Sie sind auf Seite 1von 22

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 1 HBEF2103MAC12 PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAME MATRICULATION NO. IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. EMAIL

: CRISTINA JOHNNY : 781226125338001 : 781226125338 : 012-8661887 : mrskennyfred@rocketmail.com crisfred@oum.edu.my

LEARNING CENTRE TUTOR

: OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) : EN. WAN MOHAMAD BIN W. MUDA

Cristina johnny 781226125338001

PERKARA 1.0 2.0 3.0 Isi Kandungan Pengenalan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Individu 3.1 3.2 3.3 3.4 4.0 Perbezaan Individu Persepsi Dan Penanggapan Kecerdasan Kemahiran Berfikir

MUKA SURAT 1 2-4

5-8 9-10 11-12 13

Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran 4.1 4.2 4.3 4.4 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan Pendekatan Elektif Pendekatan Tematik 14 15-16 17 18 19 20 21

5.0 6.0

Penutup Rujukan

Cristina johnny 781226125338001

2.0

Pengenalan

Pencapaian akademik yang baik penting untuk membantu seseorang itu memperoleh pekerjaan yang dapat menjamin kelangsungan hidupnya. Menurut Research Center On Academic Success [CRIRES ] ( 2005 ), pencapaian akademik adalah pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pencapaian akademik ini adalah hasil daripada proses pembelajaran yang berlaku, yakni, sejauh mana murid dapat membuat perubahan tingkah laku terutama dari segi kognitif. Menurut Stalling ( 1973 ), pembelajaran berlaku berdasarkan 3 aspek iaitu; pembelajaran haruslah menampakkan perubahan dalam tingkah laku; melibatkan sesuatu pemikiran; dan menghasilkan perubahan melalui pengalaman dan latihan. Rahil Mahyuddin ( 2000 ) pula berpendapat bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang melibatkan ketrampilan kognitif iaitu penguasaan ilmu dan perkembangan intelek. Saya telah membuat kajian ke atas 2 orang murid iaitu, murid A yang mempunyai pencapaian akademik lemah dan murid B yang mempunyai pencapaian akademik baik. Keduadua murid ini berada di Tahun 5 ( berumur 11 tahun ). Hasil daripada kajian dan pemerhatian saya, saya mendapati bahawa kedua-dua murid ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi individualiti (perbezaan individu ), persepsi dan penanggapan, kecerdasan dan juga kemahiran berfikir. Faktor-faktor inilah yang mempengaruhi penguasaan pembelajaran mereka seterusnya menentukan sejauh mana pencapaian akademik mereka, seperti yang tunjukkan dalam rajah 2.0(i). Berdasarkan keputusan kajian saya ini, saya mencadangkan teori pembelajaran konstruktivisme diaplikasikan dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan yang sesuai untuk melibatkan murid-murid yang berbeza pencapaian akademik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini saya tunjukkan dalam rajah 2.0(ii).

Cristina johnny 781226125338001

Rajah 2.0(i) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid A dan Murid B

Personaliti dan Sikap

Sosioekonomi dan Asuhan Keluarga

Suasana Tempat Tinggal dan Pengaruh Rakan Sebaya

Perbezaan Individu

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

Kemahiran Berfikir Kecerdasan

Persepsi dan Penanggapan

Cristina johnny 781226125338001

Rajah 2.0(ii) Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Oleh Guru Untuk Melibatkan Murid-Murid Dengan Pencapaian Akademik Yang Berbeza Dalam Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Langkah-Langkah P & P


Pendekatan Elektif Pendekatan Tematik

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam Kelas Yang Mempunyai Murid Pelbagai Pencapaian

Berpusatkan Murid Berpusatkan Bahan


Berpusatkan Murid

Cristina johnny 781226125338001

3.0 3.1

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik Murid Perbezaan Individu

Dengan berdasarkan kepada pendapat Borich dan Tombari ( 1997 ), saya merumuskan bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh dilihat di kalangan ahli-ahli dalam sesuatu kelompok yang mempunyai karakteristik atau ciri-ciri tertentu seperti; temperamen atau tret personaliti ataupun sikap; tahap tenaga; corak persahabatan; dan kebergantungan kepada keluarga terutama ibu-bapa. Perbezaan individu murid A dan murid B ini saya tunjukkan dalam jadual 3.1(i). Jadual 3.1(i) Perbezaan Individu Murid A dan Murid B Murid Ciri-Ciri Personaliti dan Sikap Ekstrovert Sukar bekerjasama Sukar perhatian Pemarah menumpukan Ambivert Beridisiplin Tenang Boleh dipercayai Murid A Murid B

Sosio

Ekonomi

dan

Pendapatan hanya cukup

ibubapa untuk

Pendapatan dapat keperluan persekolahannya

ibubapa menampung

Asuhan Keluarga

keperluan asas Cara asuhan indulgent Suasana Tempat Tinggal dan Pengaruh Rakan Tinggal di kawasan yang padat Isi rumah ramai/jiran -

Cara asuhan autoritatif Tinggal di kawasan

penempatan kerajaan Jiran-jiran tidak membuat bising Tidak ramai rakan sebaya yang melepak

Sebaya

bising Ramai rakan sebaya yang suka melepak

Cristina johnny 781226125338001

3.1.1 Personaliti dan Sikap Murid A merupakan murid yang terlalu ekstrovert, yakni, dia suka membuat bising dan mengganggu rakan-rakannya semasa mereka sedang membuat aktiviti seperti latihan dalam kumpulan dan sebagainya. Murid A seringkali membuat intimidasi dan provokasi dan kelihatan seronok apabila orang menumpukan perhatian kepadanya meskipun perhatian itu sebenarnya adalah dalam bentuk kemarahan. Murid A selalu menyampuk semasa guru sedang mengajar tetapi apabila diajukan soalan, dia tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat dan kadang-kadang hanya berdiam diri sahaja apabila ditanya. Akibat daripada sikapnya ini, dia tidak mempunyai ramai kawan yang sudi membantunya apabila dia memerlukan bantuan dalam satusatu tugasan yang diberikan. Akibat daripada tingkahlaku disruptifnya ini, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran dan ketinggalan banyak isi-isi pelajaran. Murid B pula mempunyai tret personaliti ambivert iaitu dia aktif apabila keadaan memerlukannya berbuat demikian dan akan senyap apabila perlu. Murid ini senang dibawa berbincang dan tidak cepat marah. Murid ini juga tenang dan sentiasa berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Apabila guru bertanya soalan kepadanya, dia akan menjawab soalan tersebut dengan berhati-hati dan selalunya dia dapat memberikan jawapan yang tepat. Dia disenangi oleh ramai murid lain dan sering dipilih menjadi ketua dalam satu-satu kumpulan atau tugasan yang dilakukan. Penumpuan dan disiplin yang tinggi yang ditunjukkan oleh murid B membantunya mendapat input pelajaran yang optimum semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

3.1.2 Sosio-ekonomi dan Asuhan Keluarga Ibu murid A bekerja sebagai pembantu kedai di Pekan Kunak manakala ayahnya pula bekerja di sebuah kilang yang terletak di Kota Kinabalu. Ayahnya hanya akan pulang beberapa kali dalam setahun dan ibunya bekerja sehingga lewat petang setiap hari. Murid A mempunyai seramai 5 orang adik beradik yang semuanya masih bersekolah dan mereka dijaga oleh nenek mereka yang sudah berusia. Pendapatan kedua ibubapa murid A ini mungkin hanya cukup untuk menampung keperluan asas mereka sekeluarga, iaitu membayar sewa tempat tinggal, membeli bahan
6

Cristina johnny 781226125338001

makanan dan membayar bil-bil air serta elektrik. Murid ini tidak dapat membeli buku-buku rujukan tambahan yang diperlukan untuk membantunya mengukuhkan pembelajarannya. Ibubapanya juga tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk menghantar murid A kelas tuisyen. Murid A juga dididik dengan cara indulgent oleh ibunya. Mungkin kerana ibu murid A bekerja sehingga lewat petang dia tidak tahu perkembangan anaknya dan tidak tahu sikap sebenar anaknya. Ibu murid ini akan mempercayai semua yang diberitahu oleh anaknya tanpa menyelidik dahulu kebenarannya. Ibu murid ini pernah datang ke sekolah membuat aduan apabila anaknya diambil tindakan disiplin setelah berulang kali melakukan kesalahan disiplin dan beliau membela anaknya dengan mengatakan bahawa anaknya itu didenda secara tidak adil. Walaupun setelah ditunjukkan salinan surat-surat kesalahan disiplin yang tidak disampaikan oleh anaknya kepadanya, ibu murid A masih tetap membela anaknya. Cara didikan indulgent ini menyebabkan murid A tidak berdisiplin dan membentuk sahsiah yang tidak baik. Dia tidak teragak-agak untuk melanggar peraturan disiplin sekolah kerana dia tahu ibunya akan menyebelahinya walau apapun yang dia lakukan. Murid B pula tinggal bersama ayahnya yang betugas sebagai seorang anggota polis dan ibunya yang bekerja sebagai seorang pembantu tadbir di sebuah sekolah. Dia juga tinggal dengan neneknya dan ibubapanya juga menggaji seorang pembantu rumah. Dia mempunyai 3 orang adik beradik. Boleh dikatakan, murid ini mempunyai sebuah keluarga yang rapat atau close knitted family. Murid B mempunyai akses kepada pelbagai bahan pembelajaran seperti buku-buku rujukan, kamus, alat-alat pembelajaran seperti puzzle dan sebagainya yang boleh membantu perkembangan kemahiran berfikirnya, kerana ibubapanya boleh mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menampung keperluan tersebut. Murid B juga dihantar menghadiri beberapa kelas tusiyen bagi membantu penguasaannya dalam matapelajaran tertentu. Ini dapat membantu murid B memperkukuhkan lagi pembelajarannya dan memberinya lebih motivasi untuk belajar. Selain daripada itu, ibubapa murid B mengamalkan cara didikan autoritatif; murid B diberi ruang membentuk jati dirinya sendiri tetapi dalam masa yang sama, ibubapanya menerapkan nilai kawalan dan disiplin bagi memandu murid B dalam pergaulannya dengan masyarakat. Murid B akan didenda oleh ibubapanya sekiranya didapati dia melanggar sesuatu
7

Cristina johnny 781226125338001

peraturan terutamanya peraturan sekolah. Murid B mempunyai jadual waktu sendiri untuk bermain, menonton televisyen dan belajar. Murid B juga dididik oleh ibubapanya untuk membantu dalam tugas seharian di rumahnya seperti mencuci pinggan mangkuk dan membasuh pakaiannya sendiri. Setiap kejayaannya akan diberikan pujian dan ganjaran oleh keluarganya dengan cara membawa murid B ke restoran kegemarannya ataupun membelikan murid B buku cerita baharu. Akibat daripada didikan ibubapanya ini, murid B menjadi murid yang berdisiplin dan mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya.

3.1.3 Suasana Tempat Tinggal dan Pengaruh Rakan Sebaya Murid A tinggal di satu kawasan penempatan yang amat padat. Penumpuannya untuk belajar akan terganggu kerana suasana terlalu bising bukan sahaja akibat jarak antara rumah yang terlalu dekat, yakni, hanya beberapa langkah sahaja antara satu sama lain tetapi juga kerana faktor isi rumah yang terlalu ramai. Rakan-rakan sebaya yang ramai juga turut mempengaruhi murid ini sehingga dia leka terhadap pelajaran. Rakan-rakannya akan membawanya melepak atau bermain bersama sehingga lewat petang menyebabkan dia penat apabila tiba ke rumah. Ini mengakibatkan murid A seringkali tidak membuat kerja rumahnya dan jarang sekali mengulangkaji pelajaran. Murid B pula tinggal di perumahan kerajaan ( Flat Perumahan Polis ), yang dekat dengan perpustakaan dan juga masjid. Suasana di tempat tinggalnya lebih tenang kerana semua peraturan berkaitan tidak membuat bising dan tidak mengganggu ketenteraman diamalkan di penempatan kerajaan. Keadaan ini membolehkannya menelaah pelajarannya dengan lebih baik. Selain daripada itu, dia juga boleh ke perpustakaan untuk mencari bahan-bahan pelajaran yang diperlukannya. Mereka sekeluarga juga sering ke masjid untuk bersembahyang bersama dan ini membantunya membentuk jatidiri yang utuh.

Cristina johnny 781226125338001

3.2

Persepsi dan Penanggapan

Menurut Slavin ( 1997 ), persepsi bermaksud membuat interpretasi atau memberi makna kepada ransangan yang diterima. Apabila persepsi telah dibuat, seseorang itu akan membentuk konsep dan kefahamannya, dan inilah yang disebut sebagai penanggapan. Perbezaan persepsi dan penanggapan murid A dan murid B saya tunjukkan dalam jadual 3.2(i). Murid A mempunyai kesukaran mengenal pasti maklumat penting atau membuat hubung kait dan ini menyebabkan dia tidak dapat membentuk konsep yang tepat bagi mengukuhkan pembelajarannya. Sebagai contoh, saya telah menunjukkan kepada murid ini beberapa keping gambar, iaitu, gambar sungai yang kotor, gambar sebuah kawasan penempatan dengan sampah bertaburan, gambar sebuah tong sampah yang tidak ditutup dan gambar sebatang longkang yang tersumbat. Apabila saya bertanya kepada murid A, tajuk apakah yang akan dipelajarinya pada hari tersebut, dia tidak dapat memberi tanggapan yang tepat. Dia hanya boleh memberitahu apa yang dilihatnya pada gambar sahaja, contohnya, dia berkata , gambar sungai, gambar kawasan perumahan, gambar tong sampah dan gambar longkang. Dia tidak dapat membuat tanggapan yang lebih terhadap ransangan yang diterimanya. Apabila gambar-gambar yang sama saya tunjukkan kepada murid B, sambil dia melihat gambar tersebut dia sudah mula membuat interpretasi, contohnya, dia berkata, gambar sungai yang kotor, gambar kawasan perumahan yang kotor, gambar tong sampah yang tidak ditutup dan gambar longkang yang tersumbat. Murid B juga dapat membuat tanggapan yang tepat apabila dia menjawab soalan saya tentang tajuk pelajaran pada hari tersebut, yakni, pencemaran alam sekitar ( Pollution ), sub topik yang saya ajar di dalam tajuk Saving The Environment. Murid B lebih tajam persepsinya dan dia boleh membuat penanggapan yang lebih tepat berbanding murid B. Ini membantunya mencapai kefahaman dengan lebih cepat dan mendalam berbanding murid A.

Cristina johnny 781226125338001

Jadual 3.2(i) Perbezaan Persepsi dan Penanggapan Murid A dan Murid B Murid Persepsi/ Penanggapan Persepsi Lambat/ persepsi yang kurang jelas Cepat / menggunakan imaginasi atau daya fikir semasa membuat persepsi Penanggapan Kurang Tepat/ statik Tepat/ kreatif Murid A Murid B

10

Cristina johnny 781226125338001

3.3

Kecerdasan

Menurut Piaget ( 1950 ), kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Gardner ( 1983 ) pula berpendapat bahawa kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan masalah atau mencipta sesuatu hasil kerja dalam konteks budayanya sendiri dan beliau mengkelaskan kecerdasan kepada 9 jenis iaitu; logik-matematik, kinestetik-badan, naturalis, eksistensial, intrapersonal, interpersonal, visual-ruang spatial, muzik dan bahasa lingusitik. Perbezaan kecerdasan murid A dan murid B saya tunjukkan dalam rajah 3.3(i). Murid A mempunyai kecerdasan kinestetik-badan kerana dia suka aktiviti-aktiviti fizikal dan mencabar. Dia akan hadir dalam setiap aktiviti pemilihan pemain untuk pasukan bola baling, bola sepak dan hoki, malangnya dia sering tidak terpilih kerana dia tidak dapat bekerjasama dengan murid-murid lain dan dia juga cepat hilang sabar. Oleh sebab itu, walaupun dia mempunyai bakat dalam sukan-sukan tersebut, jurulatih pasukan tidak akan memilihnya kerana faktor sahsiah dan tingkahlakunya. Malangnya, kecerdasannya dalam bidang lain terutama bidang bahasa-linguistik dan logik-matematik amat lemah, menyebabkan dia ketinggalan juuh dari segi pencapaian akademik. Murid B pula mempunyai kecerdasan yang lebih dalam logik-matematik, bahasalinguistik, interpersonal dan naturalis. Dia amat cemerlang dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Dia mempunyai ramai kawan dan turut menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum secara aktif. Dia seringkali terpilih untuk mewakili sekolah disebabkan oleh disiplin dan sifat kerjasamanya yang tinggi. Ini membantunya untuk lebih bermotivasi dalam pelajarannya dan dia berjaya mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

11

Cristina johnny 781226125338001

Rajah 3.3(i) Perbezaan Kecerdasan Murid A dan Murid B


Kecerdasan Kinestetik-Badan Kecerdasan LogikMatematik Kecerdasan Bahasa-Linguistik Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan Naturalis

Murid A

Murid B

12

Cristina johnny 781226125338001

3.4

Kemahiran Berfikir

Menurut Edward de Bono (1990), berfikir adalah proses kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Kemahiran berfikir yang tinggi adalah apabila seseorang itu dapat berfikir dengan kritis dan kreatif; dapat mengenalpasti seterusnya membuat keputusan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Murid A tidak mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi; sebagai contoh, dia tidak dapat membuat banding beza antara tingkah laku yang baik dengan yang tidak baik. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pula dia sukar untuk menerangkan sebab dan membuat inferens. Murid A ini juga tidak mampu menjana idea-idea yang kreatif untuk membantunya mencipta analogi dan metafora. Dia hanya mampu menjawab soalan-soalan berbentuk tertutup dengan bantuan maksimum daripada guru. Murid B pula dapat menunjukkan kemahiran berfikir yang tinggi; yakni dia boleh membanding beza antara perlakuan yang baik dan yang tidak baik dan membuat ramalan tentang apa akibat daripada perlakuan-perlakuan tersebut. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran pula, murid ini amat mahir membuat inferens dan teliti dalam pemerhatiannya. Dia juga boleh menjana idea baru; contohnya dia telah menambah minyak wangi ke dalam larutan surat khabar lama yang dikitar semula menjadi kertas baru yang berbau harum. Murid ini amat gemar dengan aktiviti yang mencabar minda seperti teka silang kata dan juga kuiz.

13

Cristina johnny 781226125338001

4.0

Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Saya mengambil teori pembelajaran konstruktivisme sebagai teori sandaran saya dalam mencadangkan langkah-langkah untuk melibatkan murid-murid pelbagai pencapaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivisme ialah pendekatan yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina kefahaman tentang apa yang mereka pelajari. Oleh yang demikian, strategi pengajaran dan pembelajaran serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah komponen-komponen perlu disesuaikan untuk melaksanakan teori ini supaya semua murid dalam kelas itu dapat dilibatkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. 4.1 Strategi dan Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Menurut Kamus Dewan ( 1998 ), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Dalam konteks pendidikan, strategi adalah kebijaksanaan pemilihan pendekatan, kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Menurut Mok Song Sang ( Pedagogi / 1992 ) pula, strategi pengajaran ini termasuklah, kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang digunakan dan dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Edward M. Anthony ( 1963 ) pula, pendekatan adalah cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu diajarkan berdasarkan kepada objektifnya. Pendekatan adalah bercorak abstrak dan keberkesanannya hanya boleh dinilai setelah ianya dilaksanakan secara emparitikal dalam bilik darjah. Saya juga memetik hasil kajian yang dimuat turun di laman web http://www.slideboom.com/presentations/93887/Strategi-dan-Pendekatan-P%26P, yang menyatakan bahawa pendekatan dibahagi kepada 4 jenis iaitu, pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan elektif dan pendekatan tematif. Kaedah pula, menurut Kamus Dewan (2000) adalah cara atau aturan membuat sesuatu. Kaedah ini amat berkait rapat dengan teknik, iaitu kemahiran khusus atau spesifik untuk membuat sesuatu. Contoh pengajaran yang melibatkan langkah-langkah ini saya tunjukkan dalam rajah 4.1(i).

14

Cristina johnny 781226125338001

Rajah 4.1(i) Contoh Langkah-Langkah Melibatkan Murid Pelbagai Pencapaian Dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
1)Kaedah Kumpulan -Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut pencapaian. 2)Kaedah Demonstrasi -Murid ditunjukkan cara mengitar semula kertas samada melalui video atau dibuat oleh guru sendiri. -Murid yang pandai menulis cara mengitar semula kertas dan mengitar semula kertas. -Murid yang agak lemah menonton semula video dan mengikutinya untuk mengitar semula kertas. Berpusatkan Murid Bahan Strategi Berpusatkan Bahan 1)Kaedah Pembelajaran Kendiri -Murid yang pandai diberikan tajuk kesankesan dan bagaimana untuk mengatasi pencemaran alam. -Murid yang agak lemah diberi tajuk jenis-jenis dan sebab pencemaran alam. -Murid dibawa ke Pusat Akses Kendiri dan mereka menggunakan sendiri bahan-bahan di stu untuk mencari maklumat tentang tajuk masing-masing. -Guru akan menjadi pemudahcara terutama bagi murid-murid yang agak lemah. -Murid yang pandai mungkin memilih untuk melayari internet atau membaca surat khabar manakala murid yang agak lemah memilih untuk menonton tayangan video atau melihat gambar-gambar tentang pencemaran alam. 1)Teknik Penyoalan

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

-Murid yang pandai diberikan soalan-soalan jenis terbuka yang memerlukan jawapan yang panjang seperti, apa perasaan anda apabila melihat gambar longkang yang kotor? -Murid yang agak lemah diberikan soalansoalan jenis tertutup yang memerlukan jawapan yang pendek seperti, Pernahkah anda membuang sampah ke dalam sungai?

Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Sub-topik Pollution (Pencemaran Alam)

Pendekatan Elektif

Pendekatan
Pendekatan Tematik 1)Teknik Perbincangan -Murid dipercahkan mengikut kumpulan dan diberikan tajuk-tajuk yang berbeza mengikut keupayaan intelek mereka. -Diakhir sesi pengajaran murid akan membentang hasil kerja masingmasing dan menggabungkan semua hasil perbincangan mereka.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

15

Cristina johnny 781226125338001

4.1.1 Strategi Pengajaran Berpusatkan Murid Saya mencadangkan strategi ini untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai murid berbeza pencapaian kerana dengan menggunakan strategi ini, murid boleh membentuk proses pembelajaran secara lebih fleksibel berdasarkan tahap mereka sendiri. Strategi ini akan membantu murid-murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir mereka. kaedah kumpulan amat sesuai untuk melaksanakan strategi ini. Strategi ini memberi kebebasan kepada murid untuk membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran yang mereka gemari. Contohnya, guru memberikan contoh atau membuat demonstrasi demostrasi ataupun menayangkan video cara-cara mengitar semula kertas daripada surat khabar lama. Bagi kumpulan murid berprestasi baik, mereka boleh menulis cara-cara mengitar semula kertas dan melakukan semula aktiviti tersebut dalam kumpulan mereka manakala bagi murid yang berprestasi rendah, mereka boleh menonton video demontsrasi mengitar semula kertas tersebut sambil melakukan aktiviti tersebut. Hasilnya adalah kedua-dua kumpulan akan berasa seronok dan mendapat hasil iaitu kertas kitar semula. Aktiviti yang mereka lakukan juga adalah berdasarkan tahap mereka sendiri dan ini menggalakkan hasil pembelajaran yang optimum untuk semua murid.

16

Cristina johnny 781226125338001

4.1.2 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan Strategi ini juga sesuai untuk digunakan dalam kelas yang mempunyai murid yang mempunyai tahap pencapaian berbeza kerana strategi ini meransang keinginan dan minat yang lebih di kalangan murid, dengan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai. Guru boleh membawa murid-murid ke Pusat Akses Kendiri, yang menyediakan pelbagai alat dan bahan pembelajaran, seperti; komputer dan internet, buku-buku, ensiklopedia, gambargambar, alat audio dan sebagainya. Guru akan memberi tajuk, contohnya, murid diminta untuk menghasilkan satu peta minda tentang tanggungjawab mereka sebagai anggota masyarakat dan apa yang boleh dilakukan untuk memulihara alam sekitar. Murid-murid yang lemah mungkin boleh menonton video manakala murid yang pandai boleh menggunakan internet untuk mencari maklumat. Murid-murid boleh menggunakan semua sumber atau bahan yang ada di dalam Bilik Akses Kendiri itu dan guru akan mengawal selia dari segi disiplin dan hala tuju murid sekiranya perlu.

17

Cristina johnny 781226125338001

4.1.3 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Elektif Pendekatan ini amat sesuai untuk menangani murid yang mempunyai tahap pencapaian yang berbeza-beza kerana ia lebih mudah dan fleksibel. Ia sesuai dijalankan untuk aktiviti kumpulan (pengayaan dan pemulihan). Guru akan menyediakan bahan yang pelbagai dan menjadi aktif sebagai pemudahcara, sementara murid pula membuat pelbagai aktiviti yang melibatkan lebih dari satu derianya, yakni; deria dengar, deria lihat, deria rasa dan deria sentuh. Pendekatan ini boleh juga digunakan untuk membantu murid berpencapaian baik dengan cara mempelbagaikan jenis soalan, yakni; soalan-soalan tertutup yang memerlukan jawapan yang agak pendek diberikan kepada murid berpencapaian kurang baik; dan soalan-soalan terbuka yang memerlukan jawapan panjang diberikan kepada murid berpencapaian baik. Sebagai contoh, bagi murid yang berpencapaian kurang baik, mereka akan ditanya soalan seperti, Apakah aktiviti menebang pokok secara berleluasa itu satu tindakan yang baik? Jawapan yang perlu diberikan bagi jawapan ini hanyalah, ya atau tidak tetapi sedikit sebanyak isi pelajaran telahpun diterangkan di dalam soalan tersebut. Bagi murid berpencapaian baik pula boleh diberikan soalan seperti, adakah anda bersetuju dengan tindakan orang tersebut menebang pokok secara berleluasa? Kenapa? Jawapan bagi soalan ini lebih panjang dan mencabar minda murid untuk berfikir. Seterusnya di pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran pendekatan deduktif pula dilakukan iaitu dengan cara mengemukan soalan-soalan yang dapat membantu murid-murid membuat kesimpulan. Bagi membantu kumpulan yang berpencapaian kurang baik, contohcontoh dan bahan-bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar perlu diperbanyakkan.

18

Cristina johnny 781226125338001

4.1.4 Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Pendekatan Tematik Pendekatan tematik adalah pendekatan yang mementingkan asas perbincangan dan seringkali diertikan sebagai pokok perbincangan. Ia amat sesuai digunakan dalam pengajaran matapelajaran bahasa. Pendekatan tematik ini menitikberatkan perbincangan atau aktiviti kumpulan, dan ini menyenangkan seseorang guru itu menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya dalam sebuah kelas yang mempunyai murid berbeza pencapaian. Murid-murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mempunyai tahap pencapaian yang sama dalam setiap kumpulan dan mereka akan diberikan sub-topik yang berbeza arasnya mengikut tahap mereka sendiri. Tema yang berbeza bagi setiap kumpulan ini akan disatukan kemudian untuk membentuk satu pembelajaran yang saling melengkapi. Contohnya bagi kumpulan yang cemerlang, mereka diberi sub-topik tentang kesan-kesan dan cara mengatasi pencemaran alam sekitar. Kumpulan yang sederhana akan diberi sub-topik penyebab pencemaran alam sekitar. Manakala kumpulan yang lemah diberikan sub-topik jenisjenis pencemaran alam sekitar. Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini, sub-sub topik tersebut akan digabungkan membentuk satu tajuk lengkap iaitu, pencemaran alam sekitar.

19

Cristina johnny 781226125338001

5.0

Penutup

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Faktor-faktor ini mungkin datang dari diri murid itu sendiri dan mungkin juga dipengaruhi oleh persekitaran. Seorang guru perlu mengetahui faktor-faktor ini supaya dia dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah satu sesi yang mampu memberi input pembelajaran kepada semua murid di dalam satu-satu kelas tersebut. Untuk mencapai objektif ini, seseorang guru perlulah mempunyai strategi-strategi dan pendekatan-pendekatan yang sesuai selari dengan teori pembelajaran yang dipilih, supaya sesi pengajaran dan pembelajarannya mampu difahami oleh semua murid; samada murid yang mempunyai pencapaian rendah; ataupun murid yang mempunyai pencapaian baik.

(2985 patah perkataan) (Tidak termasuk rajah dan jadual)

20

Cristina johnny 781226125338001

6.0 1.

Rujukan The International Observatory on Academic Achievement (IOAA), Research Center For

Academic Success (CRIRES) [2000]. Documentary Watch. Online. Canada Boleh Dicapai Di http://www.crires-oirs.ulaval.ca 2. Jane A. Stallings. (1973). Follow Through Program Classroom Observation Evaluation

1971-72. Stanford Research Institute, Menlo Park, California. 3. Rahil Bin Hj. Mahyuddin. (2000). Psikologi Pendidikan II. Addison Wesley Longman

Malaysia. Petaling Jaya, Selangor. 4. Gary D. Borich, Martin L. Tombari. (1997). Educational psychology: a contemporary

approach. Longman. 5. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (Edisi Kedua/2011).

HBEF2103 Psikologi Pendidikan. Open University Malaysia. 6. Fakhrul.(n.d). Strategi dan Pendekatan P&P. Online.

Boleh Dicapai Di http://www.slideboom.com/presentations/93887/Strategi-dan-PendekatanP%26P, 7. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan. Malaysia.

21

Das könnte Ihnen auch gefallen