Sie sind auf Seite 1von 24

Semenanjung Malaysia: RM0.

00
PERCUMA!
www.komikniaga.com
Penerbit
Inovattic Solutions
(Part Of Flarebiz Network)
Pihak Pengurusan
Komik Niaga
Matbiz
Abang Is
Hasbul Ariff
Kartunis Ubi
Hasbul Aqill
Aqif Azizan
Krew Komik Niaga
Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Zamzami
Edy
Irfan Foner
Lya
Diterbitkan Oleh
INOVATTIC SOLUTION
(Part Of Flarebiz Network)
18-3-1, Jalan Semarak Api 3,
Diamond Square Commercial
Centre 53000 Kuala Lumpur
Tel: 603-4031 4641
Email
support@komikniaga.com
HAK CIPTA TERPELIHARA: Di larang sama sekali menerbit se-
mula dalam lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan kebenaran bertulis dari
pihak KomikNiaga.com. Namun begitu, anda dibenarkan bahkan
digalakkan menyebarkan e-komik ini untuk tujuan kebaikkan,
tetapi haruslah dikekalkan sifatnya tanpa sebarang ubahan.
Assalamualaikum dan hai buat para pembaca Komik Niaga!
Terima kasih kerana terus menyokong usaha kami menerusi
lukisan-lukisan kartun, yang membuatkan orang ramai untuk
cenderung ke arah perniagaan dan keusahawanan.
Antara prinsip yang kami pegang sehingga hari ini, Sentiasa
memberikan ilmu ilustrasi yang berkualiti dan membijakkan
pembaca. Ia direalisasikan sekali lagi menerusi ezine kali. Di
mana kami membawakan khas pengasas Bihun Sufi, Tuan Shawal
Akbar.
Inspirasi, Motivasi, Evolusi
Tiga elemen kejayaan di atas merangkumi kisah beliau dalam us-
aha membina kehidupan yang kaya, berjaya dan diberkati. Apa-
bila kita membaca kisah ilustrasi beliau dalam Komik Niaga kali
ini, kita akan melalui tiga fasa iaitu:

Inspirasi - Kita akan menafikan bahawa kehidupan ini
boleh diubah mengikut kemahuan. Asal kuat kemahuannya, maka
Allah bentangkan jalannya.

Motivasi - Kita akan rasa seperti disokong kuat oleh Tuan
Shawal untuk berjaya dalam dunia perniagaan dan kehidupan.

Evolusi - Akhir sekali, hidup kita mengalami perubahan
yang diingini. Kita melihat dunia dari perspektif baru. Kemudian
berpuas hati dan mensyukuri nikmat yang berlaku.
Berhenti sejenak dan fikirkan tentang proses kehidupan. Adakah
kita berpuas hati dan gembira hidup kita sekarang? Adakah kita
sedar bahawa kita mempunyai keupayaan untuk
mengubah setiap data kehidupan kita di masa akan
datang? Semuanya bermula di saat kalian, para pem-
baca Komik Niaga membaca ezine
khas kali ini. Ia mempunyai magik.
Magik yang membuatkan kalian
teruja tentang dunia
keusahawanan.
Hasbul Aqill dan Aqif Azizan
Pengasas Bersama Komik Niaga
www.KomikNiaga.com
TABUNG KEKAYAAN - DANA AKHIRAT
TABUNG KEKAYAAN - DANA ILMU
TABUNG KEKAYAAN - DANA PELABURAN
1
2
3
Sekali kita bersedekah, berganda
rezeki yang Allah berikan. Sediakan
satu tabung yang akan digunakan
untuk kita bersedekah di kawasan
tertentu seperti masjid dan
sebagainya.
Barah kewangan semakin banyak berlaku di Malaysia. Semakin ramai
yang jatuh miskin dan lingkup kerana gagal menguruskan wang
dengan baik. Hari ini, Prof. Niaga mahu kongsikan 3 jenis tabung
kekayaan. Tabung ini dijamin dapat mengubah prestasi kewangan
kita semua. Secara tidak langsung, mempercepatkan proses untuk
mencapai tahap kebebasan kewangan.
Ketiga-tiga jenis tabung ini mempunyai impak yang luar biasa terhadap
prestasi kewangan kita semua. Wujudkan segera tabung ini dan rasai
sendiri kesannya.
Semakin banyak ilmu, semakin tinggi
nilai kekayaan seseorang. Tabung ini
berfungsi untuk kita gunakan bagi
menghadiri sebarang
Tabung ini memastikan kita mempunyai
simpanan yang cukup untuk membeli
aset-aset kekayaan. Sebagai contoh,
memulakan bisnes, membeli emas atau
perak dan pelbagai lagi.
T
uan Shawal Akbar adalah usahawan yang mempunyai pelbagai rahsia kekayaan
tersembunyi. Dalam artikel ini, kita akan menakluki cara beliau berfkir supaya kita
boleh berjaya sepertinya.
Untuk cepat berjaya dalam bisnes, pilih
guru yang sudah berjaya dalam bisnes
mereka. Pemilihan guru bisnes yang
salah akan membuatkan perniagaan
kita lebih sesat dan merugikan.
Bihun Sufi cukup dikenali dengan jenama bisnes yang membuka pelu-
ang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan, seperti ibu tunggal,
miskin tegar dan sebagainya. Sentiasa fokus untuk buka lebih banyak
peluang pekerjaan, agar dapat mengharmonikan ekonomi negara.
Bertindak secara tergopoh-gopoh
dalam perniagaan akan membuatkan
kita rugi besar. Kaji terlebih dahulu
pasaran. Lihat apakah masalah besar
yang dihadapi oleh orang ramai. Ke-
mudian selesaikan masalah itu dengan
perniagaan kita.
Alang-alang kaya di dunia, biar kaya
sekali di akhirat. Niatkan perniagaan
kita supaya sentiasa diberkati dan
dirahmati Allah. Jadikan perniagaan
sebagai sumber untuk kita mencium
dan merasai nikmat syurga.
Usahakan sesuatu sehabis baik sebe-
lum mengaku kalah. Kejayaan per-
niagaan itu adil. Ia hanya diberikan
kepada mereka yang berusaha sehabis
baik. Jika gagal, belajar daripada kega-
galan. Jika berjaya, fikirkan bagaimana
untuk mencapai lebih banyak kejayaan.
SILAP GURU, SESAT ILMU
SAMPAI REZEKI KEPADA YANG BERHAK
MEMBABI BUTA, JADI BABI BUTA
BAWA BEKAL NIKMAT AKHIRAT
YAKIN BALASAN USAHA
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.




. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Sampai bila? Mata redup Iz
merenung wajah sahabatnya, si
Qiu yang nampak begitu tekad.
Sampai aku berjaya menjadi
jutawan. Qiu memberi jawapan
muktamat.
Lepas itu? Tanya Iz lagi.
Aku akan luangkan masa untuk
mengejar akhirat pula. Kata Qiu
meyakinkan kawannya.
Bagaimana kau boleh pasti yang
akhirat itu tidak akan memintas
dunia. Iz masih menduga Qiu.
Apa kau merepek ni? Dunia be-
lum kiamat, mana mungkin tiba
akhirat. Qiu mempertikaikan
kenyataan Iz. Tak masuk akal.
Dunia kau ada lagi ke bila nyawa
kamu sudah tiada wahai sa-
habat? Iz memberi pencerahan
walau tahu Qiu cukup tahu.
Inilah masalah bangsa kita.
Sikit-sikit cakap pasal mati.
Bangsa cina pantang sebut pasal
keusahawanan. Telah banyak
kitab-kitab entrepreneurship
dari Imam-imam kapitalis telah
dikhatamkannya. Jika Iz ahli bab
agama, Qiu boleh digelar ahli
perniagaan.
Bukankah rezeki itu telah
ditetapkan Tuhan sebelum kita
dilahirkan? Iz cuba mengingat-
kan Qiu.
Sebab itulah kita kena usaha
sekuat-kuatnya untuk dapatkan
rezeki kita yang telah Tuhan
tetapkan. Bukannya mintak den-
gan Tuhan sahaja, kena kerja kuat
sampai berjaya. Nyata kefaha-
man Qiu berbeza walau pada
fakta yang sama.
Rezeki untuk mendapat sy-
urga dan neraka pun telah Allah
Subhanahuwataala tetapkan. Ba-
hagia atau celaka. Kau tahu kan?
Iz mengingatkan.
Sebab itu jugalah aku yakin
dengan perjuangan aku dalam
perniagaan ini kawan. Tak ingat
ke kau bahawa Allah Azzawa-
jalla lebih cintakan orang Islam
yang kuat berbanding orang
Islam yang lemah. Dalam dunia
sekarang, kekuatan terletak pada
ekonomi. Siapa yang dapat kawal
ekonomi dialah yang kuat, dan
dialah orang yang Tuhan lebih
sayang. Kau kena ingat! Keper-
cayaan Qiu nyata jauh berbeza
walau pada dasarnya agama
mereka serupa.
mati. Suwey!. Sebab itu mereka
maju. Bukan nak jadi racist tapi
memang Melayu selalu dilayu-
kan dengan stigma kematian,
sentimen keagamaan, semua tu
pelembab kemajuan. Qiu berte-
gas.
Bukan tak mengaku Melayu, tapi
selamilah Islam wahai kawan.
Bangsa tak bawa kita kemana-
mana tapi agamalah yang mem-
impin kita ke syurga. Jelas Iz
memujuk dengan nada lembut
walau diserang kasar.
Aku bukan tak percaya agama,
bukan tak yakin adanya syurga
dan neraka, tapi dalam alam
perniagaan yang penuh cabaran
ni kita tak boleh terlalu rigid
dalam bab agama. Kita kena
fuid. Agama kita tak buang tapi
konsep perniagaan kita kena
pegang. Siapa teragak-agak dia
akan tertinggal. Just do it! Moto
Nike yang memang boleh buat
perniagaan terus naik. Mana ada
peluang kita capai, ada lubang
kita masuk. Lu lambat, orang lain
rembat. Qiu fasih berbahasa
Kau ingat dunia ni kesah sangat dengan title juta-
wan? Berbillion-billion lagi diperlukan untuk me-
naikkan taraf umat Islam. Sekadar jutawan, apek jual
ayam pun dah boleh pegang title tu lah sekarang.
Jangan rendahkan pencapaian kita umat Islam pada
tahap serendah itu.
Kita nak Islam tersebar ke seluruh dunia, kita kena
tunjukkan dunia kita mampu mentadbir dunia. Kita
kena takluki dunia ekonomi demi kesinambungan
kemajuan umat Islam. Kita kena buktikan orang
Islam juga boleh jadi orang terkaya di dunia.
Bukan janji tapi pasti! Datuk Qiu tidak begitu hor-
mat pada tetamunya, Iz.
Apa benda yang kamu merepek ni hah? Kau kejar
dunia siang dan malam. Kau kejar harta kekayaan
ciptaan Tuhan tapi kau tak sujud pada Tuhan yang
menciptakan. Kau tak solat, tak berzakat, tak sikit
pun ada usaha nak beribadat.
Kenyataan Iz keras tapi Iz sampaikan dengan lem-
but dan perlahan agar sahabatnya mendapat pencer-
ahan bukan menganggapnya suatu bentuk cemuhan.
Siapa kata aku tak solat? Tak nampak ke aku pergi
solat Jumaat? Jihad aku bukan jumud macam kau.
Aku berjuang menaikkan imej umat Islam di mata
dunia. Kau sekadar bersimpuh atas sejadah. Per-
juangan hapekejadah? Datuk Qiu semakin lantang.
Kau hidup bermewah-mewah. Kau suka bermegah-
megah. Kau sangka perniagaan kamu mujahadah?
Iz masih berbicara dengan nada perlahan walau
perkara yang disampaikan bukan sesuatu yang boleh
diperlekehkan.
Aku usaha aku dapat. Man jadda
wa jada. Siapa usaha dia dapat. Aku
ada hak nak belanjakan semua yang
aku dapat sesuka hati aku asalkan
tak bersalahan dengan syariat. Per-
niagaan aku halal, pelaburan aku
halal, siapa kau nak mempetikaikan?
Bukan sikit sumbangan aku pada
perkara kebajikan. Kau boleh buka
akhbar. Datuk Qiu membela dirin-
ya. Dia yakin benar dia benar.
Iz sedia maklum akan tahap keegoan sahabatnya
ini. Qarun dulu pun kaya sekaya-kayanya. Asalnya
dia juga pengikut Nabi Musa Alaihissalam yang taat
pada agama. Mulanya dia miskin maka dia minta
Nabi Musa Alaihissalam mendoakannya agar men-
jadi kaya, semoga dapat dia berjuang membela nasib
orang miskin sepertinya.
Nabi Musa Alaihissalam menasihati agar dia tidak
meminta sedemikian kerana baginda percaya dia
tidak akan mampu menunaikan janjinya setelah dia
menjadi kaya. Dia bersungguh-sungguh meminta
juga kerana dia percaya imannya dapat menghalang
dia dari berlaku curang terhadap janjinya pada Nabi
Musa Alaihissalam.
Kau pun tahu kesudahan kisah itu kan? Iz berharap
benar kawannya mampu mengambil iktibar dari ki-
sah silam sejarah manusia mengejar harta kekayaan
sehingga melangkaui batas kehambaan.
Qarun tu success story yang fail kerana dia terlalu
taksub dengan kekayaannya. Kita ambil pengajaran
bukan ambil jalan menghindar kekayaan dan kema-
juan. Kita dah tahu silap dia kat mana maka jangan
kita ulang kesilapan yang sama. Bukankah aku dah
kata, lepas aku capai target jadi jutawan, aku akan
luangkan masa untuk kejar akhirat.
Dunia dah dapat, baru senang nak kejar akhirat. Tak
ke begitu sahabat? Qiu tidak mahu berganjak lagi.
Tiada siapa mampu merubah pendiriannya.
Kalau begitu baguslah. Aku doakan kamu berjaya
kotakan apa yang kamu kata itu. Iz memberikan
senyuman.
...Lima tahun kemudian. Di sebuah pejabat mewah
milik seorang usahawan berjaya berpangkat Datuk.
Mana janji kamu sahabat? Iz mengingatkan Datuk
Qiu akan janjinya suatu ketika dahulu.
Janji? Aku tak pernah berjanji dengan kau apa-apa
pun. Datuk Qiu mengerutkan dahinya kehairanan.
Sekarang kau dah bergelar jutawan, hartawan, usa-
hawan. Bila lagi nak luangkan masa untuk mengejar
akhirat pula? Iz menyusun kata dengan penuh
hormat.
Dia sedar yang dia sedang berbicara dengan sese-
orang yang terhormat, walau kedua mereka adalah
sahabat.
Iz pandang wajah Datuk Qiu
tepat-tepat. Kau takabbur wahai
sahabat.
Ini bukan takbur, ini keyaki-
nan yang tak kabur. Aku benar
dan aku membenarkan hak aku
didepan Al-Haq! Berani kerana
benar.
Malam ituDi lokasi sama,
ketua penyiasat jenayah dan
pembantunya sedang merungkai
suatu misteri. Kematian Datuk
Qiu. Menurut laporan, serangan
jantung. Sebagai penyiasat ber-
pengalaman, laporan sebegini
biasanya tidak semudah apa yang
dilaporkan.
Siapa yang terakhir dilihat
dalam pejabat Datuk? Tanya
beliau pada pembantunya sambil
melihat-lihat sekitar kawasan
kejadian. Tiada tanda pergelutan.
Saya tak pasti, tapi cctv ada mer-
akamkan gambar Datuk bercakap
sorang-sorang sebelum beliau
dilihat mengalami serangan
jantung. Pembantu beliau me-
nerangkan hasil pemerhatian
beliau keatas rakaman video dari
kamera sekuriti.
Tiada dafar nama pada buku pelawat di meja receptionist?
Ada. Tapi kerani di situ tidak tahu siapa yang menulisnya. Katanya sebelum ini takde, entah macam mana
bila dia buka semula ada. Katanya lagi tiada seorang pun rakan perniagaan Datuk yang ada nama sebegitu.
Pembantu memberikan kenyataan yang dia ambil dari pekerja pejabat Datuk.
Ketua penyiasat memandang kearah pembantunya. Ini mungkin petunjuk yang penting. Apa namanya?
Pembantunya membuka buku dafar pelawat pejabat Datuk dengan cermat.Apa yang saya boleh baca,
namanya ialah...M. Izrael
TAMAT....
Hola! Kita bertemu lagi dalam ezine Komik Niaga yang sentiasa penuh berilmu dan
bergaya. Hari ini Matbiz dapat pelbagai jenis soalan daripada orang ramai mengenai
perniagaan Internet. Soalan paling popular adalah,
Oh Matbiz yang kacak, apakah strategi berkesan untuk saya menjual produk
di Internet?
Berikut adalah jawapan Matbiz. Semoga ia membantu rakan-rakan semua. Yosh!
Lain Produk, Lain Resepinya
SUMPAHAN FACEBOOK
JADI HERO PELANGGAN
>> Pertama, kenal pasti jenis produk yang kita mahu
jual. Terdapat dua jenis kategori produk iaitu produk
digital (ebook, video) & fzikal (pakaian, aksesori,
produk kesihatan). Lain produk, lain kaedahnya.
>> Jangan gunakan medium pemasaran lain terlebih
dahulu sebelum Facebook. Wujudkan akaun Facebook
Pages khas untuk bisnes kita. Kemudian kongsikan
maklumat dan tip menarik berkaitan dengan produk
yang kita jual.
>> Tingkatkan jenama dan biar orang lain nampak kita
sebagai go-to-guy. (pakar). Apabila kita pakar dalam
satu bidang, apa sahaja produk yang kita jual, pasti
berjaya menarik perhatian pelanggan.
www.KomikNiaga.com

Das könnte Ihnen auch gefallen