Sie sind auf Seite 1von 14

HUBUNGAN ETNIK

(HESB113)
SEKSYEN 3M

BAB 7 : DARI
SEGREGASI KE
INTEGRASI
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA
MUHAMMAD FAIZZUAN BIN RAZALI
MOHAMAD AMIRUL ASHRAF BIN ROSLAN
ZULKARNAIN JEFFRY BIN OMAR
NUR AMIRAH BINTI NASARUDIN
EFFA NURSYAFIZA BINTI ABD MALEK
NOOR FARAHFATIN BINTI ZAINOL
WAN ASHIKIN BINTI WAN ABDUL AZIZ
NUR IZZATI BINTI SHUHAIMI
VISHANTINY A/P THELAGA MORTHI
SATHIYAVANI A/P MOHAN
MAHANI BINTI MOHAMAD

ID
IB096207
HR096203
HR096362
HR096323
HR096191
MT096637
IB096245
HR096222
HR097172
AC096425
HR096892

PENGENALAN
Definisi Segregasi dan Integrasi
o Segregasi dalam konteks hubungan etnik:
Merupakan konsep pemahaman yang mengasing etnik-etnik mengikut kumpulan
masing-masing dan tidak berlaku interaksi antara satu kumpulan dan kumpulan yang
lain.
o Segregasi boleh terjadi dengan pengasingan:
tempat tinggal
pekerjaan
aktiviti ekonomi
sistem persekolahan
penerbitan akhbar
o Integrasi dalam konteks hubungan etnik
Bermaksud disintegrasi segregasi yang berlaku. Integrasi membawa minoriti dan
majoriti untuk bersama-sama dalam pembangunan negara.
DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN
1. Sebelum merdeka, Tanah Melayu telah melaksanakan dasar pecah dan perintah di
bawah penjajahan British.
2. Dasar ini mewujudkan segregasi dalam kalangan etnik yang mengukuhkan kuasa
politik dan ekonomi British di Tanah Melayu.
3. Justeru, bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat, Malaysia mengutamakan
integrasi.
4. Integrasi adalah merupakan proses penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan
ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua etnik.
5. Dalam konteks Malaysia, integrasi merupakan satu proses mewujudkan satu identiti
nasional di kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, sosial dan kawasan
penempatan.
6. Integrasi merupakan suatu proses yang kompleks dan tidak dapat dicapai di dalam
waktu yang singkat.
7. Tahap-tahap hubungan etnik dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan
hubungan terpisah, iaitu segrasi sehingga hubungan yang terbentuk sebati iaitu
amalgamasi.
8. Hubungan yang rapat mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan
persefahaman serta mewujudkan perpaduan antara pelbagai etnik.

CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA


Prasangka
- Dibuat berdasarkan perasaan dalaman (negatif) individu/kelompok terhadapindividu/k
elompok yang lain tanpa bukti / maklumat yang betul.
Stereotaip
- Fahaman sesebuah kelompok dengan mengeneralisasikan kelompok yang lain
berdasarkan sikap, perbuatan serta fahaman seseorang individu daripada
kelompok.
Etnosentrisme
- Kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah lebih baik dan unggul berbanding kelompok lain.
Rasisme/Perkauman
- Pandangan , pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok lain berdsarkan perbezaan keadaan wajah fizikal biologikal secara terbuka.
Diksriminasi
- Layanan yang buruk/ tidak adil terhadap individu /atau kumpulan tertentu,
dimana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu
berkenaan.

KONFLIK
Kedudukan lokasi kelas, taraf pendidikan , kemahiran kerja, pendapatan dan budaya hidup
yang sesetengahnya membatasi peluang mobiliti sosial mereka untuk keluar daripada
golongan miskin.( Mansor 2006 )
Konflik juga berlaku disebabkan oleh kerumitan menanggung kos hidup yang terus
meningkat , perkhidmatan awam yang kurang memuaskan , pengangguran, kemiskinan ,
keterpinggiran dan ketidaksamarataan dalam masyarakat, gejala sosial yang berleluasa dan
wujudnya banyak kumpulan samseng.
Konflik bukan sahaja disebabkan perbezaan agama , tetapi juga berpunca daripada faktor ke
miskinan dan keterpinggiran.
Contohnya :
Rusuhan etnik di Kampung Medan, Selangor dikaitkan dengan isu kemiskinan dan pembagun
an ( Mansor 2006 )

PERANAN KERAJAAN
Seiring dengan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dengan tujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai etnik, pelbagai usaha dan perancangan telah
dan sedang dilaksanakan.

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN)


Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional merupakan sebuah badan yang
ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik
di Negara ini.
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai latar
belakang budaya, agama, Bahasa dan adat resam yang berbeza.
Interaksi dalam kalangan mereka adalah terbatas kerana pembahagian buruh dalam
system ekonomi dibuat berdasarkan permisahan etnik dalam masyarakat dengan
setiap etnik mempunyai fungsi ekonomi yang tersendiri.
Suasana ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan suasana sewaktu Tanah Melayu
baru mencapai kemerdekaan. Masyarakat pada waktu itu menepati ciri-ciri
masyarakat majmuk seperti yang diutarakan Furnivall (1948) iaitu kesan daripada
pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh British.
Isu perpaduan dan hubungan antara etnik penting dalam Negara memastikan
kestabilan politik sentiasa terjamin. Generasi kini masih menghadapi persoalan dan
dilema akibat masalah segregasi antara kaum
Masyarakat kini belum sepenuhnya menjiwai nilai dan konsep satu bangsa Malaysia
sebagaimana yang terkandung dalam cabaran pertama Wawasan 2020 yang
menekankan perpaduan masyarakat.
Integrasi nasional penting kerana dapat mengikis sentiment perkauman dengan cara
mengekalkan keharmonian nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai
kaum.
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan sebagai usaha untuk memulihkan
hubungan antara kaum kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969.
Kerajaan telah menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang kepercayaan dan kesetiaan
rakyat berbilang kaum terhadap kepimpinan negara.
Pada 1 Julai 1969, MAGERAN mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk
menangani isu berhubung pembinaan semula perpaduan kaum.
Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Februari 1971 bagi memupuk
dan memelihara perpaduan antara etnik.
Majlis ini diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
JPN diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan
Masyarakat pada tahun 1990 hingga 2004.
Diletakkan semula di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri dengan nama
Jabatan Perpaduan Negara dan Nasional (JPNIN).

Dasar-dasar Kerajaan
Beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang membawa perpaduan dan keharmonian
masyarakat pelbagai etnik serta menjalin integrasi nasional telah dirangka oleh kerajaan.
Dasar tersebut ialah :
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Ekonomi Baru
Rukun Negara diperkenalkan sebagai idelogi kebangsaan.
Dasar ini bertujuan mengurangkan dan mengawal tindak-tanduk politik melampau yang
boleh memecahbelahkan perpaduan.
Kerajaan juga telah membentuk beberapa dasar lain seperti :
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Wawasan Negara
Dasar Sosial Negara
Wawasan 2020
Strategi Persefahaman Politik
Kerajaan telah berusaha memupuk perpaduan Negara berlandaskan peruntukan dalam
perlembagaan merangkumi :
Sistem kerajaan persekutuaan
Demokrasi berparlimen
Raja berpelembagaan
Kedudukan Raja-raja Melayu
Bahasa kebangsaan
Hakmengamalkan agama masing-masing
Hak asasi rakyat Malaysia
Kedudukan istimewa kaum bumiputera dan peribumi
Lambang-lambang negara
Permbahagian kuasa dan tanggungjawab antara kerajaan persekutuan dan kerajaan
negeri
Mewujudkan langkah keselamatan dan undang-undang juga penting untuk mengawal dan
mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum atau agama
daripada melakukan kegiatan yang dapat menjejaskan keharmonian antara kaum dan
menggugat kestabilan negara.

Strategi Keseimbangan Ekonomi


Usaha kerajaan untuk mencapai perpaduan adalah :
Mengimbangikan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah
Mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi
Hal ini ditangani menerusi beberapa kaedah seperti meningkatkan taraf ekonomi antara
etnik dan wilayah tanpa merugikan mana-mana pihak.
Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan
perbezaan wilayah perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan
etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan.
Strategi Sistem Pendidikan
Salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi :
Membina jati diri nasional
Memupuk semangat kebangsaan
Cinta kepada Negara
Mengeratkan perpaduan
Peranan system pendidikan meliputi aspek menyediakan persekitaran serta kemudahan
yang kondusif bagi keperluaan sosialisasi dalam kalangan sebilangan besar rakyat.
Pelajar yang bermula dalam lingkungan usia muda boleh diterapkan dengan semangat
perpaduan di samping menanam sikap dan nilai yang dapat melahirkan kesedaran
nasional, semangat cinta dan bangga kepada Negara dan perpaduan antara kaum.

Langkah yang diambil dalam strategi system pendidikan ialah:


Mewujudkan satu system persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke
peringkat institusi pengajian tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
perantara dan menyeragamkan kurikulum, kokurikulum, peperiksaan serta
pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama.
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa ibunda etnik tertentu seperti
bahasa Mandarin, Tamil, Iban dan Kadazan Dusun di peringkatsekolah rendah dan
menengah.
Tumpuan kurikulum dalam matapelajaran sejarah negara, termasuk persetujuan
antara kaum dan negeri tentang peruntukan tertentu dalam perlembagaan, budaya
dan adat resam etnik di Malaysia, serta unsur-unsur penting agama dan
kepercayaan utama.

Pendidikan sepanjang hayat, iaitu program pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai
agensi dan pihak di luar system pendidikan formal, juga memainkan peranan penting
dalam usaha memupuk perpaduan Negara dan integrasi.
Penyertaan pelbagai etnik dalam program berkenaan secara tidak langsung akan
menggalakkan interkasi antara satu sama lain seterusnya dapat menjalin ikatan perpaduan.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan


Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk
memupuk perpaduan dan membolehkan pelbagai etnik dan keturunan berkomunikasi
antara satu sama lain dengan selesa.
Dalam hal ini, bahasa Melayu amat sesuai digunakan sebagai bahasa penyatu selain
diangkat sebagai bahasa rasmi Negara seperti yang termaktub dalamPerlembagaan
Malaysia.

Strategi Kepercayaan Agama


Untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum, Perlembagaan dan
Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan
agama dan kepercayaan masing-masing.
Pengembangan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada
perlembagaan dan undang-undang.
Sebarang aktiviti keagamaan perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menyentuh
sensitiviti penganut agama lain.
Strategi Kebudayaan
Kebudayaan nasional dibentuk berpandukan berpandukan tiga prinsip dalam Dasar
Kebudayaan Kebangsaan iaitu:
Kebudayaan kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima menjadi unsur
Kebudayaan Kebangsaan
Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Nilai- nilai positif merupakan aspek penting dalam kebudayaan kebangsaan.
Nilai- nilai sejagat dan menjadi kepunyaan bersama pelbagai kaum dan keturunan di
Malaysia

Strategi Integrasi Wilayah


Kerajaan telah melakukan penambahbaikan dalam system perhubungan kebangsaan dan
pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Penubuhan pelbagai agensi kerajaan persekutuan di negeri berkenaan dan mengadakan
program lawatan pemimpin masyarakat untuk melahirkan integrasi yang kukuh antara
negeri dan rakyat di wilayah tersebut.
Pelan tindakan memberikan penjelasan lebih mendalam tentang adat resam dan
kebudayaan setiap etnik serta mengikis salah tanggapan yang timbul dalam bidang
sosioekonomi dan sebagainya.
Tumpuan juga diberikan kepada penintegrasian antara kawasan Bandar dengan kawasan
luar Bandar agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsikan
secara adil.
Strategi Keselamatan
Strategi perpaduan Negara dalam bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan dan
pemulihan daripada berlakunya ancaman keselamatan Negara dan ketenteraman awam.
Aspek pencegahan diberikan penekanan supaya nyawa dan harta benda awam dan
pembangunan Negara dapat dipelihara dan tidak terancam.
Aspek pemulihan pula ialah usaha untuk metenteramkan keadaan setelah berlakunya
sesuatu konflik.
Pemulihan termasuk keselamatan dan ketenteraman awam yang melibatkan tindakan,
terutamanya daripada pihak polis dan dibantu oleh pihak lain.
Strategi Pembangunan Kawasan
Dalam aspek pembangunan kawasan, kerajaan mengarahkan pemaju perumahan serta
pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan etnik.
Sesuatu kawasan penempatan baharu hendaklah terdiri daripada pelbagai kaum agar
sentiment perkauman dapat dicairkan.
Setiap penempatan perlu menubuhkan jawatankuasa penduduk seperti Rukun Tetangga
dan menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaumdan
agama.

Prasarana seperti dewan serbaguna dan dewan komuniti perlu disediakan untuk kegunaan
penduduk melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Kerajaan juga menegaskan supaya sesuatu kawasan perumahan mengandungi
pembangunan bercampur seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah
agar dapat mengurangkan jurang sosial dalam kalangan masyarakat melalui pergaulan
dan interaksi.
STRATEGI PENGGUNAAN TENAGA MANUSIA

LANTIKAN MENGISI SESUATU JAWATAN TIDAK BERDASARKAN FAKTOR


KAUM,AGAMA,BUDAYA

MAJIKAN MEMAINKAN PERANAN MENERAPKAN UNSUR PERPADUAN DALAM


KALANGAN PEKERJA

INTERAKSI ANTARA PEKERJA PELBAGAI ETNIK PERLU DIGALAKKAN SUPAYA


PERASAAN PREJUDIS ANTARA MEREKA DIKURANGKAN

PEMUPUKAN NILAI-NILAI MURNI SEPERTI SEMANGAT PATRIOTISME DAN


KEKITAAN PERLU SENTIASA DITERAPKAN

STRATEGI MEDIA MASSA

MEMBANTU PERPADUAN NEGARA MELALUI PENYAMPAIAN MAKLUMAT,


PEMBENTUKAN SIKAP DAN PANDANGAN RAKYAT

PENERBIT AKHBAR DAN MAJALAH DIGALAKKAN UNTUK USAHA


MEMANTAPKAN PERPADUAN NEGARA BERDASARKAN ETIKA
KEWARTAWANAN

LAPORAN WARTAWAN TIDAK MELANGGAR AKTA HASUTAN 1948 DAN AKTA


MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984

LAPORAN JUGA TIDAK AKAN MENJEJASKAN ATAU MENGGUGAT


KETENTERAMAN AWAM DAN KESELAMATAN NEGARA

TUJUANNYA UNTUK MENERAPKAN CIRI-CIRI IDENTITI NASIONAL BAGI


MEMBANGUNKAN BANGSA MALAYSIA BERASASKAN SEMANGAT
PERSAUDARAAN DAN KEWARGANEGARAAN

STRATEGI PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN BAHAN BACAAN

MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI PENYELIDIKAN TENTANG PERPADUAN


NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL UNTUK MENGETAHUI ETNIK SEMASA.

HASIL KAJIAN DAPAT DIGUNAKAN UNTUK MENGUKUR TAHAP PERPADUAN DI


NEGARA INI SELAIN DAPAT MEMPERKUKUHKAN DENGAN PENERBITAN
BAHAN BACAAN TENTANG PERPADUAN DAN INTEGRASI SERTA ADAT RESAM

STRATEGI PEMANTAUAN ISU-ISU SEMASA DAN KONFLIK

MEWUJUDKAN MEKANISME PEMANTAUAN TAHAP PERPADUAN DAN


SISTEMATIK MERUPAKAN LANGKAH PENGESANAN AWAL TERHADAP ISU-ISU
SEMASA DAN KONFLIK

PENGESANAN INI PERLU DITINGKATKAN MELALUI SISTEM DALAM TALIAN


SUPAYA DAPAT MEMBANTU PIHAK JABATAN DAN AGENSI LAIN UNTUK
MENGAMBIL TINDAKAN PENCEGAHAN AWAL.

STRATEGI PENUBUHAN PANEL PENASIHAT PERPADUAN NEGARA (PANEL)


DAN JAWATANKUASA PENASIHAT PERPADUAN PERINGKAT NEGERI
(JKPPN)

PANEL DAN JKPPN DITUBUHKAN UNTUK MEMBINCANGKAN ISU PERPADUAN


DAN INTEGRASI NASIONAL DAN MEMAINKAN PERANAN LEBIH BERKESAN.

BERTINDAK SEBAGAI PENYELARAS KEPADA AGENSI LAIN,


MENASIHAT,MELAPOR DAN MENDAPATKAN PERSETUJUAN JEMAAH MENTERI
DAN PARLIMEN TENTANG ISU PERPADUAN

STRATEGI PROGRAM DAN AKTIVITI PERPADUAN

Kerajaan merangka pemetaan perpaduan untuk meningkatkan kesedaran dan


penghayatan kumpulan

Kakitangan kerajaan dan swasta serta anggota komuniti berperanan membawa


perubahan dari aspek pengetahuan,sikap,kemahiran

Peringkat sekolah pula dikaitkan dengan aktiviti berpendidikan pelbagai budaya


dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum.

Di tempat kerja dikaitkan dengan aktiviti pengurusan pelbagai dalam kalangan kerja

Peringkat komuniti berunsurkan pengembangan yang boleh membawa perubahan serta


pembangunan.

MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN

MENERAPKAN SEMANGAT PERPADUAN DALAM KALANGAN PELAJAR


PELBAGAI ETNIK SUPAYA MEREKA DILATIH HIDUP
BEKERJASAMA,PATRIOTISME DAN BERAKOMODATIF

SETIAP IBU BAPA DIBERI KEBEBASAN UNTUK MENDAFTARKAN ANAK-ANAK


KE SEKOLAH KEBANGSAAN TERMASUK SJKC DAN SJKT

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH, KUALITI PENGAJARAN DI SK


DITINGKATKAN 100% GURU DI SMK DAN 25% DI SK AKAN MEMPUNYAI
KELAYAKAN IJAZAH PERTAMA PADA TAHUN 2012

MEMPERKASAKAN SEKOLAH WAWASAN

SATU PENDEKATAN ALTERNATIF UNTUK MEMEPUK NILAI PERPADUAN ETNIK


DAN INTEGRASI NASIONAL DENGAN MEMBINA 2/3 JENIS SEKOLAH RENDAH
BERLAINAN BAHASA PENGANTAR

BERTUJUAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG MEMBERIKAN


PELUANG LUAS KEPADA PARA PELAJAR PELBAGAI ETNIK UNTUK BERGAUL DAN
BERKOMUNIKASI

PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

Rukun tetangga
Diperkenalkan pada tahun 1995
Tujuan awal penubuhan
Membolehkan rakyat mengawal keselamatan kawasan kediaman masing-masing .
Masyarakat setempat berumur 18 hingga 55 tahun ditugaskan membuat rondaan
pada waktu malam
1 Januari 1983
Kerajaan memperkenalkan satu pembaharuan memberikan penekanan kepada konsep
kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat setempat.
Tahun 2000
Pendekatan Rukun tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang
lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara menyeluruh ke arah mewujudkan
perpaduan nasional.
Visi dan Misi
Memupuk persefahaman dan bertolak ansur ke arah pembangunan bangsa Malaysia.
Moto
Bersatu Terus Maju
Objektif
Membantu memupuk persefahaman dan bertolak ansur kearah pembangunan bangsa
Malaysia.
Membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman
mereka sendiri dengan memberi penekanan konsep kejiranan .

Rumah Terbuka
Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan.
Setiap golongan etnik di malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran
tetangga walaupun berlainan etnik.
Contohnya : Apabila tibanya hari raya aidilfitri , etnik cina , india dan sebagainya akan
berkunjung ke rumah etnik melayu untuk merayakan perayaan tersebut
bersama-sama

Penerimaan Budaya
Masyarakat bukan melayu seperti cina dan india telah menerima budaya masyarakat
Melayu dari segi pakaian dan makanan.
Contohnya : Orang cina dan india memakai baju kurung dan baju melayu.
Contohnya : Orang cina dan india makan masakan melayu.
Masyarakat melayu menerima masakan Cina dan India.
Masyarakat melayu memberi duit raya menggunakan sampul atau angpau yang terkenal
dalam masyarakat cina.
PROGRAM DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

Persatuan dan kelab yang ditubuhkan dapat memupuk nilai perpaduan etnik dalam
kalangan mahasiswa.
o Melahirkan kesedaran terhadap kepentingan perpaduan etnik.
o Penting untuk pelajar bergiat aktif dalam kelab dan persatuan.
o Individu dapat bercambah melalui psikomotor, kognitif dan efektif.

Melalui kepimpinan juga dapat dilihat bahawa sesuatu organisasi itu bukan hanya
didominasi oleh satu etnik sahaja.

Pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik menjadi salah satu
kandungan wajib dalam sukatan pelajaran.
o Mengutamakan nilai rohani dan budaya.
o Menguatkan peribadi dan sahsiah pelajar.

Aktiviti luar akademik juga membantu menyemai semangat perpaduan.


o Lebih memahami kehidupan bermasyarakat yang bersifat pelbagai.
o Menyertai program keluarga angkat dan khidmat masyarakat.
o Pihak kerajaan dan swasta perlu memberi sokongan dan dorongan
untuk lebih banyak aktiviti seperti ini dilaksanakan.

Para pensyarah juga perlu mendapat pendedahan tentang kursus Hubungan Etnik.
o Perlu menyampaikan kepada para pelajar untuk bersama-sama
memupuk keharmonian etnik.
o Menjadi agen penyebaran nilai positif yang membawa ke arah
integrasi.

PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK.


Memainkan peranan untuk merpercepatkan proses hubugan etnik di Malaysia.
Peranan NGO ini juga dibarisi daripada pelbagai etnik.
Beberapa NGO menggunakan kaedah dialog dan seminar untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi dalam konteks hubungan etnik.
Contohnya: Pergerakan Belia 4B,Persatuan Belia Tamil,Dewan Perniagaan
Melayu.
Dalam NGO,sains dan teknologi merupakan bahagian penting untuk meningkatkan
perpaduan dalam hubungan etnik.
Sains dan teknologi digunakan dalam sektor perindustrian dan pembangunan
bioteknologi.
Bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi adalah nisbah (60:40).
Sains dan teknologi amat penting dalam pembangunan ekonomi negara.
Andainya ekonomi meningkat serta politik yang stabil akan menarik lebih ramai
pelabur luar negara.
Peluang pekerjaan ada maka hubungan etnik ini dapat dieratkan tanpa adanya jurang
ekonomi.
Multinational Corporation (MNC) adalah agensi menaja aktiviti untuk perpaduan
tanpa mengira kumpulan etnik.
Agensi ini beri tajaan dari segi pendidikan,penjagaan alam sekitar serta kebajikan hari
keluarga.
Jalankan tanggungjawab social tanpa mengira batasan hubungan etnik di seluruh
negara.
Contoh bantuan : Dana bantuan untuk pelajar cemerlang, Dana bantuan untuk
golongan warga emas.
Aktiviti ini amat penting dalam golongan muda menyemai sifat perpaduan etnik tanpa
adanya jurang.

Das könnte Ihnen auch gefallen