Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
pengaraca majlis
Oleh matseri - 24/04/2008 17:11
Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis
bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan,
Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan
sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara
majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.
Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal
ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung
sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis,
pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran
majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian
tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya
meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan
menanggung malu.
Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang
tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.
Pengenalan
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan.
Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi
seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu,
sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama
daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur
atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada
segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit
pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.
Panggilan Hormat
Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri
adalah seperti berikut:
Pantang Larang
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan
menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan
dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus
mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.
Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila
mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika
majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu
juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda
mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda
tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.
Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis
yang akan dikendalikan.
INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.
===============================================================