Sie sind auf Seite 1von 9

FALSAFAH PPIM

Pergerakan

Puteri

Islam

Malaysia

adalah

sebuah

pergerakan

berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di institut pengajian tinggi , maktab-maktab perguruan serta sekolahsekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai kokurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah SWT. Usaha ini adalah bertujuan untuk menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa , masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.

MATLAMAT

Menerusi Penggubalan kurikulum yang komprehensif dan bersepadu, PPIM berharap agar mencapai matlamat seperti :

1. Menyeimbangkan antara perkembangan intelektual , sosial , fizikal dan

spiritual

puteri-puteri

melalui

penyemaian

penyuburan

dan

pengukuhan nilai-nilai pendidikan.


2. Mengukuhkan perhubungan dan pertalian silaturrahim di kalangan

puteri-puteri.
3. Meningkatkan minat dan bakat puteri-puteri di dalam pelbagai bidang

gerak kerja ko-kurikulum sekolah, institut , maktab , kolej dan universiti.


4. Meningkatkan disiplin puteri-puteri. 5. Menggalakkan iklim persekolahan terbuka dan menyeronokkan. 6. Meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah

dengan ibu bapa dan masyarakat khasnya masyarakat setempat.

OBJEKTIF

Objektif PPIM pada peringkat sekolah rendah dan menengah disusun dengan tujuan seperti berikut :

1. Melahirkan satu masyarakat muda yang i. ii.


iii.

Taat kepada Allah , raja dan Negara Berilmu. Berakhlak mulia Berbakti kepada masyarakat

iv.

2. Membimbing gadis-gadis dari segi akhlak , rohani dan jasmani supaya

menjadi insan kamilah , berilmu mengejar dan memperkenalkan Islam supaya kelak hidup mereka berasakan jalan yang diterima Allah SWT dan dapat berbakti untuk agama , nusa dan bangsa. 3. Membentuk sebuah kumpulan yang beridentiti sendiri progresif dan diterima masyarakat. 4. Mengukuhkan persaudaraan antara generasi muda dan menghormati generasi tua.

VISI PPIM

Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. Mempunyai kesihatan diri dan mampu membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

MISI

Mendedahkan puteri tentang kebenaran Agama Islam melalui aktiviti yang dijalankan. Memberikan latihan yang tidak formal melalui aktiviti yang mencabar dan mampu menarik minat puteri. Melengkapkan puteri dengan pengetahuan dan kemahiran agar mampu memberi sumbangan secara aktif dan positif.

LAGU PUTERI ISLAM MALAYSIA

Puteri Lembaga Islam riang gembira. Tetap taat kepada Allah dan raja . Berkorban untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat mendapat bahagia

Berusaha mencari pengetahuan Berbakti membuat kebajikan Belajar mencapai kemajuan Bersemangat penuh keimanan

Puteri Lembaga Islam riang gembira. Tetap taat kepada Allah dan raja . Berkorban untuk Agama dan Negara Dunia Akhirat mendapat bahagia

P atuh kepada ibubapa


U
gama/agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T aat kepada Allah dan Rasul E rat ukhwah Islamiyah R


ela berbakti kerana Allah

I man dipupuk ilmu dituntut I nsaf diri: Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali (InnalilLahi wa inna
ilayhi rajiun)

S olat ditunai setiap waktu L arangan Allah dijauhi A khlak mulia pengukuh keimanan M uslimah Mukminah rakyat seperjuangan

BERILMU BERIMAN BERAMAL

IKRAR PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA

Bahawa kami, ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia, berikrar akan :

Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa. Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak. Membangunkan diri dengan sempurna.

Mengukuhkan silaturrahim.

LOGO

SITI NORSAADAH BINTI MAHANI

IPGM KAMPUS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK

SUMAYYAH

3 PISMP MATEMATIK 2

Das könnte Ihnen auch gefallen