Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
0 dalam Pendidikan
Cetakan Pertama/First Printing 2012 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia/ Copyright Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012 Universiti Kebangsaan Malaysia Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pusat Pembangunan Akademik UKM terlebih dahulu. All right reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from Centre for Academic Advancement UKM. Diterbitkan di Malaysia oleh/Published in Malaysia by PUSAT PEMBANGUNAN AKADEMIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 43600 UKM Bangi, Selangor D.E., MALAYSIA http://www.ukm.my/ppa e-mel: pghppa@ukm.my
Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan Mohamed Amin Embi ISBN 978-983-3168-26-2
Isi kandungan
ISI KANDUNGAN Muka Surat BAB 1 FACEBOOK Apakah itu Facebook?...1 1 Kelebihan Facebook.1 1 Cara menggunakan Facebook dalam pendidikan.....3 3 Penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran....3 3 Mulakan dengan Facebook.............5 5 Rujukan........17 18 BAB 2 TWITTER
Apakah itu Twitter?.........18 19 Kelebihan Twitter ..........19 20 Cara menggunakan Twitter dalam pendidikan...........19 21 Mulakan dengan Twitter.........22 23 Rujukan.......27 28 BAB 3 LINKEDIN
Apakah itu Linkedin?.......28 29 Faedah kepada pelajar.........28 29 Faedah kepada guru....29 30 Cara pelajar boleh mendapat faedah daripada Linkedin.....29 31 Mulakan dengan Linkedin.......31 32 Rujukan.......37 38
ii BAB 4
Isi kandungan
BLOGGER
Apakah itu blog? .........38 39 Kelebihan log web atau blog......38 39 Faedah menggunakan blog......40 41 Cara menggunakan blog......41 42 Mulakan dengan Blogger.....42 43 Rujukan.......49 50 BAB 5 WORDPRESS
Apakah itu Wordpress?...........50 51 Kelebihan Wordpress........50 51 Cara menggunakan Wordpress....................51 52 Mulakan dengan Wordpress.......52 53 Rujukan.......58 60 BAB 6 EDMODO
Apakah itu Edmodo?...59 61 Menggunakan Edmodo dalam pendidikan......60 62 Mulakan dengan Edmodo........62 64 Rujukan.......71 74 BAB 7 NING
Apakah itu Ning?.........72 75 Faedah menggunakan Ning dalam pendidikan........72 76 Cara menggunakan Ning............................73 76 Penggunaan Ning dalam pengajaran dan pembelajaran.......74 78 Mulakan dengan Ning...................76 79 Rujukan........90 92
Isi kandungan
iii
BAB 8
GROUPLY
Apakah itu Grouply?......91 93 Faedah Grouply..........91 93 Grouply dalam pendidikan.....92 94 Mulakan dengan Grouply.......94 96 Rujukan.....101 103 BAB 9 SQUIDOO
104 Apakah itu Squidoo?..........102 104 Faedah Squidoo.........102 105 Faedah pembinaan Kanta Squidoo...103 107 Mulakan dengan Squidoo.............105 114 Rujukan........111 BAB 10 GOOGLE WAVE
115 Apakah itu Google Wave?....112 115 Faedah Google Wave...................112 117 Google Wave dalam pendidikan......113 118 Mulakan dengan Google Wave.....115 133 Rujukan.....130
Bab 1: Facebook
FACEBOOK
APAKAH ITU FACEBOOK?
Bab 1
Platform Facebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian sosial Facebook dan disampaikan melalui laman Web Facebook. Aplikasi tersebut dijalankan di pelayan pembangun web, dan apa sahaja data yang unik kepada aplikasi tersebut disimpan dalam pangkalan data pembangun web. Walaupun berfungsi di pelayan tersendiri, aplikasi Facebook boleh mencari datanya bagi memperoleh manfaat daripada rangkaian sosial Facebook yang sedia ada. Pengguna Facebook boleh melayari aplikasi yang ada dan mengaktifkan mana-mana aplikasi yang dimahukan, yang memberi mereka kebenaran untuk mengakses sebarang subset data akaun mereka (PennState 2007). KELEBIHAN FACEBOOK Menurut Caroline dan Terri (2009), terdapat pelbagai ciri-ciri unik yang menjadikan Facebook sesuai untuk aktiviti pendidikan. Contohnya, Facebook dilengkapi dengan: 1. Papan buletin, 2. Pemesejan segera, 3. E-mel,
Bab 1: Facebook
4. Kebolehan untuk menyiarkan video dan gambar, 5. Kebolehan untuk menyiarkan maklumat dan bekerjasama dalam lingkungan sistem. Selain itu, dengan kadar penggunaan yang tinggi dan beberapa kelebihan teknologi, rangkaian sosial seperti Facebook boleh menyediakan: 1. Pelbagai manfaat pedagogi lain kepada guru dan juga pelajar. 2. Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran satu komponen penting untuk pendidikan pelajar (Baker 1999). 3. Menyediakan dengan 4. Modul peluang dan struktur kepada pengajar yang untuk telah membolehkan pelajar membantu dan menyokong satu sama lain membina kursus-kursus berasaskan melalui Internet komuniti akan diwujudkan oleh pelajar sendiri. pembelajaran menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza daripada kelas kuliah biasa. 5. Meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar dan juga sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web. 6. Membantu pengajar berhubung dengan pelajar mereka mengenai tugasan, kegiatan akan datang, pautan berguna dan contoh-contoh tugasan di luar kelas. 7. Pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas tentang tugasan kelas atau peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran Internet. 8. Rangkaian sosial yang dibina berasaskan konsep interaksi secara bersemuka antara guru dengan pelajar ini membenarkan pelajar untuk
Bab 1: Facebook
melihat profil pengajar yang mengandungi maklumat peribadi, minat, latar belakang dan rakan-rakan yang boleh meningkatkan motivasi pelajar, pembelajaran berkesan dan juga iklim bilik darjah (Mazer et al. 2007). CARA MENGGUNAKAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: 1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan menjadi kawan kepada sekurang-kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza. PENGGUNAAN PEMBELAJARAN Dengan membina peralatan dalam struktur sosial Facebook, anda akan menggalakkan lebih banyak interaksi antara peserta. Misalnya melalui aplikasi perpustakaan, pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mencari katalog perpustakaan elektronik atau mempelajari cara penggunaan sistem perpustakaan universiti mungkin lebih selesa bertanya kepada rakan di dalam kumpulan atau menggunakan fungsi butang Tanya Pustakawan, bukannya terus kecewa dan berputus asa. Pustakawan boleh menggunakan aplikasi perpustakaan melalui Facebook sebagai satu cara untuk berhubung FACEBOOK DALAM PENGAJARAN DAN
Bab 1: Facebook
rapat dengan pelajar yang selalunya diajar sekali gus dalam sesi perpustakaan. Aplikasi Facebook yang telah dibina oleh perpustakaan boleh menyediakan satu ruang untuk pelajar bertanyakan soalan rujukan. Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri tertentu mungkin boleh membantu meningkatkan perkhidmatan seperti ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana perpustakaan lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Jika kita pindahkan senario perpustakaan ini kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007).
Bab 1: Facebook
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk menggunakan Facebook, anda perlu membuat akaun Facebook dengan mengisi maklumat yang dikehendaki.
Bab 1: Facebook
Setelah anda mendaftar masuk, halaman ini akan terpapar. Anda perlu melengkapkan sekarang atau dilakukan kemudian.
Klik padaGet started dan anda boleh mula untuk log masuk.
Bab 1: Facebook
LANGKAH 3
Mencari Rakan
Anda boleh mengimport senarai rakan daripada email Yahoo atau daripada aplikasi lain.
Pilih rakan untuk dijemput (Jika rakan anda tidak mempunyai akaun Facebook).
Pilih rakan yang anda mahu untuk dijadikan sebagai rakan Facebook.
Bab 1: Facebook
LANGKAH 4
Menyunting Profil
Pergi ke Profile.
Pilih perkara yang anda mahu untuk disunting. Kemudian klik pada Save Changes
Bab 1: Facebook
LANGKAH 5
10
Bab 1: Facebook
Sekarang, anda boleh mula menyunting senarai rakan untuk dikumpul dalam senarai Student dengan pergi ke Edit Lists.
Pilih Students.
Bab 1: Facebook
11
LANGKAH 6
Privasi
Pergi ke Account.
Pilih jenis privasi yang anda mahu untuk akaun Facebook anda. Kemudian klik pada Apply These Settings.
12
Bab 1: Facebook
LANGKAH 7
Pilih jenis privasi yang tersenarai atau suaikan mengikut kehendak anda.
Anda juga boleh memilih untuk menyembunyikan kepada individuindividu tertentu di sini.
Bab 1: Facebook
13
LANGKAH 8
Album Gambar
Pilih gambar daripada folder anda yang sudah sedia ada. Kemudian klik Select Photos.
14
Bab 1: Facebook
Bab 1: Facebook
15
LANGKAH 9
Menubuhkan Kumpulan
Masukkan nama kumpulan yang hendak ditubuhkan. Contohnya, Web 2.0 tools.
16
Bab 1: Facebook
LANGKAH 10
Membuat Acara
Bab 1: Facebook
17
18
Bab 1: Facebook
RUJUKAN Baker, P. 1999. Creating learning communities: The unfinished agenda. In B. A. Pescosolido & R. Aminzade (Eds.), The social works of higher education (pp. 95-109). Thousand Oaks, CA: Pine Forge Press. Caroline Lego Muoz & Terri L Towner. 2009. Opening Facebook: How to Use Facebook in the College Classroom. http://www46.homepage.villanova.edu/john.immerwahr/TP101/Faceboo k.pdf [7 Mac 2011] Mazer, J. P., Murphy, R.E., & Simonds, C. J. 2007. Ill see you on Facebook: The effects of computer-mediated teacher self-disclosure on student motivation, affective learning, and classroom climate. Communication Education, 56, 1-17. PennState. 2007. 7 Things You Need to Know about Facebook Applications. http://ets.tlt.psu.edu/wp-content/uploads/facebook_applications.pdf Mac 2011]. [7
Bab 2: Twitter
19
BAB
TWITTER
APAKAH ITU TWITTER?
Bab 2
Penulisan blog mikro ialah salah satu teknologi Web 2.0 dan bentuk baharu penulisan blog yang membolehkan pengguna menerbitkan catatan ringkas terkini atau gambar secara dalam talian dengan hanya 140-200 jumlah aksara. Catatan ini boleh disunting dan diakses dalam talian, atau dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel atau khidmat pemesejan segera (IM). Penulis blog mikro biasanya memasukkan catatan mereka sebagai satu widget pada blog atau laman web mereka. Penulisan blog mikro membolehkan interaksi masa nyata sesama pengguna menggunakan alat, teknologi dan aplikasi yang berbeza-beza. Khidmat blog mikro yang paling terkenal ialah Twitter (Carmen & Gabriela 2008). Laman web Twitter, yang dimiliki dan diusahakan oleh Twitter Inc., menawarkan perangkaian sosial dan penulisan blog mikro yang membolehkan pengguna menghantar dan membaca pesanan yang dipanggil tweet. Tweet ialah siaran teks dengan jumlah maksimum 140 aksara yang dipaparkan pada profil pengguna. Format tweet yang ringkas ialah ciri khusus perkhidmatan ini, yang membolehkan kerjasama tidak rasmi dan perkongsian maklumat dengan pantas bagi melegakan kelesuan akibat penggunaan e-mel dan IM yang semakin meningkat. Penulisan di Twitter juga merupakan cara komunikasi yang kurang
20
Bab 2: Twitter
berhalangan: anda boleh berkongsi maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel atau pesanan IM dengan anda, dan ini akan memperluas lingkungan hubungan anda untuk merangkumi komuniti yang terdiri daripada mereka yang sehaluan dengan anda (http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter). KELEBIHAN TWITTER Antara kelebihan Twitter adalah: 1. Twitter mudah digunakan. Pendaftaran mengambil masa tidak sampai seminit dan tiada e-mel pengesahan diperlukan. 2. Anda boleh membuka sebanyak mana akaun yang diingini. Pengikut dianggap sebagai rakan. Setelah mereka mengikuti tweet anda, anda juga boleh mengikuti mereka dan terus dianggap sebagai rakan mereka. 3. Papan pesanan atau tweet itu sendiri boleh dilihat oleh orang ramai sama ada mereka rakan penyiar ataupun bukan, dan anda juga boleh menyertakan URL anda yang boleh diklik. 4. Templat profil Twitter juga unik, yang boleh dibina melalui HTML atau dibeli melalui pengedar-pengedar sah di beberapa laman web lelong yang berkaitan dengan templat. (Sumber: twitter.php) http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-and-disadvantages-of-
Bab 2: Twitter
21
CARA MENGGUNAKAN TWITTER DALAM PENDIDIKAN Berikut adalah beberapa cara menggunakan Twitter dalam pendidikan: 1. Papan Twit: Maklumkan kepada pelajar tentang perubahan kandungan kursus, jadual, tempat atau maklumat penting lain. 2. Membuat Ringkasan: Minta pelajar untuk membaca satu artikel atau bab dan kemudian menerbitkan ringkasan isi-isi penting artikel atau bab tersebut. Had 140 aksara memerlukan disiplin akademik yang kukuh. 3. Pautan Twit: Kongsi hiperpautan. Arahkan setiap pelajar untuk berkongsi satu hiperpautan baharu kepada laman web berfaedah yang ditemui dari semasa ke semasa. 4. Mengekori di Twitter: Ikuti personaliti terkenal dan catatkan perkembangan mereka. Lebih baik jika aktiviti ini dapat dikaitkan dengan suatu acara (seperti semasa pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini, ramai yang mengikuti @ BarackObama untuk mengetahui ucapan terkini beliau, dsb.) 5. Tweet Masa Silam: Pilih seorang individu terkenal pada zaman dahulu dan buka akaun Twitter untuk mereka. Pilih seorang tokoh sejarah dan tulis tweet dengan kerap seolah-olah anda adalah mereka, dengan mengunakan gaya bahasa dan perbendaharaan kata yang dirasakan mungkin digunakan oleh mereka. 6. Perbincangan Mikro: Adakan perbincangan yang melibatkan semua pelajar yang mempunyai akaun Twitter. Asalkan semua orang mengikuti keseluruhan ahli kumpulan, tiada sesiapa pun yang akan ketinggalan aliran Twitter. Semua pelajar akan mengambil bahagian kerana urutan penyumbang tweet telah dipersetujui terlebih dahulu.
22
Bab 2: Twitter
7. Penulisan Mikro: Penulisan kolaboratif secara progresif di Twitter. Pelajar bersetuju untuk bergilir-gilir menulis cerita dalam tempoh waktu tertentu. 8. Lingua Tweeta: Sesuai bagi pembelajaran bahasa moden. Hantar tweet dalam bahasa asing dan minta pelajar membalasnya dalam bahasa yang sama atau menterjemahkan tweet tersebut ke dalam bahasa ibunda mereka. 9. Tweming: Mulakan satu meme (idea yang tersebar melalui Internet) capai persetujuan tentang satu tanda hash sepunya supaya semua kandungan yang dimasukkan akan direkodkan secara automatik oleh Twemes (satu aplikasi yang mengikuti tweet melalui tag yang dimasukkan dan memaklumkan perkara yang sedang dibualkan di Twitter) atau aplikasi pengumpulan lain. 10. Sahabat Twitter: Galakkan pelajar mencari sahabat pena di Twitter dan selalulah berbual dengan mereka untuk suatu tempoh tertentu bagi mengetahui tentang kebudayaan, hobi, rakan-rakan, keluarga mereka, dsb. Sesuai untuk belajar tentang pengamal budaya lain.
Bab 2: Twitter
23
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Daftar Masuk/Pendaftaran
24
Bab 2: Twitter
Selepas itu, anda perlu mengakses akaun email anda. Twitter akan menghantar email pengesahan. Klik pada pautan yang diberi untuk mengesahkan alamat email anda.
Bab 2: Twitter
25
Anda akan dibawa ke muka Twitter dan anda perlu mendaftar masuk menggunakan ID dan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran akaun.
LANGKAH 3
Mencari Rakan
Klik pada Find Friends. Cari rakan Twitter melalui akaun email seperti Gmail, Yahoo!, AOL, Hotmail dan MSN. Twitter akan menyenaraikan rakanrakan anda yang mempunyai akaun Twitter.
26
Bab 2: Twitter
LANGKAH 4
Klik pada Tweet untuk mengemaskini dan untuk memaklumkan kepada individu lain.
LANGKAH 5
Mengikuti (Follow)
Untuk mula mengikuti (mengetahui catatan terkini dan yang dikemaskini), buka laman web yang anda ingin ikuti kemudian klik pada ikon Twitter.
Bab 2: Twitter
27
Kemudian, masukkan kata kunci untuk mula membuat pencarian tentang perkara yang anda ingin ikuti.
28
Bab 2: Twitter
RUJUKAN Advantages and disadvantages of Twitter. http://unblocked.me/twitter_faq/advantages-and-disadvantages-oftwitter.php [27 Mei 2011] Carmen Holotescu & Gabriela Grosseck. 2008. Using microblogging in education. http://www.scribd.com/doc/2286799/Can-we-use-Twitterfor-educational-activities [27 Mei 2011] Wikipedia: Twitter. http://en.wikipedia.org/wiki/Twitter [27 Mei 2011]
Bab 3: LinkedIn
29
LINKEDIN
APAKAH ITU LINKEDIN?
Bab 3
LinkedIn ialah pangkalan data golongan profesional yang amat besar. Maklumat yang biasa dimasukkan oleh pengguna seperti kategori Tajuk Utama Profil, Ringkasan, Pendidikan, Syarikat, dsb. membolehkan kita mengenal pasti orang yang dicari berdasarkan faktor tertentu. Ringkasnya, LinkedIn ialah tempat untuk mencari dan ditemui (Neal Schaffer 2009). FAEDAH KEPADA PELAJAR Berikut ialah faedah LinkedIn kepada pelajar: 1. 2. 3. 4. 5. Peningkatan kemahiran dan kecekapan dalam teknologi. Peningkatan pendedahan kepada pandangan yang berbeza. Perkembangan dalam kemahiran komunikasi. Peningkatan kebolehan untuk bekerjasama dalam projek berkumpulan. Ramai pelajar telah pun menggunakan teknologi ini, jadi mereka mungkin menumpukan lebih perhatian dalam pelajaran jika teknologi ini digunakan. 6. 7. Pelajar boleh membina imej diri yang positif dengan menonjolkan kualiti terbaik dalam diri mereka. Kekal berhubung.
30 8.
Bab 3: LinkedIn
Kreativiti. http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-
(Sumber:
students-can-benefit-linkedin) FAEDAH KEPADA GURU Berikut ialah beberapa faedah penggunaan LinkedIn untuk guru: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Cara yang murah dan berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan menyebarkan berita tentang sekolah dan acara. Maklumat boleh disampaikan kepada ibu bapa yang tidak dapat datang ke sekolah. Boleh membina perkongsian dengan sekolah-sekolah di negeri atau negara lain. Bekerjasama dengan guru lain. Bertukar-tukar pelan pengajaran dan maklumat. Peningkatan akses kepada sumber. http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-
(Sumber:
students-can-benefit-linkedin)
Bab 3: LinkedIn
31
CARA PELAJAR BOLEH MENDAPAT FAEDAH DARIPADA LINKEDIN Berikut ialah beberapa cara pelajar boleh mendapat faedah daripada LinkedIn: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mendapat makluman tentang kerja melalui e-mel. Berhubung dengan golongan profesional. Melakukan kajian tentang syarikat. Mendapat perakuan. Membolehkan syarikat mencari anda. Berhubung dengan pelajar lain. Mendapat kerja di peringkat antarabangsa. http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-
(Sumber:
students-can-benefit-linkedin)
32
Bab 3: LinkedIn
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Jika anda belum mempunyai akaun LinkedIn, anda perlu mendaftar dengan mengisi maklumat yang diperlukan. Kemudian, klik Join Now.
Bab 3: LinkedIn
33
LinkedIn akan menghantar satu e-mel kepada akaun e-mel yang anda daftarkan.
Tetingkap ini akan muncul. Anda perlu klik butang Confirm. Kini anda boleh menggunakan akaun LinkedIn anda.
Masukkan alamat e-mel dan kata laluan, kemudian klik Sign In.
34
Bab 3: LinkedIn
LANGKAH 3
Mengajak Rakan
Untuk mengajak rakan dan berhubung menggunakan LinkedIn, masukkan alamat e-mel rakan anda di sini.
LANGKAH 4
Bab 3: LinkedIn
35
Anda juga boleh mencatatkan dan berkongsi maklumat terkini anda di sini.
Lihat gambar dari fail di komputer anda. Klik butang Upload Photo.
36
Bab 3: LinkedIn
Anda boleh menyemak peratus kelengkapan profil anda. Klik pada senarai untuk mengemaskinikannya.
Anda boleh berkongsi profil anda kepada ahli LinkedIn yang lain. Anda juga boleh menyimpan dan mencetaknya dalam format pdf.
LANGKAH 5
Bab 3: LinkedIn
37
Pilih dan klik pada nama yang ingin anda tambahkan dalam rangkaian.
38
Bab 3: LinkedIn
Klik di sini untuk menambahnya ke dalam rangkaian anda. Atau anda boleh menghantar emel sebelum menambahnya. RUJUKAN What is LinkedIn and Why Should You Join? http://windmillnetworking.com/2009/08/26/what-is-linkedin-and-whyshould-you-join/ [11 Ogos 2011] Teaching and Learning Resources / Social Networking. http://teachinglearningresources.pbworks.com/w/page/31012687/Socia l%20Networking [11 Ogos 2011] 7 ways college students can benefit from Linkedin. 2011. http://theundercoverrecruiter.com/content/7-ways-college-studentscan-benefit-linkedin [11 Ogos 2011].
Bab 4: Blogger
39
BLOGGER
APAKAH ITU BLOG?
Bab 4
Pada amnya, log web atau blog (kata lakur daripada perkataan Inggerisnya weblog) merupakan diari peribadi, ruang kolaboratif, saluran berita terkini dan koleksi pautan kepada memo-memo pandangan peribadi anda untuk tatapan umum. Pendek kata, blog anda boleh menjadi apa-apa sahaja yang anda inginkan. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis blog, dan tiada peraturan yang tetap mengenainya. Ringkasnya, blog ialah satu laman web untuk anda membuat catatan secara berterusan. Perkara baharu dipaparkan pada bahagian paling atas agar pelawat boleh membaca catatan terkini. Kemudian mereka boleh memberi komen terhadap entri anda, membuat pautan kepadanya atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam bidang pendidikan, blog digunakan bagi memenuhi pelbagai bentuk keperluan komunikasi untuk membantu amalan e-pembelajaran (Susana & Sergio 2007). KELEBIHAN WEB LOG ATAU BLOG Menurut Susana dan Sergio (2007), blog mempunyai beberapa kelebihan: 1. Ia mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan teknologi yang lain.
40
Bab 4: Blogger
2. Lebih mudah untuk memaparkan semua jenis sumber maklumat (teks, imej, video, dsb.) ke Internet menggunakan blog jika dibandingkan dengan penerbitan web tradisional. 3. Ia membolehkan penerbitan segera dengan hanya satu klik, mudah untuk dibina dan diselenggara berbanding dengan laman web biasa yang memerlukan banyak masa, usaha, dan pengetahuan reka bentuk laman web (HTML, CSS, JavaScript). 4. Ia boleh dikemas kini dengan mudah dari mana-mana sahaja tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan sebagainya. 5. Ia berupaya merangkumi pembaca yang lebih ramai tanpa kehilangan kualiti maklumat dan membenarkan pelbagai tahap perincian maklumat. Ia membolehkan keseimbangan antara jangkauan dengan kekayaan maklumat. 6. Maklumat yang disiarkan di blog boleh didapatkan secara 24/7(pada bila-bila masa dan di mana-mana jua). 7. Tiada perisian blog tertentu yang diperlukan untuk membina blog. Sesetengah penulis blog (blogger) menggunakan HTML ringkas untuk membina blog mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian blog membolehkan seseorang itu membina dan menyelenggara blog tanpa memerlukan pengetahuan HTML. Pengajar tidak perlu meminta log pembelajaran pelajar mereka dari semasa ke semasa. 8. Pelbagai teknologi lain boleh digunakan bersama blog. Contohnya, penggunaan Wiki yang membolehkan penulisan secara berkumpulan dan perkongsian pengetahuan (seperti pembinaan glosari).
Bab 4: Blogger
41
FAEDAH MENGGUNAKAN BLOG Berikut merupakan faedah penggunaan blog yang dinyatakan oleh Anamaria (2010): 1. Blog membolehkan pelajar yang mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka, iaitu Internet, secara sah dan sesuai serta mengaplikasikan kemahiran mereka dalam program tersebut. 2. Ia meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik. 3. Ia membina kemahiran komunikasi pelajar yang kurang mahir Internet melalui pembelajaran rakan sebaya. 4. Ia memberi pelajar maklumat terkini mengenai bahan pembelajaran mereka. 5. Ia membina pemikiran kritis (dan juga cara-cara yang sesuai untuk mengutarakan pemikiran tersebut dalam bentuk tulisan) melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain. 6. Ia merupakan portal kreativiti dan inisiatif sendiri, kerana idea yang bagus bukan sahaja diberi ganjaran melalui markah yang tinggi, malah mendapat respon secara langsung daripada pembaca blog. 7. Ia membolehkan program anda lebih mudah dilihat di Internet dan memberikan imej positif yang jelas, seterusnya boleh menghasilkan komitmen yang tinggi daripada pelajar terhadap program tersebut dan perasaan bangga terhadap hasil kerja mereka.
42 8.
Bab 4: Blogger
Ia menjadikan pembelajaran lebih sama rata, bukan secara hierarki, dan guru bertindak sebagai titik kawalan, bukan sebagai satu-satunya sumber maklumat dan tafsiran.
CARA MENGGUNAKAN BLOG Menurut Susana dan Sergio (2007), blog boleh digunakan oleh pengajar dan pelajar seperti berikut: Blog Pengajar: Blog yang ditulis oleh pengajar kebanyakannya digunakan sebagai satu saluran komunikasi tambahan untuk berkongsi maklumat dengan pelajar mereka. Blog pengajar biasanya mengandungi maklumat berkaitan kandungan kursus, pengurusan kursus, komenkomen am kepada pelajar tentang kemajuan pembelajaran mereka, dan sebagainya. Blog Pelajar: Blog yang ditulis oleh pelajar pada asasnya ialah blog pembelajaran atau blog projek. Blog pembelajaran (Lowe 2006) merupakan suatu diari pembelajaran, yang dibina serentak dengan pengalaman pembelajaran, dan memberikan laporan tentang kandungan serta proses pembelajaran (termasuk masa yang diambil, sumbersumber yang digunakan dan sebagainya). Blog projek yang biasanya ditulis oleh sekumpulan pelajar pula mencatatkan perkembangan dan dapatan projek.
Bab 4: Blogger
43
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Daftar Masuk/Pendaftaran
Untuk membina blog, anda perlu mempunyai akaun Google. Klik Get started untuk membuat akaun tersebut. Untuk membuat akaun Google, anda dikehendaki mengisi borang dalam talian.
44
Bab 4: Blogger
Untuk pengesahan akaun, anda perlu memilih sama ada untuk mendapatkan kod pengesahan melalui mesej teks atau panggilan suara.
Pilih negara anda Klik Send verification code to my mobile phone. Nombor kod tersebut akan dihantar terus ke telefon anda. Masukkan nombor telefon anda bermula dengan kod negara.
Setelah anda menerima kod pengesahan. Masukkan nombor kod tersebut di sini.
Bab 4: Blogger
45
LANGKAH 3
Menamakan Blog
Masukkan nama blog anda. Anda juga boleh mengubah nama tersebut kemudian. Klik di sini untuk menyemak ketersediaan nama blog anda. Selepas itu, klik CONTINUE .
LANGKAH 4
Memilih Templat
Pilih templat anda (anda boleh menukar templat pada bilabila masa). Kemudian, klik CONTINUE.
46
Bab 4: Blogger
Sekarang, blog anda sudah siap dibina. Anda boleh mula menulis catatan (posting) dan mengubahsuai blog anda.
LANGKAH 5
Mencatat (Posting)
Pada paparan blog anda, klik New Post yang berada dibahagian atas sebelah kanan. Masukkan judul catatan anda.
Kemudian, anda boleh memilih untuk SAVE NOW atau PREVIEW. Jika anda sudah bersedia untuk menerbitkan catatan tersebut, anda boleh klik pada PUBLISH POST.
Bab 4: Blogger
47
Semasa mengedit teks, anda boleh memasukkan pautan (link), imej atau video.
Anda juga boleh memuatnaik video dari folder anda atau daripada YouTube.
48
Bab 4: Blogger
LANGKAH 6
Mengulas Catatan
Muka ini akan dipaparkan dan anda boleh mula menulis komen anda.
Untuk mengulas, buka catatan yang hendak anda ulaskan, dan klik Comment.
Kemudian, klik pada Post Comment. Anda boleh Preview ulasan tersebut sebelum diterbitkan.
Bab 4: Blogger
49
LANGKAH 7
Mengubahsuai Blog
Halaman ini akan dipaparkan dan anda boleh klik dan mengheret muka elemen blog anda mengikut lokasi kesukaan.
Untuk mengubahsuai blog, klik Design yang berada pada bahagian atas sebelah kanan anda. Kemudian anda boleh Preview danSave.
Anda juga boleh menambah gajet ke blog anda serta memilih pelbagai gajet yang disediakan.
50
Bab 4: Blogger
RUJUKAN Anamaria Dutceac Segesten. 2010. Blogs in higher education some ideas about their benefits and downsides. http://uvenus.org/2010/06/07/blogsin-higher-education-%E2%80%93-some-ideas-about-their-benefits-anddownsides/html [4 Mei 2011] http://gplsi.dlsi.ua.es/proyectos/webeso/pdf/inted07.pdf [4 April 2011] Lowe, A.J. 2006. Blog use in teaching Dragster activity. Internet: http://www.webducate.net/dragster2/examples/bloguse/. [4 Mei 2011] Susana de Juana-Espinosa & Sergio Lujan-Mora. 2007. The use of weblogs in higher education: Benefits and barriers. Whats a blog. http://www.blogger.com/tour_start.g [4 Mei 2011]
Bab 5: Wordpress
51
WORDPRESS
APAKAH ITU WORDPRESS
Bab 5
WordPress ialah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya, tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog (http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/). KELEBIHAN WORDPRESS WordPress merupakan pilihan paling lazim bagi pengguna blog kerana ciri-ciri berikut: 1. Mudah dan versatil (serba boleh) - WordPress sesuai untuk sesiapa sahaja daripada pengguna novis (yang baru belajar) hinggalah kepada pengatur cara yang mahir. 2. Antara muka dengan pelbagai ciri - WordPress mempunyai pelbagai editor teks dengan sokongan multimedia yang canggih; 3. Boleh berkembang - Komuniti WordPress mengedarkan banyak modul untuk hampir semua ciri laman web yang popular; 4. Sumber Terbuka - WordPress adalah percuma untuk dipasang dan digunakan pada laman web anda.
52
Bab 5: Wordpress
(Sumber: http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html) CARA MENGGUNAKAN WORDPRESS Berikut merupakan beberapa cara untuk menggunakan WordPress: 1. WordPress ialah satu platform yang mudah digunakan untuk membina apa sahaja bentuk laman web termasuklah laman web portfolio (Cameron 2009). 2. WordPress sebagai penggerak atau penjana laman web sekolah dan blog kelas. Anda boleh mengelog masuk ke laman web sekolah di Internet dan menggunakan antara muka web untuk menjadikan laman web anda lebih canggih (Kuroneko 2008). 3. WordPress membolehkan anda menetapkan pelbagai tahap akses kepada laman web anda dengan menukar peranan pengguna. Dengan cara itu, anda boleh meminta pelajar (dan juga guru) menulis artikel untuk laman web anda, tetapi anda boleh mengawal bahan yang sebenarnya disiarkan di Internet (Kuroneko 2008).
Bab 5: Wordpress
53
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Daftar Masuk/Pendaftaran
54
Bab 5: Wordpress
Lengkapkan borang berikut untuk membuat akaun WordPress dan alamat blog anda.
Kemudian, klik Sign up. Setelah anda klik pada sign up, halaman ini akan terpapar. Anda perlu pergi ke kotak email anda untuk mengaktifkan akaun WordPress. Anda akan menerima email ini dan anda perlu klik pada pautan yang diberi untuk mengaktifkan akaun anda.
Bab 5: Wordpress
55
Setelah anda selesai mengaktifkan akaun, anda boleh log masuk dan mula menggunakan WordPress.
LANGKAH 3
Pada halaman utama blog anda, klik pada About.
Menyunting Blog
56
Bab 5: Wordpress
Buang teks ini, dan anda boleh mula menulis berkenaan dengan blog anda di halaman utama ini.
Bab 5: Wordpress
57
LANGKAH 4
Menambah Pautan
Pergi ke My Blog.
Masukkan maklumat yang dikehendaki dan kemudian klik pada Add Link.
58
Bab 5: Wordpress
LANGKAH 5
Klik Appearance pada halaman Dashboard. Halaman ini akan terpapar dan anda boleh memilih tema yang anda gemari.
Bab 5: Wordpress
59
LANGKAH 6
Mengulas Catatan
Pada halaman blog , anda akan melihat perkataan Comment. Untuk memberikan komen, anda perlu klik pada teks Comment tersebut.
Klik pada Post Comment untuk menghantar atau membalas ulasan yang diterima.
60
Bab 5: Wordpress
RUJUKAN Cameron Chapman. 2009. Ultimate Guide To Using WordPress For A Portfolio. http://www.smashingmagazine.com/2009/04/29/ultimateguide-to-using-wordpress-for-a-portfolio/ [8 Mac 2011]. Koruneko. 2008. WordPress Roles and Capabilities: How to get Students and Teachers to Put Content on Your School or Class Website. http://blog.classroomteacher.ca/68/wordpress-roles-and-capabilitieshow-to-get-students-and-teachers-to-put-content-on-your-school-orclass-website/ [8 Mac 2011] What is Wordpress. http://kb.siteground.com/article/What_is_WordPress.html [8 Mac 2011] What is wordpress. http://www.mcbuzz.com/wordpress/what-is-wordpress/ [8 Mac 2011]
Bab 6: Edmodo
61
EDMODO
APAKAH ITU EDMODO?
Bab 6
Edmodo merupakan platform sosial persendirian yang percuma untuk guru dan pelajar berkongsi idea, fail, peristiwa dan tugasan. Edmodo menyediakan cara yang selamat dan mudah untuk berhubung dan bekerjasama dalam kelas. Laman ini boleh diakses di Internet dan dari mana-mana peranti mudah alih melalui aplikasi telefon pintar percuma. Berasaskan model penulisan blog mikro dan disesuaikan untuk penggunaan dalam pendidikan, Edmodo membolehkan guru menyiarkan mesej dan nota, membincangkan topik pelajaran, memberikan tugasan dan menilai kerja kelas, berkongsi kandungan dan bahan pengajaran, serta membina rangkaian dan bertukar-tukar idea sesama guru lain. Selain itu, mereka boleh menjaga kalendar kelas, menyimpan dan berkongsi fail, menerima aliran awam (RSS), dan mengadakan tinjauan. Edmodo dibina untuk kerjasama kumpulan yang tertutup, bermakna pelajar yang mempunyai kod rahsia sahaja yang boleh menyertai kumpulan tersebut. (Sumber: http://www.edmodo.com)
62
Chapter 6: Edmodo
MENGGUNAKAN EDMODO DALAM PENDIDIKAN Keringkasan antara muka dan kebolehcapaian Edmodo menjadikannya satu dunia pembelajaran yang berkesan. Ia membolehkan pelajar mengambil bahagian secara aktif. Edmodo menyediakan ruang kepada tutor untuk menghantar peringatan tugasan, membina kalendar acara, dan menghantar mesej kepada ahli kumpulan. Pengguna juga boleh berkongsi pautan, video, dan imej. Edmodo boleh menjadi medium untuk tutor berkomunikasi dengan berkesan kepada pelajar yang memerlukan bimbingan. Untuk mata pelajaran seperti bahasa asing, tutor telah pun menggunakan Edmodo untuk menetapkan kelas gandingan antara mereka dengan guru bahasa lain dari serata dunia. Pelajar boleh melihat semula pautan yang dihantar melalui suapan RSS dengan mudah. Tutor juga boleh membuat pentaksiran autentik formatif yang lain menggunakan Edmodo. Satu tugasan dalam kelas untuk membaca dan mengupas sebuah petikan dengan mudahnya boleh bertukar menjadi satu tugasan bertulis. Pelajar boleh merumuskan dan memberikan jawapan, dan bergilir-gilir menjawab soalan satu sama lain (Picardo, 2011). Menurut Jarc (2010), Edmodo membolehkannya mengawasi kemajuan pelajar, menghantar kandungan secara elektronik, menghantar makluman melalui e-mel dan mesej teks, dan yang paling penting, Edmodo menyediakan cara yang cepat dan mudah untuk mengendalikan pentaksiran autentik. Penggunaan jaluran perbincangan hampir sama seperti mengendalikan temu bual dengan pelajar dan rakan sebaya mereka sambil menggalakkan dialog, mencabar pelajar untuk menulis secara ringkas dan padat, serta mempertahankan pendapat mereka dengan maklumat sokongan daripada
Bab 6: Edmodo
63
pembacaan yang dibuat. Edmodo membantu dalam pembinaan rangkaian yang lebih baik dan selamat, jadi risiko untuk dihubungi oleh orang yang tidak dikenali bagi tujuan bukan akademik benar-benar dapat dikurangkan, oleh yang demikian ia menyediakan persekitaran yang lebih selamat untuk pelajar dan tutor berinteraksi dan bekerjasama. Ia juga mengurangkan bilangan kertas yang digunakan dalam bilik darjah.
64
Chapter 6: Edmodo
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Bab 6: Edmodo
65
Laman Utama Edmodo Jenis catatan yang boleh dibuat oleh pengguna. Pengguna boleh melihat atau menyunting tetapan. Pengguna boleh menuntut URL profil. Senarai untuk panduan pengguna baharu.
66
Chapter 6: Edmodo
LANGKAH 3
Menubuhkan Kumpulan
Klik Create.
Klik Create. Kod yang akan digunakan oleh pelajar untuk menyertai kumpulan. Klik Close.
Bab 6: Edmodo
67
LANGKAH 4
Klik Settings.
Pilih negara yang berkenaan dan taipkan nama sekolah atau poskod. Klik Add your school jika nama sekolah atau poskod tiada dalam senarai.
Klik Search .
68
Chapter 6: Edmodo
LANGKAH 5
Klik Settings.
Bab 6: Edmodo
69
Klik Upload a photo atau pilih satu animasi. Pengguna boleh menukar maklumat peribadi. Pengguna boleh menambah sekolah dengan butang Add School.
Pengguna boleh menukar jenis pemberitahuan. Pilihan privasi. Pengguna boleh menukar kata laluan.
LANGKAH 6
Klik Library.
70
Chapter 6: Edmodo
LANGKAH 7
Membina Folder
Klik Library.
Bab 6: Edmodo
71
LANGKAH 8
Menyiarkan Tugasan
Klik Assignment.
72
Chapter 6: Edmodo
Pengguna juga boleh memuatkan tugasan dengan butang Load Assignment. Tulis penerangan tentang tugasan.
Klik Send.
LANGKAH 9
Menyiarkan Tinjauan
Taipkan jawapan anda di sini. Pengguna boleh menambah jawapan dengan butang Add Answer.
Bab 6: Edmodo
73
LANGKAH 10
Menyiarkan Nota
Klik Note.
Taipkan nota anda di sini. Pengguna boleh menghantar nota kepada pelajar tertentu.
74
Chapter 6: Edmodo
RUJUKAN Edmodo. http:// www.edmodo.com. [27 September 2011] EdmodoReview. http://www.appappeal.com/app/edmodo/ [29 September 2011] Jen Dick, 2011. Tool Review: Edmodo. http:// http://newlearninginstitute.blogspot.com/2011/04/tool-reviewedmodo.html. [1 Oktober 2011]
Picardo, J. 2011. Edmodo: What students think. http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-what-students-think/. [4 Oktober 2011] Picardo, J. 2011. Edmodo: microblogging for classroom. http://www.boxoftricks.net/2008/09/edmodo-microblogging-for-theclassroom/#respond. [4 Oktober 2011] Jarc, J. 2010. Edmodo The Secure, Social Learning Network for Teachers and Students. http://trendingeducation.com/?p=69. [4 Oktober 2011]
Bab 7: Ning
75
NING
APAKAH ITU NING?
Bab 7
Ning ialah satu perkhidmatan berasaskan Internet yang membolehkan pengguna membina rangkaian sosial mereka sendiri dan menyertai rangkaian lain. Ning juga membolehkan pembangun rangkaian untuk menentukan susun atur, kefungsian dan juga sama ada laman web tersebut ialah laman web umum atau persendirian. Kebanyakan rangkaian memasukkan ciri-ciri seperti gambar atau video, senarai acara dan ahli rangkaian, kumpulan yang ada dalam rangkaian serta alat komunikasi seperti forum atau blog. Tiada kemahiran teknikal diperlukan untuk membina rangkaian sosial, dan tiada had ditetapkan kepada bilangan rangkaian yang boleh disertai oleh pengguna. Ning menawarkan rangkaian tanpa kos yang disokong oleh iklan, atau pengguna boleh membayar perkhidmatan premium yang tidak memerlukan iklan dan yang membolehkan mereka memilih URL rangkaian berasingan daripada domain Ning (Educause 2008).
76
Bab 7: Ning
FAEDAH MENGGUNAKAN NING DALAM PENDIDIKAN Berikut ialah beberapa faedah apabila menggunakan Ning dalam pendidikan: 1. Pelajar boleh menggunakan laman Ning apabila mencari maklumat untuk suatu tugasan/projek atau hanya sebagai pengetahuan am. Contohnya, pelajar yang ingin belajar tentang ekopelancongan boleh mencari maklumat dalam laman Ning dan mengakses sebarang maklumat berkaitan yang mungkin dapat membantu mereka. 2. Membaca catatan orang lain, melihat gambar dan video mereka, serta mempelajari serba sedikit maklumat baharu berkaitan bidang yang diminati. 3. Anda juga boleh menyertai perbincangan dan menulis pendapat anda serta memuat naik bahan sendiri sekiranya anda menjadi ahli kepada laman NING tersebut. (Sumber: Ning & Its Educational Potential 2009) CARA MENGGUNAKAN NING Pengguna berdaftar boleh membina rangkaian sosial yang baharu dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal. Setelah nama dan URL dipilih, proses pembinaan rangkaian amatlah mudah dengan membuat tetapan pada empat skrin. Pengguna perlu menentukan sama ada rangkaian tersebut adalah tertutup (hanya mereka yang dijemput boleh membaca atau turut serta) atau terbuka untuk orang awam; menulis slogan iklan dan sedikit penjelasan tentang rangkaian tersebut; menentukan kata kunci; memilih beberapa ciri yang dikehendaki (seperti gambar atau video, kegiatan blog,
Bab 7: Ning
77
kumpulan atau peralatan) dan menggunakan alat tarik dan lepas untuk menyusun ciri-ciri tersebut pada halaman; memilih tema visual (warna, fon, saiz) dan menyesuaikannya mengikut pilihan sendiri; serta memilih jenis maklumat yang perlu diberikan oleh pengguna untuk menyertai rangkaian mereka. Jika keahlian adalah terhad, pembangun rangkaian boleh menjemput individu tertentu untuk menyertai rangkaian tersebut. Pembangun rangkaian juga mempunyai akses kepada beberapa pilihan lain seperti mengimport gambar dari Flickr, meletakkan Ning pada Facebook, meminta akses kepada kod sumber bagi menambahkan lagi ciri-ciri khas suatu rangkaian dan memasukkan JavaScript bagi membolehkan alat luaran untuk mengikuti statistik penggunaan rangkaian. Beberapa ciri dalam Ning membenarkan pengguna membaca berita atau mengetahui aktiviti yang berkaitan, menyertai kumpulan, membaca atau memberikan komen tentang entri blog, melihat gambar atau video, dan aktiviti lain yang ditetapkan oleh pembangun rangkaian. Melalui suapan RSS, pengguna boleh melanggan maklumat terkini dari bahagian tertentu rangkaian sosial tersebut (Educause 2008).
78
Bab 7: Ning
PENGGUNAAN PEMBELAJARAN
NING
DALAM
PENGAJARAN
DAN
Ning menyediakan satu ruang agar pengajar dapat memanfaatkan rangkaian sosial dalam satu persekitaran neutral yang menawarkan kefungsian dan pengalaman yang selesa dan tidak asing kepada pelajar. Melalui pembinaan rangkaian sosial tentang suatu topik akademik atau projek tertentu suatu kursus, pengajar boleh: 1. Membantu mewujudkan kesedaran berkomuniti dalam kalangan pelajar. 2. Menggalakkan interaksi peribadi yang akan menghasilkan pengetahuan baharu dan kecerdasan secara bersama. Ning juga menyediakan peluang untuk: 1. Pelajar membina rangkaian sosial mereka sendiri. 2. Pelajar mempelajari cara untuk memupuk dan mengekalkan hubungan dalam satu komuniti pengguna yang mungkin mewakili hubungan dan komuniti profesional. 3. Satu cara mudah bagi sekumpulan pelajar contohnya dari kelas yang baru mengambil bahagian atau mereka yang menyertai program satu semester di luar negara untuk terus berhubung sepanjang tahun pengajian di kolej dan seterusnya, walaupun selepas mereka berpindah institusi, tamat pengajian atau berpindah tempat tinggal.
Bab 7: Ning
79
LANGKAH 1
LANGKAH 2
80
Bab 7: Ning
Bab 7: Ning
81
LANGKAH 3
82
Bab 7: Ning
LANGKAH 4
Menambah Features
Bab 7: Ning
83
LANGKAH 5
b) Menyiarkan Mesej
84
Bab 7: Ning
c) Aktiviti Terkini
d) Maklumat Rangkaian
Bab 7: Ning
85
e) Elemen-Elemen
f) Penampilan
86
Bab 7: Ning
h) Ahli-ahli
i) Pravasi Rangkaian
Bab 7: Ning
87
j) Kawalan Elemen
LANGKAH 6
Master Key
88
Bab 7: Ning
LANGKAH 7
Menjemput Rakan
LANGKAH 8
Blogging
Bab 7: Ning
89
90
Bab 7: Ning
LANGKAH 9
Bab 7: Ning
91
92
Bab 7: Ning
www.educause.edu/eli [16 Mac 2011] Ning & Its Educational Potential. 2009.
Chapter 8: Grouply
93
GROUPLY
APAKAH ITU GROUPLY?
Bab 8
Grouply melopori kumpulan sosial sejenis komuniti baharu dalam talian yang menggabungkan ciri-ciri terbaik rangkaian sosial dan kumpulan dalam talian. Kumpulan sosial menawarkan interaktiviti sosial, perkongsian media, dan rekaan moden laman rangkaian sosial seperti Facebook; serta perbincangan mendalam, antara muka e-mel yang popular, dan peluang mencari orang lain yang diperoleh daripada sistem kumpulan dalam talian lama seperti Yahoo! Groups. Dengan Grouply, anda boleh membina kumpulan sosial yang baharu tentang sebarang topik yang anda sukai atau menyertai kumpulan sosial dan berhubung dengan orang lain yang berkongsi minat dan keghairahan yang sama. (Sumber: http://blog.grouply.com/about/) FAEDAH GROUPLY Kumpulan sosial Grouply menawarkan faedah seperti:
Antara muka e-mel yang komprehensif Semua kandungan boleh dihantar dan diterima melalui e-mel, memberikan cara yang mudah kepada ahli untuk mengambil bahagian.
94
Chapter 8: Grouply
Analisis kumpulan Memperoleh kefahaman mendalam tentang aktiviti keahlian melalui carta dan graf yang menunjukkan ahli paling aktif, topik paling popular, dan penglibatan ahli mengikut masa.
Privasi laman web terkini Membenarkan sesetengah halaman ditatap oleh orang ramai, sesetengahnya pula boleh dilihat oleh pengunjung, dan yang lain hanya untuk ahli.
Papan pemuka pentadbiran rentas kumpulan Meneliti dan meluluskan ahli serta mesej untuk semua kumpulan yang anda kendalikan di satu lokasi.
(Sumber: http://blog.grouply.com/migration-tool-moves-a-ning-network-to-afree-grouply-social-group/) GROUPLY DALAM PENDIDIKAN Grouply telah lama menjadi alat yang digemari dalam komuniti pendidikan. Guru-guru, ibu bapa, dan pelajar-pelajar menggunakan kumpulan sosial Grouply untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat antara satu sama lain. Grouply for Education ialah pakej khidmat premium istimewa yang ditawarkan percuma untuk kumpulan pendidikan yang layak seperti sekolah, bilik darjah, serta persatuan ibu bapa dan guru (PIBG). Grouply for Education direka khusus untuk memenuhi keperluan guru-guru dan pendidik. Grouply menyediakan ciri-ciri yang kaya dengan pelbagai aplikasi untuk membantu ibu bapa, guru dan pelajar berkomunikasi dan bekerjasama di Internet, namun ia sangat mudah untuk dikonfigurasikan dan digunakan. Setiap kumpulan sosial Grouply merangkumi laman web
Chapter 8: Grouply
95
komuniti yang boleh disesuaikan, pengurusan acara, forum perbincangan, suapan aktiviti, integrasi Facebook, bilangan ahli kumpulan tanpa had, muatan storan 10 GB untuk gambar dan kandungan lain, serta gedung aplikasi yang penuh dengan aplikasi berguna. (Sumber: http://blog.grouply.com/education/)
96
Chapter 8: Grouply
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Chapter 8: Grouply
97
Masukkan kata laluan Yahoo atau Google untuk memberikan akses Grouply kepada kumpulan anda. Ini tidak wajib. Kemudian, klik Submit atau skip langkah ini.
LANGKAH 3
Mencari/Menjemput Rakan
98
Chapter 8: Grouply
LANGKAH 4
Membina Profil
Chapter 8: Grouply
99
LANGKAH 5
Klik tab Groups.
Memulakan Kumpulan
100
Chapter 8: Grouply
Klik Next.
Klik Next.
Chapter 8: Grouply
101
Klik Next.
Klik Next.
102
Chapter 8: Grouply
Chapter 8: Grouply
103
RUJUKAN http://blog.grouply.com/about/ [15 Oktober 2011] http://blog.grouply.com/education/ [15 Oktober 2011] http://blog.grouply.com/migration-tool-moves-a-ning-network-to-a-freegrouply- social-group/ [15 Oktober 2011]
104
Bab 9: Squidoo
SQUIDOO
APAKAH ITU SQUIDOO?
Bab 9
Squidoo ialah tapak web yang agak baharu untuk sesiapa jua mencipta laman web percuma tentang minat atau kegemarannya. Squidoo ialah satu contoh tapak web 2.0 yang dipacu komuniti. Halaman Squidoo dipanggil kanta dan sangat mudah dibina. Tiada sebarang kemahiran istimewa diperlukan untuk membina kanta dan terdapat pelbagai jenis modul yang boleh anda gabungkan bagi membina laman web yang interaktif dan mesra pengunjung. Squidoo ialah tapak web hebat yang membolehkan anda membina laman web secara percuma tentang minat, perasaan dan usaha anda. Ia juga membolehkan anda menyumbang kepada badan amal, memperoleh pendapatan sendiri dan menjana trafik yang amat banyak ke laman web anda. Squidoo mengiktiraf anda sebagai pakar dalam bidang sendiri. (Sumber: squidoo.html) http://www.internet-marketing-4-small-business.com/what-is-
Bab 9: Squidoo
105
FAEDAH SQUIDOO 1. 2. Kanta Squidoo diindekskan dengan sangat pantas. Kanta anda boleh dijumpai dalam hasil carian Google dalam masa 48 jam. Google meletakkan banyak nilai pada halaman di Squidoo. Kebanyakan kanta akan menduduki tempat tertinggi dalam hasil carian kata kunci mereka (dengan syarat kanta tersebut dibina dengan betul). 3. Squidoo percuma untuk semua. http://www.squidoo.com/what-is-squidoo#module2778658)
(Sumber:
FAEDAH PEMBINAAN KANTA SQUIDOO Menurut Pam Gaulin (2008), berikut ialah beberapa faedah pembinaan kanta Squidoo: 1. Memfokuskan pada Tajuk Penulisan Web Squidoo ialah cara paling ideal untuk penulis mengasah kemahiran pembinaan kanta penulisan web mereka sendiri. Kanta penulisan web anda ialah kanta yang boleh anda kecilkan skopnya dan fokuskan pada kandungannya. Anggap Squidoo sebagai mikroskop peribadi anda sendiri tentang frasa kata kunci dan tajuk. Anda boleh bermula dengan satu idea dan semasa membina kanta, anda akan mula melihat banyak sel berlainan yang boleh dijadikan satu tajuk.
106
Chapter 9:Squidoo
2.
Menghasilkan Tajuk Penulisan Web Semasa proses pembinaan kanta, anda juga boleh menghasilkan idea baharu.
3.
Kepopularan Kata Kunci Terdapat banyak cara percuma untuk memeriksa kepopularan kata kunci. Squidoo ialah cara mudah untuk menguji kepopularan kata kunci dan trafik web anda. Dengan akaun Squidoo percuma, anda mempunyai akses kepada papan pemuka yang menyenaraikan pelbagai statistik, termasuk bilangan kunjungan yang diterima oleh kanta anda dalam seminggu lepas. Dengan Squidoo, anda dapat melihat kanta anda yang mana paling popular. Ini boleh menjadi pembuka mata apabila ingin mempertimbangkan tajuk yang mudah dicari dan popular.
4.
Pasaran untuk Penonton Khusus Faedah lain pembinaan kanta Squidoo ialah ia boleh membantu anda menyusun kandungan laman web anda dan mempromosikannya kepada pasaran khusus. Pembinaan laman web yang menarik dengan kandungan yang berkaitan akan memudahkan pembaca mencari artikel yang diperlukan sahaja.
Bab 9: Squidoo
107
LANGKAH 1
LANGKAH 2
108
Chapter 9:Squidoo
LANGKAH 3
Memulakan Kanta
Setelah anda log masuk, klik butang Start a lens! di laman utama Squidoo.
Bab 9: Squidoo
109
Kemudian, masukkan tajuk halaman anda dan maklumat lain yang berkaitan Seterusnya, klik Continue.
Masukkan tag untuk membantu orang lain mencari kanta anda dalam Squidoo.
110
Chapter 9:Squidoo
Bab 9: Squidoo
111
LANGKAH 4
Papan Pemuka
Pergi ke tab Lenses untuk melihat senarai kanta anda. Inilah paparan halaman papan pemuka anda.
112
Chapter 9:Squidoo
LANGKAH 5
Menyunting Kanta
Bab 9: Squidoo
113
Klik Edit untuk mula menulis dan menyiarkan tajuk yang menarik.
114
Chapter 9:Squidoo
RUJUKAN Pam Gaulin. 2008. Benefits of Creating a Squidoo Lens. http://www.associatedcontent.com/article/676915/benefits_of_creatin g_a_squ idoo_lens_pg2.html?cat=15 [4 Oktober 2011].
115
GOOGLE WAVE
APAKAH ITU GOOGLE WAVE?
Bab 10
Google Wave ialah platform komunikasi dan kerjasama berasaskan Internet. Ada yang menganggap Google Wave sebagai bentuk baharu untuk komunikasi masa nyata (MacManus 2009). Google Wave membantu pengguna dunia digital membina kerjasama masa nyata merentas platform secara dalam talian. Ia merangkumi banyak elemen daripada pelbagai aplikasi berbeza yang asalnya terpisah tetapi kemudiannya digabungkan untuk membina komuniti rangkaian sosial dalam talian. FAEDAH GOOGLE WAVE Di Google Wave: 1. Pengguna boleh membina ruang dalam talian yang dipanggil
gelombang, yang merangkumi mesej diskret berbilang dan komponen yang dipanggil blip, yang membentuk dokumen perbualan berterusan. 2. Komunikasi yang mana salinan berasingan mesej berbilang tidak dihantar kepada orang berbeza; sebaliknya, kandungan tersebut memenuhi satu ruang sahaja. Pengguna boleh mengakses kandungan, memberikan
116
jawapan 3.
atau
balasan,
menukarnya,
memainkannya
semula,
menghantarnya ke blog, atau menambah bahan baharu atau lampiran. Pengguna boleh mencipta gelombang, memasukkan kandungan (mesej bertaip, lampiran, widget berasaskan web) dan menambah orang lain kepada gelombang tersebut. Walaupun gelombang terpapar dalam peti masuk pengguna, gelombang ini tidak akan dihantar, berbeza dengan emel. 4. Pengguna boleh mengakses gelombang secara dalam talian, membaca dan menyunting blip sedia ada, membalasnya, atau menambah kandungan baharu. 5. Perbincangan boleh berbentuk masa nyata atau tak segerak, kerana ia boleh disunting, dipadamkan, dibalas, atau dimasukkan ke mana-mana sahaja dalam perbualan. Ciri main semula membolehkan peserta meninjau sejarah semua blip dan aktiviti yang berlaku dalam gelombang tersebut; seperti imbas hadapan atau sesetengah orang mengaitkannya kepada mengimbas kembali sejarah. 6. Google Wave menyokong fungsi tarik dan lepas media dari desktop atau aplikasi lain, seperti peta interaktif, perancang perjalanan, khidmat kaji cuaca, atau tinjauan tak rasmi. 7. Menambah blog ke dalam senarai kenalan akan membolehkan pengguna menerbitkan gelombang ke blog sambil mengekalkan kefungsian penuh Google Wave.
117
GOOGLE WAVE DALAM PENDIDIKAN Google Wave boleh digunakan untuk menarik penyertaan pelajar yang lebih aktif dalam sekitaran pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dan guru boleh mencipta lingkungan pembelajaran yang kukuh dan membina hubungan komunikasi yang baik dan berkesan. Guru-guru boleh menetapkan tugasan, perbincangan dalam talian, sesi sumbang saran di Google Wave serta berinteraksi dengan kumpulan lain yang mempunyai matlamat pendidikan yang serupa. Google Wave memungkinkan kerja kursus yang interaktif untuk pelajar bukan teknikal, dengan mengalihkan pendekatan lebih banyak pelajar daripada tugasan berasaskan teks semata-mata kepada penggunaan multimedia. Kumpulan pelajar boleh mengadakan ulang kaji bersama secara masa nyata, bukan sahaja tentang dokumen tetapi juga persembahan multimedia. Evolusi penciptaan, penyimpanan, dan perkongsian pengetahuan akan diterokai. Ia boleh menyediakan cara yang mudah dicapai untuk menggambarkan pemikiran dan proses disiplin dengan pelajar. (Sumber: MacManus 2009)
118
LANGKAH 1
LANGKAH 2
Untuk pengguna tanpa akaun Google, klik di sini. Rakam masuk menggunakan akaun Google.
Klik Sign in
119
Laman Utama Google Wave Pengemudian Peti masuk Gelombang atau aktiviti yang tersedia untuk pengguna.
Kenalan pengguna
LANGKAH 3
"Cadangan" undangan untuk dikongsi dengan kenalan mereka sendiri.
Untuk mengajak orang lain menyertai Wave, taipkan alamat e-mel mereka.
120
LANGKAH 4
Klik Submit.
121
LANGKAH 5
Pengguna boleh menulis apa sahaja atau memasukkan teks, menambah hiperpautan dan video.
122
Klik pada G+ (carian google) untuk mencari gambar, pautan web dan video serta memasukkannya ke dalam gelombang.
123
124
LANGKAH 6
Memulakan Perbincangan
Pratonton
125
Templat perbincangan akan tersedia. Pengguna boleh menggantikan templat asal dengan templatnya sendiri.
Gelombang perbincangan akan dihantar kepada peserta melalui peti masuk mereka.
126
LANGKAH 7
127
Pratonton
Templat perbincangan akan tersedia. Pengguna boleh menggantikan templat asal dengan templat mereka sendiri.
128
Contoh
129
Peserta boleh memberikan respons kepada tajuk perbincangan dengan mengklik Reply.
LANGKAH 8
Memulakan Mesyuarat
130
Pratonton
131
Gelombang boleh dilihat oleh peserta dalam peti masuk gelombang mereka.
132
133
RUJUKAN MacManus, R. 2009. http://www.readwriteweb.com/archives/google_wave_use_cases_edu cation.php. [5 Oktober 2011] 7 things you should know about Google Wave.