Sie sind auf Seite 1von 8

2.

0 KEMAHIRAN ASAS Kemahiran-kemahiran asas dalam pemainan badminton adalah seperti berikut:
I.

Genggaman Servis Pukulan/stroke

II.
III.

2.1 Genggaman asas/handshake Kemahiran genggaman adalah kemahiran paling asas yang perlu dikuasai oleh setiap permain sebelum mula bermain. Secara umumnya, kebanyakan pemain tidak menitikberatkan kemahiran ini kerana dianggaap remeh. Kemahiran ini diwujudkan bagi memudahkan para pemain melakukan pukulan dan servis selain meringankan berat raket. Genggaman asas yang betul mesti mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Pembentukan V oleh ibu jari dan jari telunjuk di bahagian pemegang atau

handle raket. 2. Jari terbuka sedikit dengan bahagian pemegang raket rehat di atas bahagian sebelah bawah jari-jari. 3. Perlu diberi ruang di antara bahagian pemegang raket dan tapak tangan supaya raket digenggam dengan hujung jari-jari pemain. 4. Keseluruhan bahagian pemegang raket tidak melepasi tangan.

2.1.1 Genggaman kilas Untuk memperoleh ganggaman kilas atau backhand yang betul pemain perlu: 1. Pegang raket seperti genggaman asas. 2. Genggaman mestilah relaks dan pusingkan bahagian pemegang raket dengan jari-jari dalam anggaran 30 ke kanan. 3. Letakkan ibu jari di atas bahagian pemegang raket atau di bahagian belakang raket yang leper. Kedudukan ibu jari ini memberi daya kepada pukulan dan mengawal raket.

Rajah 2.1.1 Genggaman kilas

2.1.2 Kesalahan dalam pegangan raket Berikut adalah beberapa jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh pemain badminton sama ada ketika latihan mahu pun perlawanan:

1. Raket dipegang terlalu ketat. 2. Jari tidak terbuka dan pegangan pada tapak tangan ini menyebabkan kehilangan penggunaan pergelangan tangan.

2.2 Servis Pukulan servis merupakan pukulan yang sangat penting dan para pemain badminton mestilah mengusai kemahiran ini supaya konsisten dan tepat. Servis merupakan kemahiran asas yang terpenting kerana setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari servis. Berikut adalah jenis-jenis servis: I. II. III. IV. Servis tinggi Servis rendah Servis flik Servis kilas

2.2.1Servis tinggi Kemahiran servis tinggi ini biasanya digunakan dalam permainan perseorangan. Tujuannya adalah supaya pihak lawan terpaksa bergerak ke bahagian belakang gelanggang untuk membalas servis dan sukar untuk melakukan serangan. Ini akan menyebabkan gelanggang sebelah hadapan pihak lawan terdedah. Bulu tangkis dipukul dari tempat permulaan biasa atau belakang sedikit ke belakang dan dihantar ke ketinggian 22 hingga 30 kaki ke belakang gelanggang pihak lawan. Pemain memegang raket secara pepat (forehand). Bulu tangkis dipukul setinggi 22 hingga 30 kaki supaya ia jatuh tegak di garisan servis panjang dalam permainan regu dan di garisan belakang dalam permainan perseorangan.

Lihat Rajah 2.2.1 untuk melihat bagaimana servis tinggi dibuat:

Rajah 2.2.1 Servis tinggi

Ansur maju 1. Dalam kedudukan bersedia dan raket dihayun ke belakang, pindahkan berat badan ke kaki belakang. Bahagian bahu kiri pemain (tangan dalam keadaan bebas) menghadap ke arah servis. 2. Raket dihayun ke bawah dan ke hadapan dan bulu tangkis dilepaskan serentak semasa raket dihayun ke hadapan. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan sambil mengilaskan badan untuk menghadap jaring. Pastikan bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang. 3. Dalam fasa lajak, raket terus dihayunkan ke atas mengikut arah pergerakan bulu tangkis yang dituju. Raket akan terus bergerak tinggi dan melepasi aras pinggang dan bahu tangan bebas.

2.2.2Servis rendah Kemahiran ini amnya digunakan oleh pemain dalam permainan regu. Bulu tangkis dipukul supaya ianya melepasi aras ketinggian jaring dan jatuh di garisan hadapan gelanggang pihak lawan. Pemain memegang raket secara pepat atau forehand semasa melakukan servis rendah. Untuk kawalan yang baik dalam kemahiran servis rendah, pemain boleh memendekkan sebanyak enam inci bahagian pemegang raket untuk kawalan yang baik.

Rajah 2.2.2(A) menunjukkan cara-cara melakukan servis:

Rajah 2.2.2(A) Servis rendah

Ansur maju 1. Dalam kedudukan bersedia dan raket dihayun ke belakang badan sedikit dan berat dipindahkan ke kaki belakang. Pergelangan tangan raket dikuncikan. 2. Semasa bulu tangkis dilepaskan, berat badan dipindahkan ke hadapan dan seluruh lengan dihayunkan bersama-sama ke hadapan. 3. Bulu tangkis disentuh di bawah aras pinggang. 4. Ikut lajak adalah singkat dan tidak seperti dalam servis tinggi.

Servis flik adalah sama seperti servis rendah, tetapi pada saat-saat terakhir pemain akan melakukan tindakan menguis atau pukulan flik. Servis ini selalu digunakan dalam permainan regu sebagai satu tindakan memerangkap pihak lawan secara mengujut. Rajah 2.2.2(2) menunjukkan perbezaan di antara servis flik dan servis rendah.

Rajah 2.2.2(2) Penerbangan bulu tangkis dalam servis flik (A) dan servis rendah (B)

2.2.3Peraturan servis Servis sangat penting dalam permainan badminton kerana setiap mata yang dipungut oleh pemain bermula dari servisnya. Oleh yang demikian, adalah penting bagi setiap pemain memastikan bahawa cara melakukan servis adalah betul kerana ia menjadi salah satu faktor untuk memenangi sesuatu perlawanan. Peraturan serivs perlu diambil perhatian oleh semua pemain. Perkara-perkara berikut boleh membatalkan servis pemain: 1. Bingkai raket berada lebih tinggi dari aras pinggang semasa servis dilakukan. 2. Tidak keseluruhan kepala raket berada di bawah tangan pembuat servis.

Rajah 2.2.3 Peraturan mengenai servis

2.3 Pukulan/stroke Kemahiran ini merupakan kemahiran ketiga yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap pemain badminton. Berikut adalah cabang-cabang dalam kemahiran pukulan: I. Pukulan deras II. hadapan kilas

Pukulan bawah lengan hadapan

III.

Pukulan junam lurus pukulan kilas lurus pukulan hadapan silang pukulan hadapan silang pukulan kilas

IV.

Pukulan smesy

lurus selari dengan tepi garis silang badan pihak lawan (body smash)

V.

Pukulan lob defensif ofensif

VI.

Pukulan di jaring bulu tangkis di atas aras jaring bulu tangkis bawah dari aras jaring

VII.

Pukulan kilas atas kepala

Das könnte Ihnen auch gefallen