Sie sind auf Seite 1von 9

ISL 3 EDU 3103

Rumuskan semua isi kandungan kuliah dan bahan-bahan dalam bentuk peta konsep/pengurusan grafik simpan dalam portfolio.

KONSEP P&P

PENGAJARAN

Satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.

PEMBELAJARAN

Pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal akibat interaksi dengan persekitaran.

ISL 3 EDU 3103

1) Penambahan ilmu

5) Pemahaman tentang realiti dunia

2) Penyimpanan maklumat

KONSEP PEMBELAJARAN

4) Pencarian makna

3) Perolehan fakta dan kemahiran

ISL 3 EDU 3103 PROSES PEMBELAJARAN GAGNE

Peringkat VIII- Maklum Balas dan Peneguhan

Peringkat VIIPrestasi Peringkat VIGeneralisasi Peringkat V- Ingat kembali dan Retrieval

Peringkat III dan IVPerolehan dan Ingatan

Peringkat II- Memberikan Perhatian: Memastikan Perhatian Pelajar

Peringkat I- Motivasi

ISL 3 EDU 3103


Lapan prinsip yang diadaptasi daripada daripada model Ewell (1997) terdiri daripada yang berikut:

PRINSIP
1. Penglibatan Aktif

PENJELASAN
Murid-murid kita tidak hanya akan menerima sebarang maklumat yang disampaikan kepada mereka. Memperkembangkan maklumat tersebut melalui penglibatan yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Perkaitan Dan Corak

Dibentuk dan diuji sambil murid-murid mencari makna berhubung dengan situasi pembelajaran. Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam konteks bilik darjah mengikut jadual yang ditetapkan sahaja; ia boleh berlaku dimanamana dan pada bila-bila masa sahaja. Peluang-peluang pembelajaran yang amat diperlukan untuk pelajar melibatkan diri secara aktif. Melibatkan kesan yang sebenar bagi menjadikan pembelajaran lebih mencabar dan menarik. Hendaklah diberi oleh guru dan rakan sedarjah sepanjang proses pembelajaran sebagai insentif dan pemulihan.

3. Pembelajaran Informal

4. Pengalaman Langsung

5. Situasi Mendesak

6. Maklum Balas Berterusan

ISL 3 EDU 3103


7. Suasana yang menyeronokkan 8. Refleksi Maklum balas yang diberi dalam suasana sedemikian. Membolehkan murid-murid mempunyai kawalan atas pembelajaran mereka.

Jenis-jenis Pembelajaran

Kemahiran Intelek

Maklumat Sikap JENIS-JENIS PEMBELAJARA N Verbal

Kemahiran
Psikomotor

Strategi
Kognitif

ISL 3 EDU 3103


PERSEDIAAN TUTORIAL Pelajar bincang dan banding beza pandangan ahli teori behavioris Watson, Pavlov dan Thorndike berkaitan cara organisma/ manusia belajar. Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian)

Banding Beza Pandangan Ahli Teori Behavioris


Perkara J.B. Watson Ivan Pavlov Pelopor konsep pelaziman klasik E.L. Thorndike Pelopor psikologi Amerika dalam pelaziman operan Pembelajaran cuba jaya dan hukum penting. Pembelajaran boleh berjaya secara cuba jaya dan pengulangan.

Pengkaji/pelopor Pengkaji teori pembelajaran emosi manusia Pendapat Manusia mewarisi 3 emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang Emosi manusia/peubahannya adalah dipelajari melalui proses pelaziman Proses pelaziman

Setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara ransangan dan gerak balas. - Proses pelaziman - Proses penghapusan - Proses pembelajaran semula - Proses pemilihan semerta - Proses generalisasi - Proses diskriminasi Seekor anjing, loceng dan makanan.

Hasil Kajian

Eksperimen melibatkan proses/hukum

-Hukum kesediaan -Hukum latihan -Hukum kesan

Kajian dijalankan

Seorang bayi berumur 9 bulan, seekor tikus putih yang jinak dan dentuman yang kuat

Seekor kucing, sangkar, selak dan makanan.

ISL 3 EDU 3103


Sediakan satu aktiviti menguji pemahaman tajuk berkenaan. (contoh: kuiz, senarai semak dan ujian)

Kuiz 1. Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme.

2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike.

3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme.

4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan.

5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

6. Senaraikan 4 langkah proses peniruan.

7. Gagne telah mengemukakan satu taksonomi kebolehan pembelajaran yang terdiri daripada lima kategori. Berikan 4 peringkat pembelajaran sahaja yang dinyatakan oleh Gagne itu.

8. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

9. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Operan Skinner.

10. Nyatakan perbezaan antara Pelaziman Klasik dengan Pelaziman Operan.

ISL 3 EDU 3103


JAWAPAN:
1. Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme. a. Teori Pelaziman Klasik Pavlov b. Teori Pelaziman Klasik Watson c. Teori Pelaziman Operan Skinner d. Teori Pelaziman Operan Thorndike

2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike. a. Hukum Kesediaan b. Hukum Latihan c. Hukum Kesan

3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme. - Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. - Ia juga fokus kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan. a. Peneguhan Positif= Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi. b. Peneguhan Negatif= Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan kebiasaannya tingkah laku tersebut tidak diulangi. c. Dendaan = Sesuatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini.

5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov. - Generalisasi merupakan satu rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya Sheila risau setiap kali ujian Matematik dan Sains diadakan kerana kedua-dua mata pelajaran telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain. Generalisasi di sini berlaku apabila kerisauan dalam satu mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

6. Senaraikan 4 langkah proses peniruan. a. Pemerhatian: Memerhati terhadap sesuatu subjek yang ingin ditiru. b. Penyimpanan: Perlakuan yang tidak dilahirkan tetapi tersimpan di dalam minda pelajar. c. Pengeluaran: Tingkah laku yang ditiru dan dipersembahkan. d. Motivasi: Tingkah laku yang dipersembahkan menerima dorongan dan motivasi daripada orang lain, maka peniruan akan diulangi.

7. Gagne telah mengemukakan satu taksonomi kebolehan pembelajaran yang terdiri daripada lima kategori. Berikan 4 peringkat pembelajaran sahaja yang dinyatakan oleh Gagne itu. a. Kemahiran intelek: Operasi mental yang membolehkan murid-murid member respon kepada pelbagai konsepsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada. b. Strategi Kognitif: Perancangan, kawalan dan pemantauan pemikiran oleh murid-murid. 8

ISL 3 EDU 3103


c. Maklumat verbal:Mendapatkan semula maklumat yang disimpan dan keadaan dalaman yang menyokong termasuk pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru. d. Kemahiran Motor: Kebolehan untuk melakukan pergerakan mengikut urutan. Ia melibatkan 3 tahap iaitu belajar urutan yang berkenaan, amalkan pergerakan tersebut dan murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran. e. Sikap: satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang.

8. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Klasik Pavlov. a. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. b. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. c. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran. d. Pembelajaran yang berlaku akibat perkaitan antara dua rangsangan dipanggil pelaziman.

9. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Operan Skinner. a. Ia berasaskan rangsangan dan gerak balas. b. Individu bertindakbalas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya. c. Mementingkan motivasi. d. Jika sesuatu tingkah laku diingini, perlu diiringi peneguhan.

10. Nyatakan perbezaan antara Pelaziman Klasik dengan Pelaziman Operan. JENIS PELOPOR PELAZIMAN KLASIK Pavlov Watson Respon Bukan inisiatif sendiri (bergantung kepada kewujudan rangsangan/ stimuli) Bersifat pasif Gerak balas/ tingkah laku dihasilkan selepas rangsangan. Menggunakan rangsangan tak terlazim dikaitkan dengan rangsangan terlazim. Secara responden terhadap rangsangan. PELAZIMAN OPERAN Thorndike Skinner Operan Inisiatif sendiri (bergantung kepada peneguhan). Bersifat aktif (cubajaya)

GERAK BALAS (TINGKAH LAKU)

URUTAN PELAZIMAN

Gerak balas / tingkah laku berlaku adalah kesan daripada rangsangan/ peneguhan. Menggunakan peneguhan positif/ negatif. Secara operan terhadap kesan daripada rangsangan.

CARA PEMBELAJARAN

Das könnte Ihnen auch gefallen