Sie sind auf Seite 1von 4

ISL Minggu 8 PJM 3102

Tajuk: Mendapatkan bahan daripada media cetak dan elektronik berkaitan permainan kanak-kanak dari aspek konsep, matlamat dan objektif serta kepentingan. Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak KONSEP: Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. MATLAMAT: Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid-murid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif. Konsep, Matlamat dan Objektif Permainan Kanak-Kanak Bermain ialah suatu aktiviti dan kualiti fikiran dalam terlibat dengan pandangan dunia seseorang. Bermain merujuk kepada berbagai kegiatan sukarela, termotivasi intrinsik yang biasanya berkait dengan kesenangan dan keseronokan. Bermain boleh terdiri dari interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perorangan dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat dilihat pada manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi mereka yang terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda. Bermain sering menggunakan alat peraga, alatan, binatang, atau mainan dalam konteks pembelajaran dan rekreasi. Sesetengah permainan mempunyai tujuan yang jelas dan apabila distrukturkan dengan peraturan dipanggil suatu permainan. Sementara beberapa permainan tidak mempunyai peraturan atau tujuan dan dianggap "tidak berstruktur". Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
1

ISL Minggu 8 PJM 3102


Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yng dilakukan di dalam kelas. Melalui permaian yang melibatkan perlumbaan misalnya OBJEKTIF: Permainan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara fizikal. Ini melibatkan pergerakkkan menendang, membaling, menangkap, memanjat dan sebagainya. Permainan menggalakkan aktiviti sosial. Permainan begini melibatkan interaksi antara ahli keluarga dengan anak atau interaksi antara anak dengan kawan-kawannya. OBJEKTIF Pengajaran bertujuan penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu. Pengajaran kemahiran dan teknik merupakan faktor kedua penting dalam membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan. Kesedaran bahawa majoriti murid-murid tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pemain berkemahiran tinggi, tetapi mereka berkapasiti untuk menguasai sebahagian kemahiran untuk bermain pada tahap yang menyeronokkan. Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik. ( Thorpe and Bunker, 1882 ) ( Much of the pleasure involved in games playing lies in making correct decisions in the light of tactical awareness (Bunker and Thorpe , 1982 ). Tugas guru adalah untuk mencipta situasi supaya murid-murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukannya dalam situasi permainan. Penguasaan kemahiran dapat dilihat pada konteks keupayaan murid dan situasi permainan terserlah melalui permainan. Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik.

ISL Minggu 8 PJM 3102


Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan, sayugia menjana jati diri ( self-esteem ) dan keperluan diri ( personal fulfillment ). Murid-murid digalakkan bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing memastikan tahap kejayaan dan keseronokkan untuk semua.

Kepentingan Permainan Kanak-Kanak KEPENTINGAN Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai peranan yang penting dalam Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak memberi sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan diri murid-murid. Permainan kanak-kanak di dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah merupakan kegiatan yang dipimpin dan diawasi oleh guru sentiasa dengan kawalan yang rapi. Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti bakat dan kebolehan murid tersebut. Permainan kanak-kanak digalakkan di dalam Pendidikan Jasmani kerana permainan kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang memudahkan guru menjalankan pengelolaannya. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan muridmurid kepada kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanaan permainan yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

ISL Minggu 8 PJM 3102


Kepentingan permainan kanak-kanak CIRI-CIRI Memberi pembelajaran yang lebih sempurna Mempraktikkan ansur maju Menimba pengalaman bermain secara berpasukan Pengalaman bertanding Sebahagaian daripada kurikulum Memupuk kecergasan fizikal KEBAIKAN Jenis permainan ini tidak kompleks Strukturnya ringkas dan sedikit kemahiran diperlukan Membawa keseronokan, memberi kejutan keputusan dibuat serta-merta Bersifat hiburan dan membawa pelajar ke alam imaginasi Boleh dimainkan dalam tempoh masa yang singkat Memerlukan sedikit atau tanpa alatan Senang ditadbir dan peraturannya sedikit Pembangunan membangunkan Kemahiran kemahiran Motor bukan membangunkan lokomotor kemahiran lokomotor kemahiran

membangunkan

pengawalan objek membangunkan kecergasan fizikal Pembangunan Kognitif meningkatkan keupayaan mematuhi arahan menolong dalam pemahaman peraturan menggalakkan kreativiti dan imaginasi menambah perbendaharaan kata kanak-kanak Pembangunan Afektif-sosial mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial menggalakkan keadilan menggalakkan mematuhi peraturan-peratuan membangunkan semangat kesukanan yang baik membangunkan kualiti kepimpinan membangunkan semagat bekerjasama.

Rujukan: http://www.slideboom.com/presentations/601995/PPG-Konsep,-Matlamat-danObjektif-Permainan-Kanak-Kanak

Das könnte Ihnen auch gefallen