Sie sind auf Seite 1von 5

ALKOHOL Alkohol adalah nama am kepada sebatian organik , seperti sebatian-sebatian organik yang mempunyai kumpulan hidroksil yang

terikat dengan karbon. Formula asas bagi alkohol adalah R- OH atau CnH2n+1OH'

O R H

Alkohol boleh mengandungi satu atau lebih kumpulan berfungsi hidroksil. Sebatian alkohol yang mempunyai satu sahaja kumpulan hidroksil dipanggil sebagai akohol monohibrik. Sebagai contoh, methanol dan propanol. Manakala alkohol yang mempunyai dua atau lebih kumpulan hidrokil dipanggil sebagai alkohol polihidrik.

Struktur molekul bagi metanol.

Alkohol boleh diklasifikasikan kepada 3 iaitu primer, sekunder dan tertier. Pada asasnya, ketiga-tiga kelas alkohol ini mempunyai beberpa cirri-ciri kimia yang sama tetapi terdapat tindak balas yang memberikan hasil yang berbeza , sebagai contoh tindak balas pengoksidaan.

Berikut merupakan hasil tindak balas yang berbeza bagi alkohol primer, sekunder dan tertier.

Tindak balas alkohol primer : menghasilkan alkana iaitu aldehida . Reaksi oksidasi alkohol primer akan menghasilkan alkanal (aldehida). Namun , jika dibiarkan beberapa lama, maka tindak balas pengoksidaan ini akan menghasilkan karbosilat.

Tindak balas alkohol sekunder : tindak balas pengoksidaan ini akan menghasilkan keton (alkanon) .

Tindak balas alkohol tertier: untuk alkohol tertier, tindak balas pengoksidaan tidak berlaku. Ini adalah kerana tidak terdapat atom H yang terikat pada atom C karbinol.

Alkohol monohidrik yang paling ringkas adalah metanol dan dalam siri homolognya anggota berikutnya adalah etanol, propanol dan seterusnya. Isomer kedudukan bagi alkohol alifatik mengikut kedudukan kumpulan hidroksil mula wujud apabila bilangan atom karbon adalah tiga atau lebih, contohnya isomer kedudukan untuk propanol ialah 1-propanol (alkohol primer) , dan 2 propanol (alkohol sekunder).

Ciri-ciri fizikal

Oleh

kerana

atom

oksigen

mempunyai

pasangan

elektron

tersendiri

dan

keelektronegatifannya jauh lebih besar daripada atom hidrogen maka ikatan O-H dalam kumpulan hidroksil bersifat dwikutub dengan cas separa negative pada O dan separa positif pada H. Hal ini memberikan cirri fizikal yang penting bagi alkoho, iaitu keupayaan untuk membentuk ikatan hidrogen antara molekul-molekul alkohol dengan pelarut air. Ini menyebabkan alkohol lebih larut dalam air jika dibandingkan dengan alkana yang sepadan. Pengikatan hidrogen ini berlaku di antara proton dalam kumpulan hidroksil pada satu molekul dengan pasangan elektron tersendiri pada atom oksigen daripada kumpulan hidroksil pada

molekul yang satu lagi. Daya tarikan ikatan hidrogen ini agak kuat iaitu kirakira 25kJ mol-1 dan nilai ini adalah lebih besar daripada tarikan Van der Waals di Ikatan hidrogen antara molekul alkohol dengan molekul air.

antara molekul iaitu sekitar 1 kJ mol-1, tenaga saling tarikan di antara CCl4 ialah 116 x 10-22 J bagi sepasang molekul dan nilai ini merupakan nilai terbesar ditemui.

Ikatan hidrogen ini menyebabkan takat didih alkohol menjadi jauh lebih tinggi daripada takat didih alkana atau eter yang mempunyai bilangan atom karbon yang hampir sama, atau jisim molekul yang hampir sama.

Gambar Rajah di atas menunjukkan Ikatan hidrogen antara molekul alkohol dengan molekul air.

Das könnte Ihnen auch gefallen