Sie sind auf Seite 1von 21

Definisi Istilah

IPGM

: Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan
Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau
Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh
IPG.

IPG

: Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program


Pendidikan
Guru
Praperkhidmatan
dan
Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996.

Senat

: Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan


akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6,
Peraturan-peraturan
Pendidikan
(Institut-institut
Pendidikan Guru) 2010.

PPG

: Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan


daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti
pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan
Jarak Jauh.

Internship

: Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman


amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu
dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi
dalam perkhidmatan pendidikan.

Penilai

: Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah


IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai
prestasi pelajar semasa Internship.

Mentor

: Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang


berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengurus Sekolah

: Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan


Guru Penolong Kanan.

Pelajar

: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah


(PPPBS)
yang
sedang
mengikuti
Program
Pensiswazahan Guru (PPG).

Murid

: Murid sekolah tempat Internship dilaksanakan.

Bilik Darjah

: Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)


dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah

: Institusi pendidikan tempat Internship dilaksanakan.

Pemantauan

: Proses mengesan pelaksanaan Internship oleh ahli


JKIAPIPGK/JKIPIPGK.

Gagal

: Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis panduan


Internship.

Senarai Singkatan
IPGM

Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPGK

Institut Pendidikan Guru Kampus

JKIAPIPGK/ JKIPIPGK

Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut


Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus

JPN

Jabatan Pendidikan Negeri

PPD

Pejabat Pendidikan Daerah

PPG

Program Pensiswazahan Guru

PPPBS

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah

SM

sekolah menengah

PdP

pengajaran dan pembelajaran

RPH

Rancangan Pengajaran Harian

RPI

Rancangan Pengajaran Individu

TMK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

INTERNSHIP
1.

KONSEP

Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta


mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang
guru. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini,
pelajar perlu menunjukkan daya kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk
meningkatkan kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat
kepemimpinan serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
yang berinovasi.
2.

OBJEKTIF
Melalui Internship, pelajar dapat:
i.

Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii.

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab


yang diberikan.
iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan
sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.
v.

komuniti

Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak


program pendidikan semasa.

vi. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran serta
projek inovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang
berterusan.
vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

3.

PROSEDUR PELAKSANAAN
i.

Tempoh
Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan
peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.

ii.

Penempatan Internship
Pelajar wajib menjalani Internship di sekolah rendah sahaja.

iii.

iv.

Bilangan Waktu Mengajar

Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru


Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah
rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang tidak mengajar di sekolah


rendah seperti PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM adalah sebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah
rendah.

Mata Pelajaran
Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di
samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

v.

Taklimat Internship
Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit
Praktikum IPGK.

vi.

Portfolio
Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship (rujuk Lampiran 3).

.
4.

PROJEK INTERNSHIP

i.

Pelajar wajib melaksanakan satu (1) projek inovasi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek
tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 30 minit (satu waktu)

ii.

Pelajar dikehendaki mengaplikasikan inovasi tersebut dalam satu sesi


pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

iii.

Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan


sendiri.

iv.

Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan


strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

yang menjelaskan objektif,

5.

v.

Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan


projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungan dengan itu,
penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,
aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi.

Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 10 muka surat


(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan
grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)
mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan
(rujuk Lampiran 1).

vii.

Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship


berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah
diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu
selepas tamat Internship untuk dinilai.

PENETAPAN MENTOR/PENILAI DAN PENGURUS SEKOLAH YANG


MENGESAHKAN MARKAH PENILAIAN BAGI PELAJAR YANG MENGIKUTI
INTERNSHIP
i.

Ketetapan mentor dan pengurus sekolah/tempat bertugas yang


mengesahkan markah penilaian bagi pelajar yang mengikuti Internship
adalah seperti berikut :-

Kategori Pelajar

Mentor/Penilai

Pengurus
Sekolah/Tempat
Bertugas Yang
Mengesahkan Markah
Penilaian

Penolong Kanan/Ketua Panitia


ATAU

Guru

Guru
yang
berpengalaman
sekurang-kurangnya tiga (3) tahun
dalam mata pelajaran major yang
diajar di sekolah di tempat pelajar
menjalani Internship.

Guru Besar &


Ketua Jabatan

DAN
Pensyarah IPGK
Ketua Panitia

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK

Penolong Kanan

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK

Guru Besar

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK

PPPBS yang
bertugas di
Bahagian-bahagian
di KPM/JPN/PPD/SM

Guru Kanan DAN Pensyarah IPGK

Guru Besar &


Ketua Jabatan
Guru Besar &
Ketua Jabatan
Guru Kanan &
Ketua Jabatan
Guru Besar &
Ketua Jabatan

Jadual 1: Penetapan Mentor/Penilai Dan Pengurus Sekolah Yang Mengesahkan


Markah Penilaian Bagi Pelajar Yang Mengikuti Internship
5

6.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


(i)

Pelajar
a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.
b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif
Internship.
c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di
Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i.
maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan
Internship
ii.
mentor yang telah dilantik oleh pengurusan sekolah
berkenaan
d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan
sebelum menjalani Internship.
e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk
mencapai persetujuan bersama tentang projek inovasi yang akan
dilaksanakan.
f)

Membina hubungan profesional


guru/pegawai dan staf sokongan.

dengan

pengurus

sekolah,

g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika


Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan
sekolah.
h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran
sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar
kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk
sesi persekolahan dalam seminggu.
i)

Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.

j)

Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internship kepada Unit


Praktikum IPGK.

k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara


individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata
pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam
masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak
memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan
terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi dalam PdP:
i.

Kaedah Baca Cepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang


Pendidikan Islam)

ii.

Rekreasi Matematik (bidang Matematik)

iii.

Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

l)

Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek


inovasi tersebut berdurasi selama 20 hingga 30 minit (1 waktu) dalam
bentuk cakera padat (CD) beserta RPH. Pelajar perlu membuat dua
salinan rakaman video tersebut di mana satu salinan masing-masing
untuk diserahkan kepada mentor dan Unit Praktikum IPG untuk proses
penilaian dalam tempoh satu minggu selepas tamat Internship.
(Pelajar juga dinasihatkan membuat 1 salinan rakaman dalam fail
peribadi)

m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi


antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada
mentor/penilai
n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksi pada
setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang
ditetapkan. (rujuk Lampiran 2 dan 2a).
o) Menghantar portfolio internship untuk dinilai oleh mentor yang dilantik
pihak sekolah dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat Internship.
Seterusnya portfolio internship yang telah dinilai oleh mentor perlu di
hantar ke Unit Praktikum IPGK untuk proses penilaian oleh pensyarah
selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas tamat Internship.
(ii)

Pengurus Sekolah
a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah
pencapaian matlamat dan objektif Internship.
b) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
c) Memastikan dan membantu pelajar melaksanakan tanggungjawab dan
tugasan yang dipersetuju bersama oleh pihak sekolah sepanjang
tempoh Internship.
d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua
Panitia/guru untuk dilantik oleh JPN bagi membimbing pelajar semasa
Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua
orang pelajar.
e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar
berpotensi gagal.
f)

Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.

g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit


Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat
Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.
h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

(iii)

Mentor
a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.
b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakan projek
inovasi yang dijalankan.
c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang
cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.
d) Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan
dan kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.
g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasa Internship dengan
menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu (1) minggu selepas
tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah. Sila rujuk
Lampiran 4 dan Lampiran 4a.

(iv)

(v)

Pensyarah
a)

Menerima surat pelantikan sebagai penilai daripada Pengarah IPGK.

b)

Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.

c)

Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek


inovasi pelajar dalam PdP.

d)

Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit


Praktikum.

Unit Praktikum
a)

Melaksanakan garis panduan Internship yang dikeluarkan oleh IPGM.

b)

Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh


pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri/IPGK.

c)

Merancang
Internship.

d)

Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada


pelajar.

e)

Menguruskan
Internship.

f)

Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk


dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.

g)

Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh


JKPIPGK/JKIAPIPGK sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan
dan Penganugerahan Institut Pendidikan Guru.

dan

menguruskan

pengumpulan

dokumen

dan

berkaitan

penyimpanan

pelaksanaan

dokumen/rekod

(v)

7.

Jawatankuasa
Induk
Praktikum
Institut
Pendidikan
Guru
Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan
Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK)
a)

Memastikan pelaksanaan garis panduan Internship dipatuhi.

b)

Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan


tempoh Internship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya.

c)

Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar.

KEHADIRAN INTERNSHIP
a)

Pelajar wajib hadir 100% kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/


Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/
Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada
jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:

Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.


(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Awam Bab Cuti)

Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

b)

Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa


kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa
tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:

Kehadiran
Internship

Tindakan

90 % ke atas

JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada


pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship
atau tidak.

70% - 89.9%

Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship.

Kurang
69.9%

Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship.

daripada

Jadual 2:

Tindakan Bagi Kes Kehadiran Internship Tanpa


Sebab Atau Tanpa Kebenaran dan Kurang Daripada 100%

8.

9.

PENANGGUHAN INTERNSHIP
a)

Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada


Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.

b)

Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang


dibuat oleh Rektor IPGM.

c)

Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh


pengajian.

d)

Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan


sebelum boleh dianugerahkan ijazah.

e)

Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.

f)

Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali


dengan kelulusan Pengarah IPGK.

g)

Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship


kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.

PENILAIAN INTERNSHIP
a)

Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam


pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.

b)

Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,


pelaksanaan dan penilaian projek inovasi yang dijalankan, penulisan
refleksi.

c)

Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan


Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan
4a).

d)

Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh


Guru Besar.

e)

Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan


oleh Ketua Jabatan di IPGK.

f)

Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:


Kategori Pelajar

Wajaran Penilaian
Sekolah

IPG

50%

50%

50%

50%

PPPBS yang bertugas


sebagai guru di sekolah
rendah
PPPBS (Guru Besar,
Penolong Kanan, pegawai
bertugas Bahagianbahagian di KPM/ JPN/
PPD/SM

Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship


10

g)

Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :Aspek Penilaian

Rujukan

A. Perancangan Projek
Inovasi

Markah

Portfolio Internship/RPH

20%
30%

C. Penilaian Projek Inovasi

Portfolio Internship/RPH
dan
rakaman video projek
inovasi dalam PdP.

D. Penulisan Refleksi

Portfolio Internship

20%

B. Pelaksanaan Projek
Inovasi

JUMLAH

30%

100%

Jadual 4: Komponen Penilaian Internship


10.

SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP


a)

Syarat penentuan keputusan


Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang
ditetapkan dalam syarat dan peraturan sistem peperiksaan, penilaian dan
penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.

b)

Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

c)

Kehadiran 100 %.
Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)
Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan
disabitkan kesalahan.

Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat


penentuan lulus.

d)

Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.

e)

Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

11

LAMPIRAN

12

LAMPIRAN 1
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
(Laporan antara 8 10 muka surat)
NAMA PELAJAR

NO. KAD PENGENALAN

PROGRAM

NAMA SEKOLAH

NAMA PROJEK

TEMPOH PELAKSANAAN

1.

OBJEKTIF
..
..
...
...

2.

STRATEGI PELAKSANAAN

3.

4.

5.

REFLEKSI
a)
Kekuatan Projek:

b)
Kelemahan Projek:

..
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

KESIMPULAN

13

LAMPIRAN 2
CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)
1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

14

LAMPIRAN 2a
PENULISAN REFLEKSI
1.

2.

3.

4.

Definisi Refleksi

Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan


untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)

Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman


pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.
Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta
pemerhatian, temu bual dan soal selidik.

Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,


memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian
kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan
meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.

Tujuan Refleksi:

Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang


dilaksanakan.

Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.

Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti


dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.

Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.

Ciri-Ciri Refleksi

Bermula dengan mengingat kembali

Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu

Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)

Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri Dalam Internship


a)

Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh


pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.

b)

Antara panduan yang boleh diikuti ialah:i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh
PPPBS selesai dilaksanakan. Antara perkara-perkara yang dicadangkan
adalah seperti berikut:

ii)

Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan


tercapai?
Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki
pelaksanaan aktiviti tersebut ?
Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan
atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?

Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di


Lampiran 2 dan 2a.
15

LAMPIRAN 3
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ______________________________
SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG
Bahagian

Maklumat
Diri

Maklumat
Projek
Inovasi
Amalan
Refleksi

Lain-lain

No.

Perkara

A01

Biodata Pelajar

A02

Surat Pengenalan Diri

A03

Salinan Borang Kehadiran Internship

B01

Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP

B02

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

B03

Menyediakan Laporan Projek Inovasi

B04

Cadangan Penambahbaikan

C01

Catatan Refleksi Mingguan

D01

Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP

D02

Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat


(CD)

D03

16

Tandakan
(!)

LAMPIRAN 4
BORANG PR5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU: KAMPUS_______________________________
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP
Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh
mentor/pensyarah dan pengurus sekolah.
Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________
Kursus : ________________________________

Ambilan : _____________________

Major : _________________________________

Elektif

: _____________________

Nama Sekolah : ________________________________________________________________

RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP


Petunjuk Tahap
Tahap 1

: Terdapat banyak kelemahan

Tahap 2

: Terdapat beberapa kelemahan

Tahap 3

: Pencapaian sederhana

Tahap 4

: Baik dalam banyak aspek

Tahap 5

: Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP


TAHAP

10%

1
2
3
4
5

0.0 - 1.9
2.0 - 3.9
4.0 - 6.4
6.5 - 7.9
8.0 - 10.0

20%
0.0
4.0
8.0
13.0
16.0

17

3.9
7.9
12.9
15.9
20.0

30%
0.0
6.0
12.0
19.5
24.0

5.9
11.9
19.4
23.9
30.0

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)


Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan
Aspek

Tahap

A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP


(20 MARKAH)
-

Objektif jelas dan sesuai


Pelan tindakan disediakan
Sasaran pelajar dinyatakan
Inovasi sesuai dengan sasaran

Markah A =
__________

B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM


PdP
(30 MARKAH)
-

Ulasan

Mengikut kesesuaian jadual perancangan


Penglibatan aktif murid
Impak kepada murid

Markah B =
__________

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP


(rujuk portfolio)
(30 MARKAH)
1
-

Menyediakan laporan projek inovasi


Cadangan penambahbaikan
Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi

Markah C =
__________

D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)


(20 MARKAH)
-

Isu/perkara difokus
Analisis kekuatan/kelemahan
Cadangan penambahbaikan
Rumusan

Markah D =
__________

Jumlah Keseluruhan Markah

= (A + B + C + D) = _______%

RUMUSAN KESELURUHAN
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Tandatangan Mentor/Pensyarah

Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua


Jabatan

________________________________
(Nama:
)

_______________________________
(Nama:

Tarikh:

Tarikh:

_________________________
18

_________________________

LAMPIRAN 5a
PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)
1.

Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.

2.

Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan
penilaian pada borang PR5.

3.

Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

4.

BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.

A.

PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP


Tahap 1

Perancangan tidak jelas,


tidak teratur, strategi
tidak sesuai, tidak ada
sumber rujukan,
persembahan sangat
lemah

B.

Tahap 2
Perancangan projek
inovasi kurang jelas,
kurang teratur, strategi
kurang sesuai, sumber
rujukan sangat terhad,
persembahan lemah

Tahap 3
Perancangan projek
inovasi jelas, tetapi
kurang teratur, strategi
sesuai, sumber rujukan
terhad, persembahan
mengikut format

Tahap 4

Tahap 5

Perancangan projek
inovasi jelas dan teratur,
strategi sesuai, sumber
rujukan sesuai dengan
tajuk, persembahan
mengikut format

Perancangan projek
inovasi sangat jelas dan
teratur, strategi sesuai,
sumber rujukan pelbagai
dan sesuai dengan tajuk,
persembahan kreatif dan
mengikut format

Tahap 4

Tahap 5

PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP


Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Penglibatan murid
tidak jelas, tidak teratur
dan tidak mengikut
jadual perancangan.

Penglibatan murid
kurang jelas, kurang
teratur dan kurang
mengikut jadual
perancangan.

Penglibatan murid
jelas, tetapi kurang
teratur dan kurang
mengikut jadual
perancangan.

Penglibatan murid
jelas, teratur dan
mengikut jadual
perancangan.

Penglibatan murid
sangat jelas, sangat
teratur dan mengikut
jadual perancangan.

Projek inovasi tidak


memberi Impak kepada
murid

Projek inovasi kurang


memberi Impak kepada
murid

Projek inovasi kurang


memberi Impak kepada
murid

Projek inovasi jelas


memberi Impak kepada
murid

Projek inovasi sangat


jelas memberi Impak
kepada murid

C.

PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP


Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Tidak jelas dan tidak


teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi

Kurang jelas dan kurang


teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi

Jelas tetapi kurang


teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi

Jelas dan teratur dalam


menyediakan laporan
projek inovasi

Sangat jelas dan sangat


teratur dalam
menyediakan laporan
projek inovasi

Tidak jelas dan tidak


teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi

Kurang jelas dan kurang


teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi

Jelas tetapi kurang


teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi

Jelas dan teratur dalam


menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi

Sangat jelas dan sangat


teratur dalam
menyediakan cadangan
penambahbaikan dan
laporan akhir
pelaksanaan projek
inovasi

19

D.

CATATAN REFLEKSI
Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

Kurang berusaha untuk


menilai diri

Ada usaha untuk menilai


kekuatan dan kelemahan
diri.

Sentiasa berusaha
menilai kekuatan dan
kelemahan diri.

Berjaya menilai kekuatan


dan kelemahan diri.

Sangat berjaya menilai


kekuatan dan kelemahan
diri.

Tidak dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah
diambil.

Kurang dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah
diambil.

Dapat
menghubungkaitkan
sebab dan akibat yang
telah diambil.

Berjaya
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang diambil

Sangat berjaya
menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang
tindakan yang diambil

Tidak menunjukkan
usaha untuk
menghubung kait dalam
merancang dan
membuat tindakan
susulan.

Kurang mengaitkan
situasi dan pengalaman
untuk membuat inferens.

Dapat mengaitkan situasi


dan pengalaman untuk
membuat inferens.

Berjaya mengaitkan
sebab dan akibat untuk
membuat inferens.

Sangat berjaya
mengaitkan sebab dan
akibat untuk membuat
inferens.

Berjaya meramal kesan


sesuatu tindakan dan
bertindak berlandaskan
bukti, seterusnya
merancang langkah
susulan.

Sangat berjaya meramal


kesan sesuatu tindakan
dan bertindak
berlandaskan bukti,
seterusnya merancang
langkah susulan.

20

AHLI PANEL PENGGUBAL:


Dr. Mohd. Nordin bin Abu Bakar
Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia

En. Muhammad bin Ibrahim


Pusat Pembangunan Akademik
Institut Pendidikan Guru Malaysia

Tn. Hj. Aleas bin Hj. Md. Isa


Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas

Tn. Syed Hamid bin Syed Alwi


Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam

En. Ahmad Tarmizi bin Salleh


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Islam

Tn. Hj. Azhar bin Hashim


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik

En. Johari bin Joned


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu

Pn. Hjh. Hasnah bt. Razali


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Antarabangsa

Dr. Syed Ismail bin Syed Mustafa


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas

En. Mohd. Izan bin Yusop


Ketua Unit Praktikum
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar

21

Das könnte Ihnen auch gefallen