Sie sind auf Seite 1von 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

____________________________________________________________________________________

HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN


____________________________________________________________________________________

Nama : RAJA KHAIRUDDIN BIN RAJA MAJID Nombor Matrik : 680822 08 5077001 Nombor Telefon : 013 9009128 Alamat E-mail : mrking68@gmail.com Nama Tutor : IDRUL HISHAM BIN ISMAIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0 PENGENALAN

2.0 ISI KANDUNGAN 2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban 2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/ Budaya dan Peradaban 2.3 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/ Budaya dan Peradaban

3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG

4.0 KESIMPULAN RUJUKAN

11

1.0 PENGENALAN Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah Negara yang bercirikan pelbagai kaum serta identiti. Terdapat lebih 80 kaum yang terdapat di Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat mengikut aturan dan cara yang tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Oleh itu, gabungan kedua-dua istilah masyarakat majmuk membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, social dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk perpaduan integrasi nasional. Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompok-kelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri. Dalam memahami intipati masyarakat majmuk yang menumpukan semenanjung Malaysia sahaj, perkara yang akan dibincangkan pertamanya ialah sejarah yang mewujudkan masyarakat majmuk. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran dasar liberal inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola petempatan, pekerjaan dan pendidikan. Oleh kerana itu, maka Malaysia merupakan sebuah Negara Pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik majority iaitu mewakili lebih kurang 55%, sementara Cina mewakili lebih kurang 25%, India pula 7% dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok pribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan Dusun, Murut dan Bajau di Sabah. Kemajmukan Negara kita telah menjadi tarikan masyarakat luar.

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall ( 1967 : 54 ), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahsa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum brganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka dalah berasingan dan interaksi social dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbats kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras. M.G Smith merupakan salah seorang yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini. M.G Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan social dan perselisihan. Dari segi politik pula, masyarakat majmuk dikuasai oleh stu kelompok minority yang mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri. Beliau juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama. Selain daripada Furnivall dan Smith, P.L.Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk. Beliau menbezakan kemajmukan social iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan bukannya budaya daripada kemajmukan budaya iaitu wujud daripada beberapa kelompok etnik. Antara ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah ia dicirikan dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kekurangan kontrak social dan wujudnya stu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang amn dan makmur. Keamanan yang dinikmati dan keharmonian hidup pelbagai kaum telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati oleh pelbagai pihak dan dikalangan negara luar. Selain itu juga, ciri-ciri masyarakat majmuk menuruk J.S Furnivall ( 1956 ) dalam bukunya bertajuk Colonial Policy And Practice : a comparative study of Burma and netherlands India (Indonesia) dalam kajiannya di Burma dan kepulauan jawa ialah terdapat beberapa jenis manusia seperti Eropah, Cina, India dan penduduk asli (bumiputera). Masyarakat ini bercampur antara stu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam sistem politik yang turut serta masing-masing berpegang pada kebudayaan, agama, bangsa, idea dan kaedah sendiri.

2.0 ISI KANDUNGAN 2.1 Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik, agama dan budaya. Kepelbagaian inilah yang menjadikan negara ini unik dari segi hubungan antara kaum. Budaya dialog antara kaum/etnik/budaya dan peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identity negara. Walaupun secara umumnya, kita bertuah di Malaysia kerana tiada konflik keagamaan yang membimbangkan, namun beberapa peristiwa yang boleh dianggap serius seperti konflik kampung Medan mengingatkan kita bahawa mendasari hubungan baik antara budaya juga adalah isu-isu keadilan social dan ekonomi. Didalam konteks ini misalnya amat penting isu kepimpinan kelompok atau budaya terus diberi perhatian. Didalam konteks ini juga kita memperdalamkan apresiasi kita tentang soal peradaban. Apakah dialog peradaban sebenarnya dan apakah faktor-faktor yang berkaitan dengan kegagalan mahupun kejayaan sesebuah peradaban dan apakah situasi dialog di Malaysia serta di persada global dan akhirnya bagaimanakah dialog berperanan dalam proses pemartabatan bangsa dan umat melalui penghayatan agama. Sepertimana yang kita teliti, dialog merupakan satu kaedah perbincangan dan perbahasan tentang sesuatu tajuk atau isu yang kita kemukan. Dialog tidak boleh berbentuk perbahasan ataupun diskusi. Ini kerana diskusi lebih kepada aspek penyelesaian sesuatu masalah. Walaupun dialog juga mempunyai tujuan yang sama iaitu mencari sesuatu penyelesaian tetapi diskusi lebih kepada membincangkan sesuatu perkara secara lebih mendalam dam juga mempunyai unsureunsur kalah dan menang dari segi ketengahan isu di antara beberapa orang yang terlibat secara langsung. Tetapi seperti yang dihuraikan dialog lebih membincangkan sesuatu isu secara mendalam dan teliti sam a seperti diskusi tetapi ia tidak mendasarkan unsur menang atau kalah serta perbincangannya memberi kebaikan kepada semua orang.

Justeru itu, walaupun kelahiran sesebuah tamadun banyak bergantung kepada kedudukannya yang strategik dari segi perolehan sumber-sumber semulajadi dan lokasi geografi (contohnya kemunculan tamadun Cina di Lembah Huang-Ho dan Yang Tsi, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotonia di Lembah Tigris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka dipinggiran Selat Melaka). Kemunculan sesebuah tamadun banyak berkait dengan rangsangan keagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenarnya mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan suci yang menghasilkan kehidupan yang bertamadun.

2.2 Kekuatan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban Terdapat banyak kekuatan dialog yang ada di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban. Di antaranya ialah Kajian menunjukan bahawa hanya apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan agama ia akan dapat membangunkan kehidupan seimbang yang merupakan resepi kepada kesempurnaan kemanusiaan dan keharmonian serta ketinggian budaya. Kemunculan tamadun islam yang telah mencapai tahap Golden agenya (8-14 Masihi) itu misalnya adalah dipengaruhi oleh rangsangan nilai dan penghayatan cara hidup islam bersumberkan risalah wahyu yang digembelingkan dengan penguasaan ilmu keduniaan yang mantap. Kekuatan seterusnya ialah dengan berasaskan prinsip-prinsip kespiritualan yang jitu, sesebuah masyarakat akan mampu melahirkan sebuah tamadun yang mempunyai penghayatan moral dan akhlak yang terpuji yang didalamnya terkandung kecintaan kepada ilmu, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan kekreatifan yang tinggi untuk memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional dalam kepimpinan negara. Selain itu juga, kekuatan budaya dialog di antara kaum, etnik, budaya dan peradaban mewujudkan nilai-nilai murni pada pemimpin di negara kita yang pastinya akan menggalakkan kepimpinan yang berhemah, bertanggungjawab dan jujur yang mendorong rakyatnya berganding bahu membangunkan negara dan tamadun kearah perpaduan dan integrasi nasional yang tinggi. Penghayatan nilai-nilai murni ini telah ditekankan oleh tokoh-tokoh utama dalam pelbagai tamadun seperti Lao Tse, Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Sambara dalam tamadun India, serta Al-Farabi, Al-Mawardi, Al-Ghazali dan juga Ibnu Khaldun dalam tamadun
6

islam selain daripada tamadun ini yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith serta model sebenar diri yang mulia iaitu junjungan kita Rasulullah SAW. Oleh itu, perbincangan yang dijalankan seharusnya dibincangkan supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang memberi kebaikan bersama dan bukan mengikut cara diskusi atau perbahasan yang memberi manfaat kepada pihak yang berjaya mengukuhkan pendapat dan fakta mereka. Sesorang yang melibatkan diri dalam perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Misalnya, semasa kaum-kaum majoriti Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India, kaum Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu-isu yang menjadi kepentingan dan keperluan yang diperlukan kaum mereka sahaja. Sebagai contoh, isu-isu kebajikan dan sistem pendidikan yang mengkhususkan sesuatu kaum tetapi ia tidak memberi manfaat secara bersama.

2.3 Kelemahan Budaya Dialog Antara Kaum/Etnik/Budaya dan Peradaban Antara kelemahan utama yang menjadi tribulasi kepada perkembangan proses dialog peradaban di Malaysia adalah sikap fanatik dan juga perkauman. Semasa perbincangan dialog diadakan kita tidak boleh membincangkan isu-isu yang bersifat fanatik dan perkauman. Inilah yang menjadikan budaya dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini telah membolehkan masyarakat tidak lagi menaruh harapan terhadap dialog peradaban kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja yang dapat menikmati faedah manakala pihak yang lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Di sini kita boleh mengatakan bahawa dialog yang dijalankan pula tidak mengikut protokol yang sewajarnya serta prosesnya tidak berjaya. Ini menyebabkan matlamat tidak akan tercapai untuk menyatukan kaum di Malaysia dan memepuk perpaduan dan integrasi nasional serta mencari jalan penyelesaian yang disetujui oleh semua kaum terhadap sesuatu masalah tetapi hanya merumitkan lagi perpisahan kaum dan perasaan fanatic dalam diri masyarakat.

Seterusnya kelemahan yang lain, jika kita tidak menyetujui sesuatu pendapat yang hanya melihatkan kebaikan perkauman tertentu dan bersikap fanatik ia boleh mengundang masalah perkauman di negara kita. Jikalau kita tidak bersetuju untuk mengambil sesuatu keputusan tersebut walupun ia lebih kepada kepentingan perkauman ia juga masih boleh mengundang masalah seperti kaum yang tidak diendahkan akan melakukan pemberontakan dan menimbulkan rasa tidak berpuas hati. Oleh itu, hubungan harmoni antara pelbagai kaum di negara kita tidak boleh dilaksanakan dan ini boleh menimbulkan rusuhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 yang pernah berlaku. Sehingga hari ini, masalah sedemikian kian terus menular dan menjadi satu cabaran yang tidak dapat ditandingi dalam proses dialog dialog peradaban. Misalnya, Utusan Online mengatakan MCA dan MIC semakin memupuk perkauman dengan fahaman pembelaan ras supaya mereka mengangkat kembali kedudukan masing-masing semasa pilihan raya ke 12 ini. krisis yang melanda kedua-dua parti tersebut seperti menuntut supaya mereka nkembali ke landasan asal yang bersifat perkauman itu. Selain itu juga, kelemahan yang menjadi tribulasi kepada proses dialog peradaban di Malaysia ialah perspeksi yang salah pihak tertentuterhadap pihak yang lain. Perasaan dan tanggapan yang salah terhadap sesebuah peradaban adalah kerana menganggapnya sebagai satu ancaman kepada kepentingan pihak yang tertentu. Dialog peradaban yang dijalankan di antara dua pihak yang berbeza budaya, kefahaman dan nilai amalannya boleh mengundang perspektif yang salah dan pihak yang tidak bersetuju dengan peradabannya akan berfikir bahawa ini merupakan satu helah yang memberi peluang kepada pihak lain untuk mempengaruhi mereka melalui budayanya serta meleburkan nilai jati diri sesebuah budaya tersebut. Kelemahan budaya dialog peradaban yang seterusnya ialah salah tanggapan sejak

peringkat awal lagi terhadap sesuatu tamadun yang berpunca dari pelbagai aspek boleh memberi kesan bahawa segala tindakan dan gerak-geri sesebuah peradaban adalah memberi ancaman serta keburukan kepada pihak yang lain. Salah tanggapan ini mengundang pelbagai masalah yang besar serta tidak diingini dan bukan hanya menyusahkan penganut sesebuah budaya tersebut tetapi memberi kesan kepada tamadun lain di dunia ini. Oleh itu, semasa mengadakan dialog kita tidak boleh mengutarakan sesuatu isu yang memberi kebaikan serta memanfaatkan diri dan sesuatu kelompok tertentunya sahaja. Inilah yang menyebabkan dialog peradaban tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja. Ini membolehkan masyarakat
8

tidak lagi menaruh harapan terhadap diskusi mahupun dialog kerana mengikut pandangan mereka hanya pihak yang mendominankan perbincangan sahaja dapat menikmati faedah manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Dialog perlu dilakukan dalam keadaan yang menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban dapat ditingkatkan lagi.

3.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN PELAKSANAAN DIALOG

Politik di Malaysia telah mula mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional melalui sudut politik semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan. Menurut Wong Khek Seng, Raminah Haji Sabran dan Kok Meng Kee (2002), Malaysia adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi yang berparlimen adalah galakan British semasa memberi kemerdekaan, Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan sistem ini memberi peluang dalam penganutan agama oleh kaum-kaum tertentu. Dalam kerajaan demokrasi yang berparlimen Malaysia, rakyat akan

memilih pemerintahnegara melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali dengan parti politik yang akan memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya akan menjadi pemerintah negara. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) satu cara untuk mewujudkan perpaduan dalam politik negara adalah menerusi konsensus atau persetujuan. Ini bermakna kerajaan yang memerintah diberi kuasa memerintah atas pilihan dan persetujuan rakyat melalui pilihan raya. Di sini parti politik Barisan Nasional menjadi pemerintah kerana memenangi majority kerusi yang dipertandingkan. Keadaan ini berlaku kerana Barisan Nasional adalah satu parti politik yang terdiri daripada gabungan UMNO wakil melayu, MCA wakil cina dan MIC wakil india yang melambangkan perpaduan antara ketiga-tiga parti etnik di Malaysia. Oleh itu, antara cadangan yang dapat dikemukan di sini ialah seseorang yang melibatkan diri dalam dialog dan perbincangan haruslah mempunyai minda yang terbuka serta perasaan perkauman yang bersama. Mereka juga perlu mempunyai sifat sederhana dalam semua perkara kerana ia dapat menjamin kepentingan semua orang dalam sesebuah negara. Contohnya, semasa semua kaum-kaum di Malaysia iaitu kaum Cina, kaum India dan Melayu melibatkan diri dalam dialog peradaban sesuatu kaum tersebut tidak boleh hanya mengetengahkan isu0isu yang menjadi kepentingan dan keperluan kaum mereka sahaja bahkan perlulah menjaga perasaan
9

sesame kaum. Hal ini membolehkan dialog di akhiri dengan aman dan tenteram tanpa ada perasaan sesuatu kaum yang tidak berpuas hati sesama mereka. Selain itu juga, media massa serta sekolah dan IPT perlu mengorak langkah untuk merapatkan jurang antara kaum serta penginteraksian supaya proses dialog peradaban dapat dilaksanakan dengan jayanya. Contohnya, apabila kita berinteraksi antara pelbagai kaum, kita dapat mengembleng tenaga bersama serta dapat menyelesaikan masalah atau kekangan isu seperti globalisasi dan isu-isu global yang kompleks seperti dadah dan pencemaran secara bersama. Melalui interaksi antara pelbagai kaum, kita dapat meningkatkan pendekatan dan persefahaman di antara pelbagai kaum serta dapat kenal mengenali dan berkomunikasi untuk menyelesaikan isu-isu yang mementingkan kepentingan bersama seperti kemiskinan dalam negara serta masalah-masalah sosial secara bersama. Cadangan lain ialah kerajaan perlu mewujudkan keharmonian dan kerjasama antara kaum dalam masyarakat dan tamadun bertujuan untuk menyatu padukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni . keadaan ini telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya wujud perpaduan dan integrasi nasional di dalam konteks Malaysia. Contohnya, adanya program rumah terbuka di antara kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan ia akan dihadiri oleh semua rakyat tidak mengira bangsa dan agama. Menurut Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Ahmad Mazlan Zulkifly (2006) Masalah perpaduan bagi negara-negara yang mempunyai satu keturunan bangsa tidaklah sebegitu serius berbanding dengan negara-negara yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik seperti Malaysia.

10

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugas dalam menyatukan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai bukanlah satu tugas yang mudah. Namun kepimpinan yang baik oleh para pemimpin kita menunjukkan bahawa sesuatu yang dikira mustahil akhirnya dapat diselesaikan. Malahan jika tersilap langkah ia boleh menjurus kepada kejatuhan sesebuah negara yang sedang membangun. Maka dapatlah kita lihat bahawa pengukuhan hubungan etnik dalam masyarakat majmuk di Malaysia adalah penting bagi menguruskan sesebuah negara yang mempunyai kelompok masyarakat yang pelbagai. Nilai sosiobudaya yang positif dan dinamik akan membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan bermaruah. Senario masyarakat Malaysia adalah berdasarkan rakyatnya yang berbilang kaum. Konsep bangsa Malaysia sebenarnya bergantung kepada kesedaran dalam semua etnik dan masyarakat iaitu mereka harus bersatu untuk memajukan diri sendiri dan negara bahkan umtuk mempertingkatkan perpaduan integrasi nasional dalam masyarakat di Malaysia. Mereka harus sedar bahawasanya mereka harus menjaga dan membina tamadundan warisan bangsa mereka sendiri supaya ia tidak hilang di telan zaman. Perbezaan yang wujud dalam kalangan masyarakat majmuk adalah satu keistimewaan yang harus dipeliharai oleh semua kaum. Kerajaan tidak pernah untuk menghapuskan nilai tradisi dan warisan setiap kaum di Malaysia seperti yang telah dijamin dalam undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Malaysia. Maka, setiap kaum harus bangkit dan bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk bangsa Malaysia. Melalui penerapan rukun negara dapat menyatupadukan dan mengeratkan lagi perpaduan kaum, etnik, budaya dan peradaban di Malaysia. Dalam rancangan Malaysia yang terbaru, banyak lagi program yang telah direncanakan supaya perpaduan dalam kalangan Malaysia dapat dikukuhkan lagi. Perancangan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia dalam rancangan Malaysia kedua telah dibawa semula ke rancangan Malaysia yang kesepuluh iaitu didalam program SATU MALAYSIA yang bertujuan untuk mewujudkan satu sahaja bangsa Malaysia. Rakyat Malaysia haruslah menyahut seruan Perdana Menteri kita. Hal ini kerana ia mendorong bangsa dan kaum Malaysia terus bergerak maju ke tahun 2020.

11

RUJUKAN A.Aziz Deraman. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) Snd.Bhd 2001. Chong. K.K Masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia: Evolusi Sejarah. In Masyarakat Malaysia. Zuraina Majid (Ed.). Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 1985 Ismail Hussein et.al. Tamadun Melayu Menyongsong abad Kedua Puluh Satu (Edisi Kedua). Selangor: UKM. 2001. J.S. Furnivall. Netherlands India. Cambridge University Press. 1939. Kassim Ahmad. Soal Kebangsaan. Wednesday, November 09, 2005. _HYPERLINK http://kassimahmad.blogspot.com/ _http://kassimahmad.blogspot.com/_ Leon Comber. 13 May 1969. A Historical Survey Of Sino-Malay Relations. Hong Kong: Heinemam Educational Books (Asia) Ltd. 1983. McGee. T.G. The Population of Malaysia: A Survey. New York: Praeger Press. 1964. Mohd Redzuan Othman et. al. Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur: UM. 2006. Mohd Salleh Lebar. Perubahan Dan Kemajuan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1992 ` `

12

Das könnte Ihnen auch gefallen