Sie sind auf Seite 1von 6

saya nak

baca ..

Berita
o
o
o
o
o

Terkini
Utama
Nasional
Wilayah
Luar Negara

o
o
o
o
o

Politik
Parlimen
Jenayah
Mahkamah
Komuniti

Video
o
o
o
o
o
o
o
o

Terkini
Isu Semasa
Bisnes
Pemotoran
Gaya Hidup
Hiburan
Agama
Politik

Rencana
o
o
o
o
o

Utama
Bisik-bisik
Cuit
Selak
Kolumnis

o
o

Forum
Agama

o
o

Hiburan
o
o
o
o
o
o

Umum
Sekolah
Kampus
Sastera
Agama

Sains & Teknologi


o
o
o
o
o
o

Ekonomi
Korporat
Usahawan
Automotif
Hartanah
Teknologi
Saham & Wang

Pendidikan
o
o
o
o
o

Berita
Selebriti
Muzik
Filem & Drama
Rancangan TV
Seni & Budaya

Bisnes
o
o
o
o
o
o
o

Blog Editor
Sukan

Sains
Teknologi
Inovasi
Gajet
Pertanian
Alam Sekitar

Gaya Hidup
o
o
o
o

Rekreasi
Permotoran
Pelancongan
Keluarga

o
o

Sukan
o
o
o
o
o
o
o
o
o

Kesihatan
Fesyen

Bola Sepak
Badminton
Kereta
Motorsikal
Basikal
Golf
Hoki
lain-lain
Rencana Sukan

Lain-lain
o
o
o
o
o
o
o
o

Galeri Foto
Versi Mobile
Arkib
Iklan
Langgan ePaper
SMS Alert
Facebook
Sign in

RENCANA
ARKIB : 10/12/2012

Kreativiti, inovasi dalam


pendidikan
Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom

Pertandingan mereka cipta dan inovasi menyerlahkan daya fikir pelajar sekolah. Gambar hiasan
ADA yang bertanya kepada saya jika kreativiti dan inovasi penting dalam pendidikan,
mengapa ia tidak dijadikan sebagai mata pelajaran dan kurikulumnya diajar dalam bilik
darjah.
Jawapannya, kreativiti dan inovasi tidak boleh diajar tetapi ia boleh diterap secara tidak
langsung melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara terancang.
Dengan kata lain apa sahaja mata pelajaran kedua-dua elemen itu boleh diajar oleh guru
melalui pendekatan pengajaran yang berpusat kepada murid atau student centre.
Pengajaran berpusat kepada murid maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang
dilakukan secara dua hala iaitu guru mengajar dan murid belajar. Guru dikehendaki
sentiasa mencabar keupayaan berfikir muridnya dengan menggunakan pelbagai teknik
mengajar dan alat bantu pengajaran yang menarik minat murid.
Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran seperti kuiz, forum, syarahan, bahas, membuat
projek, kerja berkumpulan dan tugasan luar bilik darjah sangat digalakkan. Aktiviti
tersebut akan menggalakkan murid berfikir, berbincang, membuat rujukan, menyediakan
nota dan menghasilkan tugasan tersebut. Ini akan menggalakkan percambahan idea dan
dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti dan inovasi di kalangan murid.
Sesungguhnya murid yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa
berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. Inilah
ciri-ciri murid yang perlu kita lahirkan untuk menjadi warganegara bagi menghadapi
cabaran masa depan terutama dalam memasuki era 2020. Bagi menanganinya tidak
menghairankan mengapa kerajaan berbelanja besar dalam Bajet 2013 untuk pendidikan.

Di samping itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peruntukan
tambahan sebanyak RM500 juta kepada Kementerian Pelajaran bagi melaksanakan
aktiviti latihan guru yang berfokus kepada kemahiran berfikir aras tinggi atau high order
thinking skills.
Apakah sebenarnya definisi kreativiti dan inovasi itu. Kreativiti ialah suatu bentuk proses
pemikiran yang mendorong mengeneralisasi idea baru. Ia melibatkan kombinasi antara
idea baru dan idea lama yang diproses semula, membuat pemilihan dan menukar ganti
menjadi suatu yang baru.
Sementara itu, inovasi pula merupakan suatu idea, amalan atau objek yang dianggap baru
dan yang lebih baik. Inovasi dihasilkan oleh manusia kreatif yang dapat membina trend
baru dan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang banyak
persaingan.
Sebagai contoh jika dulu penggunaan telefon bimbit hanya sebagai alat perhubungan
tetapi kini melalui inovasi ia digunakan sebagai alat hiburan, internet, kamera, penyampai
maklumat, memberi pandu arah perjalanan dan membuat pelbagai pengiraan.
Guru memainkan peranan penting bagi menerapkan kedua-dua elemen dalam pengajaran
mereka. Sebagai penyampai ilmu guru perlulah memiliki kemahiran tinggi bagi
melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar menjadi lebih dinamik.
Mempunyai kemahiran sedemikian akan menjadikan guru berada di tahap teratas dan
akan disanjung oleh muridnya. Kualiti guru sedemikian akan membolehkan muridnya
menguasai berbagai kemahiran lain seperti berfikir aras tinggi, penyelesaian masalah,
berkomunikasi dan berkolaborasi dengan baik.
Peranan pengurusan sekolah tidak kurang pentingnya dalam merealisasikan elemen
kreativiti dan inovasi dalam kalangan warganya. Dengan perkataan lain pengurusan
sekolah juga mesti kreatif dan inovatif agar menjadi organisasi pembelajaran yang
bermaklumat, menggalakkan pengembangan pengetahuan baru, berbudaya saintifik,
penggunaan teknologi serta ICT secara meluas dan penggunaan tenaga sumber secara
maksimum.
Pengetua dan Guru Besar bersama pengurusan tertinggi di sekolah bertanggungjawab
bagi mencetuskan budaya kreativiti dan inovasi sama ada di kalangan guru atau murid.
Sekolah mestilah menjadi institusi yang menggalakkan tercetusnya pendapat dan idea
baru. Bagi mewujudkan suasana tersebut sekolah perlu mengurangkan kerenah birokrasi
dalam pengurusan dan memberi ruang kebebasan berkarya kepada warganya.
Pihak pengurusan juga perlu menjadikan iklim sekolah yang sentiasa ceria, bersih, kemas
dan bermaklumat. Sikap terbuka, mesra dan berperanan sebagai penyelesai masalah akan
menjadikan guru dan murid merasa gembira dan selamat semasa mengikuti aktiviti
pembelajaran.

Bagi mewujudkan suasana sedemikian pengurusan sekolah perlulah memastikan berlaku


sistem komunikasi dua hala, pengaliran maklumat lebih demokratik, stail kepimpinan
yang berhemah dan pembangunan insan yang harmoni.
Kepimpinan sekolah hendaklah terdiri daripada mereka yang berkebolehan dalam
menguruskan organisasi pembelajaran. Selain mendapat latihan, berpengalaman dan
pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan mereka perlu mempunyai dorongan dan
komitmen yang kuat bagi membawa perubahan kepada sekolah.
Perlu ada visi dan misi, strategi dan perancangan yang baik. Bagi memastikan kejayaan
perancangan tersebut mereka perlu mendapat sokongan dan kerjasama yang padu
daripada seluruh warga sekolah termasuk ibu bapa.
Mempunyai ciri budaya sekolah yang menggalakkan kreativiti dan inovasi akan
mendorong semangat belajar yang tinggi di kalangan murid, mempunyai daya usaha
sendiri dan sentiasa berusaha mengembangkan potensi ke arah yang lebih baik.
Dengan bimbingan dan sokongan guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional usaha
yang dilakukan oleh murid akan membuahkan kejayaan nanti.
Keberkesanan sekolah akan terserlah jika mereka dapat menggunakan teknologi dan ICT
dalam pengurusan dan dalam bilik darjah. Sebenarnya teknologi tidak dilihat sebagai alat
semata-mata tetapi boleh menjadikan sistem pengurusan lebih efisien dan berkesan.
Penggunaan ICT secara meluas dapat membina imej baru dalam pengurusan organisasi
yang berprestasi tinggi. Ia akan menjadikan sekolah lebih berdaya saing dan menjadi
lebih produktif.
Seperti yang ditegaskan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam majlis
Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa; "Guru perlu meneliti
semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid sekarang.
''Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran kelas
pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas
guru semakin mencabar."
Kongsi Konten di :

Das könnte Ihnen auch gefallen