Sie sind auf Seite 1von 35

PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH Persamaan satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar

r berpusatkan murid guru sebagai fasilitator mendidik murid bekerja ataupun menyesuaikan diri dalam kumpulan menggalakkan penglibatan murid dalam kelas/ pembelajaran aktif membina kemahiran komunikasi memberi penekanan kepada nilai kerjasama dan bertolak ansur merangsang perasaan ingin tahu pelajar dan minat pelajar memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada murid.

Perbezaan TOPIK LIMA FASA NEEDHAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH FASA PERMULAAN KELAS Mempunyai 5 fasa Dimulakan dengan set induksi KEMAHIRAN Tidak memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian masalah Tidak mempunyai fasa Dimulakan dengan memberi satu masalah Memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian masalah

LANGKAH KESELAMATAN FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA

Menitikberatkan langkah keselamatan murid Memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea

Tidak menitikberatkan langkah keselamatan murid. Tidak memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea

PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN FORMAT AM Persamaan satu model pengajaran yang digunakan oleh guru memberi penekanan kepada penutupan pada akhir pembelajaran

Perbezaan TOPIK FASA FASA PERKEMBANGAN LIMA FASA NEEDHAM mempunyai 5 fasa fasa perkembangan dibahagikan kepada 3 peringkat yang lain iaitu pencetusan idea, aplikasi idea, dan penstrukturan idea. REFLEKSI mengalakkan murid untuk membuat refleksi FASA PENGAPLIKASIAN IDEA FASA lebih khusus memberi penekanan terhadap pengaplikasian idea memberi penekanan tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi. lebih luas tidak memberi penekanan terhadap pengaplikasian idea tidak memberi FORMAT AM mempunyai 3 fasa Fasa perkembangan tidak dibahagikan lagi

PENSTURKTURAN SEMULA IDEA

terhadap penstrukturan semula idea

penekanan terhadap penstrukturan semula idea tidak memberi penekanan terhadap pencetusan idea guru sebagai pengajar berpusatkan guru

FASA PENCETUSAN IDEA TUGAS GURU

memberi penekanan terhadap pencetusan idea

guru sebagai fasilitator

KAEDAH

berpusatkan murid

PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN KITARAN 5E

Persamaan berpusatkan murid memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada mempunyai lima fasa penekanan diberi kepada pengaplikasian idea guru sebagai fasilitator aktiviti di dalam kelas berasaskan hands- on penilaian dibuat oleh guru pada akhir p&p. memberi penekanan kepada peningkatan pengalaman baru berasaskan pembelajaran koperatif dan inkuiri.

Perbezaan TOPIK REFLEKSI FASA ORIENTASI LIMA FASA NEEDHAM dibuat oleh murid mempunyai fasa orientasi PENILAIAN dibuat pada fasa penstrukturan semula idea JENIS FASA mempunyai 5 fasa ( mempunyai 5 fasa ( KITARAN 5E dibuat oleh guru tidak mempunyai fasa orientasi dibuat pada fasa refleksi

orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, pengaplikasian idea, dan refleksi KEMAHIRAN mefokuskan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif -

engange, explore, explain, elaborate, dan evaluate)

tidak mefokuskan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

FASA PENSTRUKTURAN SEMULA IDEA

memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea.

tidak memberi penekanan kepada fasa penstrukturan semula idea.

LANGKAH KESELAMATAN

mempunyai langkah keselamatan

tidak mempunyai langkah keselamatan.

PERBANDINGAN ANTARA LIMA FASA NEEDHAM DENGAN PENGAJARAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF BERASASKAN INKUIRI

Persamaan berpusatkan murid memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada guru sebagai fasilitator aktiviti di dalam kelas berasaskan hands- on penilaian dibuat oleh guru pada akhir p&p. berasaskan pembelajaran koperatif dan inkuiri.

Perbezaan TOPIK JENIS LIMA FASA NEEDHAM tidak mempunyai jenis/ pilihan PENGAJARAN INKUIRI terdapat dua jenis pengajaran iaitu pengajaran induktif dan deduktif FASA mempunyai 5 jenis fasa LANGKAH KESELAMATAN KEKERAPAN mempunyai langkah keselamatan tidak memerlukan tidak mempunyai fasa tidak mempunyai langkah keselamatan memerlukan

ULANGAN ISI

kekerapan ulangan isi

kekerapan ulangan isi

PERBANDINGAN ANTARA KITARAN 5E DENGAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

Persamaan satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar berpusatkan murid guru sebagai fasilitator mendidik murid bekerja ataupun menyesuaikan diri dalam kumpulan menggalakkan penglibatan murid dalam kelas/ pembelajaran aktif membina kemahiran komunikasi memberi penekanan kepada nilai kerjasama dan bertolak ansur merangsang perasaan ingin tahu pelajar dan minat pelajar tidak menekankan langkah keselamatan murid.

Perbezaan TOPIK KITARAN 5E PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH FASA PERMULAAN KELAS Mempunyai 5 fasa Dimulakan dengan fasa engage KEMAHIRAN Tidak memberi penekanan kepada kemahiran Tidak mempunyai fasa Dimulakan dengan memberi satu masalah Memberi penekanan kepada kemahiran penyelesaian

penyelesaian masalah

masalah

REFLEKSI

Mengalakkan murid untuk membuat refleksi

Tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi

PERBANDINGAN ANTARA KITARAN 5E DENGAN FORMAT AM

Persamaan

satu model pengajaran yang digunakan oleh guru tidak menekankan langkah keselamatan tidak menerapkan nilai saintifik

Perbezaan

TOPIK FASA PERMULAAN KELAS

KITARAN 5E Mempunyai 5 fasa Dimulakan dengan fasa engage

FORMAT AM Tidak mempunyai fasa Dimulakan dengan mengajar konsep Pengajar Tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi Tidak memerlukan pengetahuan sedia ada murid. Berpusatkan guru Komunikasi sehala

PERANAN GURU REFLEKSI

Fasilitator Mengalakkan murid untuk membuat refleksi

PENGETAHUAN SEDIA ADA KAEDAH BENTUK KOMUNIKASI

Memerlukan pengetahuan sedia ada murid Berpusatkan murid Komunikasi dua hala

Lebih khusus

Lebih umum

FASA MENEROKA

Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pengetahuan dengan sendiri.

Tidak memberi peluang kepada murid untuk meneroka pengetahuan dengan sendiri.

FASA PENGAPLIKASIAN IDEA MINAT MURID

Mengalakkan murid untuk mengaplikasikan idea yang dipelajari.

Tidak mengalakkan murid untuk mengaplikasikan idea yang dipelajari

Guru menarik minat ataupun Guru tidak menarik minat perhatian murid. ataupun perhatian murid.

PERBANDINGAN ANTARA KITARAN 5E DENGAN PEMBELAJARAN INKUIRI PERSAMAAN Pembelajaran berpusatkan murid Memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada murid Guru sebagai fasilitator Mengalakkan pembelajaran aktif Mewujudkan komunikasi dua hala Tidak memberi kepentingan kepada langkah keselamatan murid Murid cuba mengaplikasikan idea baru mereka Mengalakkan membuat refleksi Mengalakkan murid membuat refleksi pada akhir p&p. Aktiviti di kelas bercirikan hands- on

PERBEZAAN TOPIK FASA PENILAIAN KITARAN 5E Mempunyai 5 fasa Dibuat pada fasa penilaian PEMBELAJARAN INKUIRI Tidak mempunyai fasa Dibuat pada fasa penstrukturan semula idea;

PERBANDINGAN ANTARA PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DENGAN FORMAT AM

PERSAMAAN 1 model pengajaran yang digunakan oleh guru. Tidak mempunyai fasa Satu pendekatan yang terancang

PERBEZAAN TOPIK FORMAT AM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH PEMUSATAN BENTUK KOMUNIKASI PENGETAHUAN SEDIA ADA Tidak memerlukan pengetahuan sedia ada murid MINAT MURID Tidak memberi kepentingan kepada minat murid REFLEKSI Tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi PERANAN GURU Guru sebagai pengajar Memberi kepentingan kepada minat murid Mengalakkan murid untuk membuat refleksi Guru sebagai fasilitator Memerlukan pengetahuan sedia ada murid Pemusatan guru Komunikasi sehala Pemusatan murid Komunikasi dua hala

AKTIVITI DI KELAS

Tidak mengalakkan aktiviti hands- on

Mengalakkan aktiviti handson Kelas dimulakan dengan memberi satu masalah

PERMULAAN KELAS

Kelas dimulakan dengan mengajar konsep

PERBANDINGAN ANTARA PEMBELAJARAN INKUIRI DENGAN FORMAT AM Persamaan satu model pengajaran yang digunakan oleh guru memberi penekanan kepada pengajaran mengikut ururtan

Perbezaan TOPIK REFLEKSI PEMBELAJARAN INKUIRI mengalakkan murid untuk membuat refleksi PERANAN GURU guru sebagai fasilitator FORMAT AM tidak mengalakkan murid untuk membuat refleksi. guru sebagai pengajar PENGETAHUAN SEDIA ADA memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada murid tidak memberi penekanan kepada pengetahuan sedia ada murid BENTUK KOMUNIKASI PEMUSATAN PENDAPAT berpusatkan murid mengalakkan murid memberi pendapat berpusatkan guru tidak mengalakkan murid memberi pendapat komunikasi dua hala komunikasi sehala

TUGAS PENDIDIK

murid berpeluang menyesuaikan dalam aktiviti kumpulan

murid tidak berpeluang menyesuaikan dalam aktiviti kumpulan

FORMAT PENGAJARAN

mempunyai dua format iaitu induktif dan deduktif

Tidak mempunyai satu format yang khusus

LEARNING CYCLE-5E 5Es Overview: The 5E instructional model

What is a 5E instructional model? This model describes a teaching sequence that can be used for entire programs, specific units and individual lessons. NASA eClips supports the 5E constructivist learning cycle, helping students build their own understanding from experiences and new ideas.

What are the 5Es? The 5Es represent five stages of a sequence for teaching and learning: Engage, Explore, Explain, Extend (or Elaborate), and Evaluate. ENGAGE: The purpose for the ENGAGE stage is to pique student interest and get them personally involved in the lesson, while pre-assessing prior understanding. During this experience, students first encounter and identify the instructional task. During the ENGAGE stage, students make connections between past and present learning experiences, setting the organizational ground work for upcoming activities. NASA eClips are designed to ENGAGE students. Through discussions, the videos may be

used to uncover students prior understanding. The video format arouses students curiosity and encourages them to ask their own questions. EXPLORE: The purpose for the EXPLORE stage is to get students involved in the topic; providing them with a chance to build their own understanding. In the EXPLORATION stage the students have the opportunity to get directly involved with phenomena and materials. As they work together in teams, students build a set of common experiences which prompts sharing and communicating. The teacher acts as a facilitator, providing materials and guiding the students' focus. The students' inquiry process drives the instruction during an exploration. Students are actively learning through inquiry-based science instruction and engineering challenges. Emphasis is placed on: Questioning, Data Analysis and Critical Thinking. NASA eClips help students EXPLORE new topics on their own. Through self-designed or guided exploration students make hypotheses, test their own predictions, and draw their own conclusions. EXPLAIN: The purpose for the EXPLAIN stage is to provide students with an opportunity to communicate what they have learned so far and figure out what it means. EXPLAIN is the stage at which learners begin to communicate what they have learned. Language provides motivation for sequencing events into a logical format. Communication occurs between peers, with the facilitator, and through the reflective process. Once students build their own understanding, they may use NASA eClips to help summarize or EXPLAIN their own ideas. These segments introduce vocabulary in context and correct or redirect misconceptions. EXTEND: The purpose for the EXTEND stage is to allow students to use their new knowledge and continue to explore its implications. At this stage students expand on the concepts they have learned, make connections to other related concepts, and apply their understandings to the world around them in new ways. NASA eClips segments help students EXTENDand apply what they learned to new and unfamiliar situations. EVALUATE: The purpose for the EVALUATION stage is for both students and teachers to determine how much learning and understanding has taken place. EVALUATE, the final "E", is an on-going diagnostic process that allows the teacher to determine if the learner has attained understanding of concepts and knowledge. Evaluation and assessment can occur at all points along the continuum of the instructional process. Some of the tools that assist in this diagnostic process are: rubrics, teacher observation, student interviews, portfolios, project and problem-based learning products. Video segments can be used to determine students depth of understanding. Students will be excited to demonstrate their understanding through journals, drawings, models and

performance tasks.

Who developed the 5E model? The Biological Science Curriculum Study (BSCS), a team led by Principal Investigator Roger Bybee, developed the instructional model for constructivism, called the "Five Es". Other models have been adapted from this model including the 6E and 7E models.

What is constructivism? Constructivism is a philosophy about learning that proposes learners need to build their own understanding of new ideas. Two of the most prominent constructivist researchers are: Jean Piaget (stages of cognitive development) andHoward Gardner (multiple intelligences).

SUMBER: http://www.nasa.gov/audience/foreducators/nasaeclips/5eteachingmodels/index.html
NEEDHAMS FIVE-PHASE MODEL KONSTRUKTIVISME 5-FASA NEEDHAM Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil

Fasa Orientasi

Tujuan/Kegunaan

Kaedah

Menimbulkan minat dan menyediakan Amali penyelesaikan masalah suasana sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar

Pencetusan Idea II

Supaya murid dan guru sedar tentang Amali, perbincangan dalam idea terdahulu kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan

Penstrukturan semula idea

Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.

III

Mengenalpasti idea-idea alternatif i. Pernjelasan dan Perbincangan dalam kumpulan kecil dan memeriksa secara kritis ideapertukaran dan buat laporan idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada ii. Pendedahan kepada situasi Pengubahsuaian, pemgembangan atau konflik Perbincangan, pembacaan, input penukaran idea guru. iii. Pembinaan idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru Amali, kerja projek, eksperimen, baru yang dibina tunjukcara guru iv. Penilaian Penggunaan idea Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa Renungan kembali Menyedari tentang perubahan idea Penulisan kendiri, perbincangan lain-lain. Penulisan sendiri kerja projek

IV

murid. Murid dapat membuat refleksi kumpulan, catatan peribadi dan sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.

SUMBER: http://www.teachersrock.net/konstruktivisme.htm

GENERAL FORMAT
Berpandukan format latihan mengajar seperti contoh berikut:

Tarikh Hari Waktu Masa

: 25 Januari 2009 : : 2 waktu : 1 jam 20 minit

Mata Pelajaran Tingkatan Bilangan Pelajar Bidang Unit Pembelajaran Tajuk/ Tema

: Pendidikan Seni Visual : 1 Amanah : 30 orang : Seni halus : Lukisan teknik garisan selari : Alam Sekitar

Objektif dalam bentuk eksplisit ditulis agar penyelia dapat menilai pada akhir pelajaran adakah pelajar dapat capai apa yang dipelajari

Objektif Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Menghasilkan lukisan bunga dengan aplikasi teknik garisan selari. 2. Boleh menggunakan cara betul alat dan bahan melalui teknik garisan selari 3. Boleh menghasilkan lukisan sekurang-kurangnya 70 % dapat menghasilkan lukisan teknik garisan selari dengan baik. Pelajar telah belajar garisan melalui bidang asas seni reka Pelajar telah pun melihat objek alam sekitar Pelajar telah menggunakan bahan pencil semasa aktiviti pendidikan seni visual. Mengenal tumbuh-tumbuhan dalam bidang Sains Jenis-jenis garisan dalam asas seni reka Menjanakan idea, membuat gambaran mental, menilai. Kerjasama dalam menghasilkan lukisan Ketekunan dalam pengkaryaan Sentiasa menghargai keindahan ciptaan Tuhan Pencil, pemadam, kertas lukisan Buku Sumber Guru ms:

Pengetahuan sedia ada:

Penggabungjalinan Kemahiran: KBKK: Nilai:

Aktiviti Guru adalah pemilihan kaedah dalam P&P

Alat / Bahan dan Sumber: Set Induksi boleh berlaku pada awal atau pertengahan P & P. Untuk menimbulkan rangsangan pembelajaran Langkah / Masa Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid

Alat, BBM dan Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

Permainan kotak beracun dengan iringan muzik

Guru menghadiahkan bunga ros kepada pelajar yang menjawab soalan yang dikemukakan

Mainan kotok Radio beracun Tape lagu Murid diberi Bunga ros hadiah selepas menjawab soalan guru. Pelajar mendengar sambil bersoal jawab Menjawab soalan dari guru Carta jenis garisan Lukisan yang mengguna-kan garisan

Aras digunakan untuk menentukan pembelajaran berlaku secara terancang dan mengikut turutan Langkah Aras 1: 1 Mengumpul (15 minit) maklumat, pemahaman konsep dan penghayatan Jenis Garisan Fungsi garisan Kesan garisan Guru menerangkan jenis-jenis garisan dan fungsi garisan Guru menunjukkan beberapa lukisan yang menggunakan garisan Menyoal jawab dengan pelajar mengenai garisan Langkah 2 (20 minit ) Langkah 3 ( 30 minit) Penutup (10 minit)

Langkah-langkah boleh berlaku hingga langkah 4 atau 5. Bergantung pemberatan pembelajaran

Penutup perlu dilihat seperti tulisan objektif tingkah laku

Penutup Penilaian Apresiasi rumusan

Guru memilih beberapa karya pelajar dan pamer di hadapan kelas Guru meminta beberapa pelajar membuat penilaian dengan bercerita

Pelajar berhenti melukis Mempamerka n karya di hadapan kelas Membuat apresiasi karya.

SUMBER: http://www.scribd.com/doc/18740326/Format-Rancangan-Pengajaran

1 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF 1.1 Konsep pendekatan : Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu,misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran .Dengan perkataan lain,pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya.

1.2 Pendekatan induktif Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan menberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, murid-murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Di dalam sesuatu situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif, guru boleh mengemukakan beberapa contoh yang khusus,diikuti dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.Guru hanya membimbing murid,melalui aktiviti soal jawab ,mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh contoh khusus yang dikemukakan. Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa. Kaedah inkuiri-penemuan yang banyak diamalkan apabila mengajar Sains sebagai aktiviti pelajarannya, adalah berlandaskan kepada pendekatan induktif.

1.3 Jenis-Jenis Pendekatan Induktif : Pendekatan induktif mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang digunakan untuk mengajar pelbagai jenis mata pelajaran contohnya : Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu misalnya mencari segitiga yang sama dari pelbagai jenis segitiga. Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda yang dijatuhkan dari atas ke bawah. Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada analisis terhadap struktur ayat atau bahasa. Membentuk satu teorem daripada aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jjenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat teori daripada satu urutan pemikiran. Contohnya memerhati tingkah laku manusia untuk mendapat satu teori pembelajaran.

1.4 PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlulah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan berikut iaitu Sebelum memulakan aktiviti p&p guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai iaitu yang boleh membantu murid membuat rumusan. Di samping itu soalan juga harus disediakan supaya murid mendapat kesimpulan yang berkenaan. Guru tidak harus memberi penerangan dan menghurikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab.Jenis contoh yang khusus harus dipelbagaikan tetapi mempunyai cirri yang sama serta mudah untuk murid mengenalpastinya. Selepas contoh dikemukakan , murid digalakkan memberi contoh lain yang serupa. Guru tidak harus mengemukakan contoh sekaligus tetapi mempersembahkan satu persatu supaya dapat menarik minat murid dan membolehkan mereka mengenalpasti cirri pada contoh itu dengan lebih mudah. Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid membuat kesimpulan.Melibatkan penggunaan deria murid seperti penglihatan dan pendengaran.

1.5 TUNJUK CARA KAEDAH INDUKTIF :

Berdasarkan kepada model pengajaran induktif, satu contoh pengajaran dapat dibuat sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran : Mata pelajaran : bahasa melayu Tajuk : imbuhan ter Objektif pelajaran : Menyatakan fungsi imbuhan ter yang membawa maksud tidak sengaja. memberikan beberapa contoh menggunakan imbuhan ter . Sumber pelajaran : kad-kad ayat yang memakai imbuhan ter.

2.0 PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

2.1 Konsep Deduktif : Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan didikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Kaedah deduktif berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid mempunyai kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, prinsip, hokum, teorem atau peraturan yang telah dipelajari dengan tepat untuk diaplikasikan kepada contoh-contoh yang khusus. Dalam penggunaan pendekatan deduktif ini,guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal.Murid dibimbing mengingat kembali hukum,prinsip,teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

2.2 Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif : Terdapat 3 jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelesaian masalah : pendekatan deduktif banya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Misalnya setelah murid mendapat fungsi imbuhan ber mereka disuruh membuat ayat dengan menggunakan imbuhan ber . Membentuk generalisasi baru : pendekatan deduktif ini dapt digunakan untuk membuat generalisasi yang baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat mereka diminta menggunakan rumus itu untuk mendapatkan rumus luas segitiga bersudut tegak. Membukti hipotesis : pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk membuktikan Sesuatu hipotesis melalui sesuatu hokum atau prinsip yang telah dipelajari contohnya selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta menggunakan teorem ini bagi membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180 darjah

2.3 Prinsip-Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Deduktif

Pada peringkat permulaan masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali generalisasi, prinsip atau teoti yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.

2.4 Tunjuk Cara Kaedah Deduktif Berdasarkan model pengajaran secara deduktif, maka satu contoh pelajaran yang menggunakan pendekatan ini sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat : Mata pelajaran : sains Tajuk : ciri-ciri haiwan Objektif : selepas pelajaran murid dapat membentuk generalisasi yang baru berdasarkan generalisasi yang telah diketahui. Generalisasi lama : haiwan yang mempunyai sayap boleh terbang Generalisasi baru : haiwan yang mempunyai sayap dan badannya ringan boleh terbang. Sumber pelajaran : kad-kad gambar dilukis berbagai-bagai haiwan yang mempunyai sayap.

PROBLEM BASED LEARNING LESSON A basic definition for problem-based learning (PBL) is: "... the learning that results from the process of working toward the understanding or resolution of a problem."* Basically, PBL relies on a type of learning that we all undertake informally. If you need to learn a new software package in order to get an important job done, most people generally don't start with the manuals. Most of us open up the software package, fool around with it until we hit a roadblock, and then consult the documentation to solve that problem. This basic process is the fundamental approach in problem-based learning: provide students with a real world, complex problem to solve upfront, allow them to investigate a variety of sources to gather information, and finally, solve that problem. *Barrows H.S. and Tamblyn, R.M. (1980) Problem-Based Learning: An approach to medical education. New York: Springer Publishing Company. P. 18.

Problem-Based Learning in Science Classrooms Students are at the center of learning when teachers implement PBL. First, a problem or scenario is presented to stimulate student interest. Students work in small groups to investigate the problem. With very young children, the teacher may keep the class as a large group for fact-finding, idea generation and learning needs identification. As the process progresses, ideas are challenged by other group members or by the teacher if necessary. The process is cyclical and repeated several times as new information is learned and ideas have been modified to generate new learning needs. It should be noted that solving the problem is not the most important objective, the power of PBL is found within the learning process itself through student-directed inquiry. Scientific facts and concepts are not taught directly, but integrated within the scientific process. Also integrated within the process is reading, writing, vocabulary and if desired, mathematics and a host of other disciplines. When investigating a PBL scenario, students assume the role of scientist. Effective problems are those that engage student interest and motivate them to probe for deeper understanding of science concepts. Good problems ask students to formulate ideas or judgments based on facts that may be prior knowledge, information given in the scenario, and logic. Problem-based learning usually includes several steps. The five-step model in the chart below identifies these steps: 1. Problem is presented and read by group member, while another acts as scribe to mark down FACTS as identified by group. 2. Students discuss what is known (the facts). 3. Students discuss what they think and identify the broad problem

(brainstorm their ideas and formulate their hypotheses). 4. Students identify their learning needs (what they need to learn in order to prove or disprove their ideas). 5. Students share research findings with their peers, then recycle steps 2-4 Teachers take on a minimal role when presenting PBL scenarios. They use open-ended questions to foster student metacognitive growth. If necessary, ask questions like: Whats going on here? What do we need to know more about? What is your evidence? A wait-time is essential to allow the student to process the information and formulate their ideas they should not be rushed. As students participate in PBL over time, they

become self-directed learners who are able to ask their own questions, and identify what they need to know to continue their learning. Creating PBL Scenarios Ideas for PBL scenarios can come from almost anywhere; literature, television programming, news programs or newspapers articles. Wonderful PBL scenarios can be created by changing traditional lessons into problem-based inquiry learning. These lessons should be aligned with the curriculum for your grade level and embedded with desired learning outcomes. When creating or identifying scenarios consider the following components:

A loosely structured case or prompt embedded with links to desired learning outcomes i.e. standards (national, state or local). Small group cooperative learning is best, but find the model that works best for you. In the example provided of a dental education case from Malmo, Sweden the one sentence case drives their curriculum for weeks (see schematic in Appendix). Use hands-on kits and instructional materials to test hypotheses and generate new facts based on scientific experimentation. Learning is very open. In the case provided, "Buzz-saw Terror" if students have an idea that the insect is an ant and you as a teacher know it isnt its OK if they spend time investigating ants eventually they are going to find that ants dont build mounds like the one described. When they do, theyre back on track and they not only learn about the insect that does build the mound they also have learned about ants, which may or may not have been a teacher-desired outcome in the first place.

The benefits of PBL are many. In general, it can be used to:


Motivate bored students Raise understanding Build critical thinking skills Further creativity and independence Provide a sense of ownership for students Provide flexibility for both instructors and students*

Why should you use PBL? There are many reasons that include:

Works well for nearly all learners Prepare students to be productive workers Provides a sense of the "real world" Forces students to engage in their learning Promotes collaborative learning Raises the quality of learning, and education in general*

http://www.usc.edu/hsc/dental/ccmb/usc-csp/Quikfacts.htm

PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBL) Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri. Sejarah PBL Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University, Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun begitu, beliau menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Pendekatan ini telah membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor Barrow menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepada PBL dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster. Objektif PBL Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah: a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.

b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan. c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme. d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat. e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif (Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005) Ciri-ciri PBL Definisi awal PBL memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti: a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah, b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian, c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri, d) Pensyarah sebagai pembimbing, e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.

Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBL. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut: a) Pembahagian Kumpulan Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk. b) Mengenalpasti Masalah Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut

berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut. c) Menjana Idea Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut. d) Isu Pelajaran Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. e) Pembelajaran Kendiri Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan. f) Sintesis dan Aplikasi Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna Masrom (2006) telah membuat kajian yang bertajuk "Problem Solving Skill in ICT and Multimedia Application mendapati bahawa tanpa pengetahuan dan kemahiran penyelesaian masalah, pelajar

tidak mampu untuk melaksanakan dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan sempurna dan cekap. Proses Menyelesaikan Masalah Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu: a) Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya; b) Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian; c) Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah; dan d) Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003) Menurut Razihan Abdul Jalil (2001) kaedah penyelesaian masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman dan kemahiran (Mohd Khairuddin Abdul Karim, 2005). Berdasarkan Smith (1997) dan Edward dan Monika (1995) terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah: a) Mengenalpasti Masalah Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat.

b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain.

Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak.

c) Membuat Keputusan Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan.

d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik. e) Melaksanakan Keputusan Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak. Kelebihan PBL Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah: rangsangan atau stimulasi berjaya dihasilkan dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar. Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang lebih selamat (Jamalludin Harun, et al, 2005). keinginan menyelesaikan masalah mendorong pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dan pengajaran antara rakan sebaya (peer teaching) dalam kumpulan dan antara kumpulan. Pelajar yang melalui PBL dapat membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Tse dan Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah PBL sangat berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pengetahuan teknikal pelajar. Melalui kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak peluang untuk mempraktikan teknik pembelajaran kendiri yang merupakan elemen penting dalam menentukan kerjaya masa depan mereka. Selain itu, kebolehupayaan pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan melalui kerjasama dalam kumpulan yang diamalkan untuk subjek kejuruteraan.

Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar tersebut. Penyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004) menyatakan bahawa pelajar yang mengikuti kaedah PBL dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi matapelajaran Teknologi Makanan dan Nutrisi. Banyak kajian yang membuktikan bahawa kaedah PBL mampu meningkatkan kemahiran generik para pelajar terutamanya dalam kemahiran menyelesaikan masalah. Kenyataan ini disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa (2005) bertajuk Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati bahawa PBL membantu pelajar dalam memperolehi kemahiran generik dan penglibatan aktif dalam kelas berbanding pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.

Das könnte Ihnen auch gefallen