Sie sind auf Seite 1von 9

FAKTA KES 1. Melalui satu sebut harga pihak Plaintif bertarikh 03.04.

2008 dan Nota Pesanan pihak Defendan bertarikh 06.05.2008, (Rujuk Ekshibit A, Afidavit Sokongan di Lampiran 12 ) pihak Plaintif dan Defendan telah memasuki satu kontrak yang mana pihak Defendan telah bersetuju untuk melantik pihak Plaintif untuk melakukan kerja-kerja di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Di Kuantan. (Selepas ini dirujuk sebagai Kontrak Tersebut) 2. Menurut Kontrak Tersebut, harga kontrak yang dipersetujui bagi Kerja Tersebut adalah sebanyak RM257,810.00 dan Defendan dikehendaki membayar jumlah sebanyak RM77,343.00 kepada Plaintif yang merupakan 30% daripada harga Kontrak Tersebut. 3. Pembayaran sebanyak RM77,343.00 telah dilakukan oleh pihak Defendan pada 08.05.2008. (Rujuk Ekshibit B, Afidavit Sokongan di Lampiran 12) 4. Plaintif kemudiannya telah melaksanakan kerja-kerja sebagaimana yang dipersetujui di dalam Kontrak Tersebut dan membuat bayaran melalui 2 inbois iaitu bertarikh 10.10.2008 dan 19.12.2008. (Rujuk Ekshibit C, Afidavit Sokongan di Lampiran 12) 5. Dalam Inbois-inbois Tersebut Plaintif menyatakan bahawa faedah pada kadar 4% sebulan akan dikenakan terhadap jumlah yang tertunggak. 6. Defendan membayar kesemua jumlah yang dituntut dalam inbois-inbois tersebut secara beransur-ansur. (Rujuk Perenggan 8 Afidavit Sokongan Lampiran 12) 7. Tindakan Plaintif dalam tindakan ini adalah untuk menuntut faedah atas jumlah yang telah diinboiskan iaitu sebanyak RM 96,465.48 dimana plaintif menyatakan bahawa mereka berhak kepada faedah pada kadar 4% sebulan di sebabkan kelewatan defendan membayar jumlah tersebut. (Rujuk Ekshibit C, Afidavit Sokongan di Lampiran 12.

8. Pihak Defendan menafikan tuntutan Plaintif tersebut dan menfailkan permohonan di Kandungan 12 ini dengan alasan: a) Tidak ada kontrak yang wujud di antara plaintif dan defendan yang mana plaintif berhak kepada faedah atas jumlah kontrak tersebut. b) Pengiraan jumlah yang dituntut adalah tidak sah kerana ianya hanya dikira berdasarkan kepada faedah atas faedah. c) Pengiraan jumlah yang dituntut mengelirukan. d) Tuntutan yang dibuat adalah tidak sah kerana tuntutan plaintif adalah berdasarkan faedah atas faedah. ISU-ISU a) Samada wujud kontrak di antara plaintif dan defendan yang mana plaintif berhak kepada faedah atas jumlah kontrak tersebut. b) c) Samada Pengiraan jumlah yang dituntut adalah sah kerana ianya hanya dikira berdasarkan kepada faedah atas faedah. d) Samada tuntutan yang dibuat adalah sah kerana tuntutan plaintif adalah berdasarkan faedah atas faedah. e) Samaada Palintif dalam menerima bayaran yang telah dibuat oleh Defendan telah diestop dari memfailkan tindakan ini.

Isu pertama: Samada wujudnya kontrak di antara Plaintif dan Defendan yang mana Plaintif berhak kepada faedah atas jumlah kontrak tersebut. Faedah sebanyak 4% sebulan atas jumlah yang diinboiskan tidak pernah menjadi terma kepada kontrak yang dimasuki antara Plaintif dan Defendan. Kontrak telah wujud pada ketika Plaintif dan Defendan bersetuju dengan terma-terma sebagaimana yang terkandung di dalam Nota Pesanan (Purchase Order) bertarikh 06.05.2008. (Rujuk ekshibit A Afidavit Sokongan di Lampiran 12) Walaupun tiada rekod persetujuan di antara Plaintif dan Defendan terhadap Nota Pesanan tersebut, persetujuan tersebut boleh disimpulkan dan dianggap daripada perbuatan Defendan membayar 30% daripada jumlah Kontrak Tersebut. (Rujuk Eksibit B, Afidavit Sokongan di Lampiran 12) Fakta kes menunjukkan bahawa faedah sebanyak 4% terhadap jumlah lewat bayar bukan sahaja tidak diperbincangkan semasa kontrak ingin dimasuki malah tidak pernah dipersetujui semasa Kontrak Tersebut wujud. Faedah 4% sebulan hanya wujud dalam inbois Plaintif sahaja. ( Rujuk Eksibit C, Afidavit Sokongan di Lampiran 12) Terma mengenai faedah tersebut hanyalah dibuat oleh Plaintif tanpa persetujuan Defendan dan hanya wujud selepas kontrak antara plaintif terlaksana. Tidak ada dalam mana-mana keterangan yang ditunjukkan oleh Plaintif bahawa defendan bersetuju dengan kadar faedah tersebut. Kontrak wujud apabila terjadinya pertembungan minda antara kedua belah pihak ( Meeting Of Mind) dalam semua perkara. ZEDCOMAS SDN BHD & ORS V MBF FINANCE BHD, [2008] 8 MLJ 493 (Lampiran A) Dalam kes di atas, terdapat satu klausa dalam Perjanjian Sewabeli yang menyatakan bahawa pemilik kenderaan (syarikat kewangan) boleh menuntut kerugian susut nilai. Walau
3

bagaimanapun, cara bagaimana susut nilai tersebut dikira tidak dinyatakan dalam perjanjian tersebut. Mahkamah telah memutuskan bahawa klausa susut nilai tersebut adalah mustahil untuk ditafsirkan kerana tiada pertembungan minda bagaimana untuk mengira susut nilai tersebut. Mahkamah juga memutuskan bahawa jika Mahkamah cuba untuk mencipta formula untuk mengira susut nilai, ianya akan menulis semula perjanjian yang telah dibuat oleh pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu Mahkamah memutuskan untuk tidak mengendahkan klausa tersebut seolah-olah ianya bukan satu kontrak antara pihak-pihak yang terlibat. Kes Zedcomas di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun terdapat terma yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak yang berkontrak, tetapi jika terma tersebut mustahil untuk ditafsirkan, ianya dianggap bukan satu kontrak yang dipersetujui oleh pihak pihak. Oleh itu, Defendan di sini menyatakan bahawa tidak ada pertemuan minda terhadap terma mengenai faedah yang dituntut oleh Plaintif. HTC GLOBAL SERVICES MSC SDN BHD V KOMPAKAR EBIZ SDN BHD [2009] 3 AMR 52 (Lampiran B) Dalam kes ini, Plaintif menuntut faedah atas jumlah yang telah diinboiskan. Walau bagaimanapun faedah tersebut tidak dinyatakan semasa kontrak dimeterai. Dalam menolak tuntutan Plainti tersebut, Mahkamah menyatakan:Such interest should only be chargeable if the contract so provides and in the present case there is no such provision in all them. (Mukasurat 57 Perenggan 30)

ISU KEDUA : Samada Defendan diestop dari menafikan faedah tersebut kerana Defendan tidak pernah membantah kadar faedah tersebut ketika diserahkan inbois di Eksibit C, Afidavit Sokongan di Lampiran 12. Prinsip estopel hanya terpakai jika keempat-empat keperluan berikut dipenuhi:(i) Jika terdapat keperluan bagi Defendan untuk melakukan sesuatu atau tidak melakukan

sesuatu; dan (ii) Kegagalan Defendan melakukan sesuatu atau tidak melakukan sesuatu menyebabkan Plaintif bertindak mengikut perlakuan Defendan tersebut; dan (iii) Perlakuan Defendan tersebut harus disandarkan kepada hak Plaintif terhadap Defendan; dan (iv) Apabila keadilan menuntut agar prinsip estopel digunakan; Jika melihat kepada fakta kes, tidak satu pun dalam keempat-empat keperluan di atas dipenuhi dimana:(a) Tidak ada keperluan bagi pihak Defendan untuk membantah terma mengenai faedah dalam inbois Plaintif. Inbois tersebut hanya menyatakan bahawa sebarang kesalahan terhadap inbois tersebut harus diberitahu kepada Plaintif. Adalah hujah Defendan di sini bahawa kesalahan tersebut bermaksud kesilapan Plaintif dalam menulis jumlah yang perlu dibayar. (b) Kegagalan Defendan untuk membantah tidak langsung memprejudiskan Plaintif. Plaintif pada bila-bila masa boleh membawa tindakan terhadap Defendan untuk jumlah yang belum dibayar. (c) Kegagalan Defendan untuk membantah terma mengenai faedah tidak disandarkan kepada mana-mana hak Plaintif terhadap Defendan. Sebagaimana yang dihujahkan di atas, terma mengenai faedah tersebut bukanlah satu kontrak yang termeterai antara Plaintif dan Defendan. Oleh yang demikian, kegagalan Defendan untuk membantah kadar faedah tersebut tidak boleh disandarkan kepada terma mengenai faedah tersebut.
5

(d) Ketidakadilan wujud apabila Plaintf dinafikan haknya dan bukan untuk mengaut keuntungan. Di sini, Plaintif tidak dinafikan haknya oleh Defendan. Segala bayaran yang harus dijelaskan oleh Defendan kepada Plaintif telah dijelaskan sepenuhnya. Malah ketidakadilan akan berlaku kepada Defendan jika tuntutan Plaintif dibenarkan kerana faedah yang dituntut adalah tidak munasabah dimana Plaintif menuntut 4% sebulan bersamaan dengan 48% setahun. ---------------------KES------------------------------- (Lampiran C) Dalam kes di atas, Plaintif telah menghantar Notis Tuntutan kepada Defendan. Defendan tidak menjawab tuntutan yang dihantar oleh Plaintif. Plaintif kemudiannya memfailkan tindakan terhadap Defendan. Defendan menentang tindakan Plaintif tersebut. Plaintif berhujah bahawa defendan diestop dari menafikan tuntutan plaintif kerana defendan tidak perlu membantah terhadap notis tuntutan yang dihantar oleh Plaintif. Dalam menolak hujah Plaintif tersebut, Mahkamah menyatakan:Isu ketiga: Samada pengiraan jumlah yang dituntut adalah sah kerana ianya hanya dikira berdasarkan kepada faedah atas faedah. Defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif adalah tidak sah kerana ianya dikira berdasarkan kepada faedah atas faedah. Apabila merujuk kepada Eksibit E, Afidavit Sokongan di Lampiran 12, pengiraan tuntutan Plaintif adalah jelas menunjukkan bahawa faedah bagi bulan sebelumnya telah dimasukkan sebagai jumlah asas/pokok dan jumlah tersebut adalah menjadi dasar kepada pengiraan faedah bagi bulan berikutnya. Sebagai contoh : Rujuk kepada Eksibit E, Afidavit Sokongan di Lampiran 12 dimana faedah bagi bulan Januari 2009 sebanyak RM6,678.68 telah dicampur dalam jumlah asas sebanyak RM166,967.00 menjadikan ianya sebagai jumlah asas yang baru iaitu RM173,645.68 (RM6,678.68 + RM166,967.00 = RM173,645.68).
6

Jumlah asas yang baru ini kemudiannya menjadi asas kepada pengiraan jumlah untuk bulan Februari 2009 dan begitulah seterusnya. Adalah hujah Defendan bahawa jika tidak terdapat dalam perjanjian persetujuan kedua belah pihak berkenaan dengan perkara tersebut (capitalization of interest/compounded interest), maka Plaintif tidak boleh menuntut berdasarkan kepada pengiraan yang sedemikian. Seksyen 11 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang menyatakan bahawa: In any proceedings tried in any Court for the recovery of any debt or damages, the Court may, if it thinks fit, order that there shall be included in the sum for which judgment is given interest as such rate as it thinks fit on the whole or any part of the debt or damages for the whole or any part of the period between the date when the cause of action arose and the date of the judgment: Provided that nothing in this section (a) shall authorize the giving of interest upon interest; (b) shall apply in relation to any debt upon which interest is payable as of right whether by virtue of any agreement or otherwise; or (c) shall affect the damages recoverable for the dishonor of a bill of exchange.

YENG HING ENTERPRISE SDN BHD v DATUK DR ONG POH KAH [1988] 1 CLJ (Rep) 313/ [1988] 1 CLJ 291(Lampiran C) Plaintif telah memfailkan permohonan bagi penghakiman terus untuk tuntutan berjumlah RM189,472.73 yang telah termasuk faedah atas faedah. Dalam membenarkan Defendan kebenaran untuk membela, Mahkamah Agung memutuskan:[1]

[2] As to the RM 189,472.73 which represented compound interest claimed by the plaintiffs up to 27 April 1984, it was common ground that there was no express or implied agreement as to its payment by the defendant. Having regard to the provisions of section 11 of the Civil Law Act 1956 and in particular proviso (a) which forbids the giving of interest upon interest, we agree with the learned judge that the defendant be given unconditional leave to defend this particular claim. Isu keempat: Tuntutan yang dibuat adalah tidak sah kerana tuntutan plaintif adalah berdasarkan faedah atas faedah. Plaintif di perenggan 15(b) Pernyataan Tuntutan mereka menuntut faedah pada kadar 8% setahun atas jumlah RM96,465.48 dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. Defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif tersebut adalah tidak sah kerana:1- Jumlah sebanyak RM96,465.48 adalah faedah kepada jumlah yang telah diinboiskan oleh Plaintif 2- Jumlah tersebut diperolehi berdasarkan kepada faedah atas faedah 3- Oleh yang demikian tuntutan faedah sebanyak 8% adalah faedah atas faedah atas faedah yang dikenakan kepada Defendan yang mana ianya amat memprejudiskan dan menekan pihak Defendan.

ISU KELIMA: Samada Plaintif dalam menerima bayaran yang telah dibuat oleh Defendan telah diestop dari memfailkan tindakan ini.

Berdasarkan kepada hujah-hujah yang dikemukakan, Defendan memohon agar permohonan Defendan ini dibenarkan dengan kos.

Das könnte Ihnen auch gefallen