Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
MUQADDIMAH
ISI KANDUNGAN
MUQADDIMAH .................................................................................................................................... 1 RAHSIA KAF 40 ........................................................................................................................................ 3 Kaifiat Amalan ......................................................................................................................................... 5 Khasiat Kaf Empat Puluh ......................................................................................................................... 5 (1) Menyerang musuh......................................................................................................................... 5 (2) Membutakan mata musuh ............................................................................................................ 5 (3) Musuh berlawan sama sendiri. ..................................................................................................... 6 (4) Kelimunan. ..................................................................................................................................... 6 (5) Menawarkan Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang. .............................................................. 6 (6) Perempuan lekat uri. ..................................................................................................................... 6 (7) Memperbanyakkan air susu. ......................................................................................................... 6 (8) Menghalau pelesit. ........................................................................................................................ 6 (9) Menahan darah. ............................................................................................................................ 6 (10) Menghilangkan Bisa-bisa binatang. ............................................................................................. 6 (11) Menjauhkan bahaya dan gangguan hantu puaka. ...................................................................... 6 (12) Sakit mata. ................................................................................................................................... 7 (13) Terkena lintasan atau sawan. ...................................................................................................... 7 (14) Penawar demam.......................................................................................................................... 7 (15) Kuat Badan................................................................................................................................... 7 (16) Tuju demam kura......................................................................................................................... 7 (17) Menumbangkan Tiang Kayu berpenunggu.................................................................................. 7 (18) Sakit pinggang .............................................................................................................................. 7 (19) Memperbanyakkan makanan yang sedikit. ................................................................................. 8 (20) Menjinakkan binatang liar. .......................................................................................................... 8 (21) Pelaris. ......................................................................................................................................... 8 (22) Pengebal ...................................................................................................................................... 8 (23) Pelembut Besi .............................................................................................................................. 8 (24) Orang Gila .................................................................................................................................... 8 (25) Meredakan ribut dan ombak besar. ............................................................................................ 8 (26) Hendak Masuk Hutan. ................................................................................................................. 9 (27) Perang Sabil . ............................................................................................................................... 9 (28) Pendinding ................................................................................................................................... 9 Penutup................................................................................................................................................... 9
RAHSIA KAF 40
Hizbul Kaf atau Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang tua melayu, meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya, kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan mengetahuinya.
Kaf empat puluh ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza, tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah dahulu daripada ahlinya. Kata orang-orang tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu, supaya mujarab
dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura). Matan hizib kaf 40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai Wirid Jika hendak dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya sebanyak tiga kali. Boleh diwiridkan secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap kali selepas selesai solat lima waktu. Amalan Untuk Riadhah Atau Khalwat Kaifiatnya seperti berikut : Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf 40 sebanyak 7000 kali. Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada hari ketiga lepas Isyak.
Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal. Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun. Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan atau jauh dari orang ramai (sunyi) Memasang bau-bauan yang wangi. Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3 hari. Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
(4) Kelimunan.
Jikalau musuh terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
anak-anak kapal nyatalah api itu adalah hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
Kata orang, antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah dibahagikan kepada tiga jenis : a) Ilmu Kebal Defensif ( kebal ketika diserang sahaja). b) Ilmu Kebal Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ). c) Ilmu Kebal Pro Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang). d) Kategori pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40 termasuk di dalam kategori ini. e) Kategori kedua biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian oleh guru atau amalan wirid dan riadah f) Kategori ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab. Diceritakan bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat. Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahualam.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan. Versi kedua kaf 40 Versi kedua kaf 40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55, berikut adalah matannya : )04 ( )55 ( Kafa ka rabbuka kam yakfika wakifatan kifka fuha kakaminin kana min kalakin takirru karran kakarril karri fi kibidin tahki musyaksyakatan kallak lakil kalak kafa ka mabi kafal kafa kurbatuhum ya kaukaban kana yahki kaukabalfalak -(kaf40) kakur yaratin kaffukum kalkahfi fukom lakom kaka ka in kibidin yakfi kumul kaf -(kaf 50).
Penutup
Alhamdulillahi hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah sebati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut niat kita insya-Allah.