Sie sind auf Seite 1von 2

LAPORAN AKHIR TAHUN 2011 PANITIAI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Setiap panitia yang ditubuhkan perlu menjalani setiap aktiviti tahunan yang telah dirancangkan. Ini memudahkan perjalanan sesebuah panitia itu mencapai sasaran yang telah dirancang. Ahli ahli panitia telah menjalankan beberapa aktiviti berikut:

1) Mesyuarata pertama panitia: JANUARI 2011 Pada awal tahun 2011, panitia PJK telah mengadakan mesyuarat kali pertama.ini bertujuan mengenal pasti guru yang mengajar setiap kelas seterusnya melantik ajk tahun 2011. Di samping itu juga ketua panitia menyebarkan maklumat-maklumat terkini dan peraturanperaturan yang ada terutama nya stor sukan ( pjk).

2) Kemaskini stok peralatan pjk dan memesan peralatan baru. FEBUARI 2011 Ajk yang terlibat telah membuat penyemakan terutamanya barang-barang yang telah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Ahli panitia menyusun semula peralatan dan membuat pengkelasan mengikut jenis-jenis peralatan. Setiap ahli panitia juga menyenaraikan peralatan sukan yang perlu ditambah. Ketua panitia membuat pesanan kerajaan dan menghantar kepada guru besar untuk membuat pembelian.

3) Keceriaan dan pelabelan peralatan.MAC 2011 Setiap ahli panitia diberi tugasan mengikut keperluan. Ahli panitia pagi membuat dan memotong kepingan kertas . Ahli panitia sesi petang pula menampal kepingan kertas untuk melabelkan setiap peralatan yang ada di dalam stor sukan.

4) Ujian SEGAK. APRIL 2011 Semua murid tahap dua akan di uji dengan ujian SEGAK. Murid diuji dengan tekan tubi,bangkit tubi dan naik turun bangku. Setiap guru penilai diberi kertas penerangan bagaimana menjalankan ujian SEGAK. Ujian segak ini dimulai dengan murid tahun 6,kemudian tahun 5 seterusnya tahun 4.

5) SEGAK dan kemaskini stor( penyelenggaraan) MEI 2011 Murid tahun 4 masih menjalani ujian segak. Ketua panitia memantau setiap penilaian SEGAK ini dijalankan agar berjalan dengan lancar. Setiap peralatan segak digunakan dan disimpan dengan baik.

6) Peralatan sukan tahunan. JUN 2011 Sepanjang latihan sukaneka dan acara sukan tahunan dijalankan. Stor sukan berfungsi membekalkan peralatan sukaneka terutama gelong rotan dan skital.peralatan ini sentiasa digunakan setiap sukaneka dari pra sekolah hingga tahun 3. Setiap ahli panitia sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk melicinkan perjalanan sukan tahunan. Untuk acara padang pula, panitia menyediakan baton,peluru, tilam,tiang dan palang lompat tinggi. 7) Minggu panitia pjk.JULAI 2011 Pada bulan ini panitia pjk digantikan dengan aktiviti tahunan iaitu hari sukan tahunan dan larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Pada kejohanan tersebut stor sukan dijadikan tempat menyimpan dan membekalkan peralatan sukan. Contohnya tiang lompat tinggi, tilam,pita ukur, stop watch, tempat pemenang dan sebagainya. Setiap ahli panitia bertungkus lumus membantu perjalanan sukan tahunan supaya berjalan dengan lancar. Selepas itu setiap peralatan yang digunakan disimpan semula dengan baik. Tiada kerosakan yang dikenalpasti. 8) Bulan puasa( ramadhan).OGOS 2011 Setiap aktiviti sukan termasuk kelas pj dibatalkan dan diganti dengan kelas pendidikan kesihatan. 9) Minggu kecerdasan . SEPTEMBER 2011 Oleh kerana masa yang ade terlalu singkat untuk bulan September. Murid tahun 5 dan tahun 4 sahaja yang membuat ujian kecergasan. Murid-murid di uji dengan pelbagai ujian kecerdasan. Antaranya ialah ujian partlek iaitu ujian kecergasan atau keupayaan daya tahan jantung seseorang. Murid diberi masa untuk mengambil bongkah kayu (larian ulangalik). 10) Laporan akhir tahun dan laporan SEGAK. (OKT&NOV) Guru-guru yang mengajar tahun 4,5 dan 6 dikehendaki menyiapkan pelaporan segak dengan mengambil ujian yang telah ditetapkan. Bagi murid tahun 6 pula satu laporan lengkap perlu dibuat untuk dimasukkan kedalam fail murid yang akan memasuki alam sekolah menengah nanti. Setiausaha panitia pula membuat laporan tahunan panitia.

Disediakan oleh: .. ( Noor Diana Bt Yahya)

disemak oleh: ( Zulsubha B Abdullah)

disahkan oleh:

Das könnte Ihnen auch gefallen