Sie sind auf Seite 1von 14

Modul Kem Motivasi Solat

Tajuk Modul : Ice-Breaking


Masa : 1 jam
Objektif :-
Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan dapat
merasai kehadiran fasilitator sebagai umi bukan sebagai guru.
Mewujudkan sikap keterbukaan, saling percaya mempercayai dan mesra antara satu sama lain.
Menghilangkan garis pemisah antara ahli.
Membina ikatan kumpulan.
Langkah:-

Pembahagian Kumpulan (My Family) 30 minit
1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek beberapa warna
mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas bergantung kepada bilangan
kumpulan yang hendak dibentuk
2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah :
biru merah
hijau putih kuning
3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara rawak.
4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator yang juga
mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang mempunyai lorekan
warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan pencarian sehingga jumpa semua
family-umi dan adik-beradik yang lain.
5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk membuat
moto/simbolik/item pengenalan family bagi kumpulan mereka berdasarkan pemilihan rawak warna
yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa mereka memilih moto tersebut.





Taaruf Mudah 30 minit
1. Taaruf dengan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita, makanan kesukaan,
subjek kegemaran dan sebagainya mengikut kekreatifan fasilitator.
2. Fasilitator juga boleh melakukan permainan seperti menyuruh peserta menyusun barisan mengikut
negeri asal, berat badan dan sebagainya.
3. fasilitator akan meraikan hati peserta dan sentiasa merangsang peserta menghangatkan
suasana,fasilitator akan memperkenalkan diri seagai umi dan peserta mempunyai panggilan dalam
family baru seperti Kak Long dan sebagainya.
Taaruf Perlembangaan 30 minit
1. Peserta diminta berada di dalam satu bulatan. Fasilitator akan memberikan tempoh masa yang sesuai
kepada peserta untuk memilih nama panggilan atau singkatan dan memikirkan suatu gaya atau isyarat
yang sopan yang melambangkan dirinya.
2. Fasilitator akan mempersilakan peserta yang pertama memperkenalkan dirinya dengan menggunakan
gaya atau garisan yang dipilih diikuti dengan nama panggilan sebanyak 3 kali. Seterusnya peserta kedua
perlu mengulangi nama dan isyarat peserta pertama diikuti pula dengan dirinya. Begitulah seterusnya.
Lakukan sehingga selesai. Ulangi daripada perlahan hingga beransur laju. Fasilitator boleh juga sekiranya
ingin mengulangi aktivit ini dari arah yang bertentangan
3. setiap Family akan memperkenalkan moto/simbolik/item pengenalan family masing-masing. Item
family tersebut akan menjadi barang amanah family masing-masing










Tajuk Modul : Subhanallah, Indahnya alam
Masa : 1 jam
Objektif :-
1. Untuk menghayati kebesaran Tuhan
2. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
3. Merapatkan ukhwah
Langkah:-

Warming up 15 minit
Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan
memanaskan badan
Jogging 10 minit
Peserta dan fasilitator akan berlari anak di sekitar kawasan padang sambil menghayati alam
Fasilitator akan menceritakan tentang keagungan Allah melalui penciptaan alam secara santai.
Cari cucu 25 minit
Objektif :-
Menilai sejauh mana peserta mengingati nama panggilan rakan mereka
Mengenali para peserta melalui aspek luaran seperti pakaian, bentuk badan
Material :-
Sapu tangan / kain penutup mata
Tongkat
1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk bulatan besar. Semua peserta akan
memberitahu nama panggilan atau singkatan masing-masing.
2. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Nenek akan ditutup
matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk
dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
3. Semua peserta akan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah
dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
4. Nyanyian :
Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucudimana berada.Nenek
kahwindengan anak raja.
5. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan
nyanyiannya.
Cucu, cucutak dapat lari.Nenek tuabanyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.Siapa yang kena,dia
menjadi.

6. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan
harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari
cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu
meneka nama panggilan atau singkatan peserta tersebut dengan betul.

7. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan
tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan
permainan diteruskan.
Teng teng 25 minit
1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk dua buah kumpulan. Sebelum
permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan yang mana harus
memulakan permainan terlebih dahulu.

2. Bagi memulakan permainan, peserta hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama
dengan cara membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan
atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Peserta lain mengambil giliran pula.
3. peserta dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak
sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi peserta yang baru sahaja memulakan permainan
dimana gundu berada di petak pertama, maka peserta hendaklah melompat terus ke petak
ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya
pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.


4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan
keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak
keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah
kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama
dan terus ke garisan penamat.

5. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada
kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya
mengambil alih permainan.

6. Setiap kumpulan akan bermain secara bergilir sehingga pemenang dikira berdasarkan
kumpulan yang paling ramai baki ahli yang tidak mati.

Tajuk Modul : Tressure hunt
Masa : 1 jam
Material :-
Lampiran pekerja balak yang rajin
Lampiran kebakaran
Lampiran peta harta karun
Telur
Kertas A4
Langkah:-
Warming up 15 minit
Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan
memanaskan badan
fasilitator akan memberikan Peta harta karun dan seorang fasilitator dari kumpulan lain (untuk
memantau tugasan di setiap check point) kepada semua kumpulan , semua peserta dikehendaki melalui
semua check point untuk menyelesaikan tugasan
peserta yang sampai di cheack point terakhir akan menyerahkan semua barang dan tugasan kepada
pemantau.

Check point 1
Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan
Untuk pergi ke check point seterusnya peserta hendaklah menjawab beberapa soalan akan ditanya oleh
Fasilitator berkaitan persediaan sebelum solat yang ditekankan dalam LDK1. Soalan yang diajukan
berdasarkan kreativiti fasilitator
Check point 2
Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan
Peserta diminta untuk mencari barang-barang yang tertera di atas kertas disekeliling mereka dalam
masa 5minit. Barang tersebut adalah getah dan marker pen. Kemudian pemantau akan memeri arahan
kepada mereka supaya menegakkan marker pen masing-masing dan dalam masa 10minit mereka
diminta untuk melastik marker pen tersebut dalam jarak tertentu. Markah dikira berdasarkan bilangan
marker pen yang berjaya dijatuhkan.
Check point 3
Objektif :-
Menilai tahap kreativiti dan inovatif peserta dalam menyelesaikan masalah
Membina semangat kerjasama antara peserta dan mesyuwarah antara kumpulan
Sebiji telur diletakkan di hadapan peserta dan mereka dikehendaki mendirikan telur tersebut dengan
apa cara sekali pun dalam 5 minit.
Check point 4
Objektif :-
Untuk melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah
Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik
Merapatkan ukhwah antara ahli
Peserta akan dapat sehelai kertas A4. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas tersebut
agar semua ahli kumpulan dapat masuk dan memboloskan diri mereka. Caranya bebas. Pemberian
kertas tidak boleh diulang.
Check point 5
Objektif :-
Menekan kepada peserta bahawa kejenuhan kita melakukan ibadah rutin kerana kurang menghalusi
ibadat kita
Peserta dikehendaki menghafal sebuah cerpen pekerja balak yang rajin. Ini bertujuan untuk menguji
daya ingatan para peserta dan mereka akan diuji pada check point terakhir.
Jawapan :-
Amien terlupa untuk mengasah kapak lantaran kerana sibuk bekerja.



Check point last
Objektif :-
Mendedahkan kepada peserta konsep perseimbangan dunia dan akhirat agar cemerlang dunia akhirat
Menekankan kepada peserta kepentingan untuk kita berpegang kepada ajaran Quran
Peserta dikehendaki mencantumkan kepingan artikel yang terpisah dan tersembunyi di sebalik task dan
mungkin di sebalik barang amanah iaitu cerpen kebakaran
Jawapan :-
Marhani : adalah seorang penganut yang memahami dan mematuhi ajaran. Sedar akan akibat yang di
terima jika menyanggahi ajaran
Azra : bersikap materialistik dan memikirkan dunia semata-mata. Tidak menghiraukan akibat yang
diterima jika tidak mematuhi ajaran Islam
Aimi : ibarat seorang yang jahil tentang agama. Ini juga boleh ditujukan kepada mereka yangmencari
akhirat tanpa memikirkan alam sekeliling dan memikirkan tanggungjawab sosial. Contohnya, seorang
yang tidak lekang ke masjid tetapi tidak mengajar adik solat dan tidak mahu membantu adik-adik di
rumah. Aimi akhirnya terperangkap dengan dunia kerana tidak arif dengan dunia itu sendiri.



















Tajuk Modul : Senamrobik
Masa : 1 jam
Objektif :-
Untuk menghayati kebesaran Tuhan
Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
Menghilangkan garis pemisah antara ahli
Membina ikatan kumpulan
Langkah:-
Warming up 15 minit
Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan
memanaskan badan
Senamrobik 15 minit
Lagu Bumi suci palestina dimainkan dan fasilitator mengajarkan gerakan ringkas sambil diikuti para
peserta.
Senamrobik 30 minit
Semua peserta akan mementuk bulatan besar
Sambil muzik dimainkan, seorang peserta akan dipilih untuk memulakan gerakan sendiri dan gerakan
tersebut akan diikuti peserta yang lainkemudian peserta yang lain akan meneruskan gerakan yang lain
sambil peserta lain mengikut pergerakan tersebut sehingga semua peserta berpeluang mencipta
gerakan mereka sendiri.

















Tajuk Modul : Bina Kubu Kita!
Masa : 1 jam
Objektif :-
Untuk melatih kepekaan dan senstiviti peserta terhadap persekitan
Menghilangkan garis pemisah antara ahli dan ikatan kumpulan
Langkah:-

Warming up 15 minit
Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan
memanaskan badan
Bina kubu kita! 45 minit
Beberapa sandal peserta akan digunakan untuk membina kubu
Pihak lawan akan mengambil jarak dan memlontarkan sandal pada kubu sandal yang dibina peserta
dengan matlamat untuk menghancurkan kubu tersebut
tatkala sandal tersebut mengenai sasaran, serentak dengan itu peserta akan lari menyelamatkan diri
dari mengenai sasaran musuh. Dalam pada masa yang sama peserta akan mencuri-curi untuk menyusun
semul sandal seperti sedia kala.
Jika peserta terkena hantaran sandal dari pihak musuh, peserta tersebut akan terkeluar dari permainan.
Peserta akan dikira menang jika peserta dapat membina kubu sempurna dan musuh dikira menang jika
semua peserta habis terkena hantaran sandal.








Tajuk Modul : Lets Prepare Our Solat
Masa : 1 jam 50 minit
Material :-
Buah dadu
Lampiran dam roket
Objektif :- Menanamkan kefahaman mendalam tentang persediaan sebelum solat.
Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang pesediaan sebelum melakukan solat seperti wudu,
rukun solat, syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat, perkara sunat sebelum menunaikan
solat, doa selepas azan dan lain-lain lagi.
Penekanan tentang persediaan sebelum solat ini akan dijalankan dalm bentuk Permainan Dam roket
supaya peserta tidak bosan dengan teori
dalam setiap kumpulan, peserta akan dibahagikan dalam dua kumpulan lagi dan masing-masing akan
mengambil giliran membuang dadu
Sekiranya buah peserta jatuh di tempat roket, maka buah tersebut akan naik mengikut arah roket
tersebut.Sekiranya buah dadu berakhir di tempat 'tahi bintang jatuh', maka buah pemain tersebut akan
turun ke bawah menurut arahnya
Jika buah pemain terletak di tempat bintang, maka soalan akan dikemukakan kepada peserta. Peserta
yang lain akan mendengar juga soalan yang akan dilontarkan berkaitan tentang persediaan sebelum
menunaikan solat. Jika ada soalan, fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan
pertanyaan. Fasilitator hendaklah memastikan peserta benar-benar faham dengan peserdiaan sebelum
solat ini. Fasilitator boleh membuat persediaan dan rujukan awal melalui buku seperti sifat solat Nabi
yang dilampirkan bersama.
Sekiranya pemain tidak dapat menjawab soalan dengan betul maka pemain tersebut akan hilang satu
giliran.Pemenang dikira berdasarkan siapa yang berjaya sampai ke petak 100 menurut bilangan dadu
yang betul-betul tepat.








Tajuk Modul : Lets Practice Our Solat
Masa : 1 jam 30 minit
Objektif :- Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat
Material :-
Laptop
Video tentang Sifat Solat Nabi
Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang bacaan dalam solat dan gerakan dalam solat
Fasilitator hendaklah memastikan semua peserta menghafal bacaan dalam solat dan benar-benar
memahami gerakan dalam solat. Dalam LDK fasilitator akan dibantu dengan video sifat Solat Nabi.
Fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan soal jawab. Oleh itu, para fasilitator
hendaklah membuat rujukan awal.


























Tajuk Modul : Lets Perform Our Solat
Masa : 1 jam 50 minit
Objektif :- Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat
Material :- Telekung
Lampiran borang evaluasi solat peserta.
Langkah:-

Dalam LDK ini peserta akan melakukan praktikal dalam solat mulai dari wudu, azan, praktikal solat
Suboh berjemaah dan doa selepas solat. fasilitator juga akan turut memberi pendedahan tentang doa
Qunut dan bacaan sujud sahwi. Fasilitator akan diberi borang evaluasi untuk menilai peserta.
Borang penilaian ini akan disertakan dalam rekod kemajuan peserta yang akan diserahkan ketika acara
penyampaian sijil peserta.



























LAMPIRAN

KEBAKARAN

Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara penghuni
yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.
Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus
menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di dalam almari.
Api telah merebak dan semakin marak. Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih penting, fikirnya. Ketika dia
bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang wanita mengandung yang kepayahan
menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.
Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang meningkat maju.
Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam almari. Begitu juga
dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia masih memunggah barang-
barangnya....

Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari pertama dia tiba di
Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu kerana anak saudaranya yang
bertugas sebagai doktor mendapat on call. Ketika mendengar bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu
itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan dia terkejut melihat penghuni kondominium
tersebut bertempiaran lari sambil menjerit api! Api!.oh, kebakaran rupanya. Dia cuba membuka pintu
tetapi api semakin marak. Dia juga tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban
dalam nahas kebakaran kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.























LAMPIRAN

PEKERJA BALAK YANG RAJIN
Amien adalah seorang pemuda yang tampan dan gagah. Dia bercita-cita untuk menjadi pekerja balak.
Semasa menyambut jadinya yang ke-18, dia pun keluar dari rumahnya dan menuju ke sebuah kilang
memproses kayu balak yang terkenal di negeri itu. Amien terus mendapatkan supervisor kilang dan
terus memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Supervisor itu amat sukacita melihat Amien yang
tampan dan mempunyai susuk tebuh yang tegap lantas dia pun menerima amien untuk bekerja sebagai
pekerja balak.
Pada hari pertama, Amien telah berjaya menebang sebanyak 10 batang pokok balak. Supervisor itu amat
berpuas hati dengan prestasi kerja Amien. Pada hari yang berikutnya, pemuda itu telah bekerja keras
seperti biasa tetapi dia hanya dapat menebang 8 batang pokok sahaja. Pada hari berikutnya lagi, Amien
telah bekerja keras seperti biasa tetapi bilangan pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurangan.
Pada hari jumaat, Supervisor itu telah memanggilAmien masuk ke pejabatnya kerana Amien masih
belum berjaya menumbangkan walau sebatang pokok pun sehingga matahari terbenam. Amien merasa
sangat sedih dan malu.
Amien Tuan, setiap hari saya telah bekerja keras daripada biasa tetapi dari hari ke hari bilangan pokok
yang berjaya saya tebang semakin berkurang dari hari ke hari. Supervisor kenapa hari ini kamu tidak
dapat menumbangkan sebatang pokok pun?
Amien saya telah cuba dengan bersungguh-sungguh Tuan
Kenapa Amien tidak berjaya menumbangkan sebatang pokok pun?

Das könnte Ihnen auch gefallen