Sie sind auf Seite 1von 7

PERATURAN

PEMAKAIAN
SERAGAM PBSMM
(BUKU PANDUAN NO. 5)
PENDAHULUAN

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) adalah antara persatuan yang
mempunyai pakaian seragam yang tersendiri. Kegunaan pakaian seragam ini diamalkan sejak
persatuan ini di tubuhkan lagi iaitu dalam tahun 1948. Pakaian seragam ini perlulah di pakai
mengikut peraturan yang ditetapkan kerana tiap-tiap jenis pakaian seragam itu digunakan bagi
tugas tertentu. Persatuan Bulan Sabit Merah mempunyai beberapa jenis pakaian seragam yang
telah di khaskan.

Tiap-tiap pemakaian hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Setiap
ahli PBSMM dilarang mengubah atau menokok tambah pakaian seragam. Pakaian ini digunakan
untuk mempamerkan identiti PBSMM dan juga bertujuan untuk memupuk disiplin. Pakaian ini
harus dipakai dengan kemas dan bangga.

SEKSYEN 1: SYARAT AM

Pakaian seragam hendaklah dipakai lengkap dengan peralatannya. Contoh peralatan


ialah pingat, reben dan sebagainya mengikut spesifikasi yang diluluskan oleh Majlis
Kebangsaan. Selain itu, pakaian seragam PBSMM hanya boleh dipakai ketika anggota
menjalankan tugas. Anggota tidak dibenarkan menukar warna, fesyen, menokok tambah dan
mengubah pakaian dan peralatan yang digunakan.

Barang kemas tidak dibenarkan dipakai kecuali jam tangan dan cincin perkahwinan. Ahli
yang diberhentikan atau yang meletakkan jawatan dilarang memakai pakaian seragam atau
lencana. Anggota yang mewakili PBSMM ke luar negara mesti memakai pakaian seragam yang
bersesuaian mengikut arahan dan garis panduan yang diisyaratkan. Anggota yang beragama sikh
sahaja dibenarkan memakai sarban. Pakaian wanita no.10 diberi pilihan bagi yang beragama
islam. Jawatan yang disenaraikan dalam seksyen 7 mempunyai pangkat seperti dalam seksyen 8.
SEKSYEN 2: PERALATAN PAKAIAN SERAGAM

Seksyen 2 menerangkan mengenai pemakaian peralatan yang betul pada pakaian seragam
PBSMM. Sebagai contoh, lambang di lengan baju ialah lambang bulan sabit merah dengan
perkataan. Tanda negeri degan huruf berwarna merah. Pegawai yang berhak memakai tongkat
ialah yang berpangkat M ke atas sahaja. Tongkat adalah berwarna hitam dengan lambang bulan
sabit merah di atas kepala tongkat.

Lencana topi bersulam untuk pegawai sahaja. Lencana topi logam untuk anggota yang
lain. Lencana kain untuk kanak-kanak(link). Topi untuk pegawai lelaki ialah peak cap biru gelap
dengan lencana bersulam, songkok baldu hitam dengan lencana bersulam, beret biru gelap
dengan lencana bersulam dan topi ‘base ball cap’ hitam dengan lencana kain. Topi untuk anggota
yang lain ialah beret biru gelap dengan lencana logam dan topi ‘base ball cap’ merah dan putih
untuk kanak-kanak (link). Topi untuk pegawai wanita pula ialah topi bawler biru gelap dengan
lencana bersulam, beret biru gelap dengan lencana bersulam dan topi ‘base ball cap’ hitam
dengan lencana kain. Songkok untuk pegawai ialah jenis baldu hitam dengan lencana bersulam.
Bagi sarban pula, sarban mestilah berwarna biru gelap dengan lencana bersulam untuk pegawai
dan sarban biru gelap denga lencana logam untuk lain-lain anggota.

Bagi jalur topi pegawai, dua jalur bunga padi emas bagi pangkat MPP ke atas, satu jalur
bagi MP dan M, dan tanpa jalur bagi pangkat PPP ke bawah. Bagi jalur pada songkok pula,
pegawai yang memakai adalah berpangat M dan ke atas. Satu jalur baldu merah tua (1cm)
diantara dua jalur emas (1.5cm) di tengah songkok dan satu jalur emas (0.3cm) di bahagian
bawah. Bagi pegawai yang berpangkat PPP ke bawah, satu baldu merah tua (1cm) diantara dua
jalur emas(1cm) di tengah songkok dan satu jalur emas (0.3cm) di bahagian bawah. Jalur topi
pegawai wanita, pangkat MPP ke atas, satu jalur bunga padi emas dan Chinstay warna emas.
Pangkat MP dan M, satu jalur bunga padi emas dan chinstay warna hitam. Pangkat PPP ke
bawah, chinstay warna hitam sahaja.

Lanyard hitam berbunga untuk pegawai, tanpa bunga untuk lain-lain anggota. Tag nama,
warna hitam dengan tulisan huruf besar warna putih berukuran 7.5cm panjang dan 2.5cm lebar.
Ejaan nama tidak lebih 9 huruf dengan ukuran tinggi huruf 1.5cm.
Epolet, pegawai yang berpangkat MPP ke atas, epolet berwarna biru gelap dengan jalur
bunga padi emas di tepi. Pangkat MP dan M, biru gelap dengan jalur emas ditepi. Pangkat PPP
ke bawah, warna biru gelap tanpa jalur.

Gojet, pangkat MPP ke atas, berwarna merah dengan bunga padi emas di tengah, dan
butang kecil BSM. Gojet panjang untuk pakaian istiadat no.1 dan yang pendek untuk no.2 dan 3
sahaja.

Lencana kolar BSM, pangkat MP ke bawah, lencana kolar BSM kecil warna emas
dipakai bersama pakaian istiadat No.1 sahaja. Tali pinggang, nylon berwarna putih serta kepala
logam lambang BSM dipakai bersama seluar putih. Nylon berwarna biru gelap serta kapala
logam lambang BSM dipakai bersama seluar biru gelap.

Aiguilet, pangkat MPP ke atas, berwarna emas berbintik merah dengan dua knob.
Pangkat MP ke bawah, berwarna emas berbintik merah dengan satu knob. Logo bulan sabit
merah dan tanda negeri dipasang di kedua belah lengan baju seragam kecuali pakaian no.1
wanita, baju T PBSMM, vest PBSMM, wet suit, petugas pengedali boat dan baju hujan.

SEKSYEN 3: PEMAKAIAN BINTANG-BINTANG


KEBESARAN/PINGAT/MEDAL REBEN

Seksyen ini pula lebih berfokus untuk menerangkan mengenai pemakaian bintang-
bingtang kebesaran/pingat/medal reben yang telah di anugerahkan. Bintang-bintang kebesaran
dan pingat-pingat dipakai bersama dengan kain selepang, berserta darjah kebesaran, bintang
kehormat, dan pingat persekutuan atau negeri. Bintang kehormatan dan pingat dipakai diatas
dada sebelah kiri, disusun teratur dan lurus, penganugerahan yang tertinggi di sebalah kanan.
Semuanya dipakai dengan permukaan disebelah hadapannya menghadap keluar. Jika terdapat
lebih dari 6 buah, disusun bergantung pada palang bertindih. Palang tersebut tidak lebih dari 6
inci dan disematkan sama tengah. Jika terlalu banyak, hendaklah disusun bertindih kasih atas
permukaan bintang atau pingat terkanan terlihat jelas. Pingat PBSMM dipakai selepas pingat
persekutuan atau negeri mengikut kekananannya. Bintang kebesaran, pingat, dan medal
hendaklah dipakai ketika pakaian istiadat No.1, medal reben tidak melebihi empat dalam sebaris,
jika lebih disusun 2 di atas, 3 dibawah mengikut kenananannya. Medal reben dipakai dengan
pakaian no.2 di atas poket dada sebelah kiri.

SEKSYEN 4: KEGUNAAN TIAP-TIAP PAKAIAN SERAGAM PBSMM

Setiap pakaian seragam PBSMM mempunyai kegunaannya yang tersendiri. Bagi pakaian
seragam lelaki, pakaian istiadat no.1, menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang
kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan rasmi dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.2,
perbarisan rasmi sebagai ketua kontinjen, jemputan rasmi, menghadiri mesyuarat rasmi,
kursus,seminar dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.3, menghadiri mesyuarat rasmi, kursus
seminar, tugas khas dan latihan medan. Pakaian seragam no.4 , terlibat dengan perbarisan rasmi,
jemputan rasmi, menerima pingat atau sijil, tugas khas dan latihan medan dan mengikut arahan.
Pakaian seragam no.5, terlibat sebagai ahli kawalan kehormat dan mengikut arahan. Pakaian
seragam no.6, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarelawan perkhidmatan ambulans
kecemasan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.7, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli
sukarela perkhidmatan ambulans kecemasan bermotosikal dan mengikut arahan. Pakaian
seragam no.8, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.9, tugas
rasmi, latihan medan dan mengikut arahan.

Pakaian seragam wanita. Pakaian istiadat no.1, menghadiri majlis penganugerahan pingat
dan bintang kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan rasmi dan mengikut arahan. Pakaian
seragam no.2, perbarisan rasmi sebagai ketua kontinjen, jemputan rasmi, menghadiri mesyuarat
rasmi, kursus,seminar dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.3, menghadiri mesyuarat rasmi,
kursus seminar, tugas khas dan latihan medan. Pakaian seragam 4A dan 4B terlibat dengan
perbarisan rasmi, jemputan rasmi, menerima pingat atau sijil, tugas khas dan latihan medan dan
mengikut arahan. Tiap-tiap kawalan kehormatan hendaklah seragam samaada pakaian seragam
4A atau 4B. Pakaian seragam no.5A dan 5B, terlibat sebagai ahli kawalan kehormat dan
mengikut arahan. Pakaian seragam no.6, dikhaskan untuk kakitangan dan ahli sukarelawan
perkhidmatan ambulans kecemasan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.7, dikhaskan
untuk kakitangan dan ahli sukarela perkhidmatan ambulans kecemasan bermotosikal dan
mengikut arahan. Pakaian seragam no.8, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan.
Pakaian seragam no.9, tugas rasmi, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam no.10,
menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang kebesaran, perbarisan kehormat, jemputan
rasmi dan mengikut arahan.

Pakaian seragam gunasama atau khas. Pakaian untuk petugas bahagian dapur dan sajian,
untuk lelaki dan wanita yang bertugas dibahagian dapur dan mengikut arahan. Pakaian ‘wet suit’
anggota penyelamat dalam air PBSMM untuk lelaki dan wanita ketika berlaku bencana air,
operasi menyelamat di air, latihan medan dan mengikut arahan. Pakaian seragam petugas
pengedali bot penyelamat PBSMM, untuk lelaki dan wanita semasa berlaku bencana di air dan
mengikiut arahan. Baju hujan PBSMM, untuk lelaki dan wanita ketika hujan dan dalam tugas
rasmi. Topi ‘base ball’ untuk lelaki dan wanita, dipakai bersama dengan vest dan mengikut
arahan. Pakaian ‘vest’ untuk anggota ambulans bagi lelaki dan wanita yang bertugas pada shif
petang dan malam selepas jam 7.00 malam, bertugas di kawasan bencana, semasa cuaca gelap,
tujuan keselamatan, tujuan pengenalan organisasi dan mengikut arahan.
KESIMPULAN

Pemakaian pakaian seragam mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Pakaian
seragam digunakan untuk mempamerkan identiti PBSMM. Ianya juga bertujuan bagi memupuk
semangat disiplin di kalangan ahli. Dengan itu, pakaian seragam harus di pakai dengan kemas
dan bangga serta tidak dipakai sewenang-wenangnya sehingga membawa aib kepada ahli yang
memakainya dan PBSMM pada keseluruhannya.

Das könnte Ihnen auch gefallen