Sie sind auf Seite 1von 14

RIS

SEMESTER

KRM 3023: ASAS UKURAN


FORUM

KUMPULAN UPSI - 10 ( A121 PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE SEK YEN NO. ID D 20102044871 NO. TELEFON 012-9228925

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. AZHAR BIN AHMAD TARIKH SERAH: 30 - 10 - 2012

KRM 3023 2 Asas Ukuran

E- FORUM 1. Bincangkan beberapa jenis alat ukuran yang digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hingga kini untuk menentukan masa dan waktu, mengukur panjang, menimbang berat dan menyukat isipadu cecair. Posted By : Lee Sek Yen (D20102044871) Date posted : 25 Sep 2012 09:17:17 PM (0 read/s) Masa dan waktu Waktu bermaksud ketika, manakala konsep masa bermaksud suatu tempoh di antara dua waktu. Beberapa jenis alat ukuran telah digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hingga kini untuk mementukan masa dan waktu. Antaranya bagi waktu dan masa ialah saat, minit dan jam. Ukuran panjang Panjang merupakan ukuran jarak antara dua objek. Ukuran panjang pada zaman dahulu adalah mengambil unit anatomi manusia atau benda-bendayang merupakan batang lurus. Ada sesetengah orang purbakala menggunakan buluh untuk membandingkan anjang dengan benda-benda lain. jam matahari, jam air, jam pasir, jam api dan sebagainya. Unit Sistem International (S.I)

Timbangan berat Unit ukuran berat telah wujud kira-kira 5000 tahun dahulu dengan tujuan menimbang barangan. Alat penimbang seperti neraca ringkas telah dicipta oleh orang Mesir pada zaman tamadun mereka. Isi padu cecair Isi padu cecair merupakan jumlah cecair yang diisi dalam sesuatu bekas. Pada zaman dahulu, isi padu cecair disukat dengan menggunakan cawan, mangkuk dan sebagainya. Pada masa kini, manusia menggunakan alat penyukat yang mempunyai skala bacaan iaitu silinder untuk menyukat isi padu cecair.

KRM 3023 3 Asas Ukuran

Re : Forum 1 Posted By Reply To Attachment : : : Lee Sek Yen Koo Sau Yee No File Attach

25 Sep 2012 09:20:24 PM 25 Sep 2012 03:41:36 PM

Masa dan waktu Alat ukuran yang digunalan oleh manusia pada zaman dahulu untuk menentukan masa dan waktu ialah jam matahari, jam baying, jam air, jam pasir, jam api dan sebagainya. Pada zaman sekarang, kemajuan Sains dan teknologi telah membolehkan kita memakai jam moden yang lebih sofistikated daripada jam bayang atau jam api.Selepas ciptaan jam berbandul, manusia juga berjaya mencipta jam tangan dan jam saku. Hari ini, kita telah mempunyai jam yang tidak lagi menggunakan bandul, spring bergelung dan biji mata permata. Jam moden kita bergerak atas prinsip pergerakan elektronik dalam hablur quartz yang sangat kompleks, tetapi dapat menghasilkan waktu dengan tepat sekali.

Re : Forum 1 Posted By Reply To : :

25 Sep 2012 09:24:34 PM Lee Sek Yen Chin Wan Shyang No File Attach

24 Sep 2012 07:19:13 PM

Attachment :

Beberapa jenis alat ukuran telah digunakan oleh manusia pada zaman dahulu hinnga kini untuk mementukan masa dan waktu. Anataranya jam matahari, jam air, jam pasir, jam api dan sebagainya. Jam air dan jam pasir Jam matahari merupakan alat jam yang pertama yang dicipta oleh manusia. Bagaimanapun, jam bayang itu ada beberapa kelemahan semasa menggunakannya. Yang paling ketara ialah waktunya tidak dapat disukat pada waktu redup, hujan atau malam. Untuk mengatasi kelemahan tersebut, manusia berikhtiar untuk mencipta sesuatu alat pengukur masa yang lebih sesuai digunakan. Oleh itu, sejenis jam yang menggunakan air atau pasir halus telah dicipta.

KRM 3023 4 Asas Ukuran

Re : Forum 1 Posted By Reply To : :

25 Sep 2012 09:32:46 PM Lee Sek Yen Liew Onn Yoong No File Attach

24 Sep 2012 03:00:20 PM

Attachment :

Ukuran panjang Sistem pengukuran dahulu juga menggunakan bahagian anggota badan mereka. Misalnya unit cubit, sesuatu ukuran panjang dari siku ke hujung jari tengah. Orang Rom telah menggunakan ukuran uncia yang sama lebar dengan ibu jari, manakala orang Anglo-Saxon menggunakan perkataan inch untuk ukuran yang sama. Akan tetapi, unit-unit ukuran yang berdasarkan anggota-anggota badan tidak dapat berfungsi dengan memuaskan kerana saiz anggota berbeza daripada seorang kepada seorang lain. Sehingga dekad ini, terdapat dua jenis sistem ukuran piawai yang digunakan iaitu Sistem Imperial dan Sistem Metrik.
Re : Forum 1 Posted By Reply To : : 25 Sep 2012 09:45:34 PM Lee Sek Yen Chin Wan Soo No File Attach

24 Sep 2012 04:39:55 PM

Attachment :

Jam api (lilin dan pelita) Jam api merupakan salah satu jenis alat pengukuran masa pada zaman dahulu. Apabila manusia telah tahu menggunakan lilin dan pelita sebagai lampu, mereka juga menggunakannya untuk menentukan masa dan waktu. Jam api lilin adalah sebatang lilin yang ditandakan dengan beberapa senggatan. Kehilangan satu-satu senggatan ini disebabkan oleh lilin itu terbakar akan menunjukkan tanda perubahan sesuatu jangka waktu. Jam lilin dipercayai telah dicipta pada 1700 yahun yang lalu. Pada masa yang sama, jam api jenis pelita juga digunakan untuk menyukat masa. Bentuk jam pelita itu berupa sebuah botol minyak yang bertanda dengan senggatan-senggatan waktu. Apabila sumbu di luar dibakar, paras minyak akan menurun mengikut kadar kebakaran; waktu dapat disukat dengan membaca paras minyak pada senggatan itu.

KRM 3023 5 Asas Ukuran

2. Bincangkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang boleh digunakan dalam menerangkan konsep tahun lompat.

Posted By : Lee Sek Yen (D20102044871) Date posted : 10 Oct 2012 07:50:51 PM (2 read/s)

Tahun lompat Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa iaitu 366 hari. Untuk memperkenalkan konsep tahun lompat, guru boleh menjalankan aktiviti yang berikut: 1. Guru menyediakan dua kalendar, iaitu kalendar tahun biasa (contohnya: 2011) dan kalendar tahun lompat (contohnya : 2012 ). 2. Berpandukan kalendar tersebut, murid diminta menyenaraikan nama bulan dan bilangan hari bagi setiap bulan seperti dalam jadual berikut:

Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sep Okt Nov Dis

Tahun 2011 Bil. hari 31 28 31 30 31 30 31 31 30 31 30 31

Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sep Okt Nov Dis

Tahun 2012 Bil. hari 31 29 31 30 31 30 31 31 30 31 30 31

Jumlah 365 Jumlah 366 3. Guru menjelaskan bahawa tahun yang mengandungi 365 hari dinamakan tahun biasa dan tahun yang mengandungi 366 hari dinamakan tahun lompat.

KRM 3023 6 Asas Ukuran

Re : Forum 2 Posted By : Lee Sek Yen

10 Oct 2012 08:21:30 PM 10 Oct 2012 12:28:31 AM

Reply To : Hasrunnaim Bin Ahmad Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Pandangan yang sangat baik! Konsep Tahun Lompat juga boleh diperkenalkan kepada murid dengan mengaitkannya dengan Sukan Komanwel. Dengan mengaitkan tahun lompat dengan Sukan Komanwel, murid akan lebih mudah memahami konsep dan ciriciri tahun lompat. Persamaan antara konsep tahun lompat dengan Sukan Komanwel ialah ia berlaku setiap empat tahun sekali. --- Sukan Komanwel adalah acara pelbagai jenis sukan. Ia dilangsungkan setiap empat tahun sekali, melibatkan atlet dari Negara-negara Komanwel.

Re : Forum 2 Posted Lee Sek Yen By : Reply Liew Onn Yoong To : Attachment : No File Attach

10 Oct 2012 08:37:37 PM 09 Oct 2012 11:14:39 PM

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Kemahiran berfikir selalunya digunakan dalam pengajaran Matematik. Untuk pengajaran konsep tahun lompat, kaedah membanding dan membeza boleh digunakan untuk membimbing murid membuat perbandingan antara tahun biasa dengan tahun lompat. Tahun biasa 365 hari setahun 28 hari pada Februari Dibahagikan kepada empat dan hasilnya adalah nombor bulat ada baki. tahun 2013 4 = 503.23 (tahun 2013 ialah tahun biasa) Contoh : 2001, 2002, 2003, 2005 Tahun lompat 366 hari setahun 29 hari pada Februari Dibahagikan kepada empat dan hasilnya adalah nombor bulat tanpa baki. tahun 2012 4 = 503 (tahun 2012 ialah tahun lompat) Contoh : 2000, 2004, 2008, 2012

KRM 3023 7 Asas Ukuran

Re : Forum 2 Posted By Reply To Attachment : : :

10 Oct 2012 08:57:33 PM Lee Sek Yen M Yamunagayathrri A/P M Murugiah No File Attach

09 Oct 2012 09:12:27 PM

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Di samping mengenali ciri-ciri tahun lompat melalui kalendar , guru boleh memperkenalkan murid-murid cara-cara untuk mengenal pasti tahun lompat .

Cara 1 : Tahun lompat dapat dibahagikan dengan 400 tanpa baki. Tahun 2000 400 = 5 Tahun 2000 adalah tahun lompat .

Cara 2 : Tahun lompat dapat dibahagikan dengan 4 tanpa baki. Tahun 2008 4 = 502 Tahun 2008 adalah tahun lompat .

KRM 3023 8 Asas Ukuran

Re : Forum 2 Posted By Reply To Attachment : : :

10 Oct 2012 09:25:44 PM Lee Sek Yen Ng Yueh Huah No File Attach

10 Oct 2012 06:23:41 PM

Pandangan yang baik. Guru juga boleh menggunakan garis nombor untuk membimbing memahami konsep tahun lompat. Murid yang lemah memerlukan penerangan yang lebih jelas berbanding dengan murid yang cerdas.Murid lemah akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai tahun lompat dengan penggunaan garis nombor. Di samping itu, saya juga berpendapat konsep tahun lompat dapat diajar dengan kaedah bercerita. Guru boleh mereka cerita yang menarik mengenai tahun lompat untuk menarik minat murid. Contohnya, cerita tentang budak yang hanya menyambut hari jadinya empat tahun sekali.

KRM 3023 9 Asas Ukuran

3. Terangkan mengapa unit piawai ukuran panjang diperlukan?

Posted By : Lee Sek Yen (D20102044871) Date posted : 11 Oct 2012 05:13:02 PM (4 read/s) Ukuran ialah proses menentukan saiz sesuatu kuantiti dalam unit yang telah ditakrifkan. Panjang ialah jarak antara dua titik pada suatu garis lurus. Satu unit ukuran panjang boleh ditukarkan kepada unit ukuran panjang yang lain. Contoh unit piawai ukuran panjang: 1 cm = 10mm 1 m = 100cm 1km = 1000m Penggunaan unit piawai (standard units) dalam ukuran panjang penting dalam memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita. Unit Piawai ukuran panjang juga amat penting dalam kerja pembinaan. Masalah mungkin timbul jika unit piawai ukuran panjang tidak digunakan. Kebanyakan harga barangan ditentukan berdasarkan panjang barangan tersebut. Misalnya, panjang kain, panjang kayu, panjang tiang, panjang wayar dan sebagainya. Jika unit ukuran panjang yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

KRM 3023 10 Asas Ukuran

Re : FORUM 3 Posted By : Reply To : Attachment : Lee Sek Yen Ng Yueh Huah No File Attach

11 Oct 2012 05:55:34 PM 11 Oct 2012 01:54:03 PM

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Unit piawai ukuran panjang amat diperlukan kerana ia dapat memudahkan komunikasi. Penggunaan unit piawai ukuran panjang boleh mengelakkan masalah pengukuran tidak tepat kerana semua pihak faham akan unit yang digunakan. Di samping itu, dua ukuran bagi sesuatu objek atau jarak dapat dibandingkan jika satu unit piawai yang sama digunakan. Misalnya, tali 5 meter adalah lebih panjang daripada tali 3 meter.

Re : Forum 3 Posted By Reply To Attachment : : :

11 Oct 2012 05:58:35 PM Lee Sek Yen Hasrunnaim Bin Ahmad No File Attach

10 Oct 2012 12:46:00 AM

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Penggunaan unit piawai adalah aspek yang amat penting dalam ukuran dan sukatan. Kilometer (km), meter(m), sentimeter(cm) dan milimeter(meter) merupakan unit piawai bagi ukuran panjang. Dengan adanya unit piawai ukuran panjang, kita mengetahui bahawa penggunaan suatu unit yang lebih kecil dapat menghasilkan ukuran yang lebih tepat bagi objek yang kecil. Mililiter (mm) merupakan unit piawai yang digunakan untuk membuat ukuran yang kurang daripada satu sentimeter.

KRM 3023 11 Asas Ukuran

Re : Forum 3 Posted By :

11 Oct 2012 06:05:13 PM Lee Sek Yen Chong Hoi Ying No File Attach

09 Oct 2012 09:45:40 PM

Reply To : Attachment :

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Setiap ukuran mempunyai nilai dan unit. Unit piawai ukuran panjang sangat penting dalam mengatasi masalah harian manusia dan ia dapat membantu kita memahami konsep keabadian ukuran. Contohnya, kita mungkin beranggapan bahawa tali pinggang menjadi pendek apabila digulung. Kesilapan ini dapat diatasi dengan mengukur dengan menggunakan unit piawai ukuran panjang. Kesimpulannya, penggunaan unit piawai ukuran panjang membantu kita mengetahui panjang sebenar sesuatu objek dengan tepat. 11 Oct 2012 06:22:32 PM 09 Oct 2012 09:25:37 PM

Re : Forum 3 Posted By : Lee Sek Yen

Reply M Yamunagayathrri A/P M Murugiah To : Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Masyarakat purba menggunakan bahagian badan dan benda-benda di sekeliling sebagai alat pengukur . Alat pengukuran ini tidak tepat kerana bahagian badan setiap orang berbeza. Dengan adanya unit piawai ukuran piawai pada hari ini, ilmu

pengetahuan dari mana-mana negara dan pelbagai bidang dapat dikongsi bersama. Segala hasil kajian dari pakar dapat dijadikan sebagai rujukan semua pihak jika unit piawai ukuran panjang digunakan. Kesimpulannya, unit piawai ukuran panjang secara langsung dapat memudahkan manusia dalam pelbagai bidang terutamanya bidang pembinaan.

KRM 3023 12 Asas Ukuran

4. Terangkan dengan menggunakan contoh yang sesuai fenomena berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya.

Posted By : Lee Sek Yen (D20102044871) Date posted : 29 Oct 2012 06:55:02 PM (0 read/s)

Fenomena berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya. Konsep keabadian berat Benda yang besar tidak semestinya lebih berat daripada benda yang kecil. Belon udara panas Saiz belon udara panas besar dan mempunyai pelbagai jenis bentuk , tetapi ia ringan sehingga boleh dinaikkan dan diapungkan di udara. Fenomena ini membuktikan bahawa berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya.

Belon udara panas adalah kejayaan teknologi penerbangan manusia tertua. Belon udara panas merangkumi beg yang dikenali sebagai envelope yang mampu menampung udara panas. Belon udara panas mempunyai bakul rotan atau gondola untuk membawa penumpang

KRM 3023 13 Asas Ukuran

Re : FORUM 4 Posted By : Lee Sek Yen

29 Oct 2012 07:00:52 PM 29 Oct 2012 06:24:20 PM

Reply To : Chin Wan Soo Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Berat suatu objek ialah ukuran daya tarikan ke atas objek itu. Ia berbeza dengan jisim. Berat adalah bersamaan dengan magnitud daya graviti bertindak ke atas sesuatu objek. Mengikut konsep keabadian berat, benda yang sama saiz tidak semestinya sama berat. Begitu juga dengan fenomena cincin emas tulen dengan cincin emas tiruan. Saiz cincin emas tulen dan cincin emas tiruan adalah sama, tetapi berat kedua-dua bentuk cincin adalah berbeza kerana bahan buatannya yang berbeza. Ini menunjukkan berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya. 29 Oct 2012 07:03:52 PM 29 Oct 2012 04:31:18 PM

Re : Forum 4 Posted By : Lee Sek Yen

Reply Wong Sam Lan To : Attachment : No File Attach

Konsep keabadian berat


Benda yang besar tidak semestinya lebih berat daripada benda yang kecil. Perbandingan antara sekotak tisu dengan sekotak pensel warna Saiz sekotak tisu adalah lebih besar daripada sekotak pensel warna. Tetapi pada hakikatnya, sekotak pensel warna adalah lebih berat daripada sekotak tisu. Fenomena ini menunjukkan bahawa berat sesuatu benda tidak dapat dilihat secara langsung sebagaimana ukuran panjang atau luas. Benda yang sama saiz tidak semestinya sama berat, dan benda yang besar tidak semestinya lebih berat daripada benda yang kecil.

KRM 3023 14 Asas Ukuran

4 Posted By :

29 Oct 2012 07:10:01 PM Lee Sek Yen Tan Su Wei No File Attach 29 Oct 2012 03:49:15 PM

Reply To : Attachment :

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Konsep berat benda ( ringan, berat, lebih berat daripada, lebih ringan daripada) boleh diperkenalkan melalui aktiviti perbandingan dan penyusunan benda mengikut berat. Biasanya, murid-murid mempelajari tentang berat melalui deria sentuhan. Mereka memahami bahawa setiap benda mempunyai berat, tetapi mereka mudah terkeliru kerana terpengaruh dengan apa yang ditanggap atau dilihatnya. Contohnya, murid membuat perbandingan berat antara sebilah pembaris plastik dengan sebilah pembaris besi dengan mengambil kedua-dua bilah pembaris.

Re : Forum 4 Posted By Reply To : Lee Sek Yen : Chong Hoi Ying

29 Oct 2012 07:25:38 PM 09 Oct 2012 09:46:12 PM

Attachment : No File Attach

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Mengikut konsep keabadian berat, benda yang besar saiz tidak semestinya berat. Contoh1 : Bantal dan polisterin. Kedua-dua benda ini bersaiz besar tetapi sangat ringan kerana bahan buatannya. Fenomena ini menunjukkan bahawa berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya. Contoh 2 : Belon yang berisi air adalah lebih berat daripada belon yang berisi udara walaupun saiz dan bentuk kedua-dua belon sama. Fenomena ini juga menunjukkan bahawa berat sesuatu objek tidak bergantung kepada saiz dan bentuknya.

Das könnte Ihnen auch gefallen