Sie sind auf Seite 1von 4

INSTITUT PERGURUAN TUN HUSSEIN ONN 83000, BATU PAHAT JOHOR.

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

PENULISAN RIFLEKSI ( WAJ 3105 )


DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO K/P KELAS : WIRA BIN PAIRAN : 770823-01-6443 : PENGAJIAN SAINS

UNTUK PERHATIAN;
PN. FATIMAH BINTI ABD.KADIR Penyelaras WAJ 3105 PPG Unit Matematik Jabatan Sains dan Matematik

PENULISAN REFLEKSI WAJ 3105 Assalamualaikum wbt, Bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin dan inayahnya tugasan WAJ 3105 telah berjaya disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sesungguhnya banyak pendedahan dan ilmu pengetahuan yang saya perolehi dalam melaksanakan tugasan yang di berikan ini. Kursus WAJ 3105 ini terbahagi kepada dua tugasan yang perlu dilaksanakan oleh setiap guru yang mengikuti program PPG sama ada secara individu atau berkumpulan. Tugasan ini meliputi pertamanya mengenai topik ukuran dan keduanya mengenai topik makna ruang. Kumpulan saya terdiri daripada 4 orang ahli iaitu sdr Rizal Hassan, Atsani Katmin, Chng dan saya sendiri. Kerja secara berkumpulan pada dasarnya memang memudahkan dalam melaksanakan tugasan yang diberi namun dalam hal ini saya rasa ada sedikit kesulitan dalam perlaksanaannya kerana dengan jumlah perjumpaan kelas yang terhad serta kedudukan tempat tinggal yang jauh antara satu sama lain bagi setiap ahli kumpulan serba sedikit menyukarkan saya untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Walaubagaimanapun, semua itu bukanlah alasan untuk saya tidak berbincang bersama rakan-rakan sebaliknya saya terpaksa menggunakan alternatif lain untuk berhubung dengan mereka iaitu sama ada melalui telefon atau emeil. Menyentuh tentang tugasan 1 iaitu membuat satu penulisan akademik secara berkumpulan mengenai tiga contoh kesilapan biasa yang kerap dilakukan oleh kanakkanak sekolah rendah dalam menukar unit panjang saya berasakan ianya satu cabaran untuk saya mencari maklumat yang berkaitan. Pada awalnya, sebelum tugasan 1 ini dimulakan terlebih dahulu saya terpaksa memahami dahulu apa itu penulisan akademik dan adakah ianya sama dengan penulisan kajian tindakan (R&D) ? Selepas memahami cara penulisan akademik, langkah pertama saya iaitu menemubual guru matematik di sekolah saya untuk membincangkan masalah yang dikemukakan dalam tugasan ini. Hasilnya, alhamdulillah serba sedikit saya dapat maklumat yang jelas serta beberapa contoh kaedah dalam menyelesaikan masalah menukar unit panjang. Sejujurnya sekiranya saya diminta membuat kajian ini secara sendirian rasanya agak sukar kerana saya sendiri tidak pernah mengajar subjek matematik sepanjang berkhidmat sebagai guru.

Seterusnya bagi tugasan 2 bahagian A secara individu dimana saya dikehendaki menghasilkan satu rekaan geometri teselasi 2-D. Pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah Pn Fatimah yang mana telah menunujukkan beberapa contoh hasilan rekaan geometri semasa perjumpaan tutur yang kedua. Sebenarnya ianya amat membantu serta memberi gambaran yang jelas kepada saya untuk mencari idea dalam menghasilkan rekaan tersebut. Melakar corak geometri tidaklah begitu sukar bagi saya namun semasa proses mewarna ianya begitu mencabar kerana saya terpaksa memilih media warna yang sesuai agar hasil kerja yang dikehendaki memuaskan. Pada permulaanya saya telah menggunakan warna pensil luna untuk mewarna namun hasilnya tidak memuaskan hati saya . Seterusnya saya telah mencuba menggunakan krayon tapi hasilnya tetap sama malah lebih teruk daripada menggunakan warna pensil. Setelah mencuba pelabagai media warna dalam menyiapkan tugasan ini dan semuanya tidak menjadi akhirnya saya telah membuat keputusan menggunakan kertas pelekat bagi menggantikan warna sedia ada. Nampaknya pada kali ini hasil kerja saya berjaya juga disiapkan. Namun, seperkara yang saya tidak dapat lupakan semasa membuat tugasan ini iaitu hasil kerja saya telah musnah sama sekali disaat - saat akhir penghantaran disebabkan oleh kecuaian yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pekerja kedai yang mana semasa proses limiting dilakukan sebahagian kertas lukisan saya telah terbakar mungkin disebabkan pemanasan yang berlebihan. Namun itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk membuatnya sekali lagi walaupun geramnya rasa dihati. Tugasan yang seterusnya dan yang terakhir iaitu secara berkumpulan saya dikehendaki menghasilkan satu model fizikal polihedral 3-D. Mendengar perkataan polihedral sahaja dah membuatkan dahi berkerut kerana rasa-rasanya inilah kali pertama saya mendengar nama tersebut. Menghasilkan model polihedral adalah satu aktiviti yang menyeronokkan walaupun ianya banyak menduga akal dan memerlukan kreativiti saya dalam menghasilkan model tersebut. Maklumat yang diperolehi daripada pelbagai sumber seperti internet dan melihat contoh sebenar model yang ditujukkan oleh Pn Fatimah banyak membantu saya dan ahli kumpulan menyiapkan tugasan ini. Biarpun saya dan rakan-rakan ahli kumpulan langsung tidak berjumpa ketika menghasilkan model ini namun cadangan kumpulan agar setiap ahli wajib menghasilkan sekurang-kurangnya satu model polihedral adalah langkah yang wajar. Setidak-tidaknya setiap ahli kumpulan

akan mencuba membuat sendiri model tersebut dengan kreativiti masing masing seterusnya model polihedral yang terbaik dari kalangan ahli kumpulan akan dihantar sebagai tugasan kumpulan. Kesimpulannya, hasil daripada tugasan ini saya telah mendapat banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan yang berguna untuk diguna pakai dimasa-masa akan datang. Terima kasih tidak terhingga kepada Pn. Fatimah yang telah memberikan bimbingan serta semua rakan-rakan yang telah memberikan kerjasama yang begitu baik sekali dalam melaksanakan tugasan ini. Terima kasih.....

Disediakan oleh; Wira bin Pairan ( 770823-01-6443 ) PPG Sains 2011-2015

Das könnte Ihnen auch gefallen