Sie sind auf Seite 1von 5

20

AMALAN PENGAJARAN MIKRO ROSLIZA ABD AZIZ Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Ilmu Khas.

1.0

PENGENALAN

Guru dalam bilik darjah menggunakan pelbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, gesture dan perlakuan bukan lisan seperti senyum, anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesanan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan kriteria dan kebolehan murid serta objektif pengajaran dan pembelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.

Elemen yang dikemukakan ini merupakan asas kepada pelaksanaan pengajaran mikro. Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan perguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.

2.0

KONSEP

Pengajaran mikro bermaksud latihan pengajaran praktik yang dipermudah dari segi skop dan organisasinya. Istilah mikro menggambarkan sesuatu yang kecil seperti microscope dan microwave. Dalam pengajaran mikro tiga aspek diperkecil iaitu saiz kelas, masa mengajar, dan kemahiran mengajar. Mengikut Wallace dalam Rahil (1997), pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yang dimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telah dikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilangan murid dikecilkan. Ia merupakan satu bentuk simulasi pengajaran yang boleh dilaksanakan untuk latihan guru-guru pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan.

21

Pengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesion perguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan

oleh guru dalam perhubungan bersemuka di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalah perlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan dengan pembelajaran murid. Pengajaran mikro berfokus kepada proses melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiran mengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untuk membuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan. Secara umum pengajaran mikro melibatkan proses pengajaran, mengkaji dan membuat refleksi (teach, review and reflect)

3.0

KEMAHIRAN DALAM PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro melatih guru pelatih mempraktikkan serta meningkatkan kemahirankemahiran mengajar seperti:

Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh Penerangan Apresiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup

4.0

PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro ini biasanya dilaksanakan di dalam makmal atau bilik mikro dan mengambil masa 5 hingga 15 minit. Ia melibatkan kelas kecil (5 - 8 orang murid) di mana guru pelatih berperanan sebagai murid dan ia tertumpu kepada satu kemahiran sahaja. Ia boleh dilaksanakan mengikut model yang telah diperkenalkan oleh Universiti Stanford dan Bahagian Pendidikan Guru.

22

Merancang

Mengajar

Mengulas

Mengulas semula

Mengajar semula

Merancang semula

Rajah 1: Model I Model Allen dan Bushel

Model dalam Rajah 1 di atas melibatkan proses merancang, mengajar, berbincang tentang pengajaran tersebut, merancang semula pengajaran setelah mendapat maklum balas dalam sesi perbincangan, kemudian mengajar semula dan setelah itu berbincang semula tentang pengajaran yang telah dilaksanakan.

Merancang

Mengajar

Mengulas

Rajah 2: Model II Model Brown

Model II ini hanya melibatkan proses merancang, mengajar dan berbincang tentang pengajaran tersebut. Setiap pusingan menekankan latihan satu kemahiran seperti set induksi, penggunaaan papan tulis, variasi rangsangan dan kemahiran-kemahiran pengajaran mikro yang dicadangkan. Dalam proses perancangan, guru pelatih akan membuat persediaan mengajar berdasarkan kemahiran yang dipilih. Proses pengajaran mikro akan berlangsung dan

23

dalam masa yang sama penyelia akan membuat penilaian dan membuat ulasan yang berkenaan.

Pengenalan Maklum balas

Perancangan Pelaksanaan

Rajah 3: Model III Gabungan Model Allen dan Bushel serta Brown

Model dalam Rajah 3 ini melibatkan proses pengenalan di mana konsep pengajaran mikro diperkenalkan, komponen kemahiran dibincang, borang bimbingan dan senarai semak disediakan. Satu sesi tayangan video disediakan bagi menilai pengajaran guru. Setelah itu pelajar dikehendaki membuat perancangan yang melibatkan pemilihan guru yang akan mengajar, dan pengajaran untuk diadakan selama 5-15 minit. Proses seterusnya adalah perlaksanaannya yang memerlukan guru pelatih berlakon menjadi guru dan 5-8 orang menjadi murid. Pengajaran ini dirakamkan. Proses terakhir adalah peringkat maklum balas yang dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Semua guru pelatih yang terlibat dalam pengajaran mikro dikehendaki membuat analisis tafsiran dan rumusan terhadap hasil penilaian yang diperolehi daripada pemerhatian mereka yang direkodkan dalam borang bimbingan berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru. Rakaman video perlu diulang tayang untuk rujukan.

5.0

PENUTUP

Pengajaran mikro penting dilakukan oleh guru pelatih sebelum menjalani latihan mengajar atau praktikum kerana ia memberi peluang kepada guru mempraktik kemahiran mengajar dalam situasi terancang dan dapat mengamalkan teori dan konsep pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari. Latihan ini juga membolehkan guru dapat mengusai kemahiran pengajaran dengan cepat melalui pengalaman yang menyeronokkan. Penambahbaikkan dalam kemahiran pengajaran dapat dikenalpasti melalui rakaman video, di mana guru tersebut

24

membuat refleksi akan kelemahan, kekuatan pengajaran yang berfokus. Selain daripada itu guru dapat memperbaiki kelemahan setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah penyelia atau rakan sekelas. Latihan ini juga dapat mengurangkan ketegangan dan meningkatkan keyakinan guru untuk menghadapi situasi pengajaran yang sebenar semasa latihan mengajar atau praktikum.

RUJUKAN Abd Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan amalan pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors. Abdul Raof Dalip & Subahan Mohd Meerah. (1991). Isu- isu latihan mengajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Abraham P. C. A , Chambers, B. dan Poulsen, C. (1995). Classroom Connections. US of America: HarcourtBrace and Company Canada. Hasriana Atjeng. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan guru pelatih dalam pengajaran Matematik. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia.

Das könnte Ihnen auch gefallen