Sie sind auf Seite 1von 8

SEKOLAH KEBANGSAAN MINDEN HEIGHT MINIT MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2013 26 DISEMBER 2012,8.

00 PAGI KELAS 4 BAIDURI SK MINDEN HEIGHT, GELUGOR, PULAU PINANG


AGENDA : 1. UCAPAN ALUAN Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 2. PENGESAHAN MINIT Minit diterima dan disahkan tanpa pindaan. 3. PERKARA BERBANGKIT Tiada perkara berbangkit.
4.

MAKLUMAT TERKINI

4.1 Pembukaan sebuah kelas Pra Sekolah Sk Minden Height tetapi ditempatkan di SK Bukit Gambir buat sementara waktu. 4.2 Kuarters guru yang didiami oleh dua buah keluarga akan dipindahkan ke kuarters lain kerana kediaman ini akan diubahsuai untuk dijadikan kelas Pra Sekolah. 4.3 Hanya seorang guru yang datang melaporkan diri yang sepatutnya sekolah mendapat 7 orang guru baru. 4.4 Encik Asrul Sani telah berjaya bertukar sekolah mulai 2013 dan pihak sekolah masih menunggu penggantinya.

Untuk Makluman Semua 5. PERANCANGAN SKMH 2013 5.1 Pihak sekolah akan menjadi Sekolah Futuristik yang mengamalkan multimedia Oriented dan GB menjadikan 4 aspek CAAC (Colaboratif,Active,Authentic and Constructif) untuk menjadikan pembelajaran itu lebih bermakna seperti P&P nya pada tahun depan dengan menggunakan blog dan menghasilkan modul di kelasnya. 5.2 Guru Besar telah membentangkan Visi Sekolah yang baru iaitu SKMH Sekolah Futuristik semasa LDP di Pulau Langkawi pada bulan November 2012.

5.3 Prasarana dalam bilik darjah serta P&P yang berbantukan ICT dan multimedia dapat membantu SKP sekolah jika guru-guru berjaya merealisasikannya dalam tempoh 2 minggu ini. 5.4 Pencapaian KPI SBT pada tahun 2012 hanya berjaya mencapai on target sahaja dalam bidang akademik,kokurikulum , pengantarabangsaan dan etos. 5.5 Pihak sekolah ingin membina personaliti unggul dalam kalangan murid supaya murid lebih berdisiplin yang menjadi fokus utama sekolah. 5.6 Bagi sekolah futuristik lebih banyak makluman, pengetahuan dan kemahiran baru untuk guru pelajari dan kuasai akan dibuat dalam LDP seperti pembelajaran futuristick,lesson study,belajar sepanjang hayat dan hidup berbakti sepanjang hayat. 5.7 Pihak pentadbir mengharapkan warga SKMH dapat membina pasukan kerja yang satu hati dan satu keluarga agar dapat meningkatkan keupayaan kita melalui perkongsian. Sekolah menjadi sekolah contoh dan benchmark kepada sekolah lain. 5.8 Semua guru perlu mempertingkat kompetensi dalam Bahasa Inggeris untuk pelbagai program antarabangsa. 5.9 Quality is expected not inspectedbukan kualiti untuk diperiksa tetapi harapan yang diiberi. Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s. 1 6. Hala Tuju 6.1 Misi Sekolah 6.1.1Misi sekolah berubah bersesuaian dengan Visi Sekolah yang telah sepakat diubah semasa di Pulau Langkawi. 6.2 SKRA 2013
2

Masih perubahan.

sama

seperti

tahun

lepas

cuma

peratusan

sahaja

ada

Untuk Makluman Semua Sila Rujuk m.s.4 7. SKT UTAMA SKMH 2013 7.1 Bidang Pentadbiran 7.1.1 KPI SBT 7.1.1.1 Bidang Akademik Dalam sasaran kualiti 5A diletakkan tinggi tapi dalam sasaran hanya diletakkan 0.3% sahaja dan harap dapat dicapai pada tahun ini. Linus Tahun 3 diharapkan dapat mencapai 100% pada tahun ini. Peratus keseluruhan lulus meningkat kepada 93.3%.

7.1.1.2 Bidang Ko Kurikulum Guru Besar berharap pihak guru dapat meneroka bidang baru untuk murid seperti bowling dan memanah. 8% murid mesti menang pada peringkat kebangsaan,3% murid mesti menang peringkat antarabangsa. PINKS banyak membantu pencapaian sekolah pada tahun ini. Kelab dan Persatuan banyak membantu berbanding pencapaian sukan dan permainan. 7.1.1.3 Bidang Jaringan Dua buah sekolah yang akan dibimbing pada tahun ini ialah SK Datuk Keramat dan SK Residensi dan mereka telah berikan NICHE AREA yang ingin dicapai. Menambah program jaringan antarabangsa Dua orang pentadbir dan 3 orang guru akan dihantar ke Beacon,Singapura untuk buat kajian mengenai sekolah futuristik. Watmethangkarawas (CVL) akan datang ke sekolah pada bulan April dan memohon pihak sekolah pula berkunjung ke sekolahnya pada bulan Jun. Sekolah Rendah Penaga turut menyertai PINKS dan CVL pada tahun ini.
3

GB mengharapkan sekolah dapat meluaskan jaringan ke sekolah di Medan,Indonesia dengan menggunakan perbelanjaan sendiri untuk mengajak mereka menyertai CVL pada bulan Mac. 7.1.1.4 Bidang Jalinan akan diteruskan pada tahun ini . GB mengharapkan pihak sekolah mendapatkan kolej yang bukan Malaysian base tetapi ada cawangan di Malaysia untuk mengadakan program jalinan ini. 7.1.1.5 Etos Penyertaan dan pertandingan akan diteruskan seperti tahun 2012. 7.1.1.6 Penganjuran PINKS Pre Festival 2013 (Antarabangsa) hasil usaha sama dengan USM. Drum Battle (Antarabangsa) Pn Henna Seghal Perkhemahan PBSM (Kebangsaan) - Cik Hazliana CVL Treasure Hunt ( Antarabangsa) En Wan Mohd Azam 7.1.1.7 Benchmarking Benchmarking antarabangsa Futuristik School Findland dan Singapura, instrumen kajian akan diberikan oleh Guru Besar. Sesiapa yang berminat sila hubungi En Ahmad Rosydi 7.1.2 Meningkatkan prasarana ICT sekolah untuk menjadikan ICT sebagai pengupaya Utama dalam semua bidang pengurusan sekolah. Pihak sekolah hanya mampu membeli 4 buah smartboard sahaja. Guru perlu gunakan projector,screen dan komputer riba sendiri. 7.1.3 Coaching & Mentoring akan dilaksanakan membabitkan sekurangkurangnya 10 orang guru dalam tiga bidang pengurusan. 7.1.4 Menggunakan kreativiti dan inovasi dalam setiap bidang pengurusan sekolah merangkumi bidang pengurusan sumber,kurikulum,HEM,kokurikulum,fizikal sekolah, dan asset sehingga dapat mencapai tahap benchmark. Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s. 7,8 dan 9 8. CARTA ALIRAN/PAKEJ
4

8.1 e-perolehan akan dimulakan mengikut tarikh mulai 2013. 8.2 Semua pakej mesti berada di meja KPM 60 hari sebelum pakej dilaksanakan. 8.3 Pembelian perlu mengikut Carta Aliran . 8.4 Ketua Kerani akan mengikut dan mematuhi prosedur pembelian yang betul. Untuk Makluman Semua Sila Rujuk m.s. 10,11 9. KURIKULUM

9.1 Pencerapan perlu menggunakan borang SKPM 2003 Perkara 1 Per 4 Impak perlu ditulis,set induksi mesti skor 4, pertanyaan perlu dibuat,bahan seperti buku tulis perlu dikutip dan disemak. Guru boleh cuba menggunakan komputer dengan menyuruh murid menghubungkan latihan dengan website yang diberikan oleh guru. 9.2 Masalah Tahun 4 dan Tahun 5. 9.3 TOV Tahun 4 hanya 67% dan merupakan pencapaian yang sangat rendah dan perlu diberi perhatian. 9.4 Modul perlu dicetak awal untuk kemudahan P&P secepat mungkin selewatnya dihantar pada minggu kedua persekolahan kepada GPK Pentadiran. 9.5 Penyediaan bahan sendiri oleh guru Tahun 3 untuk 2 minggu pertama persekolahan disebabkan penyediaan stok buku teks tahun 3 yang baru sampai. 9.6 Sifar aduan makin bertambah baik dan harap ianya dapat dikekalkan. 9.7 Sekolah ingin mempertingkat CVL ke sekolah jaringan. 9.8 Memantapkan e- Laporan Saps menyukarkan pihak sekolah menganalisa data peperiksaan..Pihak sekolah ingin mengaktifkan semula E Laporan. 9.9 Program sokongan SBT memberikan impak tinggi. Semua program yang memberi impak rendah tidak perlu adakan program itu lagi. Jika tidak mendapat impak yang tinggi,program akan dihentikan pada tahun hadapan. Murid-murid yang mempunyai pengalaman sendiri semasa menjalankan aktiviti dalam program Sains,Matematik,Agama Islam dan Moral sangat baik untuk murid.
5

Ini yang dikatakan pembelajaran futuristik. Guru yang menyediakan pengajaran yang bermakna ini akan menjadikan pembelajaran sangat bermakna juga untuk murid. Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s. 12 10. HEM 10.1 Guru diminta melantik 30% AJK kerja program murid dan amat digalakkan memanggil murid turut serta dalam mesyuarat. 10.2 Guru perlu memantau dan memastikan semua murid berbaris semasa pergerakan kelas /padang dengan bantuan Ketua Darjah. Guru PJK perlu melantik Ketua bagi setiap Kumpulan PJK untuk memantau baris pergi balik ke padang awam. 10.3 Peraturan kelas akan diletakkan pada setiap kelas.Semua guru kelas mesti bacakan dan berikan penerangan kepada murid pada hari pertama persekolahan. 10.4 Personaliti Unggul memberikan impak kepada sekolah dan setiap program mesti didokumentasikan. 10.5 Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin mesti dipantau dengan teliti oleh guru. 10.6 AJK Keselamatan yang baru mesti diwujudkan dan memerlukan satu fail untuk Audit Jawatankuasa Keselamatan Negeri . Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s 13 T 11. KOKURIKULUM 11.1 Program Kitchen Garden akan diwujudkan semula setelah sekolah siap namun sekurang -kurangnya pelan dirancang dahulu pada akhir tahun 2013 akan dijayakan. 11.2 Murid-murid yang akan mewakili sekolah dalam kokurikulum akademik perlu membuat persediaan dengan lebih awal. Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s.14

12.

AKTIVITI & PROGRAM SBT 2013

12.1 Guru perlu mencari tarikh yang sesuai untuk aktiviti dengan mengikut kesesuaian takwim sekolah. 12.2 Pembelian alatan robotik perlu mendapatkan kebenaran perolehan. 12.3 Pancaragam sekolah banyak menggunakan kewangan mereka untuk pembelian uniform. 12.4 PBSM akan mengutip duit ahli-ahli PBSM sendiri jika menyertai aktiviti peringkat sekolah. 12.5 Panitia Bahasa Malaysia mesti menyertai Festival Bahasa di SK Zainab 1, Kelantan pada bulan Jun. 12.6 SK Convent Kota menjemput nyanyian solo dan Larian Sekolah pada pertandingan peringkat kebangsaan maka pihak sekolah akan menghantar peserta pada bulan Jun. 12.7 Liqa Mahabbah dan Moral tidak cukup kewangan untuk menjalankan aktiviti dan pihak sekolah akan turut sama mencari penaja dan jika terdapat wang lebihan SBT akan diberikan semula kepada kumpulan ini. 12.8 CVL 5 hari 4 malam ke Findland dan Singapore,pihak pentadbir amat mengharapkan guru dapat memberikan nama yang ingin turut serta kepada Encik Ahmad Rosydi. Untuk Tindakan dan Makluman Semua Sila Rujuk m.s 14 13.0 HAL-HAL LAIN 13.1 Dua orang guru baru akan datang pada bulan Februari atau Mac dan pihak sekolah mengharapkan kehadiran guru lelaki. 13.2 Tahun 1 akan beroperasi sebanyak 6 buah kelas manakala Tahun 2 sebanyak 5 buah. 13.3 Lantai Kabin yang berlubang 5N dan 5T akan dilapik dengan plywood untuk keselamatan murid. 13.4 Semua guru diminta berpakaian yang sesuai untuk kerja-kerja pembersihan kelas dan mengemaskan kabin murid tahun 5 pada 27 Disember 2012. 13.6 Surau terpaksa dikosongkan untuk dijadikan kelas 2 Zamrud dan digunakan juga kelas 4 Baiduri semasa kehadiran jemaah Nazir dan Audit pada minggu kedua persekolahan. 13.7 Bilik Seni dan Peperiksaan akan dijadikan surau sementara. 13.8 Bilik Pemulihan dan bilik Bimbingan akan dibuka dan diubahsuai oleh pihak kontraktor.
7

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.00 pagi.

Disediakan oleh, . (PN ROHAYA BT MOHAMAD) TAJUDIN) SETIAUSAHA MESYUARAT GURU SK MINDEN HEIGHT HEIGHT

Disemak oleh,

(EN ILIAS B GURU BESAR, SK MINDEN

Das könnte Ihnen auch gefallen