Sie sind auf Seite 1von 14

Sumbangan Tamadun Cina Terhadap Masyarakat Dunia Isi Kandungan

Ahli Kumpulan:...................................................................................................................2 Pengenalan ..........................................................................................................................3 Asas Sains Cina ...................................................................................................................4 Sumbangan Terhadap Perkembangan Ilmu Sains................................................................5 Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan.............................................................................5 Sumbangan Terhadap Bidang Matematik............................................................................7 Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi ...........................................................................9 Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi...................................................10 Sumbangan Terhadap Bidang Penciptaan.........................................................................12 Sumbangan Terhadap Perkembangan Teknologi..............................................................13

Ahli Kumpulan:

Nama: Mohamad Azri Bin Azhar No. KP: 820710-07-5263 Kursus: DDC semester 3 Nama: Zuwairiie Bin Serajudin No. KP: 800330-07-5773 Kursus: DDZ semester 3 Nama: Dzulhilmi Bin Zulkifli No. KP: 821001-03-5845 Kursus: DDC semester 3 Nama: Ezzaq Khairil Fahmi Bin Ahmad Azmi No. KP: 820923-08-5123 Kursus: DDZ semester 3

Pengenalan

Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang kaya dengan penciptaan dan penemuan sains. Ianya banyak memberi sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi dunia. Hasil daripada interaksi antara tamadun maka muncul nya pinjam meminjam antara tamadun. China dalam situasi ini banyak memberi beberapa pengetahuan kepada dunia Barat mengenai sains dan teknologi. Namun demikian China juga tidak ketinggalan menerima pengaruh sains dari tamadun lain. Oleh itu perkembangan ini menggalakkan perrkembangan sains dan teknologi dunia. Pada dasarnya sains dan teknologi China adalah hasil daripada kepercayaan magik dan kuasa ghaib. Dari asas ini orang Cina cuba untuk memberi jawapan tentang fenomene-fenomena alam. Keadaan-keadaan banjir, hujan , pergerakan matahari, bulan dan sebagainya merupakan perkara yang sukar difahami oleh masyarakat Cina. Oleh itu muncul nujum atau bomoh yang bertindak untuk memberi beberapa jawapan kepada persoalan alam. Daripada pengkajian orang Cina terhadap kulit kura-kura, tulang binatang dan daun pokok maka timbulnya pengetahuan mereka mengenai jawapan alam. Dengan erti kata lain, magik dan kuasa gahib masyarakat Cina secara tidak langsung membantu orang Cina mempelajari atau menghasilkan pengetahuan mengenai bidang-bidang pengetahuan seperti sains, perubatan, matematik, astronomi dan sebagainya. Sebagai contoh usaha yang berterusan dilakukan oleh nujum mengenai pentafsiran fenomena siang dan malam telah membantu

proses perkembangan sistem kalendar. Begitu juga dengan usaha mencari formula untuk hidup lebih lama membawa penemuan kajian kimia dan perubatan. Namun demikian penemuan sains mereka tidak dijelmakan sebagai satu perkembangan teknologi yang mampu meningkatkan lagi tamadun mereka. Keadaan ini ternyata benar apabila China gagal menangani kemaraan Barat pada abad ke-19. Usaha-usaha pemodenan mereka juga menemui kegagalan. Keadaan ini merupakan satu pengajaran besar bagi China untuk maju ke hadapan bagi meningkatkan perkembangan tamadun mereka.

Asas Sains Cina

Terdapat dua asas penting perkembangan sains Cina iaitu Yin dan Yang, dan teori lima unsur. Prinsip Yin dan Yang ini merujuk kepada kestabilan alam. Walaupun dua unsur ini bertentangan namun ia memainkan peranan penting dalam perkembagan dan imbangan alam. Jika tiada imbangan ini maka berlakulah masalah bagi alam semula jadi. Yin dan Yang merupakan dua kuasa yang lengkap-melengkapi. Manakala teori Lima Unsur tidak ketahui siapa penciptanya ia dimualai oleh ahli falsafah Tsou Yen pada abad ke-3 S.M. (350-270 S.M.). beliau membuat andaian bahawa kebanyakan fenomena alam manusia berlaku berlaku berdasarkan lima perkara. Warna misalnya datang dari warna kuning, hijau, merah, putih dan hitam. Arah datang dari lima arah iaitu timur, barat, selatan,

utara dan tengah. Begitu juga berlaku ke atas rasa. Terdapat lima rasa yang ketara iaitu pahit, manis, pedas, masam dan masin. Kelima-lima unsur ini dikaitkan dengan satu kitaran supaya satu unsur tidak mendomonasi keadaan.

Sumbangan Terhadap Perkembangan Ilmu Sains

Dari dua unsur tadi golongan cerdik pandai Cina mula meneroka alam dan memperkembangkan ilmu pengetahuan mereka. Antara bidang-bidang utama perkembangan ilmu sains Cina ialah bidang perubatan matematik, astronomi, fizik dan biologi.

Sumbangan Terhadap Bidang Perubatan

Perkembangan bidang perubatan Cina telah bermula sejak 10 000 tahun dahulu. Amalan perubatan Cina berkembang hasil daripada kaedah empirikal iaitu melalui pemerhatian terhadap badan manusia dan beberapa jenis penyakit. Manakala kaedah akupuntur pernah diamalkan oleh masyarakat Cina dengan menggunakan serpihan tulang yang ditajamkan sebelum peralatan dicipta.

Amalan-amalan perubatan Cina juga diperoleh dari karya-karya tulisan oleh pengamal perubatan Cina. Antara karya-karya perubatan yang dihasilkan ialah Inner Cannon (Nei Ching) yang merupakan rekod menyeluruh mengenai rekod

teori perubatan Cina. Namun Demikian karya teks klasik yang awal dan terpenting ialah Yellow Emperors Classic of Internal Medicine . Ia disiapkan pada tahun sekitar 200 S.M. Buku ini membincangkan mengenai teori dan falsafah perubatan Cina klasik. Selain itu juga ia menumpukan soal kelebihan terapeutik dari akupuntur, herba, diet dan senaman.

Dalam Dinasti Han munculnya Treatis on Diseases Cause by Cold Factors yang ditulis oleh Chang Chung-ching. Salah satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Metarial Medica (Pen Tsao Kang Mu) yang ditulis oleh Li shih-chen semasa Dinasti Ming. Karya ini merupakan sebuah ensiklopedia yang menjelaskan mengenai 1,892 jenis perubatan. Hasil karya ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa asing dan cukup berpengaruh di negara-negara Asia Timur dan Eropah.

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang. Ini kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur itu membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Selain itu anggota badan manusia dikaitkan kepada lima unsur iaitu hati dengan kayu, jantung dengan api, perut dengan tanah, paru-paru dengan logam dan buah pinggang dengan air. Oleh itu dalam menyediakan ubat, bahan-bahan yang diberi mesti sesuai dengan keunsuran anggota tadi.

Secara ringkasnya penyakit boleh dirawat melalui tiga cara iaitu materia medica, moksibusi dan akupuntur. Kaedah pertama adalah menerusi rawatan secara pemberian bahan-bahan seperti herba dan bahan galian. Sehubungan dengan kaedah ini orang Cina telah membuat beberapa kajian mengenai beberapa aspek tumbuhan. Oleh itu mereka berjaya menemui alkaloid dalam efedia (sejenis sayuran) bagi mengubati penyakit asma atau lelah. Iodin dalam rumput laut bagi mengubati penyakit beguk dan sebagainya. Manakala cara kedua iaitu moksibusi merupakan cara perubatan yang menggunakan sumbu atau moksa yang dibuat dari herba tertentu untuk dilekatkan.

Akupuntur pula merupakan rawatan dengan memasukkan jarum pada tempat tertentu.

Sumbangan Terhadap Bidang Matematik

Dua buah karya matematik tertua Cina iaitu Chou Pei Suan King yang membicarakan mengenai kalender, pengiraan masa bayang-bayang dan mengandungi catatan matematik. Karya kedua ialah Chiu Chang Suan Shu yang mengandungi sembilan bab mengenai kira-kira, ukuran dan beberapa teori matematik. Semasa Dinasti Tang, matematik telah dimasukkan dalam

peperisaan. Pengajiannya mengambil masa tujuh tahun di Guozijian (kolej putera-putera negara) dan berdasarkan teks klasik berjudul Suanjing shi shu

(sepuluh risalah panduan matematik). Pada tahun 1084 teks ini telah dicetak. Namun demikian mata pelajaran matematik telah dikeluarkan dari peperiksaan awam kerajaan pada tahun 1230.

Namun demikian, ini bukan bermakna matematik tidak penting dalam kehidupan masyarakat Cina. Ia tetap menjadi satu unsur penting kepada tamadun Cina. Ini kerana setiap dinasti di China cuba membentuk sebuah pemerintahan yang lengkap. Sebagai contohnya gerakan penyatuan China yang dilakukan oleh Shih Huang-ti menjelaskan bagaimana beliau ingin mengadakan satu sistem sukat, ukur dan timbang yang standard bagi China.

Antara ahli matematik Cina yang terkenal ialah Liu Hui, Zhu Shijie (sekitar tahun 1300), Li Zhi (1192-1279) dan Li Shanlan (1811-1882). Liu Hui yang tidak diketahui riwayat hidupnya pernah menerangkan mengenai teorem matematik semasa meletusnya era Negeri-negeri Berperang (220-267 Masihi). Manakala Zhu Shijie merupakan sarjana pengembara yang pernah ke segenap pelusuk China bagi mengajar ilmu yang dibawa oleh beliau.

Dengan terjumpanya tulang-tulang binatang dan kulit kura-kura pada abad ke 14 S.M maka tulisan angka-angka yang mudah telah diketahui. Pada abad ke 3 Masihi muncul pula sistem tulisan yang stabil.

Perbincangan awal mengenai matematik Cina adalah berkenaan dengan segi empat ajaib. Perkara yang menariknya mengenai segi empat ajaib ini ialah apabila angka-angka baris yang menegak, mendatar atau miring di campurkan ia akan mendapat jumlah yang sama iaitu 15.

Orang Cina juga kewujudan angka positif dan negatif. Biasanya angka positif disukai kerana ia memberi makna keuntungan. Manakala angka negatif memberi keburukan iaitu mengenai hutang. Begitu juga dengan angka genab dan ganjil. Orang Cina menyukai angka genab yang membawa kabaikan, manakala angka ganjil memberi makna sial. Selain itu juga orang Cina juga elah pandai menggunakan angka perpuluhan berasaskan sepuluh dan aljabar.

Sumbangan Terhadap Bidang Astronomi

Dalam bidan astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan ynag berlainan tentang alam semestar. Pendangan pertama dekenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan keda menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.

Kajian astronomi Cina mempunyai kaitan dengan kepercayaan kepada alam ini sebagai makhluk yang hidup, apa jua kesakitan yang timbul daari satu bahagian

alam akan dirasai oleh alam yang lain. Dalam kepercayanan roh nenek moyang, orang Cina percaya bahawa roh-roh yang telah mati akan berhimpun secara kekal di langit. Oleh itu mereka mengadakan hubuangan dengan roh ini menerusi upacara pemujaan nenak moyang.

Orang Cina juag pecaya bahawa jika anak cucu yang melakukan perkara tidak baik maka nenek moyang mereka akan marah dan akan menurunkan malapetaka. Selain perkara ini orang Cina mengkaji astroomi juga kerana keperluan mengadakan kalendar. Kalendar adalah penting bagi urusan-urusan pentakbiran, menetapkan misim dan apa-apa juga pekerjaan.

Oleh kerana itu ahli astronomi merupakan pegawai kerajaan. Mereka percaya bahawa langit atau syurga akan memerhati maharaja dan kerajaannya. Oleh itu apabila wujudnya pentakbiran yang gagal maka wujudnya kekacauan dalam negeri. Pemerhatian alam semesta telah berlaku kira-kira 1300 S.M Contohnya kexing atau guest star yang sekarang dikenali sebagai Crab Nebula talah direkod pada abad ke-11 di China. Manakala komet Halley hanya boleh di kesan menerusi rekod Cina. Orang Cina juga mempelajari matahari dan

merekodkannya secara sistematik. Selain itu gerhana bulan dan matahari juga direkodkan.

Sumbangan Terhadap Bidang Fizik, Kimia dan Biologi

10

Bidang fizik Cina yang paling penting adalah perkembangan tentang magnet. Ahli nujum China telah menggunakan papan nujum yang bermagnet dengan melambangkan bahagian atas sebagai langit dan bahagian bawah sebagai dunia. Manakala penciptaan kompas awal berdasarkan ikan gabus yang menunjukkan arah utara-selatan yang diletakkan batu lod. Manakala

penggunaan jarum besi agak lewat dijumpai.

Manakala bidang kimia dimajukan oleh pengikut Tao. Kerja-kerja mereka dalam bidang kimia dikaitkan dengan dua tujuan. Tujuan pertama ini telah menggalakkan aktiviti sihat manusia seperti bersenam, pemakanan dan pernafasan. Selain itu juga mereka telah berjaya dalam mencegah mayat dari reput. Bukti mengenai kejayaan ini telah dapat di bongkar dalam satu penggalian di Wilayah Hunan pada tahun 1972. Penemuan mayat Puteri Dai yang meninggal dunia pada tahun 168 S.M membuktikan kejayaan ahli kimia Cina dalam proses mengelakkan mayat menjadi reput. Mayat yang ditemui itu kelihatan masih segar dan tidak reput.

Manakala tujuan kedua ialah usaha untuk menukar logam-logam bermutu rendah kepada emas dan perak. Usaha ini disertai dengan kepercayaan Yang dan Yin. Mereka percaya bahawa logam yang bermutu rendah boleh ditukarkan kepada logam berharga dengan menukarkan kandungan Yang dan Yin logam tersebut. Oleh kerana ketekunan mereka dalam ini maka mereka juga telah

11

mencipta beberapa peralatan penting bagi kajian kimia. Antaranya pengenalan alat dacing bagi mengukur berat bahan tertentu.

Salah satu ciri umum Tamadun China ialah ia merupakan sebuah tamadun pertanian. Oleh kerana itu juga berlakunya perkembangan dalam bidang biologi Cina. Secara tidak lansung, kita dapat melihat bagaimana binatang-binatang tertentu digunakan untuk tujuan ekonomi dan harian. Kerbau misalnya digunakan untuk aktiviti penanaman padi, kuda sebagai binatang tunggangan dan ikan mas dan anjing peking sebagai binatang belaan. Mereka juga memelihara serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga berguna bagi menghasilkan lilin dan mengadakan kawalan serangga perosak dengan menggantungkan sarang semut pada pokok buah-buahan.

Sumbangan Terhadap Bidang Penciptaan

Hasil daripada pengetahuan orang Cina ini maka terciptalah beberapa benda yang mempunyai pengaruh tertentu kepada dunia, antaranya ialah magnet. Orang Cina telah mengetahui mengenai magnet sejak zaman klasik China lagi. Namun penemuan sifat-sifat magnet telah dikembangkan lagi pada zaman Dinasti Han.

Selain itu, penciptaan mesin cetak dan kertas. Penciptaan mesin cetak telah berlaku pada zaman DinastiTang. Manakala kertas dicipta lebih awal daripada

12

penciptaan mesin cetak. Ia telah dicipta oleh Cai Lun pada tahun 105. Ciptaan kertas dan mesin cetak seterusnya membawa kepada perubahan kepada tamadun Barat. Ini kerana dengan penemuan kertas dan mesin cetak maka bermulanya Zaman Reformasi di Eropah. Orang Cina juga merupakan pencipta serbuk peletup. Ia dimulai oleh pengikutpengikut Tao yang mencampurkan arang kayu dengan kalsium nitrat dan sulfur. Perkara ini di sentuh dalam buku Taoisme yang melarang mencampurkan bahan-bahan ini terutama menambah sebatian arsenium, kerana dikhuatiri akan membawa kebakaran. Namun demikian bahan letupan yang mereka cipta hanya digunakan untuk bunga api. Manakala hubungan China dengan kuasa asing membawa kepada pengaruh penciptaan bahan peletup sebagai satu senjata.

Sumbangan Terhadap Perkembangan Teknologi

Salah satu kemajuan teknologi Cina yang memberangsangkan ialah dalam sektor perkapalan. Ini kerana China bukan sahaja mempunyai dua sungai terpenting iaitu Sungai Yangtze dan Sungai Kuning tetapi mempunyai kawasan perairan yang luas. Sementara itu terdapatnya bahan-bahan utama untuk pembinaan pengangkutan air seperti giant bamboo yang mempunyai ketinggian sehingga 24 meter. Pengangkutan air ini tetap digunakan sehingga sekarang dengan adanya rakit buluh yang digunakan di Sichuan.

13

Namun demikian buluh bukan sahaja digunakan untjuk membuat rakit, ia juga berguna untuk tiang-tiang dan layar kapal. Pembinaan Jong-jong Cina merupakan salah satu binaan perkapalan yang unik. Selain reka bentuk jongjong yang unik ini, ia juga mempunyai kedudukan yang kukuh.

Satu lagi kemajuan teknologi dalam Tamadun China ialah kincir air. Ia mencul pada sekitar tahun 30 S.M bagi kerja-kerja pegisaran bijirin dan kira-kira pada 30 Masihi bagi kerja-kerja membersihkan bijih.

Tamat.

14

Das könnte Ihnen auch gefallen