Sie sind auf Seite 1von 26

Isi Kandungan.

1 2 3

Penghargaan Muqaddimah Pengertian Zakat dan Syarat-syarat kewajipannya Pengenalan Zakat Perniagaan Klasifikasi Zakat Perniagaan Dalil Wajib Zakat Perniagaan Syarat-Syarat Zakat Perniagaan Kadar Zakat Perniagaan Kaedah Pengiraan

2 3 5

4 5 6 7 8 9

7 8 10 13 18 19 26

10 Penutup.

Penghargaan.
Bismillahirahmanirahim.. Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada kami dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta, Ustazah Amienah Binti Ridzwan kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka. Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih

Mukaddimah .

Maksud : Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan. Zakat dapat membersihkan diri daripada segala dosa . Zakat juga dapat menghiasi seseorang dengan akhlak yang mulia iaitu dengan sifat pemurah serta dapat meninggalkan sifat bakhil dan kikir .Zakat merupakan bukti syukur nikmat kepada Allah s.w.t. Zakat juga dapat menjauhkan si fakir menaruh sifat iri hati dan dengki terhadap orang yang kaya serta dapat menjauhkan niat jahat si fakir melakukan kejahatan seperti mencuri kekayaan si kaya . Sebab si fakir mengetahui bahawa hasil pekerjaannya dan kekayaannya akan kembali kepadanya sebahagian daripada apa yang dimilikinya , iaitu melalui zakat . Zakat juga dapat menjauhkan Muslim yang fakir daripada sifat kehinaan meminta-minta atau pengangguran .

Zakat juga dapat membawa kepada pengembangan spiritual social dan dapat membangkitkan rasa keamanan dan ketenangan . Orang yang tidak mengeluarkan zakat dalam beberapa tahun yang lampau , maka wajib baginya mengeluarkannya daripada tahun-tahun yang mana dia tidak mengeluarkan zakat harta kekayaannya , sama ada dia mengetahui kewajipan zakat atau pun tidak mengetahuinya . Terhadap orang yang mengeluarkan zakat , maka wajib baginya menyerahkan zakat dengan sukarela dan dengan penuh keredhaan tanpa menyebut kebaikannya dan menyakitkan perasaan orang lain .

Umar bin Khattab selalu mengatakan : Apabila kamu telah membayar zakat , maka janganlah disebut-sebut . (al Amwal :784)

Sebagaimana telah diketahui tentang sifat nabi S.A.W. bahawa baginda bagaikan angin yang bertiup di dalam memberikan sesuatu atau ketika bersedekah . Ini adalah menunjukkan sifat pemurah Rasulullah S.A.W.

Pengertian Zakat dan Syarat-syarat kewajipannya


Pengertian zakat secara bahasa adalah kebaikan , perkembangan dan pertumbuhan , pembetulan , pensucian dan kepujian .Sementara pengertian zakat dari segi hukum syarak adalah suatu nama bagi kadar yang khusus daripada harta benda dalam keadaan tertentu dan wajib diserahkan kepada golongan tertentu dengan syaratsyarat yang tertentu pula . Dalil diwajibkannya zakat adalah berdasarkan kepada al Quran , al Sunnah dan Ijmak . Zakat juga merupakan kewajipan asasi di dalam ajaran agama Islam. Dalil alquran diwajibkannya zakat adalah firman Allah s.w.t.

Maksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Taubah:103) Dalil hadith (H.R Bukhari : 1/9)


Maksud: Islam itu dibina atas lima dasar, mengucap syahadah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu Utusan Allah, Mendirikan solat, Menunaikan zakat, Menunaikan haji dan Berpuasa Ramadan.

Umat Islam telah berijmak untuk beriman dengan kewajipan zakat dan bahawa orang yang mengingkari zakat adalah kafir yang wajib dibunuh . Hal ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq ketika mengatakan ; Demi Allah sesungguhnya aku akan memerangi orang yang membeza-bezakan antara kewajipan solat dan zakat .

Pembahagian Zakat :

Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat badaniyah iaitu zakat Fitrah yang di fardhukan pada bulan Ramadhan manakala zakat maaliyah iaitu zakat harta di fardhukan setelah mencukupi syarat-syaratnya serta di tunaikan sepanjang tahun. Zakat Harta merangkumi zakat wang, ternakan, emas dan perak, zakat perniagaan, zakat tanaman, zakat pendapatan, galian serta rikaz. Zakat Fitrah - Dikenakan ke atas setiap orang Islam setahun sekali di bulan Ramadhan. Zakat Harta Zakat Perniagaan (termasuk saham) Zakat Wang Simpanan Zakat pendapatan Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan) Zakat binatang ternakan Zakat buah-buahan dan biji-bijian Zakat Ma'adin Zakat rikaz (harta karun) Zakat Saham Zakat Wang Simpanan / KWSP

Di dalam kerja kursus ini, kami telah diberikan tugasan untuk menulis mengenai Zakat Perniagaan. Dan kami telah membuat rujukan dari

PENGENALAN ZAKAT PERNIAGAAN.


Zakat Perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya Maksud perniagaan ialah penukaran harta (mal) dengan barangan tertentu bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Ia tidak dikhususkan kepada barangan tertentu sahaja. Barang-barang perniagaan ialah barangan yang ditukarkan antara tangan dengan niat mendapatkan keuntungan. Perniagaan atau tijarah bermaksud jual dan beli untuk mendapatkan untung. Dari segi istilah, tijarah ialah suatu kontrak untuk memperoleh harta atau keuntungan sama ada secara tukaran, akad jual beli, sewaan atau hutang. Perniagaan merangkumi barangan yang ada ain (zat harta) dan juga manfaat daripada suatu harta atau perkhidmatan seperti sewaan yang menghasilkan pendapatan; kegiatan yang melibatkan pertukaran harta dengan manfaat atau secara jual-beli sama ada dengan mata wang ataupun barangan, baik secara tunai, hutang atau sewaan bertujuan untuk mendapatkan untung.

Perbahasan fiqh mengklasifikasikan sumber zakat perniagaan seperti berikut:

Perniagaan Berasaskan Barangan Zakat perniagaan bagi barangan muhtakir (spekulasi) - peniaga membeli barang dan menunggu masa harga tinggi sebelum menjualnya. Jumhur (kecuali Malikiyah) menyatakan peniaga ini wajib mengeluarkan zakat setiap tahun walaupun dia tidak menjual barangan/dagangan berkenaan. Berkaitan hutang barang perniagaan yang diberikan oleh muhtakir kepada pembeli, fuqaha Maliki menegaskan bahawa ia tidak wajib dikeluarkan zakatnya kecuali muhtakir itu telah menerima pembayaran hutang itu. Zakat perniagaan bagi barangan mudir (peniaga runcitan bermusim) menurut pendapat jumhur (kecuali Malikiyah) menyatakan tidak wajib zakat. Tetapi menurut fuqaha Maliki, peniaga ini wajib menunaikan zakat dan tidak dikenakan syarat haul terhadap barangannya. Haul peniaga dikira berasaskan haul modal harta asal dia mula berniat untuk menjalankan perniagaan atau tarikh dia mula membeli barang perniagaan. Mudir hendaklah menetapkan satu bulan yang khusus dalam setahun untuk mengira pendapatan atau wangnya dan membuat penilaian stok perniagaannya (tidak termasuk harta tetap). Nilai barangan ini dicampurkan kepada wang tunai dan ditolak hutang piutang perniagaan yang ada. Jumlah pendapatan atau bakinya telah cukup nisab, maka zakat wajib ditunaikan.

Perniagaan Berasaskan Perkhidmatan


Zakat perniagaan bagi harta al-mustaghallat. Harta al-mustaghallat tidak diwajibkan zakat kerana ia tidak diniatkan untuk perniagaan, tetapi pemiliknya mendapat manfaat daripadanya seperti hasil sewaan, caj-caj pengangkutan, pendapatan projek ternakan dan pengeluaran serta lain-lain lagi. Asas perkembangan harta perniagaan melalui sumber daripada aktiviti perkhidmatan harta al-mustaghallat seperti caj sewaan, caj pengangkutan dan yuran pengurusan diwajibkan zakat kerana asas zakat masih sama seperti zakat perniagaan yang berasaskan barangan iaitu berdasarkan jumlah nilai baki di hujung haul. Zakat perniagaan bagi perkhidmatan dan perundingan - biasanya bagi golongan profesional dan berkemahiran. Hasil pendapatan golongan ini lazimnya dibayar dalam bentuk imbuhan bulanan (gaji) atau perolehan. Sarjana fiqh menamakan bentuk pendapatan tersebut sebagai al-mal al-mustafad. Keempat-empat mazhab telah menetapkan bahawa zakat terhadap al-mal al-mustafad adalah wajib. Fuqaha Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak mensyaratkan haul ke atas zakat al-mal mustafad. Ini bererti zakat al-mal mustafad wajib dikeluarkan setelah cukup nisab walaupun tidak cukup haul. Namun, jika pendapatan al-mal mustafad tidak cukup nisab, maka pendapatan tersebut sewajibnya dikumpulkan hingga akhir haul untuk mencukupkan nisabnya.

DALIL WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN


Jumhur ulama bersependapat bahawa zakat diwajibkan bagi harta perniagaan. Antara dalil syarak adalah seperti berikut: Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (surah al-Baqarah 267) Berdasarkan Tafsir al-Tobari, ayat ini memberi maksud, Berzakatlah kamu daripada usaha kamu yang baik dengan menjalankan perniagaan atau pembuatan daripada emas dan perak.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : Maka sesungguhnya Rasulullah S.A.W menyuruh kami mengeluarkan zakat daripada harta benda yang kami sediakan untuk dijual (urud al-tijarah). (riwayat Abu Daud)

10

Urud al-tijarah ialah segala barangan selain dua mata wang (emas dan perak) yang diniat untuk diniagakan. Ia merangkumi semua benda termasuklah alat-alatan, barangan, pakaian, makanan, perhiasan, permata, binatang, tumbuhan, tanah, bangunan dan lainlain lagi sama ada harta tersebut berbentuk manqul atau aqar. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

: :

Pada unta ada zakatnya, pada lembu ada zakatnya, pada kambing ada zakatnya dan pada pakaian yang disediakan untuk dijual ada zakatnya (urud altijarah). (riwayat al-Hakim) Ijmak Sahabat, Tabiin dan Salaf Saidina Abu Bakar al-Siddiq menegaskan: Demi Allah, aku akan memerangi orang yang membezakan antara solat dan zakat.(Muttafaqalaih) Ibn al-Munzir menyimpulkan bahawa para ilmuan Islam telah bersependapat (ijma) bahawa setiap barangan yang diperdagangkan diwajibkan zakat. Ibn Hammam juga mengatakan zakat adalah wajib pada barangan perniagaan.

11

Al-Qias
Ibn Rusyd mengatakan bahawa sifat barang perniagaan adalah berkembang (alnama). Sifat ini sama dengan tiga jenis harta yang disepakati fuqaha tentang kewajipan zakat ke atasnya iaitu pertanian, binatang ternakan, emas dan perak. Sebahagian ulama tabiin menegaskan tentang asas perkiraan atau taksiran zakat perniagaan. Antara yang termasyhur sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Ubaid: Maimun ibn Mihran menjelaskan: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup haul), hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilaikanlah ia dengan mata wang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharapkan kembali) hendaklah diambil kira, dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, kemudian keluarkan zakat atas bakinya itu.

12

SYARAT-SYARAT ZAKAT PERNIAGAAN


1. Islam

Perniagaan yang mempunyai pemilikan modal yang bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, taksiran dibuat kepada entiti keseluruhannya tetapi hanya bahagian pemilikan orang Islam yang diwajibkan zakat. Dalam perbahasan fiqh klasik (turath), percampuran pemilikan harta dibahaskan di bawah tajuk zakat khultah (percampuran). Dalam perbahasan mazhab Syafii, zakat khultah wajib ditunaikan ke atas semua jenis harta, daripada ternakan, wang ringgit, tanaman, perniagaan dan lain-lain.

2. Merdeka

3. Cukup Nisab

Nisab harta perniagaan dan wang ialah sebanyak 20 mithqal (25.2259 mayam atau 85 gram emas). Ketetapan ini bersandarkan nilaian mata wang yang berasaskan emas, kadar zakatnya sebanyak 2.5 peratus setelah genap setahun (haul). Oleh itu, apabila nilai harta perniagaan bersamaan atau melebihi nisab, maka harta tersebut diwajibkan zakat. Perniagaan yang dijalankan secara perkongsian, nisab perniagaannya ditaksirkan terhadap jumlah keseluruhan nilai harta yang dimiliki oleh perkongsian atau syarikat tersebut. Bagi perkongsian yang melibatkan rakan kongsi bukan Muslim, zakat tetap ditaksirkan kepada keseluruhan harta perkongsian tetapi setelah ditaksirkan nilai zakatnya, zakat hanya diwajibkan terhadap pemilik Muslim.

13

4. Cukup Haul

Harta yang dizakatkan hendaklah dikira dari awal perniagaan sehingga genap tempoh satu tahun. Menurut Syafiiyah, asas penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul. Sebagaimana haul hanya disyaratkan terhadap harta tertentu seperti harta perniagaan, mata wang, emas, perak dan ternakan.

5. Milik Sempurna

Harta yang diwajibkan zakat mestilah sempurna milik dari segi pemilikan fizikal (hiyazah) dan pemiliknya berkeupayaan mengurustadbir (tasarruf) harta seperti menjual, menghadiah, menyewakan dan seumpamanya terhadap barangan tersebut.

6. Harta dan Perkhidmatan yang Halal

Harta-harta yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua harta yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan yang menjalankan aktiviti yang haram seperti perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat. Bagi entiti yang ada percampuran halal dan haram maka bahagian yang halal sahaja yang ditaksirkan zakatnya seperti perbankan dan koperasi Islam.

14

7. Harta yang Produktif (al-Nama)

Harta yang diwajibkan zakat terdiri daripada harta yang boleh berkembang atau berpotensi untuk berkembang, yakni mestilah berupaya untuk menghasilkan pendapatan dan keuntungan. Harta yang produktif dengan sendirinya (nama binafsih) yang menjadi sumber pendapatan kepada pemiliknya seperti padi atau harta yang produktif dengan daya usaha yang nyata seperti mata wang (dilaburkan), barangan/hasil tanaman (diniagakan), binatang ternakan (diusahakan secara berskala besar), kedua-dua faktor produktiviti tersebut wajib dizakatkan.

Merujuk kepada penyata kewangan, komponen harta yang berkembang ialah:

a. Tunai (di tangan atau di bank).

b. Saham, bon, pegangan sekuriti pada asas kos yang dikelaskan dalam aset semasa. Jika ia dikelaskan sebagai aset tidak semasa, maka harta tersebut dikecualikan zakat.

c. Inventori barang akhir, iaitu stok niaga atau barang yang telah siap diproses akan ditaksirkan zakat. Stok bahan mentah serta kerja dalam proses tidak ditaksir kerana ia digunakan untuk pengeluaran barang lain atau akhir.

d. Aset tetap yang terdiri daripada harta alih dan tak alih (bangunan, mesin dan perabot) tidak diwajibkan zakat. Ia bukan barang perniagaan tetapi membantu menjalankan perniagaan. Walau bagaimanapun, hasil yang realis daripada harta tetap tertakluk kepada taksiran zakat seperti pendapatan daripada sewa bangunan, kenderaan dan tanah.

15

e. Penghutang bersih perdagangan, iaitu hutang boleh terima yang telah ditolak hutang lapuk. Amaun ini juga mestilah bersih daripada penghutang dagangan yang telah melampaui tempoh lazim hutang.

f. Bagi kes-kes perniagaan berasaskan perkhidmatan kewangan seperti bank, akaun-akaun deposit adalah sebagai simpanan amanah yang tidak tertakluk kepada kiraan zakat perniagaan bank. Walau bagaimanapun, hasil yang diperoleh daripada pengurusan wang, adalah termasuk dalam taksiran zakat.

g. Bagi aset bukan semasa seperti pelaburan jangka panjang, ia tidak diwajibkan zakat kecuali atas dividen yang diterima.

8. Sumber Harta Perniagaan

Jumhur ulama (selain Hanafiyah) mensyaratkan harta itu perlu diperoleh dengan cara tukaran seperti jual beli dan sewaan. Jika aset entiti perniagaan diperoleh dengan cara selain tukaran seperti melalui pusaka, hibah atau sedekah, maka ia tidak diwajibkan zakat sehingga barang itu diniagakan

9. Niat untuk Diniagakan

Tujuan atau niat perniagaan mestilah dilakukan ketika memiliki barang sama ada melalui iwad (tukaran atau balasan) atau cara lain dan aset tersebut akan menjadi sebahagian daripada aset yang dipunyai oleh perniagaan dengan tujuan diperniagakan untuk mendapatkan perolehan atau keuntungan. Sesuatu aset atau barang yang pembeliannya tidak bertujuan perniagaan seperti untuk tabung khairat kematian, tujuan pendidikan dan sebagainya, harta tersebut tidak termasuk dalam pengiraan zakat.

16

Syarat berniaga ini terikat kepada kewujudan dua elemen, iaitu niat dan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.

10. Harta

Perniagaan

tidak

Digunakan

untuk

Kegunaan

Sendiri

Menurut mazhab Syafii, Hanbali dan Maliki, apabila sesuatu harta perniagaan yang dimiliki untuk kegunaan sendiri, maka keadaan ini akan menyebabkan harta itu tidak tertakluk kepada zakat perniagaan tetapi akan dibuat taksiran zakat atas pendapatan individu.

17

KADAR ZAKAT PERNIAGAAN


Apabila nilai harta perniagaan bersamaan atau melebihi nisab, maka harta tersebut dikenakan zakat. Kadar zakatnya adalah 2.5% sahaja. Dalam kes perkongsian, zakat dikenakan ke atas jumlah keseluruhan nilai harta (sum value) yang dimiliki oleh rakan kongsi. Nisab yang dikenakan atas setiap rakan kongsi dikira mengikut nisbah modal yang disumbangkan oleh setiap individu yang menyertai perkongsian tersebut.

Pandangan ini diambil berdasarkan kepada dalil-dalil berikut : 1. Mafhum umum daripada firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Ambillah (sebahagian) daripada harta yang mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) (surah at-Taubah 103) 2. Harta yang diperolehi dengan cara hutang dikira harta sendiri juga kerana si empunya berhak untuk menggunakan atau mentasarrufkan (membelanjakan) mengikut kehendaknya.

18

KAEDAH PENGIRAAN :
Intipati kaedah taksiran zakat Asas bagi taksiran zakat perniagaan berpaksi kepada modal dan perkembangan terhadap modal itu. Sumber modal ini disediakan sama ada oleh dana pemilik perniagaan, dana pelaburan luar atau dana berbentuk pinjaman atau pembiayaan. Keseluruhan sumber modal ini memberikan kuasa penuh kepada pemilik atau pengurusan perniagaan untuk menggunakan modal dalam menjana keuntungan. Maka jelas bahawa harta berkembang (al-nama) menjadi asas kewajipan zakat. Dari segi prinsip, harta perniagaan wajib dizakatkan apabila memenuhi sifat berkembang (al-nama), diniagakan (urud al-tijarah) dan milik sempurna (al-milk al-tam). Ini bererti taksiran zakat tidak mengambil kira sumber harta diperoleh, sama ada melalui sumber dalaman atau pinjaman. Proses taksiran zakat adalah terhadap tempoh perniagaan yang telah berlalu. Oleh itu, ia memfokuskan kepada aktiviti perniagaan setahun yang berlalu (sehingga akaun ditutup). Aset semasa dalam tempoh tersebut akan dizakatkan, manakala liabiliti operasi untuk tempoh itu sahaja yang dibenarkan untuk ditolak semasa pengiraan zakat. Secara umumnya, kaedah taksiran zakat perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu kaedah modal berkembang dan kaedah modal kerja. 1. Kaedah Modal Berkembang (Urfiyyah)

Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik dan sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal dicampurkan dengan keuntungan Ekuiti pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang () Aset Tetap () Aset Bukan Semasa (+/) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat 2. Kaedah Modal Kerja (Syariyyah)
19

Kaedah ini mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak liabiliti semasa dan dibuat pelarasan. Aset Semasa () Liabiliti Semasa (+/) Pelarasan (=) Harta perniagaan yang diwajibkan zakat Kedua-dua kaedah ini (urfiyyah dan syariyyah) hanya berbeza dari segi pendekatan kerana ia berasaskan persamaan perakaunan yang seimbang seperti berikut: Ekuiti Pemilik (+) Liabiliti Jangka Panjang () Aset Tetap () Aset Bukan Semasa (=) Aset Semasa () Liabiliti Semasa Penyata perakaunan disediakan berdasarkan Prinsip Perakaunan Diterima Umum (GAAP). Piawaian perakaunan semasa mempunyai tujuannya yang tersendiri dan tidak direka untuk menangani isu-isu berkaitan zakat.

20

Pelarasan yang Perlu Dilakukan Pelarasan Item Aset Semasa yang Diberi Pengecualian atau Tolakan
a. Penghutang lain seperti:

Pinjaman yang diberi kerana tidak memenuhi syarat pemilikan sempurna. Prabayar seperti prabayar belanja insurans, cukai atas aset dan kenderaan kerana ia adalah aset pakai habis.

Pendahuluan/deposit bertujuan untuk membeli aset tetap adalah pemilikan tidak sempurna.

Pelbagai deposit untuk telefon, air, elektrik dan sewa bangunan bukan milik sempurna.

Hasil sewaan aset tetap yang belum diterima juga bukan milik sempurna. Aset bekalan pejabat kerana ia adalah aset bukan diniagakan dan bersifat pakai habis.

Aset bahan mentah dan aset kerja dalam proses kerana ia belum menjadi aset niaga.

Deposit tetap bank dan sekuriti boleh pasar yang dicagarkanuntuk kemudahan kewangan kerana bukan milik sempurna.

Penghutang ragu yang khusus dikira sebagai pemilikan tidak sempurna dan tidak berkembang.

Cukai Boleh Tuntut adalah bukan milik sempurna kerana ia adalah catatan perakaunan sahaja.

Stok niaga yang tidak terjual, lupus atau usang kerana tidak bersifat berkembang.

21

Tolakan lain
Item lain yang perlu ditolak beserta asas pengecualiannya adalah seperti yang berikut: 1. Dana Kebajikan kerana bukan niat diniagakan. 2. Hasil faedah dan dividen daripada sumber haram kerana tidak syarie. 3. Dividen yang telah diterima daripada sumber yang telah dibayar zakat kerana tidak dizakatkan dua kali atas harta yang sama. 4. Skim Kredit Belum Terima yang masih dikelaskan dalam aset semasa kerana bukan milik sempurna.

Pelarasan Item Liabiliti Semasa yang Dicampur Semula (kepada Modal Kerja)
a) Pemiutang lain seperti:

Pinjaman daripada pihak lain kerana milik sempurna. Deposit pelbagai diterima kerana milik sempurna. Prabayar yang diterima kerana milik sempurna. Liabiliti yang tertunggak kerana sudah bertukar menjadi sumber milik sempurna. Liabiliti Kewangan untuk tahun depan adalah urusan tahun depan kerana taksiran zakat adalah untuk operasi tahun semasa.

b) Overdraf, Nota Belum Bayar, Instrumen Liabiliti


Kewangan Jangka Pendek kerana ia adalah sumber pembiayaan. Cukai Tertunggak kerana sudah bertukar menjadi sumber milik sempurna. Khusus untuk koperasi, item dividen belum bayar, pulangan atas yuran, pulangan atas simpanan wajib dan honorarium belum bayar dicampur semula kerana wajib dizakatkan terlebih dahulu.

22

Rumusan Kaedah Taksiran Zakat Perniagaan


Kaedah menaksir zakat perniagaan dirumuskan seperti yang berikut:

Rumusan Pelarasan di Aset Semasa (Tolakan)


Aset bukan niat diniagakan (urud al-tijarah) atau Aset bukan milik sempurna (al-milk al-tam) atau Aset tidak bersifat berkembang (al-nama) atau Aset yang wujud kerana pelarasan semula (item tahun hadapan). Hasil diterima tidak syarie. Hasil diterima sudah bersih zakat.

Rumusan Pelarasan di Liabiliti Semasa (Campur Semula kepada Aset Semasa Bersih)

Liabiliti sumber pembiayaan (milik sempurna). Liabiliti berkaitan urusan tahun hadapan (reklasifikasi). Item tertunggak daripada tahun sebelum (sumber pembiayaan). Pulangan kepada pemilik (termasuk pulangan interim). CONTOH PENGIRAAN HARTA PERNIAGAAN YANG WAJIB DIZAKAT ADALAH

BERASASKAN :

Modal berkembang iaitu modal termasuk keuntungan terkumpul Atau Modal kerja iaitu harta semasa bersih yang terdiri dari barang-barang yang tersedia untuk jualan (stok), wang tunai serta hutang piutang setelah dibuat pelarasan tertentu di mana perlu.

23

Modal Berkembang Ekuiti Pemilik+ Liabiliti Jangka Panjang - Aset Tetap - Aset Bukan Semasa

= Modal Kerja Aset Semasa -

Liabiliti Semasa

Contoh : Modal Berkembang = Modal Kerja = RM 45,000.00 Pelarasan ( antaranya ) :

a) Ditolak
i) Harta (wang) yang tidak sempurna milik seperti pelbagai deposit. ii) Kerja dalam perlaksanaan. iii) Tabung kebajikan, pendapatan dari sumber tidak bersih dan lain-lain. Pelarasan Bahagian Aset ( Tolakan )

Bil 1 2 3 4 5 6

Perkara Bayaran deposit (air, api, telefon) Kerja dalam pelaksanaan Penghutang Kewangan (contoh : oleh pengarah dan lain lain) Tabung Kebajikan Dividen diterima sudah dizakat Faedah ( interest ) dari Bank Konvensional Jumlah

Amaun (RM) 2,000.00 15,000.00 5,000.00 2,000.00 2,000.00 1,000.00 27,000.00

24

b) Ditambah
i) Pembiayaan yang menjadi sumber kewangan seperti pembiayaan kenderaan, pinjaman tetap dan lain-lain

ii) Peruntukan dividen, honorarium, zakat dan lain-lain Pelarasan Bahagian Liabiliti ( Tambah )

Bil 1 2 3 4

Perkara Pinjaman Jangka Pendek Overdraf Bank Dividen dicadang (perlu dizakat) Honorarium Pengarah Jumlah

Amaun 6,000.00 10,000.00 12,000.00 1,000.00 29,000.00 = RM 47,000.00 x 2.5 % = RM 1,175.000 x 70% = RM 822.50 = RM1,175.00 = RM 822.50

Jumlah Harta dikenakan Zakat Pemilikan bumiputera (70%) Zakat

25

Penutup.

Zakat yang merupakan rukun yang ke tiga dari rukun islam. Wajib atas setiap muslim yang telah memenuhi syarat-syarat tertentu,tanpa melaksanakannya ibadah kita sebagai umat muslim tidak akan sempurna kerana zakat itu sendiri merupakan salah satu tonggak keimanan kseorang muslim.

Peringatan begitu pentingnya zakat dalam kehidupan ini hendaklah kita sebagai umat muslim terus mendukung/turut serta dalam kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pengelolaan zakat hal ini di maksudkan agar kesejahteraan secara menyeluruh dapat di capai.

Zakat memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi negara Islam. Ia merupakan sumber penting dalam sistem percukaian negara Islam dan berfungsi kepada pembangunan sesebuah negara.

26

Das könnte Ihnen auch gefallen