Sie sind auf Seite 1von 5

Bahagian B

Cabaran-Cabaran dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


a. Masalah-masalah pengajaran kemahira membaca yang mereka menghadapi
Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih
kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi
memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai
proses bacaan tersebut. Kebiasaannya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi
oleh pelajar di peringkat sekolah rendah.
Hasil daripada temuramah dengan dua orang guru, saya rumuskan kepada beberapa factor
yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah membaca.

i. Faktor Individu
Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca, kemahiran kognitif
para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai
kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh sebab itu,
kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai
hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Cara pemikiran seorang
kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh
mata kasar mereka sahaja.
Guru A berpendapat masalah ketidakbolehan untuk membaca ini timbul apabila seorang
pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka
menyebabkan masalah keciciran dalam pembacaan. Mungkin masalah ini berpunca daripada
kemahiran kognitif pelajar tersebut yang lemah.
ii. Ketidakbolehan untuk Mentafsir Simbol dan Huruf
Guru B berpendapat masalah dalam membaca juga berlaku akibat ketidakbolehan untuk
mentafsir simbol dan huruf untuk diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan.
Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak
berminat dalam proses pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya isi
pembelajaran yang telah diajar oleh guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, saya
berpendapat, permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru

mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak dapat membunyikan
perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering
meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Masalah
ketidakbolehan mentafsir simbol atau huruf untuk diterjemahkan akan menimbulkan pola
bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami
maklumat dan makna bahan bacaan tersebut.
iii. Faktor Psikologi
Apa yang dapat kami rumuskan bahawa tahap kecerdasan dan psikologi yang pelbagai dalam
kalangan murid disebabkan oleh faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan
sebagainya yang berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan
mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, tahap kesihatan serta gangguan
emosi sering menjadi punca masalah dalam proses pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap
kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut,
marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian
terhadap proses pembacaan.
Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat
yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami dan
memahami proses pembacaannya. Faktor tidak minat membaca merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan pelajar. Sikap
kurang minat membaca pada dirinya adalah berpunca daripada kegagalannya untuk
menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain itu, masalah kurang rangsangan daripada
luar juga menyebabkan para pelajar bermasalah dalam proses membaca. Hal ini adalah
kerana, kekurangan perhatian daripada guru akan menyebabkan pelajar tersebut akan
keciciran dalam proses pembacaan.
iv. Mudah Hilang Tumpuan dan Lemah Daya Ingatan
Guru A dan B juga bersepakat menyatakan bahawa masalah dalaman yang dihadapi oleh
pelajar dalam proses pembacaan juga berkait dengan masalah mudah hilang tumpuan dan
lemah daya ingatan. Hal ini adalah kerana proses pembacaan memerlukan para pelajar untuk
mengingat huruf dan bunyi bagi setiap huruf-huruf tersebut. Jika mereka bermasalah untuk
mengingati setiap huruf tersebut maka proses pembacaan akan menghadapi masalah seperti
membaca merangkak-rangkak dan tersangkut-sangkut. Bagi mengatasi masalah pelajar yang
lemah dalam proses pembacaan ini, satu proses pemulihan telah dijalankan. Para pelajar yang

lemah dalam bacaan mereka akan diasingkan dengan pelajar yang lebih cepat dalam
membaca.
Daya ingatan mereka sangat singkat dan cepat melupakan perkara yang telah dipelajari oleh
mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu diberi peluang membaca perkataan yang sama berulang
kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga mengalami masalah dalam
pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca. Masalah ini
mungkin disebabkan mereka sukar memberi tumpuan atau perhatian.

b. Langkah-langkah yang mereka mengambil dalam menghadapai masalah-masalah tersebut


Pelbagai kaedah telah dilakukan oleh guru tersebut dalam memastikan murid mereka dapat
menguasai kemahiran membaca. Antaranya ialah;

i. Kaedah Abjad/huruf
Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf
dari a z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, hurufhuruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat
ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya
perkataan.

Contoh:
Memperkenalkan huruf - a z
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu
Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + tu = batu
Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah.

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang
terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak
mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi
asas yang kukuh dalam membaca.

ii. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan


Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa
(sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya,
makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya.
Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya.
Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid
belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik
atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar
menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid
dengan menyebut bunyi huruf r iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ].

iii. Kaedah Fonik/bunyi


Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini
menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai
digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti
dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang
fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf
dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan
seterusnya disebut sebagai [ bata ].
[b]

[a]

[ ba ]

[t]

[a]

[ ta ]

[ ba ] +

[ ta ]

[ bata ]

c. Cadangan
Keupayaan membaca di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah
memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu guru hendaklah memperkemaskan diri
dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah
mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti
dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan
dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang

mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas,
kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. Sekiranya guru memilih untuk
menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang
disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah
ditetapkan atau mengikut sebahagian daripada langkah sahaja, maka guru tidak boleh
mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Bibliografi
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa
Melayu murid-murid sekolah rendah luar Bandar. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Taman Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat (2011). Faktor dan kesan masalah
membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.

Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaran


bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Das könnte Ihnen auch gefallen