Sie sind auf Seite 1von 8

Kebaikan dan Keburukan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, transformasi bermaksud perubahan bentuk seperti
sifat, rupa dan keadaan. Transformasi bukan hanya berlaku dalam sesebuah organisasi
pendidikan tetapi juga melibatkan transformasi dalam bidang kurikulum. Hal ini adalah
selaras dengan matlamat bahawa sekolah bukan sekadar tempat untuk menyediakan pelajarpelajar yang bakal mengisi kekosongan sesuatu pekerjaan yang khusus sebaliknya merupakan
satu tempat yang berfungsi untuk memberikan didikan yang sempuna dan lengkap yang dapat
menjamin dan membolehkan mereka menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat.
Justeru, kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada
proses memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.
Antara transformasi yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah dengan
memperkenalkan sistem pentaksiran yang holistik iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS). Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan secara berperingkat
bermula pada awal tahun 2011 adalah transformasi dilakukan Kementerian Pelajaran bagi
memastikan sistem pendidikan negara dapat melahirkan modal insan yang berkesan. Sistem
PBS juga adalah salah satu usaha membangunkan modal insan secara holistik dengan
menekankan penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan penambahbaikkan bagi sistem peperiksaan yang sedia ada iaitu UPSR dan PMR.
Sistem pentaksiran yang baru ini telah dirangka dan disusun secara sistematik oleh lembaga
peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana terdapat buku panduan pengurusan
dan pengendalian pentaksiran berasaskan sekolah yang boleh dijadikan panduan untuk
mengoperasikan PBS di sekolah rendah dan menengah.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir
bidang akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik
terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK).

Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada


guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif
yang berasaskan sekolah.
Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk
mentaksir murid-murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di
dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran Pusat (PP)
dan Pentaksiran Sekolah (PS)

yang memainkan peranan.

Pentaksiran pusat (PP) adalah pentaksiran yang ditadbir,


diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga
peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran
yang menjurus kepada bidang akademik yang mana
berfungsi
(assessment

sebagai
for

pentaksiran
learning)

dan

untuk

pembelajaran

pentaksiran

tentang

pembelajaran (assessment of learning). Terdapat dua jenis


pentaksiran

sekolah

iaitu

pentaksiran

formatif

dan

pentaksiran sumatif.
Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai
kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal
mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid.

Guru tidak dibenar membandingkan

murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan
sebelum ini. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz,
senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian. Manakala Pentaksiran sumatif
dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi
murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif
mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian
bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid dapat
dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio.
Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.
Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta

mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam
satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan
pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan
instrumen

pentaksiran,

pentadbiran,

pemeriksaan

atau

penskoran,

perekodan

dan

pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini amat penting untuk menentukan keberkesanan guru
dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang.
Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang
tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan
potensi setiap murid ke tahap maksimum.
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat
keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni
murid-murid. Disamping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah
pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk
standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran
yang dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di
negara kita walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk
melaksanakan sistem ini di sekolah.
Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi
sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan
tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat

kemajuan dan pertumbuhan

pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Disamping itu, Standard Prestasi
juga merupakan proses untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap
pengetahuan, pemahaman dan tindakan yang boleh murid-murid lakukan atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut
Band iaitu Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6 yang disusun mengikut
hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh
diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu murid-murid. Antara kelebihannya,
pentaksiran ini tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi
melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan

pertumbuhan murid tersebut dalam pembelajaran berdasarkan pernyataan standard. Justeru,


murid-murid akan dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Malahan, pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang
lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang
diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,
penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh
dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan
dengan standard pendidikan negara lain.
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga menyediakan pentaksiran bagi menilai
murid-murid tidak hanya di dalam bidang akademik malah terdapat pentaksiran yang dirangka
untuk melihat penglibatan murid-murid di dalam bidang sukan dan kemahiran-kemahiran
yang lain. Komponen pentaksiran tersebut terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan
kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi murid dalam pelbagai aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular). PAJSK memerlukan murid melibatkan
diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut
keupayaan murid dan dibangunkan untuk melengkapi sistem pentaksiran pendidikan di
Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. PAJSK juga sejajar dengan konsep Satu Murid
Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan perkembangan potensi murid dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Manakala bagi Pentaksiran Psikometrik, dilaksanakan untuk menilai dan
mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired
ability) daripada pengalaman dan persekitaran. Pentaksiran Psikometrik juga merupakan suatu
kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan
ciri (trait) psikologi yang diukur merangkumi dua komponen utama iaitu aptitud dan
personaliti murid. Ujian Aptitud pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Ujian Aptitud Am
dan Ujian Aptitud Khusus. Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan
kemahiran asas murid secara hierarki juga mengenal pasti kecenderungan murid berdasarkan
kriteria tertentu seperti mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kecenderungan murid. Manakala Ujian Aptitud khusus adalah untuk mendapatkan

maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam
bidang tertentu. Ujian Aptitud Khusus ini telah menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner, yang mana beliau percaya bahawa manusia itu
diklasifikasikan pintar cerdas bukan dari cerdas akademik semata-mata tetapi mempunyai
sembilan kecerdasan yang lain iaitu verbal-linguistik, kreativiti, muzik, naturalis, visual,
kinestetik, interpersonal, intrapersonal dan logik matematik. Inventori Personaliti pula ialah
satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah unik setiap
murid. Instrument ini bertujuan membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru
dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta membantu murid
dan ibu bapa mengenal pasti personaliti anaknya dan menyedari potensi diri mereka. Di
samping itu, pihak sekolah dapat menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan
kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu murid-murid. Setiap individu yang
terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah
bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran
yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar
tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan
penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Maka dengan itu, Kementerian Pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan indikator atau
petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini iaitu
kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi
pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan
dan pengesanan.
Pihak kementerian pelajaran juga telah menyediakan beberapa langkah untuk mengkaji
kelemahan dan kebaikan perlaksanaan sistem PBS ini. Antaranya ialah menyediakan sebuah
portal rasmi maklumat berkaitan PBS yang terkandung di dalamnya sebuah kajian soal selidik
mengenai tahap kesediaan guru melaksanakan PBS. Kajian soal selidik tersebut wajib diisi
oleh guru-guru tahun satu, dua, tiga dan tingkatan satu. Perkara ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat kesediaan guru dan dapatan soal selidik tersebut dapat membantu
Kementerian Pelajaran Malaysia merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS.
Seterusnya, antara kelebihan lain melalui sistem PBS ini adalah mengenai pemansuhan UPSR
dan PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR dapat meringankan beban pelajar dan guru.

Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini membolehkan pelajar belajar tanpa tekanan. Hal ini
demikian kerana, pelajar tidak lagi perlu untuk menghabiskan sukatan dalam tempoh enam
tahun dan tiga tahun untuk peperiksaan UPSR dan PMR. Pelajar hanya perlu mengambil satu
peperiksaan awam sahaja iaitu Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang tempoh masa belajarnya
mencecah sebelas tahun. Dengan ini, beban pelajar untuk menghabiskan sukatan dalam
tempoh masa yang singkat dapat dihapuskan. Sehubungan itu, beban guru di sekolah juga
dapat dikurangkan apabila tidak diwajibkan untuk mengadakan kelas tambahan sebaik sahaja
tamat waktu persekolahan setiap hari. Jelasnya, pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR ini
mampu mengurangkan beban guru dan pelajar.
Tambahan lagi, pemansuhan UPSR dan PMR dapat menggalakkan penyertaan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum. Pemansuhan kedua-dua peperiksaan ini menyebabkan kelas tambahan
untuk pelajar tidak diwajibkan dan sekali gus memberi masa lapang yang lebih banyak untuk
pelajar menyertai aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab dan permainan serta badan
unit beruniform. Kesannya, pelajar pelajar dapat menggerakkan sukan di sekolah hingga ke
peringkat daerah,negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.
Selanjutnya, PBS juga terdapat kelemahannya. Antaranya, sistem pendidikan Malaysia yang
bersifat berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat
kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan
pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar
pendidikan yang ditetapkan. Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah
masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak
mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan
dasar dan program pendidikan sendiri. Sebagai contohnya, apabila program Kelas Intervensi
Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) diperkenalkan, guru mata pelajaran bahasa Malaysia
dan subjek teras lain terpaksa bertungkus lumus memberi perhatian kepada pelajar yang
terlibat dalam program berkenaan. Guru juga terpaksa membahagikan masa antara mengajar
murid kelas perdana dan murid program KIA2M selain daripada terpaksa mengikuti
kursuskursus dalaman yang berkaitan dengan program berkenaan. Bagaimanapun, baharu saja
guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka
berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan program
Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Maka sekali lagi guru-guru terlibat terpaksa pula
bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk
melaksanakannya.
Isu kekangan ruang dan masa juga boleh menyukarkan usaha transformasi ke atas program
kurikulum atau kokurikulum yang hendak dilaksanakan. Pelaksanaan P & P terancang di luar
kelas sukar terutamanya bagi sekolah menumpang dan sekolah-sekolah dua sesi yang
menghadapi kekangan ruang. Kekangan ruang dan masa memerlukan kepimpinan yang
kreatif untuk mewujudkan dan memantapkan budaya ownership. Kekurangan guru juga amat
ketara di sekolah ekoran daripada kursus anjuran PPG atau JPN dan juga program kokurikulum peringkat gabungan dan negeri yang diadakan secara berterusan. Guru-guru
terpaksa meninggalkan sekolah dan akibatnya P & P terganggu. Semangat sepasukan sukar
disemai kerana wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan guru yang asyik mengganti kelas
mereka yang sering berurusan rasmi di luar kawasan sekolah. Manakala guru-guru yang
sering keluar pula tidak berupaya untuk menjual beli mahupun membuat kelas tambahan
kerana kekangan tempat dan masa dan merasakan diri mereka tidak dihargai oleh pemimpin
sedangkan mereka telah memberi sumbangan kepada organisasi.
Tambahan lagi, sistem PBS ini juga mendatangkan kesulitan kepada guru sewaktu ingin
memasukkan markah ke dalam talian. Bagi guru yang bertugas di pedalaman, masalah
rangkaian internet merupakan faktor utama kelemahan sistem PBS ini. Mereka perlu
menunggu sehingga lewat malam bagi memasukkan markah pelajar ke dalam sistem. Bagi ibu
bapa yang kurang berkemahiran dalam teknologi dan maklumat sudah tentu tidak dapat
memantau perkembangan anak-anak mereka. Hal ini menyebabkan mereka tertanya-tanya
tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini juga menyebabkan ibu bapa tidak
dapat mengetahui prestasi semasa anak-anak dan membantu anak-anak mereka untuk
mempertingkatkan prestasi dalam pelajaran. Sistem band juga memeningkan ibu bapa.
Pengetahuan tentang sistem PBS yang tidak diambil kisah oleh ibu bapa

dan kurang

maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah dan kerajaan menyebabkan mereka tidak tahu di
mana tahap penguasaan dan prestasi anak mereka. Hal ini mendatangkan kesan sampingan
kepada peningkatan prestasi pelajar.
Kelemahan sistem PBS yang seterusnya ialah dapat dilihat melalui pemansuhan UPSR dan
PMR. Pemansuhan UPSR dan PMR menjejaskan penilaian terhadap tahap prestasi pelajar
yang berasaskan peperiksaan standard. Hal ini demikian kerana, guru di sekolah kurang

berupaya untuk menyediakan soalan yang standard dengan UPSR mahupun PMR. Mereka
hanya mampu menyediakan ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk
menilai perkembangan pelajar. Penilaian perkembangan prestasi pelajar sebegini seolah-olah
tiada hala tuju yang tertentu di samping tidak dapat menilai prestasi pelajar dengan tepat. Hal
ini jauh berbeza apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara
asas 4M iaitu membaca, mengira,menulis dan menaakul. PMR pula penting kerana dapat
menentukan arah aliran yang bakal diambil pelajar pada tingkatan empat di samping menilai
keupayaan pelajar dalam bidang-bidang tertentu. Jelasnya, peperiksaan awam UPSR dan
PMR

perlu

dikekalkan

untuk

penilaian

perkembangan

prestasi

pelajar

yang

standard.Pemansuhan UPSR dan PMR juga menghil angkan budaya saling bersaing di
sekolah. Budaya saling bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini
demikian kerana budaya saling bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang
mempunyai keazaman tinggi untuk memperoleh keputusan cemerlang malahan merupakan
alternatif untuk pelajar meningkatkan prestasi mereka.
Tuntasnya, jelas terbukti bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan
sempurna dan tersusun bagi meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa
akan datang. PBS ini juga mendatangkan impaknya yang tersendiri. Kelemahan yang ada
haruslah diperbaiki dan dicari jalan penyelesainnya bagi meningkatkan lagi kualiti mutu
pendidikan di Malaysia. Apa yang penting, setiap perancangan rapi yang telah disusun
haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan
dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pihak yang
terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis di sekolah untuk perkembangan
individu dan pada masa yang sama memberi banyak manfaat serta mampu mengurangkan
masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini selain memberi transformasi yang
positif terhadap pendidikan di Malaysia.

Das könnte Ihnen auch gefallen