Sie sind auf Seite 1von 1

KEBERKESANAN TEKNIK PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN KATA

SENDI NAMA BAGI MURID TAHUN 5

Hafizuddin Fareis B. Fisal


Pismk OUM – Pengajian Melayu

ABSTRAK

Satu kajian yang berlandaskan teknik permainan bahasa telah dijalankan ke atas pelajar
tahun 5 Teratai di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud 1, Besut, Terengganu yang bertujuan
untuk menentukan keberkesanan teknik permainan bahasa dalam pengajaran kata sendi nama.
Data kajian ini merangkumi maklumat yang dikumpulkan daripada tiga puluh empat orang
pelajar Tahun 5 Teratai dalam sepuluh kali pertemuan yang membabitkan dua kali soal selidik
dan dua kali ujian penilaian yang berasaskan kata sendi nama. Kajian ini membabitkan penilaian
berkenaan kata sendi nama terhadap pelajar pada sebelum dan selepas teknik permainan bahasa
dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penganalisisan data dijalankan berdasarkan
kajian soal selidik dan ujian penilaian. Data-data yang diperolehi ataupun hasil dapatan kajian
dibandingkan dan dianalisis menggunakan frenkuensi, skor dan peratusan. Hasil kajian ini telah
menunjukkan penggunaan teknik permainan bahasa adalah berkesan dalam pengajaran kata sendi
nama bagi pelajar tahun 5 Teratai.