Sie sind auf Seite 1von 6

SOALAN C. Huraikan TIGA cadangan penambahbaikan bagi mengeratkan hubungan diantara etnik pada hari ini.

Malaysia telah berjaya keluar daripada kumpulan negara mundur kepada negara sedang membangun dan kini menuju kearah status negara maju melalui cita-cita Wawasan 2020. Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang pernah menghadapi konflik etnik. Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauh mana struktur masyarakat bersifat kolonial. Hubungan etnik mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara. Hubungan etnik mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isu prasangka dan diskriminasi disesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam menentukan tingkahlaku ahli masyarakat. Hubungan etnik penting dalam memahami kesan pengindustrian disesebuah negara iaitu kesan pengindustrian dan perubahan sosial. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial sesebuah negara. Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang. Persoalannya, apakah faktor yang boleh membawa keseimbangan? Apakah perkara yang perlu dipertahankan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan secara berterusan? Usaha berterusan untuk memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis harus berkesinambungan. Pada pendapat saya,pengeratan hubungan etnik di Malaysia adalah sangat penting kerana ia memainkan peranan yang amat besar dalam pembangunan Negara

Malaysia.Perpaduan kaum atau etnik di Malaysia boleh dipupuk melalui beberapa cara.

Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.Kesedaran tentang kepentingan perpaduan kaum haruslah dinuaikan dalam diri semua rakyat Malaysia.Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam keadaan ini.Ibu bapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anakanak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka harus digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari perayaan.Anak-anak dapat mengenali dan memahami adat,kepercayaan,amalan dan keistimewaan pelbagai kaum melalui kaedah ini. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Bukan sahaja anak-anak,tetapi orang dewasa juga haruslah bergaul dan mengeratkan hubungan mereka sesama kaum.Kebanyakan rakyat Malaysia kita hanya bergaul dan berkawan dengan rakyat sekaum sahaja.Keadaan ini haruslah berubah.Abu kawan dengan Ali, Ah Chong berkawan dengan Ah Tong, dan Ramasamy pula akan berkawan dengan Kuppusamy.Keadaan inilah yang terjadi secara berulangan sejak negara kita mencapai kemerdekaan.Rakyat Malaysia haruslah mengelakkan keadaan ini daripada terus berulang.Kita haruslah berkawan dan bergaul dengan rakyat pelbagai kaum.Ini akan membantu mengeratkan hubungan etnik di negara kita.Amalan tolong menolong.bekerjasama,setiakawan dan kasih sayang haruslah dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.Dengan ini kita dapat mengeratkan perpaduan kaum atau etnik di negara Malaysia dengan mudah. Langkah seterusnya untuk menambahbaikan hubungan diantara etnik pada hari ini ialah melalui sistem pendidikan.Hubungan etnik di negara kita boleh dieratkan melalui sistem pendidikan.Sistem pendidikan merupakan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan. Peranan sistem pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan yang kondusif bagi keperluan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat. Semangat perpaduan boleh diterapkan kepada pelajar bermula dalam

lingkungan usia muda di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara kaum. Pelbagai langkah telah diambil untuk menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dan menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama. Di samping langkah yang telah disebutkan, kerajaan juga membenarkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda kaum tertentu seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun di peringkat sekolah rendah dan menengah. Kurikulum sekolah rendah dan menengah memberikan tumpuan yang sewajarnya dalam mata pelajaran sejarah negara, termasuk persetujuan antara kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan, budaya dan adat resam kaum di Malaysia, serta unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama. Pendidikan dan aktiviti kokurikulum juga menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendukung pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk juga sikap kesejahteraan, bertolak ansur dan saling menghormati antara kaum dan agama,.Selain itu, pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga memainkan peranan penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional.Penyertaan pelbagai kaum dalam program berkenaan secara tidak langsung akan menggalakkan interaksi antara satu sama lain,seterusnya dapat menjalin ikatan perpaduan. Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut etnik masing-masing. Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, mengikuti acuan kurikulum yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotism serta berakomodatif yang tinggi. Langkah-langkah untuk memperkasakan sekolah kebangsaan perlu diletakkan di landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang etnik tanpa mengetepikan sekolah rendah jenis kebangsaan yang telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa perlu diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan termasuk sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil tanpa halangan. Sekolah kebangsaan merupakan institusi

pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan mendidik pelajar pelbagai etnik, tetapi juga membantu menanam nilai- nilai perpaduan dalam kalangan warganegara Malaysia. Memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, iaitu sekolah kebangsaan perlu ditadbir sebaik- baiknya supaya bukan sahaja boleh menarik orang Melayu, tetapi juga orang bukan Melayu menghantar anak mereka belajar di sekolah tersebut. Lantaran itu, dalam Rancangan Malaysia Ke-12, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2015 supaya sekolah kebangsaan menjadi sekolah pilihan. Semangat perpaduan dalam kalangan pelajar perlu dipupuk bukan sahaja di peringkat sekolah, tetapi juga di peringkat Institusi Pengajian Tinggi dengan beberapa pendekatan. Antaranya, tidak mengetepikan penguasaan bahasa ibunda masing-masing seperti bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun, memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik, mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik, mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain. Sekolah wawasan adalah contoh dalam sistem pendidikan untuk mengeratkan hubungan etnik.Program Sekolah Wawasan harus diperbanyakkan dan diamalkan oleh seluruh negeri di Malaysia.Dengan ini,hubungan etnik akan bertambah erat dalam kalangan rakyat Malaysia. Langkah yang seterusnya ialah peranan kerajaan dan rakyat Malaysia itu sendiri. Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerajaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan dengan

lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat bunga agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan. Seterusnya, rakyat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti gotongroyong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa. Bak kata pepatah, serampang dua mata. Sambutan-sambutan khas seperti Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat negara. Secara kesimpulannya, tugas dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira agak mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat bahawa pembangunan sosial adalah penting dalam menguruskan sebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan bermaruah (Deraman, 2000). Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara. Mereka harus

sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadun dan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Pebezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk bangsa Malaysia. Sebagai rakyat yang hidup dalam masyarkat majmuk, kita harus peka dan faham keperluan dan kehendak rakyat kumpulan majoriti disekeliling kita. Kepelbagaian etnik seperti Malaysia memerlukan tolak ansur, faham memahami, hormat menghormati, setiakawan, tolong menolong sama ada negara diwaktu senang ataupun susah.

Trens konsep Satu Malaysia yang diamalkan pada masa kini amat sesuai untuk menyatu padukan rakyat tanpa mengenal etnik, agama dan anutan ideologi politik. -Sekian,Terima Kasih-..

Das könnte Ihnen auch gefallen