Sie sind auf Seite 1von 22

1.

PENGENALAN KAJIAN EMPIRIKAL 1.1 DEFINISI KAJIAN EMPIRIKAL

Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan saintifik? Penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik, terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena semulajadi yang boleh diperhatikan. (Kerlinger, 1973). Tiga perkataan penting dalam definisi ini ialah sistematik, terkawal dan empirikal. Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan. Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain. Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang terdiri daripada langkah-langkah berikut: 1.2 TUJUAN KAJIAN Kajian empirikal dirancang dan disediakan untuk memenuhi sesuatu tujuan, yang kemudiannya diterjemahkan kepada objektif yang lebih spesifik. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian merupakan pernyataan tujuan spesifik kajian yang disenaraikan sebelum sesuatu kajian dijalankan. <!-- more --> 1.4 ETIKA KAJIAN kerahsiaan peserta kajian penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian kajian atau sepenuhnya keizinan dan kemungkinan penipuan dipihak peserta menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor dapatan-dapatan kajian tingkah laku dan keobjektifan penyelidik. 1.5 KRITERIA KAJIAN

1.6

JENIS-JENIS KAJIAN DALAM KAJIAN EMPIRIKAL

Bil 1.

Jenis Kajian Kajian asas

2.

Kajian gunaan

3.

Kajian kuantitatif

4.

Kajian kualitatif

5.

Kajian tindakan

Penerangan Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teoriteori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan Kajian yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang, keanehan seseorang, dan sebagainya Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian, sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya.

2.0 2.1

KAJIAN EMPIRIKAL PROGRAM REKREASI ABSTRAK Responden kajian terdiri daripada 42 orang guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) semester 3 bagi program rekreasi dan perkhemahan di Institut Biodiversiti Lanchang, Pahang. Kajian ini menjurus kepada kajian terhadap hidupan yang terdapat di sana, sama ada haiwan ataupun tumbuhan. Kajian ini menggunakan dua instrumen iaitu komitmen ahli kumpulan dan bahan pembelajaran dan pengajaran.

2.2

PENGHASILAN IDEA

Penghasilan idea untuk kajian boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber. Ia boleh dimulakan dengan tempat rekreasi dan kawasan sekitarnya. Jika di tapak Perkhemahan Biodiversiti Lanchang, kajian lebih berfokus kepada flora dan fauna yang masih wujud di tempat tersebut.

Flora # Kajian tentang spesies pokok yang hidup di kawasan berbukit, dalam air, dan di kawasan hutan tanah pamah. # Kajian tentang kegunaan spesies herba seperti gajah beranak, kacip Fatimah, panah arjuna dan lain-lain. # Kajian tentang cara spesies tumbuhan hidup seperti epifit, parasit dan sebagainya. Fauna # Kajian tentang sifat-sifat haiwan seperti pemalu, bengis, manja dan sebagainya.. # Kajian mengenai habitat haiwan contohnya lintah yang tinggal di kawasan air yang tidak mengalir laju. # Kajian tentang makanan yang dimakan oleh haiwan contohnya gajah makan tebu.

2.3

TINJAUAN LITERATUR

Setelah mengenal pasti bidang dan soalan kajian, tugas seterusnya ialah menjalankan tinjauan bahan literatur atau bacaan. Tinjauan bahan literatur ialah suatu usaha memerihal hasil kerja para sarjana dan ilmuan berkaitan dengan topik yang ingin dikaji. Bahan-bahan yang dipilih hendaklah berkait rapat dengan objektif penyelidikan, soalan kajian yang dikemukakan dan isu yang dibincangkan. Ia bukan merupakan deskripsi senarai bahan bacaan yang diperolehi atau semata-mata ringkasan kajian-kajian dalam bidang yang diselidiki. Tujuan tinjauan bahan literatur ialah untuk mendedahkan kepada pembaca, isu, idea, teori dan kajian empirikal yang telah dijalankan dan berkaitan dengan soalan kajian. Bahan-bahan yang lazim dirujuk terdiri daripada artikel jurnal, laporan penyelidikan, buku, monograf dan sebagainya. Setiap bahan yang dipilih hendaklah dinilai secara kritis dengan memberi tumpuan kepada soalan kajian yang diketengahkan, metodologi yang digunakan, pemenuan yang diperolehi serta perbincangan penulis. Berikut ini ialah satu garis panduan yang boleh digunakan apabila anda membaca sesuatu artikel atau laporan penyelidikan:

2.3.1 PENDAHULUAN KONSEP REKREASI

Aktiviti rekreasi merupakan pelbagai bentuk aktiviti ruang yang dipilih manusia untuk mengisi masa lapang. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti rekreasi tidak ada peraturan tertentu. Aktiviti rekreasi boleh dijalankan dan diberhentikan pada bila-bila masa dan dalam bentuk sejagat.

Rekreasi adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan positif terhadap jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Terdapat dua tahap rekreasi iaitu tahap aktif seperti pendidikan luar, bersukan, berlakon, bermain alat muzik, berkhemah dan lain-lain. Manakala tahap pasif pula adalah seperti membaca, menonton televisyen, mendengar radio dan lain-lain.

KONSEP KAJIAN EMPIRIKAL Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

diuji

Kajian empirikal dijalankan dengan mengaplikasikan dua kaedah iaitu soal selidik dan temu ramah. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi. Kaedah ini kebiasaannya melibatkan satu turutan aktiviti yang harus diikuti untuk memudahkan kajian yang dilakukan. Turutan aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

Kajian empirikal bermula dari suatu pemerhatian ke atas sesuatu situasi. Pemerhatian tersebut akan mencetuskan satu inferens atau kesimpulan awal. Walaubagaimanapun, inferens atau kesimpulan awal tidaklah muktamad kerana kajian belum dijalankan untuk mengetahui kesahihannya. Bagi menjalankan kajian, seseorang pengkaji perlu membuat hipotesis dan seterusnya mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Hipotesis yang dikemukakan hendaklah dikaji melalui kaedah penyiasatan yang telah dirancang termasuklah cara pengumpulan data, pentafsiran data dan membuat kesimpulan. Laporan eksperimen perlulah dikemukakan untuk dimanfaatkan oleh pengkaji. Berdasarkan pemerhatian, satu kesimpulan awal dapat dibuat yang dikenali sebagai inferens. Inferens merupakan satu kesimpulan awal berdasarkan pemerhatian awal. Berdasarkan inferens, para pelajar dapat mengenal pasti masalah seterusnya membuat hipotesis umtuk diuji. Hipotesis pula merupakan satu penyiasatan andaian yang perlu dibuat berdasarkan sesuatu kajian atau isu. Kajian dibuat dan selepas itu menguji ketepatan andaian itu atau sebaliknya.

2.3.2 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian empirikal ini penting dan perlu dijalankan. Kajian terhadap alam semulajadi termasuk flora dan fauna harus dilakukan dari semasa ke semasa. Maklumbalas ini perlu untuk mengetahui tentang penemuan-penemuan baru, fungsi-fungsi serta habitat flora dan fauna ini. Jika kajian terhadap alam semulajadi ini diteruskan, bermakna alam semulajadi ini akan dapat dikekalkan dan generasi akan datang dapat merasai peluang melihat dan mengenali alam semulajadi ini dengan lebih dekat. Kajian empirikal ini juga dapat menarik minat para pelajar unuk lebih meminati aktiviti rekreasi dan mendekatkan diri dengan alam semulajadi.

2.3.3 DAPATAN KAJIAN

2.3.3.1

TUMBUHAN

Manakala bagi spesies tumbuhan pula terdiri daripada tumbuhan herba, komersial, epifit, parasit, menjalar dan tumbuhan menumpang.

2.3.3.1.1 TUMBUHAN HERBA a) Kacip Fatimah (Labisia pumila (Myrsinaceae))

Daun Kacip Fatimah

Pokok Kacip Fatimah

Kegunaan: Mengecutkan rahim selepas bersalin b) Misai Kucing

Pokok Misai Kucing

Kegunaan: 1) Untuk membuat jus minuman 2) Untuk menguatkan tenaga batin c) Segemuk

Kegunaan: Untuk menyejukkan badan. d) Gajah beranak (Goniothalamus macrophyllus.)

Daun Gajah Beranak

Pokok Gajah Beranak Kegunaan: Melancarkan perjalanan darah.

2.3.3.1.2 TUMBUHAN KOMERSIAL a) Gaharu (Agarwood)

Pokok Gaharu

Batang Pokok Gaharu

Teras Pokok Gaharu yang telah diracik Kegunaan: Terasnya digunakan untuk membuat minyak wangi.

b) Meranti Sarang Punai

Pokok Meranti Sarang Punai

Kegunaan: Untuk membuat perabot.

c) Keruing Gombang

Batang Pokok Keruing Gombang

Kegunaan: Untuk dijadikan syelek.

d) Cengal (Neobalanocarpus heimii (Dipterocarpaceae)

Pokok Cengal

Hasil dari Cengal

Kegunaan: Perabot e) Mengkuang

Daun mengkuang

Kraftangan

Kegunaan: Membuat tikar dan kraftangan

f) Palas

Pokok Palas

Daun Palas

Kegunaan: Membuat sarang ketupat g) Tualang

Akar banir Pokok Tualang

Kegunaan: Membuat perabot, perahu

2.3.3.1.3 TUMBUHAN MENJALAR a) Pandan liar Fakta : Sejenis epifit 2.3.3.1.4 TUMBUHAN MENUMPANG a) Lumut

Pelbagai jenis lumut

b) Kulat Fakta: Jika mempunyai spora (berdebu) di bawahnya mempunyai racun dan tidak boleh dimakan.

2.3.3.2

HAIWAN

Dalam kawasan rezab Bukit Rengit, Lanchang terdapat pelbagai jenis hidupan yang terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. Jenis-jenis haiwan terdiri daripada spesies amfibia, reptilia, mamalia, burung, herbivor, karnivor dan omnivor. Di Malaysia, terdapat 700 spesies burung. Dalam bidang zoologi, para penyelidik menggunakan larutan ethanol menggantikan formalin untuk mengawet sesuatu hidupan kerana formalin boleh mengakibatkan kemandulan. 2.3.3.2.1 MAMALIA a) Kelawar Fakta: mamalia terkecil

b) Gajah Fakta: - Mengandung selama 22 bulan - Mengeluarkan minyak di telinganya apabila tertekan

c) Harimau Fakta: - Menggunakan deria Jacobson(pada lelangit atas) untuk menghidu pergerakan mangsa. - Menggunakan ekor untuk mengimbangkan pergerakan badan.

d) Babi Hutan Fakta: Meninggalkan kesan gemburan pada tanah setelah melalui kawasan itu

e) Tapir ( Tapirus Indicus) Fakta: - Binatang pemalu - Anak tapir mempunyai belang hitam putih di badannya

Anak tapir

Tapir dewasa 2.3.3.2.2 AMFIBIA

Katak Tanduk Fakta: Mempunyai bentuk tanduk di bahagian matanya

2.3.3.2.3 REPLTILIA Ular Sawa Fakta: Mampu menelan seorang lelaki dewasa

2.3.3.2.4

OMNIVOR

Beruang Madu Makanan: Anai-anai

2.3.3.2.5

HERBIVOR

Rusa Makanan: Ubi kentang

2.3.3.2.6 BURUNG a) Burung Unta Fakta: Burung yang terbesar dan tidak boleh terbang.

b) Kuang Fakta: Mengeluarkan bunyi seperti `kukukukukukakakaka` Spesies yang hampir pupus

c) Burung Hantu Fakta: Tidak tidur pada waktu malam

d) Burung Enggang Fakta : pasangan dicari untuk menemani sepanjang hayat

3.0

PENUTUP

Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan pengumpulan data dan analisis awal kajian. Dua kaedah empirikal yang digunakan ialah kaedah soal selidik dan kaedah temu ramah. Selain itu, analisis tentang latar belakang responden dan projek yang dijalankan turut dibentangkan sebagai analisis awal. Melalui kajian empirikal yang telah dijalankan di kawasan rezab bukit rengit di Lanchang, didapati bahawa masih terdapat pelbagai spesies hidupan liar dan tumbuhan yang jarang ditemui di kawasan lain. Ini bermakna kawasan tersebut masih lagi terpelihara dari ancaman pembalak haram, pemburu haram dan peminat tumbuhan komersial. Melalui program rekreasi ini, banyak pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, dengan kajian empirikal yang dijalankan, ilmu dan pengetahuan tersebut dapatlah diperkukuhkan dan dihayati agar generasi akan datang turut berkesempatan mengenal dan turut sama menjaga kesinambungan ekosistem di kawasan tersebut. Sebagai kesimpulan, kedua-dua kaedah empirikal amat bersesuaian bagi memenuhi keperluan kajian. Dalam kaedah tinjaun sendiri, dilihat lebih efektif memandangkan kesemua maklumat diperoleh dengan tepat. Selain itu, kaedah temuramah dengan pegawai hutan sangat membantu dalm pengumpulan data. Rumusan yang dapat dibuat ialah hasil pengumpulan data untuk kajian adalah memuaskan.

Das könnte Ihnen auch gefallen