Sie sind auf Seite 1von 14

HBEF3603

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE


SEMESTER JANUARY 2014
HBEF3603:
AKTIVITI 3 (T1A3)

NAME
NADESAN

RANJEET KUMAR A/L

MATRICULATION NO

830114065623

IDENTITY CARD NO.

830114065623001

TELEPHONE NO.

0149123616

E-MAIL
LEARNING CENTRE
Centre

Ranjeet1409@yahoo.com
:

Batu Pahat Learning

HBEF3603

PENGENALAN
Negara kita berusaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang
sukan. Adalah menjadi tugas setiap guru di sekolah untuk melatih mereka dengan cara
yang betul. Oleh yang demikian menjadi keutamaan kepada setiap guru untuk
meningkatkan kecergasan supaya pelajar dapat meningkatkan kemampuan bersukan
pada tahap fizikal yang tinggi. Oleh yang demikian, setiap program latihan yang
dirancang di sekolah perlulah dengan teliti dan dijalankan mengikut urutan dan
bersistematik oleh guru agar dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dalam jangka
masa yang dikehendaki..
Matlamat sangat penting bagi sesebuah program latihan. Matlamat tersebut
mestilah jelas, ringkas, difahami dan boleh dicapai. Begitu juga dengan jangkamasa
bagi setiap aktiviti,, ia perlulah bersesuaian dengan program latihan yang dijalankan.
Seseorang guru yang merancang program perlu menetapkan tempoh latihan dan
tempoh rehat yang mencukupi bagi murid.Ini kerana badan kita memerlukan tenaga
dan rehat yang mencukupi untuk meneruskan aktiviti yang seterusnya.Tambahan pula
ia juga harus bersesuaian bagi setiap sesi. Tempoh latihan dan rehat adalah bergantung
kepada jenis latihan dan jenis-jenis aktiviti yang dirancang oleh guru ataupun jurulatih.
Beberapa keperluan perlu disediakan terlebih dahulu ,iaitu seperti kemudahan
peralatan, tempat, masa dan membuat satu perancangan jangka panjang bagi
perancangan sedia ada dan merancang pencapaian secara berperingkat untuk
memastikan program berjalan dengan teratur dan lancar. Selain itu, guru ataupun
jurulatih perlu sentiasa mengekalkan dan menekankan keperluan utama dalam latihan.
Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem
pendidikan di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada
pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian
dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang
bertujuan

untuk

mempertingkatkan

kemampuan

seseorang

individu

melalui

pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan
aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling. Berdasarkan fakta ini Pendidikan

HBEF3603

Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada
pembinaan kemahiran asas.
Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau
pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan tubuh badan
murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara terjalin. Dengan
menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi kita, secara tidak langsung
menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di kalangan muridmurid sekolah. Serentak itu, perkembangan berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya
fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran
yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga.
Kajian yang di lakukan ini atas dasar matlamat dan hala tuju kurikulum Pendidikan
Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap murid menguasai
setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini
dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan
murid-murid Tahun 5 Kambar SJKT Cantuman Chaah yang terdiri daripada 14 lelaki dan 16
murid perempuan.

Kemahiran permulaan

larian pecut ada dalam sukatan pelajaran

Pendidikan Jasmani.Acara ini adalah antara acara yang paling diminati oleh semua
orang.Acara ini juga dipertandingkan di peringkat Antarabangsa dan ramai pelari pelari
dilahirkan melalui acara pecut ini.Acara larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon,
daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti
tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik permulaan larian pecut.
Saya telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan
kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya
permulaan yang tidak bertenaga.
1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU


Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan

pada tarikh 8 Mac 2014 bersamaan hari Selasa. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas
tahun 5 Kambar seramai 30 orang. Latar belakang murid ini adalah sederhana dimana
kebanyakan ibubapanya adalah pekerja buruh yang bekerja di Estate. Oleh sebab itulah

HBEF3603

kebanyakkan murid-murid di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan
pembelajaran mereka.
Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya
adalah kemahiran permulaan larian pecut. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah
satu kemahiran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara
larian pecut juga dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan.
Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan
aktiviti teknik permulaan larian pecut.
Semasa menjalankan set induksi, saya dapati tahap minat murid dalam tajuk ini
tinggi .Ini disebabkan kerana murid-murid seronok dan memberi penumpuan serta aktif
dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama melakukan gaya permulaan yang baik
dalam kemahiran yang ditunjukkan dalam sesi ini. Acara larian pecut ini biasanya
memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang tinggi. Selain itu, pelari juga
perlu memiliki teknik mulaan yang baik. Terdapat dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan
mulaan dekam.
Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti
perkembangan isi pelajaran langkah pertama yang mana menunjukcara melakukan teknik
permulaan dekam dengan penerangan adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran
terutama pelajaran Pendidikan Jasmani yang melibatkan kemahiran teknik, gaya, taktikal dan
keupayaan individu. . Permulaan gaya dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah
rendah terutamanya di sekolah yang dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika
menyesuaikan kedudukan anggota badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. Oleh
itu, tujuan pengajaran ini dibuat adalah untuk memberi kemahiran tentang kedudukan kaki
terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas yang sesuai dan kedudukan kepala
terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari semasa membuat mulaan dekam.
Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses
rakaman pengajaran dan pembelajaran ini , saya telah merancang untuk prngajaran dalam
bentuk teori dan praktikal. Pada mulanya saya telah merancang untuk menggunakan peralatan
ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoft power point semasa
penyampaian pengajaran teori saya. Malangnya pada hari tersebut, makmal computer
digunakan untuk tujuan lain. Keadaan ini menyebabkan saya mengubah perancangan kepada

HBEF3603

pendekatan penerangan secara teori dan praktikal terus di padang dengan menggunakan
peralatan sukan yang sesuai yang telah disediakan dari awal lagi.
Murid-murid sedia menerima apa jua penerangan yang diberi oleh saya.. Murid-murid
memberi respon dengan menjawab soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan
dan melakukan contoh permulaan larian sebagai menguji pemahaman mereka terhadap
penerangan dan tunjukcara yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada beberapa orang
murid yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana
ketika cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi
teguran dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.
Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan
pelbagai kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan
lambat bagi kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti
pembelajaran yang memerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid
yang kurang cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat
dikembangkan serta nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa,
bertanggungjawab dan toleransi dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti
praktikal secara kumpulan, saya dapati ada yang bersungguh-sungguh melakukan permulaan
larian dekam dengan melakukan secara berulang-ulang dan ada yang berusaha melakukan
sehingga betul-betul mencapai objektif.
Setelah mereka melakukan dalam kumpulan, saya meminta wakil dari kumpulan
masing-masing menunjukkan teknik permulaan larian dekam dengan betul. Dari contoh yang
ditunjukkan, saya dapati mereka faham dan tahu untuk melakukan permulaan dekam dengan
baik walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam pergerakan ketika permulaan
larian. Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid kesilapan yang telah dilakukan dan dapat
diatasi dengan membuat secara berulang-ulang sehingga berjaya walaupun kelihatan
mengambil masa yang panjang.
Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
adalah keadaan padang yang lecak akibat hujan yang turun hampir setiap hari. Ini
menyukarkan sedikit pergerakan guru dan pelajar sewaktu aktiviti tunjukcara dan praktikal
yang dijalankan oleh pelajar. Sewaktu aktiviti permainan kecil dimana pertandingan larian 50
meter dijalankan hanya 80% sahaja yang dapat menyertai dan selebihnya tidak dapat dibuat
akibat terbatasnya pergerakan di atas padang yang lecak dan masa yang tidak mencukupi.

HBEF3603

Dari segi penggunaan ruang sewaktu pengajaran dijalankan adalah terbatas kerana ruang
padang menjadi semakin kecil kerana banyak ruang yang dipenuhi air yang bertakung.
Suasana sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan kedengaran sedikit bising
kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa orang yang kelihatan sedikit bosan
kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan mereka pada pembelajaran.
Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa aktiviti kumpulan dijalankan
saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif yang diharapkan kerana semua murid dapat
melakukan permulaan larian dekam dengan betul. Hal ini disokong dengan aktiviti
pertandingan yang dibuat dalam permainan kecil dimana semua murid dalam melakukannya
dengan baik.Daripada penilaian dan pengamatan saya sewaktu aktiviti dijlankan semua murid
dapat melakukannya sekurang-kurangnya selepas 2 atau 3 kali percubaan.
Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya
gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat
mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan
dapat memahami sesuatu kemahiran yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan
kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan
akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi
pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang
berkesan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian, pemilihan terhadap kaedah dan teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara
berhati-hati supaya tidak menghalang dalam melaksanakan proses pembentukan konsepkonsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang
menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsepkonsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih
harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan kecenderungan pelajar secara berkesan serta
mampu untuk menjelaskan pengajarannya.
Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang
sama, saya akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma untuk teori saya akan
gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas teknik
kemahiran yang diajar. Sememangnya penggunaan computer dan multimedia penting dalam

HBEF3603

pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat memupuk pebagai kecekapan seperti


menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi, pemikiran logik dan kritikal.

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, pelajar-pelajar diharapkan akan mencapai objektif berikut:
2.1

Objektif Am

Kajian ini bertujuan meningkatkan penglibatan diri murid di dalam aktiviti pengajaran semasa
proses pengajaran dan pembelajaran teknik asas larian permulaan dekam.
2.2

Objektif Khusus

Meningkatkan keyakinan diri murid untuk melibatkan diri dengan aktiviti


pengajaran yang dijalankan.

Meningkatkan kemahiran sosial murid antara rakan-rakan di dalam aktiviti


berkumpulan.

Meningkatkan penumpuan murid di dalam kelas terhadap pelajaran yang


disampaikan oleh guru.

Membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam
proses P&P.

Membantu murid menguasai kemahiran membaca asas permulaan larian


dengan betul.

3.0

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 5 di SJKT Cantuman Chaah,Johor.Sampel

terdiri daripada murid-murid di tahap dua iaitu murid-murid di tahun 4 dan 5.Untuk tujuan
kajian ini,saya membuat keputusan untuk mengambil sampel dari kelas tahun 5 Kambar yang
merupakan kelas ke terakhir daripada 2 kelas tersebut.Ini adalah kerana,saya diberikan
amanah untuk mengajar murid di kelas ini sepanjang sesi praktikum dan juga internship
berlangsung sepanjang tempoh 4 bulan.Ini adalah faktor bagi saya memilih sampel tersebut
agar mudah untuk berurusan dengan pihak sekolah dan dapat memberikan tumpuan terhadap
pengajaran terutamanya kepada kajian yang dilaksanakan ini.

HBEF3603

Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 30 orang murid dari kelas 5 Kambar
yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan. Kebanyakkan
murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Kajian ini
akan menggunakan reka bentuk kaedah kuantitatif. Kaedah ini memerlukan penyelidik
mengumpul data dan menganalisa data. Instrumen kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu pra
penilaian dan pos penilaian. Dalam melakukan kajian ini Sampel Kawalan dan Sampel
Eksperimen akan melakukan ujian jangkauan pertama dalam permulaan larian pecut iaitu
Ujian Pra dan Ujian Pos di mana setiap jangkauan akan direkodkan. Kemudian,

jarak

jangkauan akan dibuat perbandingkan di antara kedua-dua sampel.


4.0

PELAKSANAAN INOVASI P&P

4.1

Tinjaun masalah

Proses 1 Merancang : Sebelum melaksanakan Kajian Tindakan, penyelidik perlu membuat


perancangan.
Bagi membolehkan objektif-objektif di atas dapat dicapai, kajian ini cuba menjawab
persoalan-persoalan berikut:
a. Adakah kaedah atau teknik yang digunakan berkesan untuk meningkatkan lonjakan
permulaan larian pecut?
b. Adakah pelajar - pelajar Tahun 5 Kambar mampu melakukan penambahbaikan
lonjakan permulaan larian pecut?
c. Adakah lonjakan permulaan larian pecut pelajar pelajar Tahun 5 Kambar
bertambah baik?
Acara larian pecut memerlukan individu yang mempunyai keupayaan larian yang
tinggi. Selain itu, pelari juga perlu memiliki teknik mulaan yang baik Saya telah membuat
keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan kemahiran permulaan lari pecut
adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, kebanyakkan
murid lemah dalam teknik permulaan selain daya permulaan yang tidak bertenaga. Terdapat
dua teknik mulaan iaitu mulaan berdiri dan mulaan dekam.
Teknik mulaan yang paling popular ialah mulaan dekam. Mulaan dekam pula
mempunyai tiga posisi iaitu gaya peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Permulaan gaya
dekam ini amat bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah terutamanya di sekolah yang
dibuat kajian. Murid-murid menghadapi masalah ketika menyesuaikan kedudukan anggota
badan terutamanya tangan, kaki, badan dan kepala. . Oleh itu, tujuan kajian ini dibuat untuk

HBEF3603

memberi kemahiran tentang kedudukan kaki terutamanya lutut dan hujung jari, badan diparas
yang sesuai dan kedudukan kepala terutamanya arah pandangan mata serta kedudukan jari
semasa membuat mulaan dekam
4.2

( Melaksanakan rancangan )

Penyelidik melaksanakan rancangan mengikut apa yang telah dirancang.


Tindakan Yang Dijalankan
Untuk kajian ini langkah-langkah yang akan digunakan ialah kaedah ansur maju.
Sebagaimana yang kita tahu kaedah ini biasa digunakan dan ianya amat praktikal dan
berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran yang terdapat dalam Pendidikan Jasmani.
Pada prinsipnya ansur maju merupakan elemen yang paling penting dalam merancang
program latihan yang melibatkan pergerakan. Latihan mestilah secara progresif. Jika beban
latihan ditambahkan dengan cepat, badan tidak dapat menyesuaikan dirinya menyebabkan
individu jatuh sakit/cedera. Beban latihan yang terkawal akan mempastikan kadar ansur maju
yang berterusun akan dapat mengelakkan bahaya daripada latihan yang berlebihan.
Saya akan membuat dua garisan selepas garisan pemulaan larian pecut yang merupakan
sebagai penanda. Garisan di bahagian hadapan adalah untuk kedudukan bahagian kepala
pelari. Garisan yang kedua adalah untuk kedudukan bahagian bahu pelari.
Selain itu, saya juga akan membuat empat garisan sebelum garisan permulaan larian
pecut. Keempat-empat garisan ini digunakan sebagai penanda bagi kaki kiri dan kaki kanan
pelari. Garisan yang pertama adalah kedudukan lutut pelari manakala garisan yang kedua
adalah untuk kedudukan hujung kaki di bahagian belakang. Begitu juga bagi garisan yang
ketiga dan keempat untuk kaki yang satu lagi.
Saya juga akan menggunakan bebanan (bungkusan pasir) yang dipasang di
pergelangan kaki setiap Sampel Eksperimen. Mereka akan berlari beberapa pusingan sambil
memakai bebanan tersebut. Selain itu, Sampel Eksperimen juga akan melakukan aktiviti
melangkah dengan menarik beban menggunakan tiub basikal yang diikat dengan beban
(karung pasir) seberat dua kilo. Ini bertujuan untuk menguatkan otot kaki dan seterusnya
meringankan kaki ketika membuat jangkauan pertama semasa permulaan larian pecut. Untuk
kekuatan otot tangan pula, Sampel Eksperimen akan melakukan aktiviti menarik beban yang
terdiri dari tiub yang diikat di tiang bendera. Selain itu, mereka akan melakukan aktiviti tekan
tubi berulang-ulang.
Terdapat 2 instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu:

HBEF3603

Instrumen yang pertama ialah Ujian Pra (Penilaian Satu). Ujian Pra (Penilaian Satu) dilakukan
sebelum rawatan dilakukan untuk gaya permulaan larian pecut. Ujian Pra (Penilaian Satu)
digunakan untuk merekod jangkauan pertama setiap responden. Unit yang digunakan untuk
mengukur jangkauan pertama setiap responden ialah sentimeter.
Instrumen yang kedua ialah Ujian Pos (Penilaian Dua). Ujian Pos (Penilaian Dua)
dijalankan selepas rawatan dibuat.Ujian Pos (Penilaian Dua) dilakukan untuk melihat
penambahbaikkan jangkauan pertama hasil daripada rawatan yang dilakukan. Ujian Pos
(Penilaian Dua) yang direkod akan digunakan untuk membandingkan dengan data yang
terdapat di dalam Ujian Pra (Penilaian Satu). Sebagaimana Ujian Pra (Penilaian Satu), Ujian
Pos (Penilaian Dua) menggunakan unit sentimeter dalam membuat pengukuran jangkauan
pertama setiap responden.
5.0

LAPORAN PERLAKSANAAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN


Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang

mana pada akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini
tidak dapat ditafsir dengan baik, proses ini tidak boleh dianggap sebagai satu kajian. Secara
ringkas, data kajian perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang
jelas. Dalam hal ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik,
kepada kajian tentang sesuatu atau beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik
bermaksud kajian akan dibuat dengan menggunakan hubungan yang logik dan tidak hanya
berlandaskan kepercayaan yang tidak mempunyai bukti nyata untuk dilihat atau dibaca.
Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan penjelasan tentang kaedah pengutipan
dan penghasilan data, memberikan penakrifan yang sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan
sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh serta menjelaskan segala batasan yang boleh
memberi kesan kepada hasil kajian.
Larian pecut adalah satu acara yang dipertandingkan di peringkat Majlis Sukan
Sukan Kawasan, Daerah , Negeri dan Kebangsaan. Acara ini, sering dinanti nantikan oleh
setiap penonton dalam sebarang kejohanan. Acara ini juga menaikkan nama seseorang dalam
acara olahraga. Peserta peserta sekolah pengkaji sering ketinggalan dalam perlumbaan
larian pecut di peringkat Majlis Sukan Sukan Peringkat Kawasan.
Oleh itu hasil dapatan daripada kajian ini diharapkan sedikit sebanyak dapat
membantu pihak-pihak tertentu terutamanya guru-guru Pendidikan Jasmani dan Jurulatih

HBEF3603

Olahraga sekolah untuk melahirkan peserta-peserta wakil rumah sukan dan wakil sekolah dan
seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji di masa
akan datang sebagai panduan dan garis panduan atau boleh diubah suai untuk
penambahbaikan bagi menghasilkan kajian yang lebih efektif bersesuaian dengan situasi,
masa dan responden yang dipilih.
6.0

LAMPIRAN

Jadual Ujian Pra Lonjakan Pertama Larian Pecut


Sampel Kawalan
Tahap Lonjakan
Bil.

Nama Murid

( cm )
P1

P2

P3

Jarak Terbaik
(cm)

1.

Rani

101

107

109

109

2.

Kaviya

103

110

113

113

3.

Tanush

112

115

111

115

4.

Ramesh

112

102

105

112

5.

Kugentiran

112

116

113

116

6.

Livanya Sree

102

100

102

102

7.

Nurul Asikin

108

98

100

100

8.

Shamini

105

100

100

105

9.

Kayalvili

92

97

100

100

10.

Negilah

107

109

109

109

HBEF3603

Jadual Ujian Pos Lonjakan Pertama Larian Pecut


Sampel Eksperimen
Tempat Pemerhatian : Padang SJKT Cantuman Chaah
Tahap Lonjakan
Bil.

Nama Murid

(cm)
P1

P2

P3

Jarak Terbaik

1.

Gayathri

122

130

124

130

2.

Vasanthan

112

123

115

123

3.

Prem

123

133

135

137

4.

Ebenezer

126

132

125

132

5.

Rechi

113

128

132

132

6.

Letchumy

112

128

122

122

7.

Santini

119

120

126

126

8.

Nur Atirah

111

130

127

130

9.

Kalaiarasi

113

129

132

132

10.

Kanageswary

119

129

120

129

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama Ujian Pra Dan Ujian Pos


Sampel Kawalan

HBEF3603

Jarak Jangkauan Jarak Jangkauan


Bil.

Nama Murid

Ujian Pra (cm)

Perbezaan

Ujian Pos (cm)

(cm)

1.

Rani

109

115

2.

Kaviya

113

115

3.

Tanush

115

117

4.

Ramesh

112

116

5.

Kugentiran

116

116

6.

Livanya Sree

102

114

12

7.

Nurul Asikin

100

113

13

8.

Shamini

105

108

9.

Kayalvili

100

109

10.

Negilah

109

107

-2

Jadual Perbandingan Jangkauan Pertama, Sampel Eksperimen


Sebelum Dan Selepas Rawatan.

Bil.

Nama Murid

Jarak Jangkauan

Jarak Jangkauan

sebelum rawatan

selepas rawatan

(cm)

(cm)

Perbezaan
(cm)

HBEF3603

1.

Gayathri

114

130

16

2.

Vasanthan

110

123

13

3.

Prem

108

137

29

4.

Ebenezer

114

132

18

5.

Rechi

110

132

22

6.

Letchumy

98

122

24

7.

Santini

105

126

21

8.

Nur Atirah

102

130

28

9.

Kalaiarasi

108

132

24

10.

Kanageswary

111

129

18

Das könnte Ihnen auch gefallen