Sie sind auf Seite 1von 24

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Para ilmuan bahasa seperti R.O Winstedt, Marsden, Zaba ( Zainal Abidin B. Ahmad ) dan
kini Asmah Hj Omar, Abdullah Hasssan dan Nik Safiah Karim , telah sekian lama
memperkatakan tentang frasa, sebagai lanjutan daripada perbincangan-perbincangan awal
iaitu penggolongan kata. Frasa atau disebut oleh Zaba sebagai rangkai kata ini, adalah
salah satu daripada cabang ilmu linguistik yang penting,selain daripada fahaman fonem,
morfem, kata klausa dan ayat. Frasa ini juga boleh digolongkan di bawah perbincangan
sintaksis yang mengkaji ayat dan unsur-unsur yang terdapat di dalamnya, jenis-jenisnya
bentuk dan ragam ayat.

Manakala cabang lain adalah fonologi yang mengkaji tentang bunyi-bunyi bahasa,
morfologi yang menekankan kajian pembentukan kata morfem ( termasuk imbuhan ) dan
semantik yang mengkaji tentang tentang makna. Dalam hal ini, fokus kajian yakni frasa
kerja dengan adverba sebagai keterangan, telah menimbulkan reaksi yang pelbagai
daripada pengkaji-pengkaji bahasa. Ada pihak yang bersetuju dengan kewujudan
“adverba” sementara yang lain “ berhabis-habisan” menyangkal kewujudannya.

Beberapa pengkaji seperti Asmah Haji Omar, C.A MEES, Sutan Takdir Alisjbana dan
Za’ba sendiri meyakini kewujudan kata keterangan perbuatan (sifat kata oleh Za’ba).
Manakala Nik Safiah dan rakan-rakan dalam Tatabahasa Dewan tidak memperakui
kenyataan ini hatta kerana alasan yang dilihat wajar dan rasional. Sekalipun tatabahasa
Inggeris yang “lebih tua” menerangkan adverba dalam frasa kerja, namun “kemaruk” ini
jelas masih terus “membara”. Ketika kemusykilan masih wujud, kajian ini dijalankan,
bagi tujuan menghuraikan frasa kerja ( adverba) secara tuntas. Rujukan adalah data
korpus sama ada bercetak mahupun digital dengan menggunakan kaedah deskripsi
struktur.

1
1.1 Permasalahan Kajian
Frasa kerja dengan keterangan adverba, sering menimbulkan pro dan kontra atau persepsi
yang berbeza dikalangan pengkaji-pengkaji bahasa. Nik Safiah karim and et.al
(Tatabahasa Dewan,2002,:xiii) melihat keterangan dengan adverba ini, tidak sesuai
sebagai keterangan dalam bahasa Melayu. Ini adalah kerana konsep adverba hanya sesuai
untuk menerangkan perbuatan, sebagaimana dalam bahasa Inggeris yang mempunyai satu
struktur frasa predikat iaitu frasa kerja. (Ibid:iv)

Nik Safiah Karim and et.al (2002 : xiv) berpendapat bahawa istilah “keterangan” lebih
sesuai kerana “Keterangan”ini dapat menerangkan empat struktur frasa predikat dalam
bahasa Melayu iaitu kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama atau kata nama. Sebaliknya
keterangan dengan adverba hanya boleh menerangkan kata kerja. Contoh: “ dia berjalan
cepat”. Kata cepat dalam ayat tersebut menjadi unsur keterangan kata kerja iaitu adverba
(TatabahasaDewan2002:xiv)

Selain itu frasa kerja (adverba) dikatakan tidak mampu menerangkan frasa adjektif
keadaan. Contoh; “ pegawai itu sibuk selalu “ dan “mereka dengan segera ke Johor
Baharu” tidak mungkin dapat diterangkan dengan konsep adverba kerana kata kerja tidak
wujuddalamayat.

Berasaskan tiga faktor di atas, Nik Safiah Karim and et al. (ibid: xiv) bersepakat
menyangkal kewujudan frasa kerja (adverba) kerana sifat adverba yang terlalu khusus
dan tidak mampu menerangkan empat struktur frasa predikat yamg mempunyai ruang
lingkup keterangan yang lebih luas.

Bagaimanapun Asmah Haji Omar mempunyai pandangan yang berbeza dengan


meletakkan sekurang-kurangnya 29 subgolongan frasa adverba. Konsep adverba itu pula
boleh digunakan oleh frasa kerja sebagai keterangan (Asmah Haji Omar.1993: hal 285).

Dalam hal ini Za’ba meletakkan enam adverba yang berfungsi menerangkan kata kerja
sementara empat pula adverba menerangkan sifat nama. Namun Asmah tidak mempunyai

2
pembahagian khusus terhadap fungsi adverba sebagaimana yang dibuat oleh Za’ba.
Penggunaan frasa kerja dengan keterangan (adverba) ini amat penting untuk mengelaskan
berapa, apa, siapa, kenapa dan bagaimana perbuatan itu berlaku. Ini dapat dijelaskan oleh
frasa kerja waktu yang boleh menerangkan bila perbuatan itu berlaku. Sebagai contoh:
“pergi sekarang” “datang esok” dan “bermula hari ini”. perkataan “sekarang/esok dan
hari ini” dalam frasa kerja waktu (adverba waktu) di atas dapat menerangkan waktu atau
masa yakni bila datang? Jawapannya datang esok ; bila pergi? Pergi sekarang ; ini
bermakna perkataan adverba waktu itu dapat menerangkan perbuatan “datang, pergi dan
bermula”.

Selain itu, adverba ini juga dapat menjelaskan frasa kerja kekerapan yakni beberapa kali
sesuatu perbuatan ini di lakukan. Contoh frasa; “makan sekali,minum dua kali” masing-
masing dapat menjelaskan kekerapan perbuatan “makan atau minum” oleh si pelaku.
Demikian juga halnya dalam frasa kerja Durasi, yang dapat menerangkan cara bagaimana
sesuatu perbuatan itu dilakukan. Contohnya; “berjalan sepanjang malam” dan “bekerja
dua hari” dalam frasa-frasa yang dipaparkan itu, frasa kerja ialah “berjalan dan bekerja”.
Adverba yang bertangunjawab menjelaskan cara bagaimana perbuatan berturutan atau
berterusan, manakala “dua hari” juga merupakan adverba yang menerangkan perbuatan
“bekerja ” secara berterusan selama “dua hari”.

Pada dasarnya adverba yang menyusul selepas perbuatan dalam frasa-frasa yang diberi
dalam contoh di atas, sangat penting bagi memberi maklumat lanjut perbuatan pelaku.
Dengan penyertaan adverba waktu, maka waktu atau masa perbuatan dilakukan akan
dapat diketahui dengan jelas. Demikian juga adverba yang menerangkan kata kerja
kekerapan, iaitu dapat diketahui jelas kadar kekerapan sesuatu perbuatan itu dilakukan
oleh subjek. Bagaimanapun fenomena pengguguran adverba dalam frasa yang dipaparkan
di atas mungkin juga tidak akan menjejaskan makna pada frasa atau ayat berkenaan,
kerana frasa tersebut masih lagi mempunyai makna yang lengkap walaupun tanpa
keterangan (adverba). Contoh ; “pergi sekarang” atau “awak pergi sekarang”.
Pengguguran adverba “sekarang” tidak menjejaskan maksud ayat/frasa “pergi/awak
pergi”. Ini kerana ujaran tersebut dibuat di hadapan ”dilawan bercakap”. Lawan bercakap

3
pengujar dapat memahami kalimat yang para pengujar dan pendengar saling bertentangan
(Asmah Haji Omar). Namun tanpa “dilawan” bercakap di hadapan pengujar, perkataan
“pergi” mungkin menjadi ayat tidak bermakna.

Begitu juga pengguguran adverba bagi sesetengah jenis frasa kerja (adverba) boleh
membawa kesan yang “teruk” terutamanya dalam frasa kerja adverba (frasa preposisi)
dalam frasa kerja (adverba).Contoh “Saya ke kamar mandi untuk berwuduk dan bersolat”
atau “Saya melangkah menuju ke kaki sajadah” (Shahon Ahmad: Ranjau Sepanjang
Jalan). Kehilangan preposisi “ke” mencacatkan makna dan kegramatisan ayat-ayat
tersebut. Preposisi pada kebiasaannya menggunakan kata depan “dengan/ untuk /seperti /
ke / di dan seumpamanya”. Frasa kerja manfaat (adverba) misalnya; membaca◊
pengguguran kata depan “untuk” pada frasa ; “membaca untuk dia bertanding negara”, “
memasak untuk◊dia” , “bertanding untuk negara memasak tetamu”◊tetamu
menyebabkan maksud frasa agak terjejas. Frasa tanpa perkataan “untuk” telah
menjadikan makna frasa (predikat) menjadi longgar dan salah daripada kegramatisan
ayat/frasa (Asmah Haji Omar : Nahu Melayu Muktahir).

Penggunaan adverba dengan kata depan (preposisi) dan pengwujudan frasa kerja
(adverba keadaan) dapat menyangkal tanggapan dari tatabahasa dewan yang sebelum ini
adverba tidak dapat menjelaskan ayat yang tidak mempunyai kata kerja.
Zainal Abidin Ahmad, (2002) menjelaskan bahawa kata kerja/frasa kerja mungkin tidak
dapat menerangkan kata (keadaan/ kecantikan/ kepanasan dan seumpamanya) malah
tidak dapat dimasukkan dalam mana-mana (jenis perbuatan/sifat/sendi/seruan) kerana
beliau terpengaruh dengan nahu Bahasa Inggeris Tradisional (Za’ba: xxiii). Untuk
mengatasi masalah ini Za’ba telah memasukkan perkataan “keadaan” dalam definisinya.
Dengan ini Za’ba dikatakan dapat membebaskan diri daripada nahu Bahasa Inggeris
Traditional yang hanya dapat menjelaskan atau menerangkan kata keterangan untuk kata
kerja melalui “ A verb is a word which denotes action” (Nel xxiii),
Pengubahsuaian nahu Bahasa inggeris mengikut acuan bahasa melayu yang dibuat oleh

4
Za’ba ini dapat mengatasi keraguan Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan, 2002: xiv )
yang menyatakan adverba ini hanya sesuai untuk bahasa inggeris yang mempunyai
struktur predikat frasa kerja. Oleh kerana itu, maka wujudlah frasa kerja
musabab/adverba yang boleh menjawab pertanyaan (mengapa/,apa dan kenapa). Melalui
adverba musabab yang menggunakan kata depan ( kerana, sebab, oleh sebab/, oleh
kerana ) maka masalah atau kemusykilan dalam Tatabahasa Dewan itu telah berjaya di
atasi. Contoh; “oleh terlalu sibuk” dan “mereka dengan segera ke Johor Baharu”.
Perkataan “sibuk dan dengan segera” dapat menjelaskan keadaan atau situasi sesuatu
keadaan (Asmah Haji Omar: Nahu melayu Muktahir)
Berdasarkan beberapa contoh dan penjelasan di atas, dapat dinyatakan bahawa frasa kerja
(adverba) ini mempunyai pelbagai fungsi, yang menjurus kepada memberi keterangan
lanjut mengenai perbuatan atau keadaan, tetapi tidak menunjukkannya untuk menjadi
cerita. Meskipun Za’ba, Asmah haji Omar dan Abdullah Hassan melihat tentang
wujudnya perbezaan ketara dari segi jumlah frasa kerja dengan keterangan (adverba)
namun pihak-pihak berkenaan dapat melihat persamaan dari segi fungsi adverba yang
ada. Malahan mereka secara tidak langsung dapat memperlihatkan “keterangan kata
melalui frasa adjektif” semata-mata menimbulkan banyak kekeliruan tentang fungsi kata
atau frasa dalam struktur ayat. Sebagai contoh “baju itu merah”.

Menurut Tatabahasa Dewan, perkataan “merah” adalah sifat “baju” yang sememangnya
“merah” dan bukan “kuning” atau warna-warna lain. Setakat ini keterangan frasa adjektif
masih jelas dan tidak mengelirukan. Tetepi dalam ayat, “baju itu merah sekali”. Dalam
ayat yang kedua ini perkataan “baju” masih merupakan kata nama yang diterangkan dan
keterangannya ialah “merah sekali” . maknanya peranan “sekali” yang ditambahkan ke
atas perkataan sifat “merah”, tidak dikhususkan fungsinya. Frasa “merah sekali”
dijelaskan sebagai kata keterangan secara sekaligus. Tidak seperti dalam frasa kerja
adverba yang ditekankan peranan “sekali” sebagai kata penguat yang tergolong didalam
frasa kerja (adverba darjah atau kadar) ( Za’ba,2002).

Setakat ini timbul persoalan mengapa jumlah subgolongan adverba sebagai keterangan
frasa kerja ini tidak sama. Mengapa kewujudannya sebagai salah satu daripada golongan

5
kata Tatabahasa Melayu sukar diterima oleh satu pihak yang lain. Mengikut kajian yang
dijalankan oleh penyelidik berkaitan dengan penggunaan adverba sebagai kata
keterangan frasa atau kata kerja dalam buku Hikayat Abdullah menunjukkan adverba
dengan beberapa subgolongan amat penting untuk memberi maklumat lanjut mengenai
sesuatu perbuatan atau keadaan dan seumpamanya. Contohnya ialah penggunaan frasa
dari kata bantu “mesti” dan “harus”(Hikayat Abdullah).

Berdasarkan keterangan Asmah Haji Omar (Nahu melayu Muktakhir: 2002) perkataan
“mesti” adalah perkataan daripada golongan kata bantu aspek yang dilihat sebagai satu
perbuatan serta berfungsi sebagai kata keterangan. Manakala perkataan “harus” dianggap
sebagai adverba pemastian. Za’ba pula menyebutnya sebagai kata depan dan merupakan
sifat kata penentu. Lihat contoh penggunaan perkataan berkenaan dalam konkordan yang
berikut:
“Maka kata Tuan Reffles, “Itu tak boleh pakai, engkau ***mesti***ceterakan.” Maka
jawab Pangeran itu, “Baiklah tuan, sahaya tiada salah.
Maka jangan dijadikan isteri, dijadikan sahabatpun tiada ***harus***.

Penggunaan golongan adverba preposisi atau golongan kata tugas ini boleh dilihat
melalui perkataan “dengan keras” yang digolongan oleh Asmah sebagai adverba cara/
adverba gaya dan juga adverba perhinggaan:daya. Za’ba mensifatkannya sebagai “sifat
kata cara dan gaya”
Maka kalau ***dengan keras***ia menjadi tukang juga, dapat tiada perkakasan itu pun
rosak, dan benda yang hendak dibuatnya itu pun binasalah.
Disuruhnya ***dengan keras*** berbuat demikian
“....ia terlalu keras di Singapura yang mengata-ngata dan memaki-maki orang Thien Te
Hoe ini, maka dengan sebab itulah ***dengan keras***hendak dimasukkan.”
Maka apabila dilihat oleh Tuan Crawford akan hal yang demikian maka pada esoknya
***dengan keras*** disuruhnya pecahkan tembok sultan itu.
Maka dalam hal itu adalah beberapa pula surat yang dikirim oleh saudagar-saudagar dari
Singapura memanggil aku ***dengan kerasnya***.
Kalau raja-raja mengambil anak-anak perempuan orang kebanyakan hendak dibuatnya

6
gundik itu ***dengan kerasnya***, semata-mata tiada dengan reda perempuan itu,
istimewa ibu bapanya.
Hanya ***dengan keras*** hatinya diturutnya juga adat-adat bodoh itu, sebab telah
turun-temurun daripada nenek moyang bodoh juga.

Dengan itu penyelidik berpendapat usaha yang menyeluruh perlu dilakukan untuk
meneliti fungsi adverba sebagai keterangan dalam frasa kerja. Beberapa kekeliruan yang
timbul sebagai akibat perbezaan pendapat antara Tatabahasa Dewan dan beberapa
pengkaji yang pro kepada keperluan adverba perlu diselesaikan dengan cara profesional
yakni berasaskan “bukti”. Fungsi adverba sebagai keterangan dalam frasa atau kata kerja
perlu diketengahkan serta dibuat berdasarkan fungsi dalam struktur sintaksis melalui
penelitian dalam data komputer daripada pelbagai bahan bercetak atau digital. Bahan-
bahan kajian ini juga adalah bahan korpus daripada karya yang telah dibukukan, serta
dapatan perlu diedit dengan teliti sebelum ianya diterbitkan. Melalui penganalisaan dan
penghuraian fungsi adverba sebagai keterangan frasa kerja, akan dapat menyingkap
kebolehpercayaan para pengkaji bahasa tentang perlunya adverba di dalam tatabahasa
Melayu.

1.3 Objektif Kajian


Kajian ini dilakukan adalah untuk menghasilkan rumusan rumus tatabahasa korpus digital
iaitu:

1. mengenal pasti frasa kerja dengan keterangan (adverba) berdasarkan tinjauan


korpus bercetak dan digital.

2. mengenal pasti fungsi setiap setiap frasa kerja (adverba ) struktur ayat (sintaksis)
menghasilkan deskripsi adverba sebagai penerang frasa kerja yang tuntas.

3. meninjau kesan kajian ini terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di peringkat institusi pendidikan (sekolah Menengah)
mencadangkan modul pengajaran frasa kerja dengan keterangan (adverba)

7
berdasarkan standardisasi

1.4 Kawasan Kajian

Kajian ini dilakukan di kalangan guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah


Kebangsaan Kota Kuala Muda, Kedah yang terletak di dalam daerah Kuala Muda,
Kedah.

1.5 Skop Kajian

Dalam penyelidikan ini, kajian akan difokuskan kepada beberapa aspek yang penting
iaitu data korpus klasik dan moden sama ada yang bercetak atau digital dan frasa
kerja(adverba) dalam pengajaran dan pembeajaran Bahasa Melayu kepada tiga cara
pengealpastian seperti yang telah dinyatakan dalam objektif kajian. Data yang digunakan
kajian ini terbatas kepada guru-guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan
Kota Kuala Muda.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini juga diharapkan dapat menyumbangkan satu bidang ilmu khususnya
penghuraian frasa kerja dan adverba sebagai keterangan dalam Bahasa Melayu.
Selain itu ia akan memperlengkapkan Tatabahasa Melayu dengan memasukkan adverba
sebagai keterangan dalam frasa kerja dengan cara mengenalpasti dan menjelaskan fungsi
adverba. Ia juga dapat menambahkan satu ilmu pengetahuan , satu kajian yang melihat
perbezaan frasa adverba atau frasa adjektif disamping menyumbangkan bahagian
manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah
menengah tentang :

1.6.1 Penjelasan fungsi adverba dan frasa kerja papar mudah difahami dan
berkesan.

8
1.6.2 Menentukan arah tuju adverba (frasa kerja) agar berfokus memanafaatkan
kepentingannya

1.6.3 Menyediakan satu asas untuk kajian-kajian lanjutan frasa kerja (adverba)
sama ada mengesahkan kajian sedia ada atau berfokus pada aspek lain.

1.7 Kajian Lepas

1. Tatabahasa Diskriptif dan Tatabahasa Melayu


Mengkaji bahasa dengan menggunakan pendekatan deskriptif adalah berasaskan fonem
dan morfem. Melalui unit asas ini suatu teori dibentuk mengenai pengwujudan bahasa
yang juga memperincikan sistem pengwujudan bahasa berkenaan.
Tumpuan pendekatan deskriftif adalah dalam pelbagai bentuk pertuturan manusia yang
menyebabkan pendekatan ini mengaitkan kajian dengan disiplin ilmu yang lain,
terutamanya sosiologi, psikologi dan antropologi (Gleason,1961)

Kajian linguistik ini banyak berfokus kepada menentukan kegramatisan ayat. Dalam hal
ini ahli bahasa perlu membuat penyeluruhan terhadap korpus atau bahan untuk kajian
bagi mewujudkan sebuah hasil tatabahasa deskriptif. (Gleason,1961: 202). Apa yang jelas
tatabahasa deskriptif ini memerlukan satu set pernyataan yang dirancang dengan cara
sistematik mengenai pola-pola pembentukan sesuatu pernyataan tatabahasa.

Lazimnya linguastik deskriptif ini bermatlamat untuk memberi kefahaman mengenai


bahasa dengan cara menganalisis sesuatu bahasa untuk pelbagai fungsi. Antaranya kajian
tentang sesuatu bahasa tetapi dikaitkan atau dibandingkan dengan bahasa yang lain
khususnya dari segi struktur bahasa (Lehmann 1971). Oleh itu dapat difahami bahasa
tatabahasa deskriptif ini adalah memberi huraian mengenai ayat sesuatu bahasa yang
menjelaskan pola-pola sesuatu ayat. (Gleason:1961)
Nida (1963) merumuskan pendekatan tatabahasa deskriptif ini memerlukan:

9
1.Data-data diperolehi daripada pelbagai sumber sebenar yakni melalui pengalaman
sendiri atau sumber yang boleh dipercayai, mengenai penggunaan sesuatu bahasa.
2.Simbol-simbol fonemik hendaklah dilakukan pelarasan agar tidak mengelirukan
3.Data-data di analisis dengan cara mencari persamaan dan perbezaan. Kemudian
pengkelasan data dibuat untuk melihat pola-pola dan menghasilkan rumus.

Korpus adalah bahan untuk kajian. Ia merupakan set teks yang berstruktur dan sedia
untuk dianalisis. Kebiasaannya korpus mengandungi sebuah teks sama ada dalam satu
bahasa atau data dalam beberapa bahasa.

Jadi, tatabahasa korpus ini merupakan suatu kajian dengan menggunakan sampel korpus
dari teks sebenar. Data-data korpus yang disampaikan dalam bentuk. Konkordans adalah
menekankan penggunaan kata-kata utama berdasarkan konteks atau tajuk yang hendak
dikaji pada sesuatu bahan kerja. Dalam hal ini penggunaan konkordans amat memerlukan
pengasingan data mengikut fungsi dan ini dilakukan secara manual.

Kajian korpus ini agak praktikal kerana pengkaji akan menganalisis data daripada bahan
bercetak atau kini dalam bentuk digital, tanpa menggunakan tanggapan semata-mata atau
data-data dari informen yang bersifat subjektif. Apa yang pasti kajian korpus bercetak
atau digital ini lebih tepat dan boleh dipercayai.

Setakat ini, kajian korpus telah dibuat oleh Eaton (1940) cengan membuat perbandingan
makna perkataan beberapa bahasa seperti bahasa Jeraman, Belanda, Itali dan bahasa
Perancis. Manakala Prayer (1889) mengkaji bahasa kanak-kanak yang dirakam dalam
diari. Fries (1952) dengan menggunakan korpus “transkrip perbualan-perbualan telefon”
membolehkannya membentuk sebuah tatabahasa deskriptif bahasa Inggeris. Oleh itu,
kajian mengenai penggunaan korpus telah melahirkan satu diskripsi antartik dengan data-
data empirikal yang bersifat intensif berbanding sebelumnya yang hanya berbentuk kaji
diri (instrospection). ( Quirck and et al. (1972))

10
1.8 Metodologi kajian
Satu kaedah kajian digunapakai dalam kajian ini iaitu kaedah perpustakaan.

1.8.1 Kaedah Perpustakaan


Kaedah perpustakaan digunakan untuk mencari maklmat tentang kajian lepas, analisis-
analisis dan bahan-bahan yang berkaitan dengan strukur dan fungsi frasa kerja (adverba).

Definisi Frasa Kerja (Adverba)


Frasa kerja
Abdullah Hassan (2002:233) menyatakan bahawa frasa ialah sekumpulan perkataan.
Tetapi, boleh juga didapati dalam satu perkataan. Za’ba menyebut frasa ini sebagai
rangkaikata. Contoh; rumah, burung, sekolah, ketua, makan, main dan cantik adalah
rangkaikata atau frasa satu perkataan. Manakala; dua buah rumah besar, tiga ekor anak
burung gagak dan dua buah sekolah jenis kebangsaan adalah frasa dalam bentuk
sekumpulan perkataan. (Abdullah Hassan:2002/ 233-234).
Ini bermakna frasa kerja ialah rangkaikata (sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
sekumpulan perkataan) yang mempunyai inti daripada golongan kata kerja. Abdullah
Hassan (2002:173) menjelaskan frasa ialah serangkai perkataan yang menceritakan
perbuatan. Oleh itu, frasa kerja mesti mengandungi kata kerja didalamnya. Frasa kerja
boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih. Dalam frasa kerja ini terdapat inti iaitu
perkataan kata kerja. Perkataan-perkataan lain, selain kata kerja itu juga disebut sebagai
penerang kata kerja. Penerang kata kerja ini pula ialah sebahagian daripada frasa kerja
(Abdullah Hasan, 246-247). Contoh Frasa kerja; datang lambat, sudah balik, bekerja kuat.
perkataan “lambat,sudah dan kuat” adalah penerang kata kerja yang termasuk sebagai
frasa kerja.
Asmah Haji Omar (1986 : 285) menjelaskan bahawa frasa kerja boleh terdiri dari frasa
eksosentrik atau endosentrik. Beliau menyarankan bahawa frasa kerja endosentrik
minimal terdiri daripada kata bantu atau kerja utama. Manakala frasa kerja endosentrik
bukan minimal terdiri daripada inti yakni wajib ada sekurang-kurangnya satu keterangan

11
inti dalam frasa kerja serta boleh terdiri dari satu atau dua unsur. Andai terdapat dua unsur
maka wujudlah pula inti nukleas dan bukan nukleas, kedua-dua inti ini diwakili oleh
gabungan kata kerja bantu atau kata nafi dan kata kerja utama. Pemilihan nukleas jatuh
pada inti yang mempunyai tekanan yang paling keras. Jadi inti pula boleh terdiri dari kata
kerja bantu atau kata kerja utama.

Keterangan boleh terdiri dari kata kerja, kata nama, karta sifat atau adverba. Dalam
konteks ini pengkaji akan memfokuskan penyelidikan dari aspek keterangan oleh kata
atau adverba. Nik Safiah Karim and et al. (2002:365) berpendapat bahawa frasa kerja
ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya ialah
kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kata
kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti satu atau
deretan perkataan. Manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur
lain. Dalam hal ini unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh hadir dalam frasa kerja
dan tentunya membawa fungsi-fungsinya yang tersendiri. (Nik Safiah Karim and et al.:
366)

Selain itu, Za’ba melihat frasa kerja itu sebagai perkataan perbuatan yang mempunyai
dua subgolongan utama. Iaitu perbuatan yang melampau atau kata kerja transitif dan
perbuatan tidak melampau (kata kerja tidak transitif). Menurut Za’ba, perbuatan
melampau itu ialah yang mengenai maknanya kepada benda lain, tidak terhenti pada diri
pembuatnya sahaja. Sebagai contoh; “baca surat dan baca tulisan”. Benda yang kena oleh
perbuatan melampau itu dinamakan “penyambutnya” iaitu, “surat dan tulisan”. Beliau
juga menekankan bahawa setiap perbuatan itu sentiasalah berkehendakan penyambut.
Sementara itu, perbuatan tidak melampau itu ialah yang akan terhenti maknanya dengan
diri pembuatnya itu sahaja. Contohnya; “saya jatuh dan kucing itu tidur”. “tidur dan
jatuh” dalam ayat tidak mengenai orang lain melainkan pembuat yakni “saya dan kucing”
itu sendiri. (Za’ba,2000:132)

2 Penghuraian Frasa Kerja (Adverba)


Frasa kerja (adverba) ini dapat dihurai berdasarkan jenis dan fungsinya di dalam ayat.

12
Ahli bahasa seperti Za’ba, Asmah Haji Omar, Abdullah Hassan dan Nik Safiah Karim
mempunyai cara sendiri dalam membicarakan jenis dan fungsi frasa kerja (adverba)
berkenaan.

Menurut Asmah Haji Omar (1986) frasa kerja ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu
frasa kerja endosentrik selapis, frasa kerja kompleks tak setara atau berlapis dan frasa
kerja kompleks setara dan majmuk. Dalam frasa kerja endosentrik selapis, beliau
menjelaskan tentang kewujudan kata kerja bantu atau kata kerja utama dalam frasa
minimal. Manakala frasa bukan minimal mempunyai sekurang-kurangnya satu inti dan
satu keterangan sama ada dari kata kerja, kata nama dan kata sifat adverba. Asmah Haji
Omar (Nahu Melayu Muktakhir:1986) juga berpendapat frasa kerja boleh mengambil
semua adverba sebagai keterangan (hal:285). Beliau menghuraikan frasa kerja (adverba )
berdasarkan fungsi berikut;

-Menerangkan kadar frasa kerja adverba kekerapan atau beberapa kali perbuatan
dilakukan. Seperti: “sekali, dua kali, beberapa kali, seringkali, selalu, kadang-kadang,
jarang,banyak kali, berulangkali”.

-Menerangkan tempat berlakunya perbuatan (frasa kerja adverba tempat) kata depan; di
tepi pantai, di bandar, di seberang, di tempat itu, di rumah itu, di Kuala Lumpur, di luar,
di sana, didalam, di situ, di sini, di atas, di bawah, di depan, di belakang, di sisi, di tepi,
pada saya, pada orang itu, pada fikiran saya”

-Menerangkan gaya perbuatan dilakukan (frasa kerja adverba gaya) dengan kata depan
“dengan”. “dengan cepat, dengan tersedu-sedu, dengan keras,dengan rancak”.
Keterangan boleh dibuat secara berganda “ dengan cepat-cepat, bekerja kuat-kuat”.

-Menerangkan perbuatan bersama iaitu adverba penyertaan melalui kata depan. Seperti;
“dengan” (dengan dia, dengan Minah), “bersama” (bersama adik awak)

13
-Menerangkan sifat perbuatan perbandingan (frasa kerja adverba kiasan) melalui kata
depan. Seperti; laksana, umpama, seolah-olah, seakan-akan, semacam, bagaikan, tidur
ayam, jinak merpati, pekak badak dan tobat nasoha.

-Menerangkan perbuatan kepada siapa (frasa kerja adverba manfaat) dengan kata depan;
kepada (kepada adiknya) dari (dari persatuan guru)“untuk” (untuk dia, untuk negara)

-Menerangkan dengan apa sesuatu perbuatan itu dilakukan (adverba alat). Dijelaskan
dengan kata depan “dengan”. (dengan pisau, dengan keretapi, dengan tangan)

-Menunjukkan cara atau kaedah perbuatan dilakukan (adverba cara) dengan kata depan
“dengan”. (Dengan berbisik, dengan memekik) atau sikap perbuatan seperti; “kahwin
lari, serang hendap”. Atau “begini, begitu, demikian”

-Menerangkan arah perbuatan itu dilakukan (adverba arah)dengan kata depan; dari,
melalui, ke dan kepada. (dari rumah, dari hulu, dari arah itu, kepada ibu, kehilir, ke arah
kami, ke utara)

-Menerangkan masa perbuatan dilakukan (adverba waktu) seperti; (sekarang, tadi ,kini,
semalam) atau ditandai kata penghubung seperti; (apabila, bila, ketika,tatkala, manakala,
pada,masa, pada waktu, semasa, sewaktu) atau dengan kata depan “se” (sekembali,
sepulang, setiba, sepergi, sebelum, sesudah) atau (hari ini, minggu lalu, bulan depan,
pukul sepuluh pagi, pada minggu ketiga, pada masa itu, dalam tahun ini, pada bulan
safar)

-Menjawab pertanyaan dari apa (adverba muasal) dengan menggunakan kata


depan;“Dari” ( dari marmar, dari kulit, dari kayu, dari rumput.)
Menerangkan perbuatan terus-menerus (adverba durasi) seperti; (sentiasa, sebentar,
sekejap) atau kata depan “se” (sehari-hari, semalam-malaman) atau keadaan sepanjang
(sepanjang tahun, sepanjang hayat, sepanjang hari,) atau “selagi dan selama” (selagi kita

14
tinggal di sini, selagi kita bekerja keras)

-Menjelaskan batas atau had perbuatan (adverba perbatasan) iaitu; (hanya, Cuma, sahaja,
hanya dengan sahaja)

-Menerangkan tempat atau waktu bermula dan berakhir bagi sesuatu perbuatan (adverba
perhinggaan) contoh; (sampai, hingga) atau menerangkan perhinggaan waktu) contoh
(dengan kata depan – hingga akhir bulan, hingga pukul dua, hingga habis cutinya, sampai
tetamu tiba), perhinggaan tempat (hingga ke jalanraya, sampai ke hospital), perhinggaan
daya (mati-matian, habis-habisan)

-Menerangkan kebenaran serta kesungguhan perbuatan (adverba kesungguhan) seperti;


(langsung, betul-betul, benar-benar, sama sekali)

-Menerangkan permulaan peristiwa atau perbuatan (adverba permulaan) seperti;


“sejak,mula,semenjak” (sejak perang dulu, mula dari pagi, semenjak dia kecil lagi)

-Menerangkan tujuan untuk apa perbuatan dilakukan (adverba tujuan) seperti; “supaya,
agar, agar supaya, untuk” (supaya lekas naik pangkat, agar selamat sejahtera, agar supaya
tidak didengar orang, membawa orang sakit ke hospital) atau buat apa perbuatan
dilakukan, “gemar, benci, suka, ingin, pergi, masuk”

-Menerangkan perbuatan bersyarat (adverba syarat) seperti; “jika, kalau, jikalau,


andaikata, seandainya, sekiranya” (kalau tidak mahu datang, jika keadaan kewangan
mengizinkan, andaikata hujan tidak turun)

-Menerangkan dua keadaan yang saling bertolak ansur (adverba tolak ansur) seperti:
“sungguhpun, meskipun, walaupun” (sungguhpun hari sedang hujan, walaupun badannya
kurus, meskipun majlis keramaian belum selasai) atau tambah gandaan “setinggi-tinggi,
sepandai-pandai, sekaya-kaya” (setinggi-tinggi bangau terbang, sepandai-pandai tumpai

15
melompat)
-
Memastikan suatu perbuatan dengan (adverba pemastian) dengan kata ; “pasti, tentu,
tentu sekali” (pasti lulus, tentu hadir)

-Menerangkan ukuran atau kata bilang jauh (adverba kejauhan) seperti; (dua batu, lima
kilometer)

-Menerangkan sebab-musabab keadaan atau perbuatan berkenaan berkeadaan sedemikian


sekaligus menjawab pertanyaan “mengapa, kenapa, apa sebab”, dengan iringan kata
penghubung “sebab, kerana, oleh sebab, oleh kerana” (cerai mati, meninggal kerana sakit,
demam panas berusaha kerana nama)

-Menerangkan perkembangan perbuatan (adverba permakinan) seperti; “makin dan


semakin” (semakin membesar, semakin cepat)

-Menjadi inti pertanyaan (adverba pertanyaan) bagi sifat


Tempat (di mana)
Waktu (bila, pukul berapa)
Arah (ke mana, dari mana)
Muasal ( dari apa )
Penyertaan (dengan siapa)
Gaya (bagaimana, macam mana)
Cara (bagaimana, macam mana dan dengan cara bagaimana)
Musabab (mengapa,kenapa,apa sebab, sebab apa, apa pasal, hingga mana?)
Perhinggaan ( sejak bila, hingga bila, sampai mana, hingga mana)
Permulaan (sejak bila, dari bila)
Tujuan (untuk siapa, buat apa)
Manfaat (untuk siapa, dari siapa)
bilangan (berapa, berapa orang, berapa ekor)
kejauhan atau jarak ( berapa jauh)

16
durasi (berapa lama)
ukuran ,saiz dan kapasiti (berapa besar, berapa berat)

-Menerangkan perbuatan yang masih tertangguh atau perbuatan sampingan (adverba


mentara) seperti; “sementara, sambil” (sementara menunggu kedatangan pengantin,
sambil berbual-bual)

-Menerangkan tempat merujuk (adverba rujukan) seperti; (menurut, mengikut, berhubung


dengan, merujuk kepada, berdasarkan, berdasarkan kepada, berkenaan dengan) atau
dengan kata berlapis iaitu “sekehendak, semahu, sesuak” (semahunya, seuka, sekehendak
hati kita)

-Menjelaskan siapa pelaku perbuatan (adverba agentif) dengan kata depan “oleh” (oleh
Ahmad, oleh tukang kayu)

-Menerangkan kata kerja atau kata sifat dalam ayat yang mendukungnya tanpa merujuk
ayat lain. Atau merujuk pernyataan yang terdapat dalam ayat sebelumnya (adverba
Anafora).

Adverba anafora ini pula boleh menjelaskan;


a. musabab seperti (oleh itu, oleh, kerana itu, oleh sebab itu, sebab itu, dari itu)
b. cara seperti (dengan itu, dengan demikian, dengan demikian itu, oleh yang demikian,
dengan hal yang demikian)
c. waktu seperti (kemudian, sesudah itu, sebelum itu, lalu, pada masa itu, ketika itu,
tatkala itu)
d. kebarangkalian seperti (barangkali, boleh jadi, agaknya, mungkin)
e. tolak ansur seperti (bagaimanapun juga, walaubagaimanapun juga, sungguhpun
demikian, sungguhpun begitu, meskipun demikian, namun, namun demikian, namun
begitu)
f. syarat seperti (jika demikian, jika begitu, jikalau demikian, jikalau begitu)
g. tokokan seperti (tambahan lagi, tambahan pula, lagi pula, lagipun, lebih-lebih lagi, apa

17
lagi, di samping )
h. akibat seperti “jadi, maka, alhasil, akibatnya” (loceng berbunyi kerana, maka murid-
murid pun, jadi polispun...)
i. perlawanan seperti satu preposisi seperti (sebaliknya) ayat ada kata nati

Frasa adverba kompleks


Adverba jenis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu
1. frasa adverba kompleks tak setara
2. frasa adverba kompleks setara

Dalam frasa adverba kompleks tak setara, frasa eksosentrik berlapis atau frasa preposisi
begitu dominan penggunaannya dengan kata depan seperti “ di, untuk dan seperti” pada
dasarnya frasa adverba ini lebih kepada menerangkan frasa sifat (adjektif) daripada
menerangkan frasa kerja.

Frasa adverba kompleks setara pula terbahagi kepada dua subgolongan. Pertama frasa
adverba kompleks setara dengan kata penghubung boleh berfungsi menerangkan frasa
sifat dan juga frasa kerja. Lazimnya adverba jenis ini menggunakan kata seperti (dan,
atau, tetapi) untuk mewujudkan frasa adverba kompleks setara dengan kata penghubung.

Selain itu, frasa preposisi digunakan dan ini dapat di terangkan dengan kata seperti
(kadangkala, selalu, hari ini, esok) yang kebiasaannya bergabung dengan kata hubung
ganti (hari ini dan esok, kadangkala atau selalu dan seumpamanya).

Kedua frasa adverba kompleks setara tanpa kata penghubung mempunyai tiga
subgolongan iaitu; pertama frasa adverba kompleks arah yang mana ia boleh
menerangkan frasa kerja dan frasa sifat dengan kata depan “ke” iaitu (ke mari, ke sana,
ke hulu, ke hilir). Kedua ialah frasa adverba kompleks setara waktu yang boleh
menerangkan waktu bila perbuatan berlaku seperti (besok lusa, tulat). Manakala ketiga
ialah adverba kekerapan waktu dengan menggunakan keterangan seperti (kadangkala)

18
Za’ba juga dilihat menghuraikan frasa kerja (adverba) atau disebut rangkaikata perbuatan
(sifat kata) berdasarkan fungsinya di dalam ayat. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan
kenyataan, “sesuatu perkataan itu boleh jadi sifat nama pada satu tempat dan sifat kata
pada tempat yang lain pula; iaitu mengikut kerjanya sama ada menerangkan nama atau
lain daripada nama” (Za’ba :1965: 153).

-Menerangkan tempat berlakunya perbuatan (keterangan tempat) dengan menggunakan


kata (dahulu atau kemudian) dan (jauh, hampir,dekat) atau keterangan dengan gabungan
sendi nama dan nama atau gantinya iaitu (“di, ke, dari”- di mana,ke mana, dari mana, di
sini, ke sana, dari situ )

-Menerangkan sebab atau tujuan bagi menjawab pertanyaan mengapa atau kenapa. Ini
dapat di lihat fungsinya dengan menggunakan rangkaikata atau partikel asal (kerana,
oleh, sebab)

-Menerangkan darjah atau kadar sifat atau perbuatan seperti (hampir, lebih, kurang,
cukup, beberapa, sedikit, sekali-kali) atau menerangkan sangat kurang, lebih, lebih
kurang seperti; (amat, sekali, sangat, benar, terlampau, sungguh, betul, hanya, paling,
terlalu, tersangat, sahaja, lagi, pula, juga) atau Atau (lebih kurang) atau menerangkan
kadar perbuatan dengan gandaan “kali” seperti (kali-kali, berkali-kali, tidak sekali-kali).

-Menjelaskan keadaan sesuatu perbuatan (sifat kata penentu) sama ada benar atau itu
dengan perkataan seperti (tentu, ia, bukan, tidak, tiada, jangan, entah, sungguh,
sesungguhnya, sekiranya, barangkali, agaknya)

-Menerangkan bilakah berlakunya sesuatu perbuatan (sifat kata masa) dengan


menggunakan perkataan seperti (lama, sekejap, sentiasa, berkadang) terdapat tiga
subgolongan iaitu;

-menentukan bila berlaku perbuatan dengan perkataan seperti (sekarang, tadi, baru,
dahulu, kemudian, semalam, kelmarin, esok, bila, apabila, tatkala, manakala, telah,

19
setelah, sudah, tengah, sedang, masa, belum, akan, kelak)

-menentukan lama atau sekejap sesuatu perbuatan atau sifat dengan perkataan seperti
(sebentar, sekejap, sejurus, seketika, sentiasa, semalam-malaman, sehari-harian, segera,
selama-lamanya)

-menentukan perkataan berulang dengan perkataan seperti (sekali, sekali-kali, kerapkali,


selalu, jarang-jarang, kadang-kadang, terkadang-kadang)

-menerangkan sifat kata gaya atau cara sesuatu perbuatan. Ini dapat dilakukan dengan
menggunakan perkataan seperti (begini, begitu, betapa, lambat, elok-elok, perlahan-
lahan.).

Apa yang jelas, kata keterangan frasa kerja (sifat kata) dalam buku Za’ba amat ringkas
tetapi berfokus yakni wujud pembahagian kata keterangan di antara sifat nama (adjektif)
dan sifat kata (adverba yang menerangkan sifat perbuatan sebagaimana yang disebutkan
di atas). Menurut Za’ba juga setiap sifat kata boleh menerima “darjah atau pangkat” sama
ada pangkat biasa, sama, berpangkat lebih atau kurang, dan pangkat penghabisan. (Za’ba:
1965:171-173)

Sementara itu Abdullah Hassan (2002:247-248) menyatakan frasa kerja mempunyai


penerang seperti objek, pelengkap, kata penguat, nama, kata bantu, kata sendi, dan sifat
kerja. Sifat kerja ini dilihat sebagai adverba, bagaimanapun Abdullah Hassan tidak
membuat penghuraian khusus mengenai adverba di dalam frasa kerja.
Nik Safiah Karim and et al. (Tatabahasa Dewan: 2002: xiii-xiv) pula telah menegaskan
bahawa golongan kata adverba “belum dapat diterima”, malah mereka dengan tegas
berpendapat bahawa golongan kata adverba ini “tidak perlu dan tidak tepat bagi Bahasa
Melayu”. Beberapa alasan yang dikemukakan oleh Nik Safiah Karim and et al. untuk
menyangkal golongan kata adverba ini iaitu kata adverba ini hanya sesuai dengan bahasa
seperti Bahasa Inggeris yang mempunyai cuma satu struktur frasa predikat iaitu frasa

20
kerja dalam ayat.

Oleh kerana kata adverba dilihat hanya mampu menerangkan frasa yang mengandungi
kata kerja, maka mana-mana frasa atau kata dalam struktur ayat yang tiada kata kerja,
kata adverba ini gagal berfungsi. Contohnya dalam ayat :

“Pegawai itu selalu sibuk”


“Mereka dengan segera ke Johor Baharu”.

Dalam ayat di atas perkataan “selalu” dan “dengan segera” yang menjadi inti cerita bukan
satu kata kerja. Oleh itu, kata adverba tidak dapat berfungsi sebagaimana sepatutnya
(Ibid:xiv)

Dalam hal ini Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, melihat kata adjektif lebih praktikal
kerana kata keterangan (kata adjektif) lebih bersifat menyeluruh (luas) serta boleh
berfungsi (menerangkan) kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, atau kata nama.
Malah unsur keterangan yang wujud dalam Tatabahasa Dewan, Cuma terdiri daripada
frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama. (Nik Safiah Karim; 2002: xiv

3.Adverba
Menurut Asmah Haji Omar (1986:178) adverba ialah kata yang berfungsi pada anjung
ayat dalam struktur subjek – predikat – objek – anjung (kedudukan adverba). Dikatakan
bahawa adverba ini boleh diwujudkan oleh kata selapis atau kata berlapis. Kata selapis
adalah seperti sama, situ, sini, tadi dan sekarang. Manakala kata berlapis ditandai oleh
awalan dan akhiran. Lazimnya imbuhan “se – an”. Adverba ini pula boleh dihadiri oleh
kata nama, kata kerja utama, kata kerja bantu dan kata sifat. Menurut Asmah juga,
adverba ini mempunyai subgolongan yang agak banyak yakni 29 golongan(1986:183).

Apa yang pasti adverba ini dilihat sebagai penerangan lanjut selepas inti ayat atau frasa
yakni kata kerja, kata sifat dan seumpamanya.

21
Berbeza dengan Za’ba (2000:161), yang menjelaskan bahawa perkataan sifat itu
terbahagi kepada dua yakni satu daripadanya menerangkan nama atau gantinya
dinamakan sifat nama, satu lagi menerangkan dari hal perkataan-pekataan lain daripada
nama atau gantinya, dinamakan “sifat kata”. Dalam hal ini sifat kita dilihat lebih hampir
kepada kehendak konteks iaitu keterangan kata kerja (adverba).

Mungkin ini disebabkan Za’ba banyak mencendok tatabahasa Inggeris yang menjelaskan
“adverba” sebagai keterngan kata kerja yang menjadi struktur tunggal di dalam ayat
predikat bahasa ini (Bahasa Inggeris). Bagaimanapun Za’ba telah mengubahsuai sifat
kata Bahasa Melayu ini hingga bukan sahaja dapat menerangkan perbuatan tetapi juga
sifat atau keadaan sesuatu perbuatan atau nama (Za’ba:2000/161). Za’ba juga telah
membuat pembahagian yang jelas mengenai perbuatan sifat ini. sifat nama dibahagikan
kepada 4 subgolongan berasaskan kepada fungsi yang pertamamenerangkan sifat jati,
menerangkan banyak, menjadi petunjuk dan menjadi pencerai (Za’ba: 164-165).
Manakala sifat kata terbahagi kepada enam yakni menerangkan gaya atau cara perbuatan
dilakukan, menerangkan nama, dengan tiga subgolongan, menerangkan tempat
berlakunya perbuatan, menerangkan sebab atau tujuan, menerangkan darjah sifat atau
darjah perkataan dan menerangkan keadaan sesuatu perbuatan atau sifat yakni benar atau
sebaliknya (Hal: 170-172).

Pada Za’ba, sifat kata wujud selepas kata kerja dan sifat nama selepas kata nama.
Tumpuan kajian ialah sifat kata yang sangat hampir kepada keterangan kata kerja
(adverba). Walaupun Za’ba menjelaskan sifat nama juga tidak hanya terbatas kepada kata
sifat (sifat nama) tetapi juga meliputi kata adverba (Za’ba,2000: xxix)
Nik Safiah karim et al. (2002:xiv) menerangkan bahawa adverba itu membawa
pengertian bentuk kata yang berfungsi menerangkan kata kerja dalam predikat. Misalnya:

Dia berjalan cepat.


Air sungai mengalir dengan tenangnya.

22
Perkataan seperti “cepat dan tenang ” dan sebagainya menjadi unsur keterangan kepada
kata kerja. Namun mereka memikirkan bahawa adverba ini belum sesuai menggantikan
frasa adjektif yang sedia ada dan lebih bersifat menyeluruh (2002:xiv)

Manakala Sulaiman Masri et al. (2002:19) menerangkan bahawa adverba ialah kata yang
digunakan untuk memberi penjelasan kepada kata kerja, kata sifat dan kata adverba itu
sendiri. Perkataan adverba ini boleh digunakan bagi menunjukkan bagaimana, di mana,
bila, berapa kerap atau sejauh mana sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh ayat; “Said
tidur dengan nenyak di atas tilam spring”. Perkataan “nyenyak” menunjukkan bagaimana
Said tidur dan “di atas tilam” menunjukkan di mana Said tidur. Kedua-dua perkataa
tersebut ialah adverba. Perkataan tersebut memberi maklumat berkenaan atau
menjelaskan perbuatan kata kerja “tidur”. (Ibid:19)
Pada dasarnya adverba ini boleh ditempatkan di pelbagai kedudukan dalam ayat.

Sulaiman Masri and et al.(2002:21) menjelaskan penempatan adverba dalam ayat dapat
berlaku pada kedudukan depan, kedudukan tengah dan kedudukan akhir.contoh ayat;
“kelmarin pekerja kilang itu mogok” ( adverba “kelmarin” pada kedudukan depan). “ahli
politik itu selalu sibuk” ( selalu adalah adverba pada kedudukan tengah), “adik terpaksa
berjalan kaki semalam” (semalam adalah adverba yang di letakkan pada kedudukan
belakang).

Tegasnya adverba ini adalah kata keterangan sama ada perbuatan (kata kerja), kata sifat
dan kata adverba itu sendiri. Berfungsi untuk menerangkan pelbagai situasi, atau keadaan
perbuatan (kata kerja), sifat benda dan sifat keadaan. Kedudukan adverba ini pula boleh
berada di hadapan (sebelum kata kerja atau sifat), di tengah ayat (biasanyan adverba
sendi: nama atau sendi kata) dan di belakang ayat (selepas kata kerja atau kata sifat). Di
dalam kes-kes tertentu adverba boleh diletakkan di antara kata kerja dan kata depan
seperti contoh berikut; “pegawai itu mendengar dengan sabar terhadap rungutan
penduduk kampung”. (Sulaiman Masri and et al.:2002:21)

23
Namun begitu perkaitan antara frasa kerja dengan adverba ialah adverba sering di lihat
sebagai penerang khusus kepada kata kerja. Malah Asmah Haji Omar (1986)
menerangkan bahawa kesemua adverba itu boleh diambil oleh frasa kerja sebagai kata
keterangan. Frasa kerja (adverba) dalam konteks ini adalah frasa kerja yang mempunyai
keterangan (kata penerang) dari jenis adverba.

2.0 Kesimpulan
Cadangan penyelidikan di atas adalah rangka untuk menjayakan kajian ini. Perkara yang
telah dibincangkan ialah pengenalan, permasalahan kajian, objektif kajian, latar belakang
kawasan yang telah dikaji, skop kajian, kepentingan kajian, kajian lepas, dan metodologi.

24

Das könnte Ihnen auch gefallen