Beruflich Dokumente
Kultur Dokumente
• Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus
menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid
membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk
membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.
• Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan
dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk
mendapat kesimpulan diri sendiri.
• Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri
yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.
• Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
• Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga
digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.
• Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan
kesimpulan yang berkenaan.
• Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik
kepada umum.
1
Pendekatan
Menurut pendapat Gestalt kita mempelajari sesuatu situasi itu secara keseluruhan dan
kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau sebagai teori
pembelajaran,maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatan dalam sesuatu
pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan
mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang
saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure
aksiomatik. Melalui pebdapt ibi dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus
berlandaskan kepada model, prinsip atau teori pembelajaran,
contohnya :-
a) konkrit kepada abstrak
b) mudah kepada kompleks
c) keseluruhan kepada bahagian
d) umum kepada spesifik (deduktif)
e) spesifik kepada umum (induktif)
f) dekat kepada jauh
g) diketahui kepada belum diketahui
Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan
sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan sebagai satu teori
pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
berdasarkan objektifnya.
2
Pendekatan Induktif
Takrif
Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi iaitu murid tidak diajar seuatu bahan
pengajaran secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan
pelajaran tersebut. Seterusnya mereka digalakkan mencari, meneliti dan mempelajarinya
sendiri serta mengemukakan satu rumusan hasil daripada kajian-kajian yang telah
dilakukan.
Konsep
Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan hukum.
Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman
Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu
Cuba untuk mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan/susunan pemikiran
Membuat andaian munasabah daripada spesifik (khusus) kepada umum
Ciri-ciri
Pendekatan Deduktif
Takrif
Dalam pembelajaran di bilik darjah, murid akan dihadapkan dengan suatu masalah.
Kemudian mereka akan memilih prinsip, peraturan, kesimpulan atau generalisasi yang
sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Setiap jalan penyelesaian masalah yang dibuat oleh murid mestilah betul kerana ia akan
dirujuk kepada guru pada akhir sesi pembelajaran.
3
Konsep
Prinsip
Ciri-ciri
? Pembelajaran mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi oleh murid
? Pendekatan ini menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
? Penyusunan isi mestilah dimulakan daripada keseluruhan kepada yang lebih kompleks
? Pembelajaran kefahaman lebih kekal daripada hafalan.
Teknik
Merujuk kepada pendapat Ahmad Mohd Salleh, teknik ialah apa yang kita lihat di dalam
bilik darjah.Sesuatu teknik harus dilihat dalam konteks dengan kaedah yang
digunakan.Umpamanya menggunakan makmal bahasa untuk mengajar bahasa arab adalah
suatu teknik begitu juga membaca,menjawab dan sebagainya,yang penting ialah pemilihan
mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan pada akhirnya
keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung atas asas-asas pengkaedahan dan
pendekatan yang kukuh,mantap dan boleh dipercayai..
Merujuk kepada unit-unit kecil yang terkandung di dalam sesuatu kaedah. Teknik
merangkumi aktiviti,pelaksanaan dan kemahiran guru yang digunakan dalam pengajaran (Ee
Ah Meng, Pedagogi ii.)
Teknik adalah unsur terkecil dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, ia terkandung
dalam sesuatu kaedah. Ia merangkumi aktiviti, pelakuan dan kemahiran guru yang
digunakan dalam pengajaran. Teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran. Contohnya dalam kaedah permainan, pelbagai teknik digunakan untuk
menjadikan permainan itu bermakna dan menyeronokkan. Seseorang guru mestilah pandai
menggunakan teknik supaya murid lebih berminat dan timbul motivasi untuk belajar. Dalam
setiap pengajaran sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan,
namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua
keadaan atau terbaik untuk semua sesi pengajaran. Teknik yang digunakan hendaklah
bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta bahan pengajaran yang
hendak disampaikan.
4
Teknik pengajaran dan pembelajaran ini mempunyai beberapa objektif, antaranya ialah :-
a) Untuk menyampaikan bahan pengajarandengan cara yang boleh menarik minat murid-
murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari
dengan mudah dan berkesan.
Teknik pengajaran bagi mata pelajaran akhlak islamiah mempunyai perbezaan dengan
pengajaran agama yang lain kerana ianya lebih menumpukan kepada perbincangan dan
pemahaman. Teknik yang biasa digunakan bagi pelajaran akhlak islamiah adalah seperti
berikut :-
i) Teknik bercerita
ii) Teknik berbincang
iii) Teknik penyelesaian masalah
iv) Teknik sumbangsaran
v) Teknik tunjuk cara
vi) Teknik main peranan
vii) Teknik bersoal jawab
Setiap teknik-teknik ini punya kelemahan dan kebaikan, namun untuk memilih yang benar-
benar terbaik adalah sukar untuk seseorang guru kerana minat murid adalah berbeza antara
satu sama lain. Jadi untuk menjamin keberkesanan sesuatu teknik hendaklah ianya sesuai
dengan isi pelajaran dan ianya mampu untuk dilaksanakan oleh murid. Selain itu
keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan juga bergantung atas asas-asas pengkaedahan
dan pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.
Oleh yang demikian teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam
mengelola dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Ia menekankan
kepada aspek bagaimana menggunakan sumber-sumber pengajaran serta menimbang
langkah-langkah pengajaran.
Kaedah
Mengikut pendapat Ahmad Mohd Salleh, kaedah ialah suatu perancangan yang sisitematik
secara keseluruhan untuk menyampaikan bahan pengajaran.Ia merupakan satu prosedur
melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui
pendekatan.Dengan itu sesuatu pendekatan,memugkinkan beberapa kaedah berbagai-bagai
faktur mempengaruhi persembahan bahan secara sisitematik umpamanya jenis pelajaran.
Dengan itu,berbagai-bagaikardah harus diwujudkan untuk memenuhi keperluan pelbagai
golongan tadi.
Mengikut pendapat Ee Ah Meng, kaedah ialah suatu ciri tindakan guru yang sistematik serta
berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik,iaitu jangka pendek sesuatu pelajaran.Ia
juga membawa implikasi penyusunan,oleh itu,kaedah mengajar bererti cara mendekati
sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
5
Kaedah adalah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara
teratur,kemas dan sistematik.Ia merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat
pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi
mencapai sesuatu pelajaran.