Sie sind auf Seite 1von 9

KEM SUKAN SEKOLAH PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN

1.

PENGENALAN Laporan Jawatankuasa Kabinet 1079 telah memperakukan bahawa aktiviti sukan adalah penting disemua peringkat persekolahan. Semua murid sekolah diwajibkan mengambil bahagian dalam kelab atau persatuan sukan dan juga digalakkan mengambil satu jenis permainan atau sukan. Dapatan kajian sukan telah menggatakan bahawa aktiviti sukan dapat menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan antara murid-murid pelbagai keturunana yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berbeza.

2.

LATAR BELAKANG KEM SUKAN SEKOLAH 2.1. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Ad Hoc Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh YAB sendiri. 2.2. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang akan dilaksanakan mulai tahun 2011. 2.3. Dasar 1MURID 1SUKAN merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menggalakkan penglibatan menyeluruh (mass participation) murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan di sekolah khususnya bagi murid-murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan agar dapat melahirkan murid yang sihat dari segi fizikal dan mental. 2.4. Dasar 1MURID 1SUKAN ini juga akan mengenengahkan murid yang aktif dalam sukan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat murid kea rah kecemerlangan sukan. 2.5. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip berikut; i. Elemen keseronokkan ii. Dapat memberi pendedahan kemahiran asas permainan iii. Sebagai elemen untuk mempertingkatkan sosialisasi iv. Dapat menerapkan elemen inovasi dan kreativiti dalam pengurusan sukan 2.6. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid agar melibatkan diri dalam sukan secara terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistic kea rah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.

3.

MATLAMAT KEM SUKAN SEKOLAH 3.1. Melatih satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan menjalankan aktiviti di sekolah. 3.2. Melalui rangsangan / tugasan murid dapat; 3.3. Murid dapat menjalankan aktiviti sukan dengan menggunakan kaedah stesen yang melibatkan ramai ahli kelab. 3.4. Bersukan melalui aktiviti yang diubahsuai (modified games)

(1)

4.

OBJEKTIF KEM SUKAN SEKOLAH 4.1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokkan 4.2. Menerapkan kemahiran berfikir secara kritis , kreatif dan inovatif dalam kalangan murid. 4.3. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui aktiviti kelab sukan 4.4. Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan 4.5. Meningkatkan kesedaran murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif

5.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN KEM SUKAN SEKOLAH 5.1. Pelaksanaan dasar ini telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010 dalam Mesyuarat Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh YAB sendiri 5.2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010. Pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010. 5.3. Dasar 1MURID 1SUKAN mempunyai lia (5) objektif utama bagi memenuhi pembentukan insan yang syamul dalam akademik dan pembentukan kecergasan individu iaitu; i. Meningkatkan kecergasan jasmani ii. Membentuk sahsiah iii. Membina jati diri iv. Meningkatkan disiplin v. Dapat membentuk nilai murni serta memupuk perpaduan antara kaum. 5.4. Lima strategi telah dirangka bagi melaksanakan Dasar 1MURID 1SUKAN :i. Membezakan aktiviti sukan dengan kokurikulum ii. Memperkasakan penilaian dalam sukan iii. Mewajibkan pelaksanaan aktiviti sukan sepanjang tahun persekolahan. iv. Memberi penekanan kepada pendidikan jasmani waktu persekolahan v. Mengadakan aktiviti asas sukan di sekolah melalui kelab sukan 5.5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 16, Tahun 2010: pelaksanaan Dasar 1MURID 1SUKAN iaitu KP(BPSH)-SPDK) 201/500/01Jld.3 (14) bertarikh 1 Disember 2010. 5.6. Pelaksanaan Dasar iMURID 1SUKAN mewajibkan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu sukan telah dilaksanakan mulai tahun 2011. Dalam aspek penilaian 2012, perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa dengan murid Tahun 4 dan Tingkatan 1 berdasarkan aplikasi Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) 5.7. Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalamaktiviti sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. 5.8. Dalam jangka masa panjang, Dasar 1MURID 1SUKAN ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Di samping memupuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas, cerdas serta berdaya saing tinggi.

(2)

5.9. Memberi peluang kepada semua murid yang kurang aktif, berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. 5.10. Flasafar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi, jasmani dan social. Penekanan juga diberi dalam membangunkan murid dari aspek domain psikomotor, kognatif dan afektif. 5.11. Kem Sukan Sekolah merupakan alat perantaraan yang amat penting untuk menjana dan mewujudkan perpaduan antara kaum dalam masyarakata. 6. KUMPULAN SASARAN KEM SUKAN SEKOLAH 6.1. SEKOLAH RENDAH i. Tahun 4, 5, dan 6 ii. AJK Induk Kelab Sukan iii. Bilangan minimum peserta setiap kem 40 orang iv. Bagi sekolah kurang murid, boleh bergabung dengan beberapa sekolah lain 6.2. SEKOLAH MENENGAH i. Tingkatan 2 sahaja ii. 2 orang wakil setiap kelab sukan dari Tingkatan 2 sahaja iii. Bilangan maksimum peserta setiap kem 40 orang 7. IMPAK / HASIL KEM SUKAN SEKOLAH: i. ii. iii. iv. Membina satu kumpulan penggerak sukan atau penggiat sukan sekolah dalam kalangan murid Murid yang kreatif dan inovatif dalam mengurus dan mengendalikan aktiviti kelab sukan Meningkatkan penyertaan dan penglibatan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan Menghasilkan golongan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas sukan serta mengamalkan gaya hidup sihat

(3)

CARTA ALIRAN PENGURUSAN KEM

Pembentukan Jawatankuasa

Mesyuarat Jawatankuasa

Pelaksanaan

Laporan

(4)

JAWATANKUASA KEM SUKAN SEKOLAH Pengerusi : Pengetua / Guru Besar

Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi 3 : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Setiausaha Bendahari : Setiausaha Sukan ( Kem Komanden ) : Pembantu Tadbir Kewangan : Latihan / Bengkel Peralatan Pendaftaran / Penginapan / Makanan / Jamuan Hadiah / Cenderamata / Sijil Jemputan / Sambutan / Buku Program Perubatan / Keselamatan / Pertolongan Cemas Pengangkutan Siaraya / Publisiti dan Dokumentasi Urusetia

Ahli Jawatankuasa i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix.

# Bentuk Jawatankuasa mengikut kesesuaian aktiviti / program dan sekolah # Ini merupakan cadangan dan tertakluk kepada keperluan sekolah # Murid boleh terlibat sebagai fasilitator dalam setiap ajk jika sesuai # Gunakan guru yang telah menghadiri Kursus Guru Pembimbing Kelab Sukan sebagai jurulatih.
(5)

JADUAL KEM SUKAN SEKOLAH (cadangan)


3 Hari 2 Malam TARIKH / HARI MASA 2.30 4.00 ptg 4.00 4.30 ptg 4.30 5.30 ptg AKTIVITI Semua peserta melapor diri Minum Petang / Solat / Pengurusan Diri SLOT 1 Taklimat Kem dan Suai Kenal SLOT 2 Pengenalan Aktiviti Memanas Badan & Menyejukkan Badan Makan Malam / Solat / Kuliah Maghrib / Pengurusan Diri SLOT 3 OVEP / Dinamika Kumpulan Minum Malam Pengurusan Diri Pengurusan Diri / Solat / Kuliah Subuh Perhimpunan Pagi : Negaraku / Doa / Taklimat Malaysia Cergas / Senamrobik Sarapan Pagi SLOT 4 Pengurusan Sesi Aktiviti (Praktikal) Rehat / Minum Pagi SLOT 5 Asas Permainan Kategori Serangan Makan Tengahari / Solat / Pengurusan Diri SLOT 6 Sistem Pertandingan dan Kalah Mati Minum Petang / Solat TINDAKAN / LOKASI Pemudahcara / Kem Kom / Tim Kem Kom Kem Komanden JK Makanan Kem Kom / Pemudahcara Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Kem Komanden Kem Komanden Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan
(6)

Hari Pertama

5.30 6.30 ptg 6.30 8.30 mlm 8.30 10.30 mlm 10.30 11.00 mlm 5.30 6.30 pg 6.30 7.00 pg 7.00 7.30 pg 7.30 8.00 pg 8.00 10.00 pg

Hari Kedua

10.00 10.30 pg 10.30 12.30 thg 12.30 2.30 ptg 2.30 4.00 ptg 4.00 4.30 ptg

4.30 6.30 ptg 6.30 8.30 mlm 8.30 10.30 mlm 10.30 11.00 mlm 5.30 6.30 pg 6.30 7.00 pg 7.00 7.30 pg 7.30 8.00 pg

Hari Ketiga

8.00 10.00 pg 10.00 10.30 pg 10.30 12.30 thg 12.30 2.30 ptg

SLOT 7 Asas Permainan Kategori Jaring / Dinding Makan Malam / Solat / Kuliah Maghrib / Pengurusan Diri SLOT 8 Keselamatan & Kesihatan Dalam Sukan Minum Malam Pengurusan Diri Pengurusan Diri / Solat / Kuliah Subuh Perhimpunan Pagi : Negaraku / Doa / Taklimat Malaysia Cergas / Senamrobik Sarapan Pagi SLOT 9 Asas Permainan Kategori Memukul & Menendang Rehat / Minum Pagi SLOT 10 Sesi Maklumbalas / Penilaian / Penutupan / Penyampaian Sijil Makan Tengahari / Solat / Pengurusan Diri / Bersurai

Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Pemudahcara Kem Komanden JK Makanan Kem Komanden Kem Komanden Pemudahcara JK Makanan Pemudahcara JK Makanan Kem Komanden Kem Komanden JK Makanan

Talian Penting Untuk Dihubungi Polis Ambulans Hospital Klinik Kesihatan GPK Kokurikulum : : : : :

# Untuk asas-asas permainan sila rujuk Kad sumber TOP Play dan TOP Sport di laman web Kementarian Pelajaran Malaysia
(7)

LAPORAN PELAKSANAAN KEM SUKAN SEKOLAH


1. SEKOLAH 2. DAERAH / PPD 3. NEGERI 4. TARIKH KEM 5. TEMPAT : : : : :

6. TEMPAT PENGINAPAN : 7. BILANGAN MURID MELAYU L P L : CINA P L INDIA P LAIN-LAIN L P JUMLAH P

8. NAMA JURULATIH / GURU BIL NAMA

: ALAMAT SEKOLAH NO. H/P

9. CADANGAN / ULASAN : 9.1. Ulasan / Cadangan program 10. IMPLIKASI KEWANGAN : 11. BAHAN DOKUMUNTASI YANG PERLU DIHANTAR KE PPD: 11.1. Laporan bertulis (hardcopy dan softcopy) 11.2. Gambar pegun dan rakaman video dalam bentuk cakera padat (CD)
# Laporan dikembalikan kepada Penyelia Kanan Sukan, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi sebelum atau pada 15 Oktober 2013.

Das könnte Ihnen auch gefallen