Sie sind auf Seite 1von 24

POLITIK DALAM ISLAM

Mukadimah

Pada hari ini kita amat memerlukan sebuah kefahaman yang sebenarnya bersumberkan
kepada rujukan al-Quran dan al-Sunnah berkenaan dengan politik dalam Islam.
Hasil gambaran dan lakonan mereka yang berpolitik dengan asam dan pencak yang kotor,
penipu, zalim, kuku besi, pembohong, menyebabkan sebahagian pemikir-pemikir Islam
menganggap politik amat kotor dan hina seperti kata Badi al-Zaman Said al-Nursi yang
berkata: Aku berlindung daripada syaitan dan siyasah.
Walaupun begitu Syeikh Islam yang terakhir bagi khalifah Uthmaniyyah, Syeikh Mustafa
Sobri menganggap wajib dan perlu bagi umat Islam memahami politik dan menempatkan
diri di persadanya jika berkelayakan dan mempunyai mempunyai sifat-sifat kepimpinan.
Ini kerana ia termasuk dalam menegakkan syariat dan Daulah Islamiyyah sebagai mana
baginda SAW mengasaskan Negara Islam Madinah.
Sesungguhnya berdiri saya pada pagi ini sekadar mengemukakan sebahagian naskhah
yang umum berkenaan dengan politik dalam Islam.
Pada saat yang sama kita menyukuri yang kenyataan ini bukanlah bersifat idealistik
sehingga sumber untuk diterjemahkan dalam realiti yang sebenar.

Pertama: Pengenalan umum
Politik di dalam kamus dewan edisi yang keempat ditakrifkan kepada beberapa takrif.
Takrif politik yang pertama ialah ilmu, ilmu (pengetahuan) bukan cara pemerintahan
(dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siasah, ilmu kenegaraan.
Takrif yang kedua ialah segala sesuatu bukan pemerintahan sesebuah negara atau
hubungannya dengan negara lain.
Takrif yang ketiga ialah kelicikan, muslihat, tipu muslihat. Berpolitik pula ditakrifkan
sebagai mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik.
Mempolitikkan pula ditakrifkan sebagai memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan
sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik. (lihat
Kamus Dewan Edisi 4: 1223)
Dalam bahasa arab, politik juga dikenali sebagai siasah daripada perkataan
yang memberi makna cara mengurus takbir dan memerintah, mengurus atau mengatur
perkara mengikut syariat Islam, antara perkataan yang hamper seerti dengannya ialah:
Al-Khilafah.
Al-Imamah.
Al-Siyadah.
Al-Riyasah.
Al-Qiyadah.

Begitu juga matapelajaran atau perbincangan ini dikenali sebagai al-siyasah as-syariyyah,
Fiqh al-Siyasah as-Syariyyah, al-Ahkam al-Sultaniyyah, dan lain-lain lagi.

Kedua: Keperluan kepada kepimpinan
Penulis memukadimahkan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Adalah bagi Bani
Israil, mereka diuruskan urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang
nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada
ramai para khilafah.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Jawatan pemerintah tertinggi sangat penting untuk merealisasikan kewujudan sebenar
umat Islam. Oleh itu, pemerintah mesti diwujudkan dan dilantik untuk memimpin umat
Islam kerana sebab-sebab berikut:

Antara tanggungjawab terbesar yang diperintahkan oleh Allah kepada hamba-
hamba-Nya yang muslim adalah supaya mereka bersatu dengan cara berpegang
kepada agama Allah SWT dan tidak berpecah atau bertelagah sesama sendiri.
Sesuatu umat tidak akan terselamat daripada angkara perpecahan dan
pertelagahan melainkan apabila mereka menyerahkan kepimpinan mereka kepada
seorang ketua, iaitu ketua yang dapat menyatukan mereka dan semua pendapat
tunduk kepada kebijaksanaannya.

Kedudukan pemerintah di kalangan semua individu umat pula adalah umpama
paksi pada sesuatu bulatan. Dialah yang akan merealisasikan perpaduan dan
menjaga keutuhan mereka melalui kepimpinannya. Jawatan tersebut amat perlu
demi kestabilan undang-undang dan keharmoniaan keadaan. Ia turut dirasai oleh
spesis haiwan dan ternakan.
Sebahagian besar perlaksanaan hukum-hakam dalam syariat Islam tertakluk
kepada kuasa pemerintah. Hukum-hakam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan
kecuali melalui kuasa dan arahan pemerintah, seperti menghakimi kes-kes
mahkamah, melantik para penjaga, mengisytiharkan halangan (al-Hajr) dan
perang, memeterai perdamaian dan sebagainya. Oleh itu, bagi membolehkan
hukum-hakam syarak dilaksanakan sepenuhnya dengan cara yang betul dan
diterima oleh Allah SWT, mestilah ada pemerintah yang akan melaksanakan
hukum-hakam itu dan memantau perlaksanaannya.

Dalam syariat Islam, terdapat satu kategori hukum yang disebut sebagai hukum-
hakam imamah (pemerintahan) atau hukum-hakam siasah syar'iyyah (politik Islam).
Hukum-hakam dalam kategori ini bersifat fleksibel dan syara tidak
memutuskannya secara terperinci. Sebaliknya hukum hakam dalam kategori ini
diserahkan kepada pendapat dan ijtihad pemerintah berdasarkan kepentingan dan
keadaan umat Islam. Contohnya, sebahagian besar hukum hakam berkaitan sistem
pengurusan kewangan, gerakan ketenteraan dan pengurusan tawanan.

Jika tiada pemerintah yang berkemampuan dan berwibawa untuk menduduki
jawatan ini, sudah tentu segala hukum-hakam ini akan terus tergantung tanpa
dapat dilaksanakan.

Umat Islam sentiasa terdedah kepada kemunculan kumpulan pelampau di
kalangan mereka yang menimbulkan ketidakstabilan dalam masyarakat Islam.
Mereka didorong oleh hawa nafsu atau fahaman-fahaman sesat yang berselindung
di sebalik nama agama atau pemulihan masyarakat.

Usaha menghapuskan ketidakstabilan ini hanya mampu dilakukan oleh seorang
pemerintah Islam yang adil, iaitu pemerintah yang dapat menggariskan jalan yang betul
kepada umat Islam dan mengingatkan mereka supaya tidak terpesong ke jalan yang lain.
Ketika itu, umat Islam tidak akan terjebak dalam kekeliruan dan kebingungan disebabkan
kejahilan mereka. Ini kerana mengikut hukum Allah SWT, perintah yang dikeluarkan oleh
pemerintah adalah wajib dilaksanakan. Namun, ketika pemerintah ini tidak wujud, para
pendokong pelbagai fahaman sudah tentu akan berusaha menjadikan umat Islam berada
dalam kebingungan tanpa sebarang penyelesaian. Akhirnya, umat Islam akan berpecah
kepada beberapa puak dan kelompok yang saling bercakaran. Mereka akan hancur
disebabkan pertelagahan dan perpecahan itu.



Ketiga: Dalil kewajipan melantik pemimpin
Hadis Nabi SAW:
Maksudnya: Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang
(bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.
Riwayat Ahmad 2/177, Abu Daud 2608-2609
Syaikh al-Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata: Kalaulah diwajibkan memilih salah
seorang sebagai pemimpin dalam Jemaah yang paling sedikit (tiga orang) dan dalam
kumpulan yang paling kecil, maka ini adalah peringatan tentang kewajipan tersebut bagi
kumpulan yang lebih ramai. (al-Hisbah: 11)
Telah ijmak para ulama tentang kewajipan melantik imam (pemimpin) kata Imam al-
Nawawi rahimahullah: Telah ijmak para ulama bahawa wajib atas orang Islam melantik
khalifah. (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim 12/205)
Ibn Khaldun berkata: Melantik pemimpin adalah wajib dan kewajipan tersebut dapat
diketahui dalam syarak dengan ijmak para sahabat dan tabiin kerana para sahabat
Rasulullah SAW ketika wafatnya Baginda, mereka bersegera memberi taat setia kepada Abu
Bakar RA dan menyerahkan kepadanya urusan mereka. Demikianlah pada setiap zaman dan
perkara ini telah tetap sebagai ijmak yang menunjukkan kewajipan melantik pemimpin. (al-
Muqaddimah: 191)
Kewajipan melantik pemimpin juga dibuktikan dengan satu kaedah syarak iaitu:
Maksudnya: Perkara yang tidak akan sempurna suatu kewajipan melainkan dengannya,
maka ia adalah wajib.
Dalam menetapkan perkara ini, Sayidina Ali bin Abi Talib RA berkata: Manusia mesti
mempunyai pemerintahan sama ada yang baik atau jahat. Lalu mereka menanyai beliau:
Wahai Amirul Mukminin, yang baik telah sedia kami ketahui. Bagaimana pula dengan yang
jahat itu? Beliau menjawab: Dengannya dapat juga dijalankan hudud, dengannya jalan-jalan
juga akan aman, dengannya juga dapa tjuga berjihad menentang musuh dan dengannya
dapat juga dibahagikan harta rampasan. (Minhaj al-Sunnah: 1/548)


Kewajipan menegakkan pemerintahan dibuktikan dengan ia boleh menghalang
kecelaruan yang memberi kesan buruk menutup pintu fitnah. Ketiadaan pemimpin
tertentu membawa pelbagai kesan negatif dan fitnah yang hanya diketahui oleh Allah
SWT.
Maka memelihara lima keperluan asas iaitu agama, jiwa, maruah, harta dan akal adalah
wajib dari segi syarak dan pemeliharaannya adalah salah satu maqasid syariah (objektif
syarak). Ini tidak akan sempurna melainkan dengan melantik seorang pemimpin bagi
kaum Muslimin. Maka ia menunjukkan kewajipannya.
Imam Ahmad RA berkata: Fitnah (berleluasa) apabila tiada pemimpin yang mengendalikan
urusan manusia. (Al-Khallah, al-Sunnah 1/81, Kata muhaqqiq: Sanadnya Sahih)

Keempat: Menolak tohmahan sistem politik Islam
Ada sebahagian tokoh Islam telah mengemukakan pendapat yang songsang dan
menafikan sistem politik Islam dengan pelbagai hujahan sebenarnya amat lemah dan
ditolak oleh para ulama.
Orang yang pertama menolak sistem politik Islam secara total dan cuba membuktikan
bahawa syariat Islam adalah syariat yang bersifat spiritual semata-mata, yang datang
untuk mengatur hubungan antara manusia dan Tuhan-Nya sahaja, tiada hubungan antara
hukum dan politik, tugas Nabi Muhammad SAW tiada kaitan dengan pemerintahan serta
perlaksanaannya dan tidak melebihi batasan penyampaian (dakwah), membawa berita
gembira dan memberi amaran ialah Ali Abdul Raziq dalam bukunya Islam dan Dasar
Pemerintahan yang dicetak pada awal April tahun 1925. Ia mendapat tentangan yang
hebat kerana ia bertentangan dengan dasar-dasar Islam dan secocok dengan tujuan
penjajahan Barat ketika itu. Memadai untuk kita mengetahui bahawa ayah penulis
berkenaan ialah Naib Presiden Parti Ummah iaitu rakan penjajahan Inggeris.
Kemudian muncul pula Khalid Muhammad Khalid yang mengikut jejak Ali Abdul Raziq
dalam meolak sistem politik Islam dalam bukunya Dari Sini Kita Bermula, tetapi dia telah
menarik balik pendapatnya yang salah itu setelah satu perempat kurun dalam bukunya
Negara dalam Islam. Walaupun begitu dikatakan Syeikh Muhammad al-Ghazali telah
menolak buku tersebut dengan penghujahan yang begitu kuat.
Ali Abdul Raziq juga telah mengisytiharkan penarikan semula pendapatnya dalam majalah
Risalah Islam dalam keluaran Mei 1951. Kedua-dua buku ini telah dijawab oleh sebahagian
besar ulama. (lihat Kitab al-Azhar Radd Haiat Kibar al-Ulama ala Kitab al-Islam wa Usul al-Hukm)


Kelima: Syarat dan ciri pemimpin utama

Individu yang menduduki jawatan pemerintah tertinggi mestilah memiliki sifat-sifat
berikut:

Islam: Tidak sah melantik orang bukan Islam sebagai pemerintah. Ini kerana urusan
pemerintahan adalah salah satu hukum syarak yang berkaitan dengan pentadbiran
hal ehwal umat Islam. Oleh itu, ia tidak boleh diserahkan kepada orang yang tidak
meyakini hukum-hakam ini.

Lelaki: Oleh itu, tidak sah melantik perempuan sebagai pemerintah.
1


1
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
`_l>l _`. _ls ,!..l !., _. < `.-, _ls _-, !., 1. _. l.

Maksudnya: Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita oleh
kerana Allah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan.
Dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta
mereka.
(Surah al-Nisa: 34)

Kebanyakan ulama menafsirkan dengan kepimpinan mestilah di kalangan lelaki antaranya:
Al-Alusi berkata: Keadaan mereka yang bertanggungjawab ke atas wanita-wanita ialah mendirikan
perwalian dan amanah ke atas rakyat sama ada dengan arahan atau larangan dan yang seumpama
demikian itu. Dan sesungguhnya telah datang daripada khabar yang wanita-wanita bersifat kurang
akal dan agama. Berlainan pula dengan golongan lelaki. Justeru, dikhususkan lelaki dengan kerasulan
dan kenabian. Mengikut pendapat yang paling masyhur dengan pemerintahan besar atau kecil,
mendirikan segala syiar-syiar agama seperti azan, iqamah, khutbah Jumaat, takbir-takbir hari tasyriq
di sisi imam kita (Hanafi). (Ruh al-Maani 5/32)
Muhammad Ali al-Sais berkata: Allah melebihkan lelaki daripada wanita pada akal, fikiran, keazaman
dan kekuatan. Dengan sebab itu dikhususkan lelaki dengan risalah, kenabian, imamah yang besar atau
kecil menegakkan syiar seperti azan, iqamah, khutbah, Jumaat dan jihad. Lihat Tafsir Ayat al-Ahkam
(2/456)
Al-Zamakhsyari berkata: Allah melebihkan lelaki dari pelbagai aspek. Sebahagiannya sifat haqiqiyyah
dan sebahagiannya hukum syariyyah. Antaranya imamah sughra dan imamah kubra. Lihat Tafsir al-
Fakhrurrazi (3/92)
Ibn al-Arabi berkata: Kelebihan lelaki pada 3 perkara iaitu sempurnanya akal, sempurnanya agama dan
ketaatan pada perkara jihad, amar makruf dan nahi munkar, dan ditaklifkan menanggung mas kahwin
dan nafkah berdasarkan nas Ilahi. Lihat Ahkam al-Quran (1/531)
Muhammad Rasyid Ridha berkata: Tidak syak lagi kesempurnaan lelaki yang melebihkan beliau
dengan kenabian pemerintahan sama ada yang besar atau kecil dan menegakkan syiar agama. Lihat
Tafsir al-Quran al-Hakim atau al-Manar (5/70)
Al-Sobuni berkata: Dan kelebihan bagi lelaki kerana kesempurnaan aqalnya, baik urus tadbirnya,
tajam dan dalam pandangannya serta tambahan kekuatan. Oleh yang demikian, dikhususkan dengan
kenabian, pemerintahan, perwalian, syahadah penyaksian, jihad dan lain-lain. (Safwah al-Tafasir 1/274)
Ini berdasarkan hadis sahih bahawa Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Golongan yang menyerahkan urusan mereka kepada perempuan tidak
akan berjaya.
Riwayat al-Bukhari (4163)

Selain itu, urusan pemerintah tertinggi sudah tentu melibatkan penyelesaian
pelbagai isu dan kes yang dihadapi oleh umat Islam. Antara isu dan kes tersebut, ada
yang tidak mampu ditangani dan diselesaikan oleh perempuan.
2


Matang: Oleh itu, tidak sah melantik kanak-kanak, orang bodoh dan yang
seumpama dengan mereka sebagai pemerintah, walaupun mereka dikelilingi oleh
para penasihat.

Nabi SAW bersabda:


Maksudnya: Pohonlah perlindungan Allah daripada diperintah oleh kanak-kanak.
Riwayat Imam Ahmad (2/326)

Bersifat adil: Orang yang bersifat adil ialah orang yang tidak melakukan dosa besar
seperti membunuh, berzina dan memakan riba. Dia juga tidak berterusan
melakukan dosa kecil. Oleh itu pelantikan orang fasik adalah tidak sah. Orang fasik
ialah orang yang tidak memenuhi syarat-syarat adil.
3
Bacalah sejarah Umar bin al-
Khattab yang sanggup menghukum Muhammad bin Amru ibn al-As (Anak
gabenor Mesir) ketika mana beliau berlumba kuda dengan seorang qibti dan
beliau kalah yang menyebabkan beliau menampar muka qibti tersebut seraya
mendakwa, aku anak orang yang mulia dan bangsawan. Saidina Umar

2
Dr. Muhammad Uqlah di dalam kitabnya Nizam al-Usrah fi al-Islam menyebut: Golongan wanita dijadikan
semata-mata untuk memberikan kasih sayang dan perasaan belas kasihan. Untuk itu, dia sewajarnya berada
di rumah dan memenuhinya dengan kegembiraan dan kasih sayang. Oleh itu, jika wanita memegang
jawatan ketua negara, maka itu bermakna dia telah meletakkan suatu tempat yang tidak sepatutnya dia
berada.

3
Dr. Khalid Ali Muhammad al-Anbari di dalam kitabnya Sistem Politik Islam berkata: Sesiapa yang tidak
memiliki sifat tersebut akan jatuh ke dalam gaung kesesatan dan kejahilan serta mengikut hawa nafsu
mereka dan ini akan memberi kesan terhadap perintah Allah SWT dan hamba-Nya. Ini kerana orang yang
tidak bersifat adil dan wara tidak akan mempedulikan arahan al-Quran dan al-Sunnah. Begitu juga dia tidak
akan menghiraukan urusan orang ramai kerana dia telah dilantik untuk menguruskan hal ehwal mereka,
serta melaksanakan hukum amar maruf dan nahi munkar kepada mereka.

memanggil mereka berdua ke Kota Madinah dan melaksanakan hukuman kepada
anak gabenor tersebut, seraya berkata:


Maksudnya: Sejak bila kamu memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka
melahirkan mereka dalam keadaan merdeka dan bebas.

Mempunyai pengetahuan tentang hukum agama dan dalilnya. Pemerintah
mestilah mengetahui hukum-hakam syarak dan dalil-dalilnya. Pengetahuan ini akan
membolehkannya berijtihad ketika perlu. Ini kerana dalam syariat Islam terdapat
banyak kes yang berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW dan hanya pemerintah
Islam yang dapat memutuskan hukumnya. Benarlah kata Sayidina Umar:


Maksudnya: Hendaklah kamu belajar dan mendalami ilmu sebelum kamu menjadi
ketua atau pemimpin.
Dengan ilmu, hikmah dan pengalaman hidup sudah pasti seseorang pemerintah
dapat menyelesaikan sebarang kemelut dan permasalahan melalui ijtihad dan
pengamatan kepada pelbagai kepentingan umat Islam.

Boleh mendengar, melihat dan bercakap dengan baik. Maksudnya tidak ada
kecacatan pada semua deria tersebut. Ini kerana kecacatan tersebut akan
menggugat keupayaan pemerintah untuk menyelesaikan isu dan kes yang berlaku,
dan menilainya dengan ketepatan yang diperlukan.
4


Bijaksana dan berkefahaman menyeluruh. Pemerintah mestilah bersifat bijaksana
dan berkefahaman menyeluruh. Sifat ini membolehkan seseorang pemerintah
mampu mentadbir dan menjaga keselamatan negara dan rakyat daripada
sebarang ancaman. Kebijaksanaan ini hanya dapat dikesan dan dinilai oleh mereka

4
Imam al-Syaukani di dalam al-Sail al-Jarrar berkata: Yang dimaksudkan dengan kepimpinan am ialah
mentadbir urusan manusia secara umum dan khusus, melaksanakan perintah dengan sebaiknya dan
meletakkannya di tempat yang sesuai. Perkara ini tidak dapat dilakukan oleh mereka yang mengalami
kecacatan pada pancainderanya kerana ia boleh membawa kepada kekurangan di dalam pentadbiran, sama
ada secara mutlak atau pada pancaindera tersebut. Adapun kesempurnaan tangan dan kaki tidaklah
menjadi syarat kepada seseorang pemimpin. Mereka yang tempang dan tidak bertangan, tiada kekurangan
dari segi pentadbirannya dan dia dapat melaksanakan tanggungjawab sama seperti mereka yang sempurna
kerana telah sedia maklum bahawa seseorang pemimpin itu tidak diminta berlumba lari, memukul dengan
kayu pemukul mahupun membawa sesuatu yang berat.
yang berpengalaman, ahli syura dan mereka yang pernah menjalankan tugas-tugas
ini.

Berketurunan Quraisy. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW:



Maksudnya: Para pemerintah hendaklah daripada Quraisy.
Riwayat Imam Ahmad (3/129)

Baginda SAW juga bersabda:


Maksudnya: Sesungguhnya urusan (pemerintahan) ini dipegang oleh Quraisy.
Riwayat al-Bukhari (3309)

Baginda SAW bersabda lagi:


Maksudnya: Manusia mengikut Quraisy dalam urusan ini.
Riwayat Muslim (1818)

Menurut Imam al-Mawardi, berdasarkan nas-nas yang telah diterima oleh para ulama di
atas, tidak ada sebarang hujah lagi untuk orang yang mencabar hukum di atas.

Pendapat orang yang menyanggahnya juga tidak akan diterima. Pemerintahan hendaklah
diserahkan kepada orang Quraisy sekiranya ada di kalangan mereka yang memiliki sifat-
sifat di atas. Sekiranya tiada, pemerintah hendaklah berketurunan Arab, iaitu daripada
keturunan Arab yang terdahulu (mempunyai salasilah keturunan yang bersambung
dengan orang Arab lampau).

Sekiranya tiada orang Arab yang memiliki sifat-sifat tersebut, hanya tujuh syarat sahaja
yang perlu ada, walau apapun keturunannya.
5


5
Abu Hamid al-Ghazali berkata: Anggaran wujudnya seorang Quraisy mujtahid yang terkumpul padanya
sifat serta kelayakan untuk memegang jawatan khalifah adalah mustahil pada zaman kita sekarang ini.
Begitu juga dengan anggaran wujudnya pengganti yang sanggup menggantikan imam dan berkuasa
memecat dan memindahkannya juga mustahil berlaku pada zaman kita. Walaupun begitu, ramai daripada
ulama kontemporari yang sependapat dengan Ibn Khaldun dan Abu Bakar al-Baqillani, syarat keturunan
Quraisy pada pemerintah tertinggi hanya bersifat sementara pada zaman ketaksuban qabilah Quraisy.
Faktor pemilihan Quraisy untuk jawatan khalifah adalah kerana unsur ketaksubannya melebihi qabilah
yang lain. Mereka mengatakan kalaulah syarat keturunan Quraisy disebabkan oleh faktor Quraisy itu
sendiri, maka tidak terdapat matlamat di sebaliknya. Ini kerana tugas penjagaan agama serta pentadbiran
dunia menutut orang yang benar-benar layak tanpa mengira keturunannya. Sebaliknya jika syarat tersebut
Namun sekiranya hanya sebahagian sifat tersebut sahaja yang dimiliki, wajiblah
didahulukan sifat-sifat kelayakan berbanding sifat-sifat peribadi. Oleh itu, orang yang
mahir dalam urusan pentadbiran negara lebih diutamakan, walaupun keperibadiannya
dipertikaikan. Dia diutamakan berbanding orang yang tidak memiliki kelayakan tersebut
walaupun mempunyai peribadi yang lurus dan baik. Walau bagaimanapun Islam masih
tetap menjadi syarat yang wajib dipatuhi.

Sabar. Ini kerana pemimpin yang bersabar sahaja dapat menyelesaikan masalah
ummah dan layak menjadi ketua, benarlah firman Allah SWT:

!.l-> .. . _. !..!, !.l . .l !...,!:, `.`,
Maksudnya: Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang
membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami, selama mereka bersikap
sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan
kami.
(Surah al-Sajdah: 24)

Keenam: Syura dan dan Hukum-hakam yang Terlibat dengan Syura
Syura atau mesyuarat ialah meminta pandangan orang lain untuk mencapai hakikat
sebenar sesuatu perkara dan menyelesaikannya berdasarkan hakikat tersebut. Hukum-
hakam berkenaan syura dalam Islam terbahagi kepada dua kategori:

Kategori Pertama

Hukum-hakam yang terikat dengan nas yang jelas daripada al-Quran dan sunnah, atau
hukum-hakam yang bersandarkan kepada dalil ijmak. Hukum-hakam ini tidak terlibat
dengan syura. Malah tiada siapa pun yang berhak menukar atau mengubah suai hukum-
hakam ini walau bagaimana sekalipun kedudukan atau ilmunya.

Tugas pemerintah hanyalah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum-
hakam itu seperti yang telah dinyatakan oleh nas atau disepakati oleh ijmak.



dikenakan memandangkan unsur kekuatan yang terdapat pada qabilah Quraisy sebagai khalifah yang
mampu melaksanakan kewajipannya dan menghimpunkan orang ramai supaya memberi sokongan
kepadanya. Maka syarat itu merupakan syarat sementara kerana seseorang khalifah itu perlu dilanti k
daripada suatu kaum yang kuat dan berpengaruh. Pada ketika itu, syarat keturunan Quraisy tidak diambil
kira lagi.
Kategori Kedua

Hukum-hakam berbentuk ijtihad. Hukum-hakam initerbahagi kepada dua bahagian:

Pertama: Hukum-hakam yang telah ditetapkan dalam ilmu Allah dan dalil-dalilnya
dinyatakan dalam al-Quran, al-Sunnah, ijma' atau Qias. Namun, hukum-hakam tersebut
tersirat dan usaha untuk mengupasnya berdasarkan dalil-dalilnya memerlukan
kesungguhan dan kajian. Kesemua hukum yang disampaikan oleh Allah SWT sama ada
secara ringkas atau mendalam ini boleh dikupas oleh para mujtahid di kalangan umat
Islam, sama ada mereka merupakan pemerintah ataupun rakyat biasa.

Kedua: Hukum-hakam yang Allah turunkan kaedah-kaedah umumnya dan Dia
menyerahkan urusan perincian dan cara perlaksanaannya kepada kepentingan umat Islam
dan tuntutan semasa mereka yang sentiasa berkembang.

Perkara ini dilaksanakan oleh pemerintah Islam berdasarkan kebijaksanaan, kepekaan dan
keikhlasannya dalam berkhidmat kepada umat Islam. Hukum-hakam ini dinamakan
sebagai hukum pemerintahan (al-Imamah) atau hukum politik Islam. Ini hanya boleh
diputuskan oleh pemerintah yang mampu berijtihad. Hukum-hakam kategori kedua ini
tertakluk dengan proses syura. Oleh itu, pemerintah tidak boleh memutuskan hukum
dalam kategori ini melainkan setelah bermesyuarat bersama sekumpulan para ulama dan
mujtahid yang soleh. Perkara ini berpandukan al-Quran, iaitu firman Allah SWT kepada
Rasulullah SAW:
>!: _ .
Maksudnya: Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
(Surah ali-Imran: 159)

Firman Allah SWT lagi:
>`. _: '.,
Maksudnya: Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.
(Surah al-Syura: 38)

Menurut sunnah pula, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bermesyuarat dengan para
sahabat dalam setiap isu yang melibatkan hal ehwal umat Islam, iaitu dalam isu-isu yang
tidak diturunkan wahyu yang jelas mengenainya. Contohnya, mesyuarat Baginda ketika
perang Badar, perang Uhud dan perang Khandaq. Begitu juga mesyuarat yang Baginda
jalankan mengenai tawanan perang Badar, perjanjian al-Hudaibiyyah dan banyak lagi.

Dalil yang menunjukkan bahawa hukum-hakam kategori pertama tidak boleh diputuskan
dalam mesyuarat ialah firman Allah SWT:
!. l _..l ..`. :| _. < .`. . >, `l :,>' _. >. _.
_-, < .`. .1 _. .l. !.,.
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan
apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah
harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan
sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah
sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Surah al-Ahzab: 36)

Rasulullah SAW tidak pernah bermesyuarat dengan para sahabat Baginda mengenai
hukum-hakam tersebut. Malah Baginda mewajibkan ke atas dirinya dan para sahabat
berpegang dengan hukum-hakam yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui
bahawa mesyuarat yang dilakukan tidak mewajibkan apa-apa kepada pemerintah.
Maksudnya, pemerintah tidak semestinya menerima pendapat majoriti dalam majlis
mesyuarat sepertimana yang diamalkan dalam sistem demokrasi.

Sebaliknya tanggungjawab pemerintah hanyalah mendapatkan pelbagai pandangan
daripada para ulama dan pakar. Pemerintah perlu mendapatkan pandangan mereka
berdasarkan ilmu dan pengamatan mereka kerana kemungkinan terdapat perkara yang
tidak diambil perhatian oleh pemerintah.

Setelah mendapatkan pelbagai pandangan, pemerintah perlu memilih pandangan yang
paling hampir kepada kebenaran dan paling serupa dengan hukum Allah yang telah tetap
dalam ilmu-Nya.

Seperti mana yang anda sedia maklum, perbincangan ini hanya berkaitan dengan
pemerintah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sebagai pemerintah, iaitu
mempunyai ilmu yang sampai ke tahap mampu berijtihad, ikhlas berpegang dengan
agama dan seorang yang amanah.

Secara ringkasnya, perbezaan yang wujud ialah majlis mesyuarat dalam sistem ciptaan
manusia bertindak sebagai penggubal undang-undang. Oleh itu, pendapat majoriti wajib
dilaksanakan. Sementara majlis mesyuarat dalam syariat Islam hanyalah untuk mengkaji
hukum Allah SWT.


Majlis ini bukan bertindak sebagai penggubal undang-undang. Oleh itu, dalam majlis syura
ini, pendapat minoriti dan majoriti adalah sama. Ini kerana berkemungkinan salah seorang
daripada mereka diberi petunjuk kepada hukum Allah SWT, atau pun mungkin ramai yang
diberikan petunjuk tersebut. Dengan ini, mana-mana pendapat yang boleh
mengetengahkan hukum yang sebenar perlu diikuti. Walau bagaimanapun, pemerintah
mempunyai kelebihan berbanding ahli mesyuarat yang lain kerana dia lebih
berkemampuan dalam memahami hukum Allah.

Dalilnya, mereka telah bersependapat untuk melantiknya sebagai pemerintah dan
pemimpin mereka. Oleh itu, apabila dia memilih salah satu pendapat, bermakna pendapat
tersebut lebih bernas berbanding pendapat yang lain. Dengan ini, seluruh umat Islam
perlu akur dan bersama mendokong keputusannya.

Syura hendaklah berdasarkan pendapat majoriti yang mempunyai nas dan hujah,
disamping berpihak kepada kepentingan Islam serta maslahah ammah. Walaupun asal
buah fikiran dari rakyat Marhaen tetapi jika baik maka sewajarnya diterima.

Ketujuh: Perlembagaan Madinah
Penulis sengaja mengemukakan isu perlembagaan Madinah supaya ianya difahami oleh
umat Islam khususnya bagi mereka yang berkecimpung dalam bidang politik dan
kepimpinan.
Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Kota Madinah, baginda SAW telah melakarkan
sebuah piagam atau mithaq Madinah. Penggubalan ini sebagai lambang masyarakat
madani dan bertamadun. Ia merupakan perlembagaan yang pertama dicatatkan secara
lengkap dalam sejarah ini. Ia dirangka oleh nabi dengan petunjuk wahyu. Ia mengandungi
sepuluh bab yang terdiri daripada 47 fasal, 23 daripada fasal tersebut adalah mengenai
orang-orang Islam dan 24 lagi mengenai orang-orang yahudi.
Perlembagaan Madinah dianggap sebagai perlembagaan bertulis yang pertama di dunia.
Kandungan perlembagaan
Wahyu adalah undang-undang tertinggi bagi Negara Islam Madinah. Nabi Muhammad
SAW diakui sebagai ketua Negara yang mesti dipatuhi dan dihormati. Tidak boleh
bermusuhan diantara sesame Islam dan tidak boleh membantu orang bukan Islam
membunuh orang Islam. Orang-orang Islam mestilah menganggap orang-orang Islam
yang lain sebagai saudara mereka. Kebebasan beragama diberi kepada orang bukan
Islam. Orang Yahudi boleh meneruskan amalan agama dan adat resam mereka. Mereka
akan menerima layanan yang saksama tetapi mereka bertanggungjawab keatas
keselamatan Madinah. Keadilan adalah diberi kepada semua pihak. Dalam sesetengah
kes, ketua suku diberi hak untuk menyelesaikan masalah dalam suku mereka. Tetapi
beberapa kes jenayah perlu dirujuk kepada nabi. Semua penduduk Madinah tanpa
mengira agama dan bangsa adalah bertanggungjawab mempertahankan Madinah
walaupun ia diancam oleh kaum sendiri.
Kepentingan Perlembagaan Madinah
Perlembagaan ini menjadi bukti bahawa Islam adalah agama dan politik. Dengan adanya
perlembagaan ini dan tertubuhnya Negara Islam Madinah, maka lengkaplah Islam sebagai
Ad-Din. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nabi bukan sahaja seorang nabi dan rasul,
tetapi seorang pemimpin yang unggul. Negara Islam yang ditegakkan oleh nabi
merupakan Negara contoh dan usaha ini kemudiannya diperkukuhkan oleh sahabat nabi
sehingga Madinah mungcul sebagai kuasa terulung di dunia.
Perlembagaan ini telah Berjaya menyatukan Madinah yang terdiri daripada pelbagai
bangsa dan kaum. Ia telah mengatur hubungan antara mereka supaya mereka hidup
dalam keadaan hormat menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, mereka dapat
hidup dalam suasana aman dan semua gejala buruk dapat dihapuskan.

Kelapan: Wasiat pemimpin
Kita dapati terlalu banyak mereka yang mewasiatkan kepada orang bawahan mereka
untuk melaksanakan segala perintah Allah dan mentaati kepada mereka selama mana
mentaati perintah Allah. Antara nasihat mereka ialah:
Arahan Rasulullah SAW
Rasulullah SAW bersabda:



Maksudnya: Setiap orang Islam wajib mendengar dan mentaati dalam perkara yang dia
sukai dan perkara yang dia benci, kecuali dia diperintah melakukan maksiat. Maka dia tidak
boleh mendengar atau mentaati.
Riwayat al-Bukhari (6725) Muslim (1839)

Imam al-Nawawi berkata: Para ulama telah berijma bahawa wajib mentaati pemerintah
dalam perkara yang bukan maksiat, dan haram mentaatinya dalam perkara maksiat.




Ucapan sulung Khalifah Abu Bakar RA
Antara lain apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau berkata: Hai manusia.
Sesungguhnya aku dilantik pemimpin dikalangan kamu dan aku bukanlah orang yang
terbaik, jika aku mentaati Allah, maka taatlah aku. Sebaliknya jika sekiranya aku derhaka
maka tiada ketaatan bagimu.
Sheikh Muhammad al-Ghazali berkata, ucapan ini menggambarkan betapa tawaduknya
Abu Bakar RA dan akan melemahkan golongan yang angkuh dan sombong.

Ucapan sulung Khalifah Umar bin al-Khattab RA
Dalam ucapannya selepas menjadi khalifah antara lain menyebut: Aku menerima ujian
dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya menggantikan kepimpinan untuk kamu
semua selepas sahabat saya (Abu Bakar RA). Sesiapa yang hadir, maka kita akan memberi
khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah
tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik,
maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat, kami akan
menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada aku dan kamu semua.
Umar RA terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasakan perkara itu,
lalu beliau berdoa: Ya Allah, aku ini sangat keras, lembutkanlah. Aku lemah, berilah
kekuatan. Aku bakhil, berikanlah sifat murah kepadaku.
Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya: Jangan kamu menyangka aku ini keras
seperti pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ini kerana aku adalah pengawal ke atas Baginda
SAW dan pada masa Abu Bakar pula, aku juga pengawal kepadanya. Sekarang ini, aku
memimpin dan aku adalah orang yang paling lemah dihadapan kebenaran.









Kesembilan: Rakyat mengikut pemimpin
Hal ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
Maksudnya: Rakyat mengikut agama raja-raja mereka.
Riwayat Al-Sakhawi 517, Mulla Ali Qarri dan lain-lain
Pernah terjadi rakyat di zaman Umar bin Abdul Aziz begitu kuat taat dan qiamullail. Ini
kerana kesan daripada beliau sendiri yang cintakan qiamullail. Justeru, pemimpin benar-
benar dapat mempengaruhi rakyat dan mereka begitu seronok melakukan amalan
mengikut apa yang dilakukan oleh ketua mereka.

Kisah Umar bin Abdul Aziz
Dalam satu kisah seorang pengembara melalui kawasan lereng bukit dan mendapati
banyak anjing yang menjaga kambing-kambing, kemudian diberitakan kepadanya,
bukannya anjing tetapi serigala yang bermain dengan sekumpulan kambing. Kemudian
beliau berkata: Alangkah ajaibnya dan ini sudah pasti menunjukkan yang pemerintah
negeri ini seorang yang adil sehingga serigala merasa kenyang dengan rezekinya dan
kambing merasa selamat walaupun berhampiran dengan serigala.
Pada masa itu, Negara Islam diperintah oleh Umar bin Abdul Aziz.

Kisah Malik Faisal
Salah seorang pemerintah kerajaan Saudi yang terkenal dengan sifat wara dan adil,
dikatakan beliau seorang raja yang kuat beribadat. Dilahirkan April 1906 dan meninggal
dunia pada tahun 1975. Pada zamannya, hampir dua tahun dicatatkan tiada jenayah.
Sebenarnya terlalu banyak kisah, realiti dan waqie yang berlaku jelas menunjukkan rakyat
begitu terpengaruh dengan pemimpin dan pemerintah mereka sebagai contoh apa yang
berlaku di Turki dan Mesir dewasa ini memberi kesan kepada rakyat kerana sikap
kepimpinan yang baik.




Kesepuluh: Perkara yang wajib dijauhi oleh Umara atau pemimpin

Antara perkara yang semestinya dijauhi ialah:

Zalim

Ia bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempat. Lebih parah daripada itu
menzalimi dan menganayai rakyat jelata dan orang bawahan mereka.

Pujangga berkata: Keadilan adalah asas kerajaan dan sesungguhnya Allah menegakkan
negara yang adil sekalipun kafir dan tidak menegakkan negara yang zalim sekalipun Islam.
Hal ini, dapat difahami apabila Negara barat yang cuba mengamalkan demokrasi tulen
dapat menegakkan keadilan, boleh bertahan begitu lama. Sebaliknya, pemerintah yang
zalim tumbang satu persatu kurang daripada 50 tahun seperti yang berlaku di Negara
arab pada masa kini.

Khianat

Allah amat membenci pemimpin yang mengkhianati hak rakyat kerana sudah pasti
berlaku kepincangan dan keadilan dalam pemerintahan. Golongan pengkhianat biasanya
akan mengundang pelbagai natijah buruk dan tidak baik. Hal ini berlaku di dunia lagi dan
kadang-kadang sebelum menuju ke usia tua. Biasanya pengkhianatan berlaku kerana
sedikit kepentingan duniawi yang dirasakan miliknya dan dia berhak untuk memperolehi
kerana peluang terbuka dengan luas. Sesungguhnya ancaman Allah serta amarannya
kepada pemerintah yang khianat melalui lisan Rasul-Nya begitu tegas.

Kuku besi

Ia juga dikenali sebagai ditaktor dan ghalibnya sikap keras kepala dan pendapatnya sahaja
yang mahu dipertimbangkan. Adapun orang lain, pendapat mereka dikesampingkan,
bahkan ditolak mentah-mentah. Banyak memenjarakan golongan muslih dan orang-orang
yang baik. Inilah yang berlaku di sebahagian Negara arab. Sekarang ini seorang demi
seorang diktator yang terkenal di Negara Arab rebah dan tumbang dengan sebab
kemarahan rakyat mereka sendiri.

Tamak

Perpatah arab menyebut sifat tamak adalah tidak kenyang dan sentiasa mahukan hak dan
harta benda, sekalipun telah dapat gaji yang besar dan lumayan. Termasuklah aktiviti
perniagaan, justeru, Umar Ibn Abdul Aziz menegah gabenor dan pegawai kerajaan
daripada terlibat dengan aktiviti perniagaan.
Beliau menghantar surat kepada gabenornya dengan menegaskan bahawa pemimpin,
gabenor atau pegawai kerajaan tidak boleh sama sekali melakukan sebarang aktiviti
perniagaan. Ini kerana akiviti tersebut akan menyebabkan mereka sibuk dengan
perniagaan dan akan berlakunya pilih kasih serta mendapat habuan daripada sumber
yang kurang elok.

Beliau menganggap hal ini sebagai suatu tindakan yang paling besar dan jika dibiarkan
akan boleh membawa kepada rosaknya pentadbiran dan pelbagai implikasi yang malang
akan timbul. Hal ini diakui oleh Ibn Khaldun selepas lapan kurun melalui kenyataan yang
benar dan hikmah yang tinggi nilainya, iaitu:

Maksudnya: Sesungguhnya perniagaan daripada pemerintah boleh membawa mudharat
terhadap rakyat dan menyukarkan berkenaan dengan hasil atau percukaian.
Membuka talian perhubungan secara langsung antara gabenor dan rakyat. Hal ini jelas
menunjukkan betapa prihatinnya Umar Ibn Abdul Aziz sehingga rakyat merasa terbela
dan mudah untuk mengadu segala kelemahan dan kecurangan pemimpin. Beliau juga
mengarahkan semua pemimpin dan gabenor supaya mendapat maklumat dan menerima
sebarang bentuk aduan daripada rakyat jelata. Inilah dasar Islam yang sebenarnya.

Pencacai/ pengampu
Khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan tegas berkata: Hai manusia! Sesiapa yang ingin
bersahabat dengan kami, hendaklah berasaskan kepada lima perkara. Kalau tidak, janganlah
kamu menghampiri kami. Lima perkara tersebut ialah:
o Orang yang tidak mampu hendaklah mengangkat hajat keperluan kepada kami.

o Hendaklah ada yang menolong kami dalam kebaikan dengan pernuh
kesungguhan.

o Hendaklah menunjukkan kepada kami mengikut yang kami dapat hidayah kepada-
Nya Allah.

o Janganlah seseorang datang mencerca rakyat kepada kami.

o Janganlah seseorang masuk campur dan membangkang apa yang tidak ada kena
mengena dengannya.

Kesebelas: Sepuluh Asas Menjaga Kepentingan Rakyat
Dinyatakan di sini dari buku Sistem Politik Islam oleh Khalid Ali Muhammad Al-Anbary:
Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orang ramai, dia hendaklah menganggap
dirinya sebagai rakyat dan pemerintah ialah orang lain. Setiap sesuatu yang tidak
disukai untuk diri sendiri juga mesti dielakkan daripada orang lain.

Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan
pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan kerana Allah SWT telah
memerintahkannya menyegerakan bantuan kepada yang memerlukan.

Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahwat dan mesti berusaha
agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir hal ehwal kerajaan serta
rakyat.

Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan
penuh kemesraan. Rasulullah SAW telah berdoa untuk para umara dengan
bersabda: Ya Allah! Barang sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara
untuk umatku dan dia menyusahkan mereka maka engkau sukarkanlah urusan
mereka tetapi sesiapa yang dilantik menguruskan sesuatu perkara untuk umat ku
dan dia memudahkan mereka maka Engkau mudahkanlah urusannya.

Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi kepercayaan
dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai-nilai syarak.

Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah
SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak terhadap kepentingan dirinya.

Sekiranya rakyat memerlukan hukuman, maka hendaklah berlaku adil tetapi
sekiranya mereka memohon simpati maka hendaklah mengampunkan mereka dan
tidak mengingkari sekiranya berjanji kepada mereka.

Berusaha merapati para ulama yang muttaqin (bertakwa) dan soleh untuk
mendengar peringatan serta nasihat mereka.

Bersungguh meninggalkan sifat bermegah, bongkak dan garang.

Memastikan bukan sahaja dirinya tidak melakukan kezaliman tetapi juga
perwakilan, anggota tenteranya serta semua yang dibawah pentadbirannya
kerana kesan daripada kezaliman akan mempercepatkan keruntuhan sesebuah
kerajaan.
Kemudian beliau berkata: Para raja mestilah memuliakan serta didekati oleh para
pemikir dan pentadbir yang beragama, menerima nasihat serta syafaat mereka
melalui mesyuarat dan perbincangan bersama mereka kerana ia boleh
mengukuhkan kedudukan negara.

Selagi mana sepuluh asas tersebut dipelihara dalam pemerintahan, maka kekuatan
kerajaan, kemakmuran serta keamanan akan semakin bertambah dan
menghasilkan kesan yang positif serta keadilan yang boleh menundukkan hati-hati
manusia.

Kedua belas: Saranan
Pada kesempatan ini suka saya tegaskan bahawa politik baru memerlukan satu tajdid
siyasi yang lebih munasabah, bertanggungjawab, amanah, dan utamanya tuntutan Allah.
Pernah suatu ketika Fatimah, isteri Umar bin Abdul Aziz ditanya apakah kelebihan
Khalifah Umar bin Abdul Aziz? Jawabnya: Beliau bukanlah lebih kuat daripadamu bangkit
ditengah malam dan banyak berpuasa tetapi sebenarnya ia lebih takut kepada Allah
daripadamu. Inilah yang kita cari pemimpin yang takut kepada Allah, bukan takut
kehilangan kuasa dan jawatan.
Sudah sampai masanya kita meninggalkan politik balas dendam, seperti anjuran Baginda
SAW saat kota Mekah dibuka pada tahun 8H, baginda SAW bertanya kepada mereka:
Apakah yang kamu sangka aku lakukan kepada kamu? Jawab mereka: Saudara yang mulia
daripada anak saudara yang mulia. Lantas Baginda bersabda: Pergilah kamu semua dalam
keadaan yang bebas.
Inilah pemimpin yang berjiwa besar tanpa berasa hati dan dendam kesumat. Dan inilah
sejarah yang patut ditulis dengan tinta emas, sikap dan sifat yang dipamerkan oleh
manusia agung seperti Rasulullah SAW ini.
Begitu juga sudah sampai masanya sebarang bentuk politik yang bersifat fitnah dan
mengaibkan peribadi ahli politik melalui media massa wajib dielakkan kerana itu termasuk
dosa besar apatah lagi qazaf tanpa bukti dan saksi.
Para ulama yang benar-benar ikhlas tanpa melihat kepada kepentingan diri, sedikit
habuan dunia untuk diperolehinya perlu ada dalam mengimbangi politik suci dan bersih.
Sebagai contoh zaman salaf al-soleh terlalu ramai tokoh yang benar-benar ikhlas
menasihatkan kepada pemerintah seperti yang dilakukan oleh Raja bin Haiwah, Abu
Hazim al-Araji, Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah bin Masud, Ata bin Abi Rabah, Tawus
bin Kaisan dan ramai lagi.
Seperkara lagi hendaklah diwujudkan syura yang benar-benar bebas berkiblatkan kepada
kepentingan Islam dan maslahat ummah dan ingin menjadi hamba Allah yang benar-benar
melaksanakan ubudiyyah kepada Tuhannya.
Ketika itu insya Allah akan tertegaklah Negara yang diturunkan berkat oleh Allah dari
langit dan bumi. Seterusnya ia layak mendapat gelaran baldatun tayyibatun wa rabbun
ghafur.

Penutup
Pernah suatu ketika rakyat Sayidina Ali bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kenapa zaman
kamu tidak sepertimana zaman Umar RA, di mana rakyat hidup dalam keadaan aman dan
damai penuh ketaatan kepada Allah SWT.
Jawab Sayidina Ali: Zaman Umar rakyatnya adalah seperti aku sedangkan zaman aku
rakyatnya seperti kamu.
Mafhum daripada kenyataan ini, rakyat seharusnya mempunyai sifat dan wala kepada
pemerintah terutamanya jika pemerintah yang adil. Hal ini telah dibahaskan oleh ulama
berkenaan dengan hak yang wajib atas rakyat seperti mendengar dan mentaati
pemerintah, menghormati dan memuliakannya dan menasihat kepada para pemimpin
dengan sebaik mungkin.
Penulis menutup perbincangan ini dengan menukilkan beberapa kenyataan ulama betapa
kepatuhan kepada pemimpin adalah wajib, antaranya:

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: Difahami daripada hadis bahawa tidak boleh keluar
menentang pemerintah sekiranya perbuatan mereka masih boleh ditakwil.

Imam al-Nawawi berkata: Adapun keluar menentang dan memerangi pemerintah,
maka perbuatan tersebut haram menurut ijmak ulama Islam sekalipun mereka
fasik dan zalim.

Imam al-Barbahari berkata: Tidak halal memerangi dan menentang pemerintah
walaupun ia seorang yang zalim.

Ibn Abi al-Iz al-Hanafi berkata: Rakyat mesti patuh kepada pemerintah walaupun
zalim kerana akibat menentang jauh lebih besar mudaratnya.

Al-Hasan al-Basri berkata: Sesungguhnya Hajjaj merupakan azab yang ditimpa oleh
Allah SWT.

Walaupun begitu perbahasan hal ini menarik dan banyak pendapat yang amat perlu para
ulama duduk menekuni dan muzakarah isu ini dengan sebaik mungkin bagi mencapai
maksud yang sebenarnya mengikut realiti dan waqie semasa.

Semoga kita semua beroleh kefahaman berkenaan dengan isu sistem politik dalam Islam.
Amin.






















Bibliografi
Abdul Sattar al-Syeikh. 2005 M. Umar bin Abdul Aziz Khamis al-Khulafa al-Rasyidin.
Damsyiq:Dar al-Qalam.
Ahmad Mustafa al-Maraghiy. 2001 M. Tafsir al-Maraghiy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Al-Syahid Sayyid Qutub. 2000 M. Fi Zillal al-Quran (Terjemahan). Kelantan: Pustaka Aman
Press Sdn. Bhd.
Dr. Ali Muhammad Muhammad al-Sallabi. 2007M. al-Khalifah al-Rasyid wa al-Muslih al-
Kabir Umar bin Abdul Aziz RA. Beirut: Dar Ibn Kathir.
Khairuddin al-Zirikli. 1992 M. Al-Alam. Beirut: Dar al-Ilmi li al-Malayin.
Soleh Ahmad al-Syami. 1998 M. Mawaiz li al-Iman Umar Ibn Abdul Aziz. Beirut: al-Maktab
al-Islami.
Al-Sayyib Abi al-Hassan Ali al-Hasani al-Nadwi. Rijal al-Fikri wa al-Dawah. Damsyiq: Dar al-
Qalam.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2006 M. Khairul Umat: Konsep, Visi dan Pelaksanaannya.
Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2006 M. Ulul Albab: Konsep dan Pengertian menurut
Syarak. Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.
Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2010 M. Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: Alim Rabbani, Usuli,
Faqih dan Mufassir. Selangor: Darul Syakir.
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri. 2011 M. Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha dan
Ali Asy-Syarbaji: Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie, Jilid 5. Selangor: JAKIM.
Abdul Aziz al-Badri, Al-Islam Baina al-Ulama wa al-Hukkam. Al-Madinah al-Munawwarah:
Al-Maktabah al-Ilmiyah.
Abdul Hadi Awang, 2007. Islam & Demokrasi. Selangor: PTS Publication & Distributors
Sdn. Bhd.
Abdullah bin Mohd. Basmeih, Tafsir Pimpinan al-Rahman: Kepada pengertian al-Quran
(JAKIM). Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Abdullah Azzam, Dr. (2207). Turki Negara Dua Wajah: Pengkhianatan Ataturk Terhadap
Dunia Islam. Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, 1996. Ihya Ulum al-Din. (Tahkik: Al-
Syahhan al-Tahhan dan Abdullah al-Mansyawi). Egypt: Maktabah al-Iman.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, 1988. Ihya Ulum al-Din. (terj. Prof.
Ismail Yaakub) Kuala Lumpur: Victoria Agensi.
Fathi Yakan, Dr., 1988. Al-Islam wa al-Jins. (terj, Pandangan Islam Terhadap Jantina,
Ahmad Nasaruddin Ismail) Perak: Pustaka Ikhwan.
Hamka: Prof. Dr. Hj. Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah, 1984. Tafsir al-Azhar.
Surabaya: Yayasan Latimojong.
Haron Din: Prof. Dr., 2001. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Nuruddin Marbu Banjari al-Makki, 2007. Makanah al-Ilm wa al-Ulama wa
Adab Talib al-Ilm. Kedah: Pustaka Dar al-Salam.
Mustafa Masyhur, 2007. Jalan Dakwah: Antara Qiyadah dan Jundiyyah. (terj. Syed
Abdrahman Syed Hussin), Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Saari Sungip, 2007. Hasan al-Banna dan Lima Mursyid Pewaris Perjuangan. Selangor:
Wasilah Resources.
Said Hawwa, 1998. Jundullah Thaqafatan wa Akhlaqan. Cairo: Dar al-Salam.
Said Hawwa, 1999. Fi Afaq al-Taalim, (terj. Pendidikan Harakah Islamiyyah: Syarah Risalah
al-Taalim, Mohd. Akhir Hj. Yaacob), Selangor: Dewan Pustaka Fajar.
Syed Qutb, 2000. Tafsir fi Zilal al-Quran (terj. Yusoff Zaky Hj. Yacob). Kelantan: Pustaka
Aman Press Sdn. Bhd.
Syed Qutb, 2003. Maalim fi al-Tariq (terj: Petunjuk Sepanjang Jalan). Selangor: Crescent
News.
Yusuf al-Qaradhawi, Prof. Dr., 2009. Al-Din wa al-Siyasah: Tashilun wa Radd al-Syubuhat,
(terj: Agama dan Politik: Wawasan Ideal dan menyanggah Kekeliruan Pemikiran Sekular-
Liberal, Abdul Ghani Shamsudin), Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.
Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni, 2007 M. Beginilah Zaman Memotivasikan Kita. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise.

Das könnte Ihnen auch gefallen