Sie sind auf Seite 1von 6

1.

0 PENGENALAN

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah
kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang
kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah
sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum atau
kerohanian. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah juga
dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan
ialah dengan mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, guru-guru
pelatih akan mengambil peluang ini bagi menceriakan persekitaran sekolah dan
mewujudkan suasana yang kondusif semasa bekerja dalam kalangan guru.



2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda utama
serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di sekolah. Persekitaran yang perlu
diwujudkan mestilah bersesuaian dengan warga sekolah yang terdiri daripada guru,
kakitangan sekolah dan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah
mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna
pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan
dan suasana yang kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang
mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung
tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca kata-kata hikmah serta
mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat dijadikan
wadah yang menonjolkan budaya sekolah.
OBJEKTIF

i) Untuk menjadikan laluan prasekolah sebagai satu tempat tumpuan yang menarik bagi
guru-guru, murid-murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.
ii) Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
iii) Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap sekolah.
iv) Hasil kerja guru pelatih sebagai tanda kenangan apabila selesai menjalani praktikum
di sekolah ini.
v) Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan keceriaan
sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal berkhidmat sebagai
guru sebenar pada masa akan datang.



3.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 4 minggu (April 2014)
Tempat : Laluan prasekolah sekolah SKKJ




4.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Khir Johari.




5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn NorAini bt. Dahlan
Pengerusi : Pn Sabariah bt Din
Penyelaras Projek : Zuliflee Bin Haron
Penolong Penyelaras : Muhammad Ridzuan Bin Kamarudin
Setiausaha : Muhd Nazirul Syaqim
Reka Grafik : Tengku Muhammad Afiq




6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Harga/Kos
1 Berus RM 20.00
2 Cat Mural RM 50.00
3 Cat Dinding RM 30.00
Jumlah RM 100.00


* Alatan dan cat telah disediakan oleh bilik Pendidikan Seni Visual. Tiada perbelanjaan
dikeluarkan.




7.0 SUMBER KEWANGAN

Sekolah Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam Selangor



8.0 PERANCANGAN PROJEK
Bil. Aktiviti Bahan Tindakan
1
Perbincangan mengenai idea
mural bertemakan Peta I-Think
Gambar peta
I-THINK
- Semua guru pelatih
2 Pembinaan kertas kerja Kertas kerja - Setiausaha
2
Perbincangan dan
pemilihan bersama pihak
pentadbiran untuk khidmat nasihat
bagi mendapat kelulusan daripada
Guru Besar.
Kertas Cadangan
- AJK
- Pengerusi Projek
- Guru Besar
3
Pemilihan Peta I-THINK yang
bersesuaian di dinding laluan ke
kantin sekolah.
Tema I-THINK
dalam PdP
- Semua guru pelatih
4 Projek dimulakan
Bahan dan alatan
melukis mural
- Semua guru pelatih
5 Refleksi dan dokumentasi
Kertas
Dokumentasi
- Semua guru pelatih




9.0 PENUTUP


Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan
dikendalikan oleh guru pelatih dari IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa. Kami
berharap projek melukis mural Peta I-Think dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.
Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada guru-
guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan
hubungan antara guru-guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah.
Semoga projek yang bakal dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran
Sekolah Kebangsaan Khir Johari



Disediakan oleh:

.......................................
(MUHD NAZIRUL SYAQIM)
Setiausaha,
Projek Mural I-Think


Disemak oleh:

........................................
(ZULKIFLEE BIN HARON)
Penyelaras,
Projek Mural I-Think.


Disahkan oleh:

........................................
(PN. SABARIAH BINTI DIN)
Guru Prasekolah
Sekolah Kebangsaan Khir Johari
Sabak Bernam, Selangor



Diluluskan oleh:

.........................................
(PN. NORAINI BINTI DAHLAN)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Khir Johari,
Sabak Bernam, Selangor.

Das könnte Ihnen auch gefallen