Sie sind auf Seite 1von 14

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN KOLEJ SASTERA DAN SAINS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SGRM3083 SEMANTIK

DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU KOHORT 1 KUMPULAN B TAJUK TUGASAN ANALISIS ASPEK KETIDAKLANGSUNGAN DALAM PERTUTURAN BERDASARKAN SEBUAH NOVEL DISEDIAKAN OLEH: NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN CHEW LI LI 740502085184 TAN SOO LEAN 740915075574 TEH CHING HOOI 831125025314 ENG BEE LENG 840805035238 LIM AI POH 720228025278 EMAIL: a.p108@yahoo.com/limaipoh@gmail.com NO MATRIK 210462 210463 210464 210465 210466

DISEDIAKAN UNTUK: PUAN YUSNIZA YAAKUB TARIKH SERAHAN 13 OKTOBER 2012

1.0 Pengenalan Masyarakat Melayu amat menitikberatkan kesopanan dan kesantunan dalam amalan hidup.Justeru, ketidaklangsungan (indirectness) menyampaikan mesej dalam pertuturan merupakan satu aspek penting dalam komunikasi orang Melayu.Ketidaklangsungan adalah berdasarkan implikatur dalam perbualan.Implikatur ialah satu aspek penting dalam bidang pragmatik, iaitu satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan konteks. Menurut Nor Hasyimah Jalaluddin (1992:677), implikatur dalam erti kata yang mudah ialah mesej yang tersirat dan cuba disampaikan dalam perbualan.Jamaliah Mohd Ali (1996) pula mendefinisikan implikatur sebagai kajian yang melibatkan aspek-aspek makna yang tidak diliputi oleh bidang sematik. Leech (1993) telah memperluas bidang ini dengan membuat perbandingan antara makna yang disampaikan dengan makna yang dimaksudkan. Ini bermaksud setiap ujaran yang disampaikan perlu dikaji tentang tekanan pragmatik yang terkandung di sebalik ujaran yang tersurat.

2.0 Aspek-aspek ketidaklangsungan 2.1 Beating About the Bush Beating About the Bush merujuk kepada perbualan apabila seorang penutur mengambil masa untuk bercakap benda--benda lain sebelum memasuki topik perbualan yang utama. Biasanya penutur bertujuan meminta sesuatu atau mencapai objektif tertentu tetapi tidak bercakap secara terus- terang. Sebaliknya penutur akan mengujarkan sesuatu perkara yang mungkin tidak berkaitan dengan perkara yang hendak disampaikan

Jenis implikatur ini dapat dilihat pada kanak-kanak yang inginkan sesuatu daripada kedua orang tuanya. Dia tidak akan meminta sesuatu secara terus, tetapi akan menggunakan alternatif iaitu cara lain. Mereka selalunya bermain dengan perasaan sendiri. Contohnya, Abu inginkan jam tangan, dia tidak memintanya secara terus daripada bapanya, ikuti perbualan di bawah :
Abu Ayah Abu : Ayah, cantiknya jam tangan Ali. : Betullah cantik, kenapa? : Kan senang kalau ada jam. Bolehlah tahu masa, taklah terlambat lagi ke sekolah. Ayah : (hanya tersenyum)

2.2 Metafora

Menurut Kamus Dewan, Metafora ialah pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan. Iaitu sebagai perbandingan atau kiasan.Ini bermaksudpenggunaan katakatanya yang tidak mendukung makna sebenar, sebaliknyadilukiskan secara persamaan dan perbandingan.Digunakan dalam bahasa harian danbanyak digunakan dalam tulisan kreatif.Terdapat tiga bahagian di dalamnya, iaituabstrak, perlambangan dan juga personafikasi.
Abstrak digunakan dalam bahasa harian yang berkaitan dengan kiasan atau peribahasa.

Contohnya Haruan makan anak yang membawa maksud bapa yang melakukan perkara tidak senonoh terhadap anaknya. Perlambangan merupakan sesuatu yang tidak wujud di dunia nyata, tetapi digunakan untuk menunjukkan sesuatu maksud. Contohnya Cantik umpama bulan mengambang. 2

Personafikasi ialah pemberian sifat manusia kepada sesuatu objek yang abstrak.ContohnyaSiang merangkak-rangkak. 2.3 Cakap Berlawanan

Cakap berlawanan merupakan kata-kata yang mempunyai makna yang lain seperti yang diujarkan. Iaitu makna yang bertentangan dengan makna literalnya. Kadangkala ianya mempunyai ironi, iaitu bentuk penyebutan sesuatu kenyataan yang umumnya berbeza dengan realiti. Ironi melibatkan penggunaan kata yang bertujuan memberi

balasan, atau timbal balik yang merupakan sindiran. Penutur menggunakan maksud yang implisit untuk tujuan menyindir. Apa yang dipertuturkan secara verbal, iaitu lisan tidak menggambarkan isi hati penutur yang sebenarnya. Contohnya : Ha, pergi panjat pokok itu tinggi-tinggi lagi (kata seorang Ibu kepada anaknya
yang jatuh pokok)

Melalui contoh di atas, kata-kata ibunya bukanlah bertujuan menyuruh anak memanjat pokok tersebut dengan lebih tinggi lagi, tetapi adalah untuk menyindir perbuatan anaknya. Si anak secara tidak langsungnya menyedari ibunya yang marah dengan perbuatannya. 2.4 Cakap Perantara Cakap perantara bermaksud menggunakan khidmat orang ketiga untuk menyampaikan sesuatu maksud. Contohnya perbualan semasa merisik: Kami ni datang bagi pihak Encik Hassan dengan satu hajat.Hajatnya nak bertanya, bunga di taman Encik itu sudahkah dipetik orang?

3.0 Pengenalan Novel Azfa Hanani Azfa Hanani merupakan novel karangan asli yang diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors.Novel ini merupakan Pemenang Hadiah Utama Peraduan Novel Remaja anjuran Utusan Melayu & Public Bank. Novel ini menggantikan novel yang telah digunakan di sekolah sejak tahun 2000 hingga tahun 2009.Novel ini merupakan novel baharu untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah mulai tahun 2010. Novel ini mengisahkan kehidupan seorang gadis yatim piatu yang terpaksa mengharungi hidupnya yang serba kekurangan. Dia terpaksa menjadi orang lain demi cita-cita dan keluarga Pak Longnya.

4.0 Aspek-aspek ketidaklangsungan dalam novel Azfa Hanani 4.1 Beating About the Bush (B.A.B) Dalam novel Azfa Hanani, banyak aspek ketidaklangsungan diutarakan dalam pertuturan. Antarnya ialah Beating about the bush.kita dapat melihat contoh-contoh berikut: Marilah, Kak Nani... temankan adik ke dusun tu. Kak Rina dan Abang Acir tak bagi adik ikut tadi,ajak Zahidin.(h.193) Sebenarnya tujuan sepupu manja Hanani yang berumur lima tahun itu bukan ke dusun, tetapi hendak main air di jeram yang tidak jauh dari dusun.Dia tidak menyatakan tujuan sebenarnya kerana dia tahu ibu bapanya memang tidak mengizinkan.Apabila Hanani bertanya,Sebenarnya, adik nak main air di jeram, kan? sepupunya yang masih mentah itu terus tersenyum dan mengangguk.
4

Contoh yang lain ialah semasa mak long menjawab soalan anak kecilnya, Zahidin yang kehairanan melihat Hanani tidak ke sekolah pada awal pagi. Kak Nani nak pergi jauh, dik. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus.Kalau adik belajar rajin-rajin macam Kak Nani, tentu adik pun dapat belajar di KL,kata mak long perlahan.(h.28) Daripada ujaran Mak Long, persoalan Hanani terjawab, iaitu mak longnya telah mengizinkan pemergiannya ke kota mengikut Abang Mazran danKak Finaz. Padahal mak long tidak berkata secara terus-terang kerana ingin menjaga perasaan Hanani. Secara tidak langsung, mak long juga menyatakan keizinan ini adalah demi masa depan Hanani. Dalam novel Azfa Hanani, Hanani memainkan perwatakan yang teguh

pendirian.Walaupun raut mukanya mirip Murni, tetapi pada pendapatnya banyak ketidaksamaan dalam keserupaan.Dia sebenarnya ingin membuat perubahan di bilik Murni tetapi tidak berani menyuarakan memandangkan dia hanya menumpang.Oleh itu, apabila Kak Finaz memberi penjelasan Adik ipar kakak itu suka sangat dengan kartun. Sebab itulah bilik ini banyak sangat hiasan macam itu, Hanani terus menjawab, Saya tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak..( h.39) Semasa Hanani ingin memenuhi permintaan Ellina untuk bertandang ke rumahnya, Abang Muzaffar cuba membantu Hanani untuk memujuk Datin Maziah yang membantah kerana Hanani sepatutnya menghadiri tuisyen pada petang itu. Kalau abang tak silap, ikut jadual... petang ni Nini ada kelas Bahasa Inggeris, kan? Satu subjek lagi, Biologi.Betul tak?

Abang Muzzafar menyuarakan sesuatu yang seolah-olah tidak berkaitan dengan permintaan Hanani untuk ke rumah kawannya. Tetapi daripada ujaran seterusnya kita mendapati Abang Muzafgar sebenarnya cuba membantu Hanani memujuk ibunya membenarkan Hanani ke rumah kawannya. Kalau dua subjek tu, biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia, mama. Sesekali apasalahnya. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris danMuz ingatlah keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus,tokokmnya lagi. (h.114) 4.2 Metafora Unsur metafora memang banyak terdapat dalam novel Azfa Hanani, terutamanya bahagian abstrak yang mendukung maksud kiasan dan peribahasa. Disebabkan belenggu perasaan rasa bersalah kerana perpustakaan, hati Hanani berbisik: Siapa yang makan lada, dialah terasa pedas (h. 6) Dalam contoh di atas, tiada orang yang makan lada di situ. Mesej yang hendak disampaikan ialah sesiapa yang membuat salah, dialah yang terasa meskipun nama tidak disebut. Sekali arang tercalit di muka, selautan air tidak akan mampu mencucinya.(h.9) Hanani mengatakan demikian kerana sebelum ini dia belum memiliki sebarang rekod kesalahan disiplin. telah mengambil buku dari

Penulis menerusi watak utama Hanani, menyifatkan budi pekerti Nordin yang mulia adalah mewarisi ayahnya, Pak Haji Arshad umpamaKe manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi (h.14) Apabila Hanani ditawarkan ke rumah Murni, untuk membahagiakan seorang ibu yang kehilangan anak kesayangannya, Hanani menyindir diri sendirinya Siapa sangka, cempedak menjadi nangka (h.20) Rasa bosan tidak terelak daripada menjengah minda (h.82).Penulis mengutarakan unsur personafikasi dengan memberi nyawa kepada rasa bosan. Pucuk dicita, ulam mendatangAku bagaikan orang mengantuk disorongkam bantal.(h. 91) Penulis menggunakan perlambangan untuk menyatakan perasaan Hanani yang lega dan senang apabila Muzzafar yang sebelum ini suka menyindirnya, menawarkan dirinya untuk mengajar Hanani menggunakan komputer. Hanani berasa kecil hati apabila Ekran membandingkannya dengan Murni.Dia menyuarakan pendirian dengan berkata,kita hidup mesti berpijak di bumi nyata, Ekran.Saya dan Murni tidak boleh disamakan.(h.103). Berpijak di bumi nyata di sini bukan bermaksud berdiri di atas bumi atau tanah.Mesej yang hendak disampaikan oleh Hanani ialah dia menerima hakikat dan sentiasa ingat dia merupakan anak yatim piatu yang miskin, bukannya Murni yang merupakan anak emas Datin Maziah. Dalam novel ini, Muzzafar cuba memprotes apabila Hanani menuduhnya menghalang persahabatan antara Murni dan Ekran semata-mata kerana darjat.

Aku tidak mungkin akan berjaya menarik rambut dari dalam tepung tanpa sebarang serakan. (h.189) .Maksud Muzzafar di sini, sebijak manapun, dia tidak mungkin dapat melindungi

adiknya Murni tanpa melukakan sesiapa. Penulis juga menggunakan pepatah seperti dalam bisikan hati Hanani Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. (h.194) Hanani patah hati apabila diusir dari rumah Murni dan menyifatkan dirinya seperti melukut di tepi gantang.Penulis melalui Hanani, menyifatkan orang yang tidak dihargai adalah seperti melukut yang tidak bernilai.Ini merupakan unsur perlambangan yang diselitkan dalam novel ini. 4.3Cakap Berlawanan Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan bahawa salah satu maksud berlawanan ialah bertentangan, tidak sehaluan atau sama. Maka Penulis novel Afza Hanani ,Halis Azhan Mohd Hanafiah menggunakan Cakap berlawanan untuk menyampaikan mesej yang bertentangan maksudnya dengan yang realiti di dalam novelnya. Antara contoh cakap berlawanan yang terdapat dalam novel Afza Hanani ialah seperti di bawah: Kamu ni macam kembar Murni, tapi dia sangat bagus dalam subjek Bahasa Inggeris,komen Cikgu Ramzan setelah kami selesai bersoal jawab.Maksud yang ingin disampaikan oleh Cikgu Ramzan ialah walaupun muka Afza Hanani dan muka Tengku Murni seiras, namun tahap penguasaan Bahasa Inggeris Afza Hanani tidak sebaik Tengku Murni.(h.52)

Awak kan murid baru?Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan diriawak tu Afza Hanani, bukannya Tengku Murni.Fuziana menambah sambil tersenyum sinis .Penulis menggunakan cakap berlawanan untuk menyedarkan Afza Hanani bahawa popularitinya di sekolah tidaklah standing dengan Tengku Murni.(h.85) Tak malu ke berkawan dengan penjual burger?Agak aneh pertanyaan itu berbalas dengan pertanyaan juga. Ayat berlawanan ini membawa maksud penjual burger Ekran sebenarnya agak keberatan hendak berkawan dengan Afza Hanani. Dia khuatir bahawa status dirinya yang rendah akan menjatuhkan maruah Afza Hanani yang merupakan anak orang berada. Tetapi jauh di nun hatinya, Ekran sebenarnya gembira kerana Afza Hanani tidak kisah tentang perbezaan taraf hidup mereka. Dia bertanyakan soalan ini untuk menguji keikhlasan hati Afza Hanani.(h.99) Hidup sebagai anak manja?Aku bertanya balas, pura-pura tidak mengerti.Ah, aku seperti mengejek diri sendiri pula! Erti pahit yang berlawanan dengan kehidupan sebagai anak manja cuba diutarakan oleh Afza Hanani kepada Ekran. Afza sering menerima layanan manja Datin Maziah tetapi terpaksa menepis pandangan serong Datuk Tengku Makmur dan Abang Muzaffar.Termasuk juga terpaksa makan menggunakan sudu dan garpu setiap masa.(h.111) 4.4 Cakap Perantara Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga perantara bermaksud orang tengah yang menjadi penghubung dalam perundingan dan lain-lain. Cakap perantara banyak digunakan oleh masyarakat melayu untuk menyampai mesej yang tersirat semasa

berkomunikasi. Antara contoh cakap perantara yang digunakan oleh penulis Halis Azhan Mohd Hanafiah dalam novelnya yang berjudul Afza Hanani adalah seperti berikut: Nordin mengangkat bahu. Manalah aku tahu, Nani. Elok-elok tadi aku berjalan di depan pejabat sekolah dengan Lan, CC panggil. Dia suruh cari kau. Segera. Katanya, pengetua nak jumpa,beritahu Nordin. Nordin menjadi orang tengah yang

menyampaikan pesanan CC kepada Nani. CC pula bertindak sebagai perantara bagi pihak pengetua yang memberi arahan kepada Nordin untuk mendapatkan Nani. (h.13) Nini yang sebenar amat peramah orangnya.Ellina yang mengutarakan ayat ini berperanan sebagai orang tengah untuk memberitahu Afza Hanani bahawa Tengku Murni sangat peramah orangnya.(h.51) Ini rancangan Laili sebenarnya.Sebab dia kena pergi mesyuarat, saya dan Ikalah yang kena beritahu,jelas Fuziana. Penulis menggunakan Fuziana dan Ika untuk menyampaikan rancangan Laili kepada Afza Hanani. Oleh kerana Laili terpaksa menghadiri mesyuarat, maka dia menggunakan khidmat orang tengah untuk menyampai rancangannya kepada Afza Hanani.(h.84) Laili kata, suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu, kata Fuziana lagi.Dalam novel <Afza Hanani>ini , penulisnya Halis Azhan Mohd Hanafiah sering menggunakan perantara untuk menyampaikan maksud si perancangnya kepada orang lain. Contohnya Fuziana sekali lagi memberitahu Afza Hanani bahawa Laili memuji suaranya lunak dan sesuai menjadi pengacara majlis.(h.85) Cikgu Zamri selalu beritahu kami, suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi forum.Kalau bukan dia yang kata begitu, kami tak akan ajak Nini,beritahu Fuad.Fuad
10

juga mengambil peranan sebagai pihak ketiga yang menyampaikan kata-kata Cikgu Zamri kepada Nini.Fuad berkata sedemikian untuk memberi keyakinan kepada Nini bahawa bakatnya turut diakui oleh Cikgu Zamri. Tujuan Fuad ialah dia berharap Nini akan bersetuju untuk mempengerusikan forum bertajuk Peranan Beliau dalam Merealisasikan Wawasan Negara pada pagi lusa.(h.125) Semua orang kata suara kau bagus. Jelas, lunak, bernada, dan amat sedap didengar.Kau memang wajar menang.Suzana dan Adriani memberitahu Afza Hanani bahawa murid sekolah mereka dan murid sekolah-sekolah lain sebulat suara berpendapat bahawa dia memang patut diumumkan sebagai pengerusi forum terbaik. Penulis menggunakan watak Suzana dan Watak Adriani untuk memberitahu Afza Hanani bahawa dia mendapat sokongan daripada murid-murid lain.(h.142) Kak Finaz beritahu abang tadi, Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura. Seketika masa berlalu tanpa sebarang kata-kata, Abang Norman yang berada di sisi pak long pula membuka mulut. Kak Finaz menjadi orang perantara yang menyampaikan hasrat Nani kepada Abang Norman. Kak Finaz memberitahu Abang Norman bahawa Nani ingin berjumpa dengan Pak Madi dan Zura.(h.168) 5.0 Penutup Dalam bahasa Melayu, ketidaklangsungan dalam perbualan dilihat mempunyai tujuantujuan tertentu. Ketidaklangsungan menunjukkan nilai kesopanan dalam perbualan. Selain itu, terdapat juga gaya bahasa untuk menyindir, sindiran atau kiasan. Ketidaklangsunganjuga seringkali digunakan untuk menyatakan alasan kepada

pendengar. Ini merupakan salah satu cara untuk menjaga hati pendengar, mengelakkan
11

salah faham atau memudaratkan ketegangan. Novel Azfa Hanani memang sesuai digunakan sebagai bahan bacaan dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah memandangkan ceritanya yang menarik dan hiasan gaya bahasa yang kepelbagaian. Penulis juga telah menyelitkan banyak aspek ketidaklangsungan menerusi pertuturan watak-watak dalam novel ini. Novel ini juga mencerminkan kesantunan bahasa, kehalusan budi pekerti, kecekalan hati dan

kesyukuran dalam hidup kita. Dengan menganalisis aspek-aspek ketidaklangsungan menerusi novel, kami dapat memahami dan menghayati keindahan bahasa Melayu dengan lebih mendalam

12

Rujukan Abdullah Hassan. (2007). Linguistik am siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. . Farsiah Haji Marzali.(1998). Implikatur Dalam Nyanyian Rakyat Masyarakat Melayu Sarawak. Penerbit: Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kamaruddin Hj. Husin.(1995). Laras bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications Distributors Sdn. Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat.(2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Linguistik susunan Ramli Md. Salleh et al.( 1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maimunah Ibrahim. Implikatur Dalam Iklan. Tesis. Penerbit: Universiti Malaya. Nor Hasyimah Hj. Jalaluddin.(1992). Semantik dan Pragmatik: Satu Analisis Pengenalan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

13

Das könnte Ihnen auch gefallen