual

: Teori : Bilik Seminar : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang

Kursus Teori Lanjutan Muzik


Sinopsis Lanjutan kajian prinsip muzik keseluruhan yang terperinci. Aplikasi, penyelesaian dan justifikasi di dalam komposisi. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Teori : Bilik Seminar : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang

3.2.2

Fakulti Muzik
3.2.1

Kursus Teori Asas Muzik


Sinopsis Pembelajaran teori merupakan elemen penting di dalam membentuk asas muzik yang kukuh. Di dalam kursus ini pelajar akan mengkaji secara mendalam kepada pembentukan asas prinsip harmoni. Kefahaman, penguasaan dan aplikasi harmoni di dalam komposisi.

3.2.3

Kursus Ensemble Muzik


Ensemble Gamelan Ensemble Jaz Ensemble String Ensemble Brass & Woodwind Ensemble Cak Lempong Ensemble Paluan Ensemble Rock Ensemble Voice

Sinopsis Kursus ini mendedahkan pelajar kepada teknik bermain secara berkumpulan (ensemble playing) dalam genre muzik klasikal, tradisional mahupun moden. Pelajar akan didedahkan dengan beberapa repertoire tahap sederhana dan tinggi dan yang bersesuaian mengikut kumpulan tersebut. : Praktikal : Studio Muzik / Dewan Orkestra Tempoh : 13 minggu Jadual : Setiap Sabtu 2.00 hingga 4.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang setiap ensemble Pengajaran & Pembelajaran Lokasi

Kursus Teknik Gubahan


Sinopsis Kursus ini hanya meliputi alat-alat rhythm section iaitu piano, kibod, gitar elektrik, bass elektrik, drum dan perkusi sahaja. Pengenalan serta kefahaman terhadap kemampuan. Sifat dan fungsi setiap alat muzik. Perangkaan serta analisis terhadap corak, ritma dan motif di dalam komposisi irama kontemporari serta tradisional. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Praktikal Studio Muzik 13 minggu Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 15 orang : : : :

3.2.4

3.2.5

Kursus Penulisan Lagu


Sinopsis Kursus ini akan mendedahkan para pelajar kepada teknik penulisan lagu dan gubahan muzik di dalam kumpulan kecil. Di samping itu, pelajar juga akan diajar cara penulisan mengikut genre lagu pengkhususan yang di ambil. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Teori : Bilik Seminar : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 15 orang

Kursus Harmoni
Sinopsis Pelajar akan dilatih untuk mengkaji secara mendalam tentang pembentukan asas muzik yang kukuh serta prinsip harmoni. Memberi penumpuan yang mendalam kepada harmoni dan pergerakan kod moden. Di dalam kursus ini pelajar akan memahami, menguasai dan mengaplikasikan harmoni di dalam komposisi. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Teori : Bilik Seminar : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 15 orang

3.2.6

3.2.7

Kursus Alat Muzik Major


Piano Keyboard Gitar Bass Drums Perkusi Latin Violin Viola Cello Double Bass Trumpet Trombone Clarinet Flute Alto Saxophone Tenor Saxophone Gamelan Cak Lempong Sitar Gu-Zheng

Sinopsis Kelas persendirian mingguan bersama pensyarah/pengajar utama. Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar di dalam permainan alat muzik utama mereka dari segi teknik, repertoire dan persembahan. Pelajar akan bertemu dengan pensyarah/pengajar secara perseorangan. Praktikal Studio Muzik 13 minggu Setiap Sabtu 9.00 pagi hingga 4.00 petang (1 jam kontek setiap alat muzik) Yuran : RM1,400.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Satu Ribu Empat Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Tiada Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : : : :

3.3

Fakulti Teater
Kursus Lakonan
Sinopsis Kursus ini memperkenalkan pelajar dengan lakonan yang menggunakan kaedah Stanilavski. Pelajar dilatih untuk memantapkan kegunaan vokal, tubuh dan mengenali perasaan dan deria rasa. Latihan langsung diberi melalui monolog untuk membantu pelajar bagaimana cara menghafal dialog dan membawa perwatakan. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Praktikal : Black Box : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 1.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Tiada 3.3.1

Kursus Pengurusan Pentas


Sinopsis Mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek pengurusan pentas, meliputi tanggungjawab di belakang, di atas dan hadapan pentas. Pengurusan ini turut melibatkan bagaimana mengendalikan sebuah panggung teater. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Teori dan Praktikal : : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 1.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 30 orang

3.3.2

10

3.3.3

Kursus Pengurusan Teknikal Teater


Sinopsis Kursus ini mendedahkan pelajar kepada kerjakerja teknologi pentas serta proses pengurusan teknikal dengan kepelbagaian kaedah teknikal yang berlaku dalam sesebuah pementasan. Pelaksanaan ini merangkumi aspek ruang, peralatan dan bahan keperluan yang melibatkan latarhias, prop, lukisan, elektrik, bunyi, cahaya dan kostum. Kerja-kerja ini amat penting dalam industri, kreatif dan teknologi untuk menambahbaik aspek teknikal pentas kepada yang lebih bermutu dan terkini Kaedah pengajaran & Pembelajaran : Praktikal Lokasi : Panggung Eksperimen Tempoh : 13 minggu Jadual : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 1.00 petang Yuran : RM600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Jumlah peserta : Tiada

Fakulti Tari
3.4.1

3.4

Kursus Tarian Tradisional Malaysia


Klasik Melayu Rakyat Melayu India-Bharatnatyam Cina

Sinopsis Kursus ini melatih dan mengasuh bakat dan minat berdasarkan sistem pendidikan beberapa tokoh yang terpilih. Pengenalan bentuk dipentingkan serta kefahaman gerak tradisi, asal usul tarian serta konteks persembahan dan etnologi. Modul ini merangkumi tarian Klasik Melayu, Tari Rakyat (yang wujud di serantau negara seperti Dabus, Asyik dan Joget Gamelan). Tarian Joget, Inang dan Zapin, Tarian Sabah dan Sarawak serta Tai Chi dan Silat. Turut ditawarkan ialah Tarian Cina dan India. Pelajar akan dibekalkan ilmu untuk meneliti, menganalisa dan memahami pergerakan supaya dapat mengaplikasikan sistem ini kepada sebarang tarian. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Praktikal : Studio Tari : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 5.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 20 orang

11

3.4.2

Kursus Asas Teknik Kontemporari


Ballet Kontemporari Jazz/Broadway Latin

Sinopsis Kursus ini bertujuan memupuk minat dan kecenderungan kepada bentuk dan teknik tarian seperti Ballet, Moden, Jazz dan gaya tarian terkini. Teknik moden seperti Graham, Cunningham dan Hawkins dan sebagainya diajar dengan mendalam supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya tarian berkenaan. Modul ini akan membina vokabulari gerak supaya dapat di kembangkan untuk tujuan berkarya. Pada masa yang sama, teknik-teknik yang diajar ini amat berfaedah untuk memberi kefahaman tentang ruang, tubuh, tenaga dan konsep masa. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Praktikal : Studio Tari : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 5.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Jumlah peserta : 20 orang

12

3.5

Fakulti Penulisan

Kursus Penulisan Novel Remaja


Sinopsis Kursus ini akan memperkenalkan dan mendedahkan kepada pelajar teori, kaedah, teknik dan pendekatan penulisan novel untuk khalayak remaja (13 hingga 21 tahun). Pelajar juga akan dijelaskan perbezaan di antara novel remaja dengan novel popular yang kini banyak sekali diterbitkan di pasaran. Novel remaja yang akan menjadi tumpuan kursus ini lebih kepada karya cereka yang mengangkat persoalan yang lebih serius, berbanding dengan novel popular yang banyak mengenengahkan kisah-kisah cinta murahan. Pelajar perlu menyiapkan sebuah novel remaja setebal sekurang-kurangnya 250 halaman sebagai tugasan akhir. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual : Teori : Bilik Seminar : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 1.00 petang Yuran : RM500.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) Syarat kemasukan : Calon mestilah pernah menduduki SPM dan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekiranya calon hanya lulus mata pelajaran berkenaan, pengalaman menulis akan dipertimbangkan. Calon hendaklah menunjukkan bukti bahawa mereka pernah menghasilkan karya sama ada pernah diterbitkan atau tidak. Jumlah peserta : 15 orang

3.5.1

13

3.6

Fakulti Filem Dan Video


3.6.1

Kursus Basic Flash Training (Animasi)


Sinopsis Kursus ini didedahkan fungsi asas pembangunan isi kandungan menggunakan perisian Flash. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Yuran Jumlah peserta : Teori dan Praktikal : Makmal Animasi : 13 minggu : Setiap Sabtu 10.30 pagi hingga 1.30 petang : RM600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) : 15 orang

14

3.7

Fakulti Seni Halus


3.7.1

Kursus Digital Fotografi


Sinopsis Seorang jurufoto ialah seorang yang dapat menggabungkan kemahiran pelukis, kemahiran analisa seorang saintis dan kemahiran pemerhatian penyajak. Anda akan menjadi ketiga-tiga ini semasa mempelajari komposisi fotografi tradisional dan membuat interpretasi imej yang anda rakam dengan kamera digital DSLR di dalam bilik gelap Adobe Photoshop. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Yuran Syarat kursus : : : : : : Praktikal Studio 13 minggu Setiap Sabtu 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari RM600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Pelajar perlu membawa kamera DSLR dan PC/MAC komputer riba dengan muatnaik Adobe Photoshop TM (mana-mana versi) terlebih dahulu. Minima SPM 20 orang

Kursus Figure Drawing


Sinopsis Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari bagaimana mereka/melukis secara realistik dan tepat bentuk badan manusia. Pelajar akan didedahkan teknik dan kaedah yang digunakan untuk mencapai keseimbangan. Kelas ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari bagaimana melukis tubuh badan manusia dengan tepat dan meningkatkan kemahiran melukis. Pengajaran & Pembelajaran Lokasi Tempoh Jadual Yuran Syarat kursus : : : : : : Praktikal Bilik Seminar 13 minggu Setiap Sabtu 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari RM600.00 setiap peserta (Ringgit Malaysia Enam Ratus Sahaja) Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas lukisan, pensil, Spray Fixative dan charcoal untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Minima SPM 20 orang

3.7.2

Syarat kemasukan : Jumlah peserta :

Syarat kemasukan : Jumlah peserta :

15

BORANG PERMOHONAN MENGIKUTI KURSUS JANGKA PENDEK


A.

Maklumat Peribadi
1 2 3 4 6 8 Nama No.K/P Tarikh Lahir Jantina Bangsa Alamat Surat -menyurat

(Kemukakan salinan dokumen-dokumen yang disahkan)

5 Umur 7 Agama

9 No.Telefon 10 Emel 11 Jenis penyakit B.

No H/P (Jika berkaitan)

Kursus-Kursus Yang Ditawarkan


Tandakan (X) pada ruang yang berkenaan
1 PENGAJIAN TERAS AKADEMIK Kursus Mak Yong Kursus Wayang Kulit FAKULTI MUZIK Kursus Teori Asas Muzik Kursus Teori Lanjutan Muzik Kursus Ensembel Muzik Kursus Teknik Gubahan Kursus Penulisan Lagu Kursus Harmoni Kursus Alat Muzik Major FAKULTI TEATER Kursus Lakonan Kursus Pengurusan Pentas Kursus Pengurusan Teknikal Teater 4 5 FAKULTI TARI Kursus Asas Teknik Tradisional Malaysia Kursus Asas Teknik Kontemporari FAKULTI PENULISAN Kursus Penulisan Novel Remaja FAKULTI FILEM DAN VIDEO Kursus Basic Flash Training (Animasi) FAKULTI SENI HALUS Kursus Digital Fotografi Kursus Figure Drawing

6 7

www.aswara.edu.my

C.

Maklumat Akademik

(Kemukakan salinan sijil-sijil yang disahkan)


Tandakan ( X ) pada ruangan yang berkenaan. Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf Diploma atau setaraf Ijazah atau setaraf Ijazah Sarjana atau setaraf Doktor Falsafah atau setaraf Lain-lain D.

Maklumat Pekerjaan
Tandakan ( X ) pada ruangan yang berkenaan. 1 2 3 Jawatan Sekarang Sektor Alamat Majikan Awam Swasta Bekerja Sendiri

4 5

No.Telefon Pejabat Emel

D.

Waris (Untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan)


Tandakan ( X ) pada ruangan yang berkenaan. 1. Nama 2. Hubungan 3. Alamat Surat-menyurat

4. No.Telefon 5. Emel E.

No H/P

Pengakuan Pemohon
Adalah saya dengan ini memperakukan bahawa semua keterangan-keterangan yang saya berikan di atas adalah betul dan benar. Saya faham bahawa sekiranya maklumat-maklumat yang diberikan palsu, tidak tepat dan meragukan, permohonan saya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak. Tandatangan Pemohon Nama No K/P Tarikh

www.aswara.edu.my

Melangkah ke hadapan bersama tradisi...

Bahagian Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Tel : 03 2697 1777/1200 Faks : 03 2697 5513

Das könnte Ihnen auch gefallen