Sie sind auf Seite 1von 10

WWW.ANDREWCHOO.EDU.

MY

CONTOH LENGKAP
TUGASAN SEJARAH
PT3 2015 (PART II)
KESAN PERSETIAAN PERSEKUTUAN TERHADAP NEGERINEGERI MELAYU

Kesan Baik
1. Keseragaman dalam politik
Pembentukan Persekutuan merupakan kesatuan politik. Semua urusan
pentadbiran dijalankan atas arahan kerajaan pusat. Kerajaan negeri hanya
mengikut arahan kerajaan pusat. Tiada pembahagian tugas antara kerajaan
pusat dan kerajaan negeri.

2. Kemajuan dalam ekonomi


Selepas pembentukan Persekutuan, perkembangan ekonomi yang pesat
membolehkan hasil lebihan diagihkan kepada semua NNMB. Peluang ekonomi
telah menggalakkan kemasukan pelabur khususnya bijih timah dan getah.
Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api memajukan lagi kegiatan ekonomi di
NNMB. Eksport bijih timah dan getah turut berkembang maju.

3. Kemajuan Sosial
Pembentukan Persekutuan mewujudkan keamanan dan keselamatan. Ini
menggalakkan kedatangan imigran Cina dan India dan menyebabkan
pertambahan penduduk. Pembentukan Persekutuan juga menyebabkan
pertumbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur,
Kelang dan sebagainya. Kemudahan sosial seperti sekolah, klinik dan pejabat
pos turut ditubuhkan.
9

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Kesan Buruk
1. Pemusatkan kuasa ditangan Residen Jeneral
Pembentukan Persekutuan menyebabkan Residen Jeneral berkuasa penuh dalam
semua hal-ehwal termasuk kewangan. Residen Jeneral melaksanakan
pentadbiran mengikut cara sendiri tanpa merujuk kepada Pesuruhjaya Tinggi
British . Gabenor NNS juga tidak dapat mengawal kuasa Residen Jeneral.
Kerajaan negeri hanya mengikut arahan kerajaan pusat dalam menjalankan
pentadbiran.

2. Kemerosotan kuasa Sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri


Pembentukan Persekutuan menyebabkan kewibawaan Sultan tercabar. Sultan
tidak mempunyai hak langsung dalam pentadbiran kecuali adat resam dan
agama Islam sahaja. Peranan Sultan diketepikan dan hanya diperlukan dalam
upacara rasmi sahaja. Majlis Mesyuarat Negeri hanya meluluskan undangundang yang ditetapkan oleh Residen Jeneral.

10

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

PERKAITAN PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN DENGAN KEDAULATAN


MALAYSIA

Konsep Kedaulatan
Kedaulatan atau severeignty bermaksud kuasa tertinggi yang dimiliki oleh
sesebuah negara untuk mentadbir. Kedaulatan membolehkan sesebuah negara
bebas mentadbir negara mengikut hala tuju sendiri dan dihormati oleh setiap
rakyat. Kedaulatan penting untuk mempertahankan kemerdekaan atau ketuanan
sesebuah negara. Dengan kata lain, kedaulatan menjamin keselamatan,
kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara serta mendapat pengiktirafan di
mata dunia.
Perkaitan
Dalam Persekutuan 1895, terdapat kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kerajaan
Negeri yang diketuai oleh Majlis Mesyuarat Negeri yang mentadbir mengikut
kuasa yang telah digariskan oleh kerajaan pusat. Kerajaan pusat diketuai oleh
Residen Jeneral dan terletak dibawah kekuasaan Pesuruhjaya Tinggi British.
Sultan pula hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat
orang Melayu.
Sebenarnya, Pembentukan Persekutuan adalah langkah awal ke arah kedaulatan
Malaysia. Secara umumnya, Kedaulatan Malaysia pada hari ini yang dikenali
sebagai Persekutuan Malaysia telah ditubuhkan berdasarkan Persetiaan
Persekutuan 1895.
Berbanding dengan Persekutuan 1895, kedaulatan Malaysia juga terdiri
daripada dua peringkat kerajaan seperti Persekutuan 1895 iaitu kerajaan pusat
dan kerajaan negeri. Kerajaan pusat diketuai oleh Perdana Menteri manakala
kerajaan negeri diketuai oleh Dewan Undangan Negeri.
Terdapat pembahagian kuasa di antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.
Kerajaan pusat menguasai kewarganegaraan, hubungan luar, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, kewangan, pendidikan, perdagangan dan industri.
Kerajaan negeri pula menguasai undang-undang Islam, tanah, pertanian,
perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan dan jentera kerajaan
negeri. Yang Dipertua Agong pula merupakan Ketua Negara. Baginda adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, Ketua Agama Islam dan Ketua Negeri11

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

negeri yang tidak beraja. Baginda adalah sorang Raja Berperlembagaan yang
bebas daripada sebarang tindakan mahkamah dan daulat.
Sehingga kini, pelbagai kejayaan telah dicapai dalam Kedaulatan Malaysia.
Dari aspek politik, kemasukkan Malaysia ke PBB merupakan kejayaan yang
diperolehi dengan sokongan negara luar. Kejayaan ini tidak akan diperolehi
sekiranya negara kita tidak daulat. Yang paling membanggakan ialah Malaysia
sekarang bebas mangadakan hubungan diplomatik dan kerjasama antarabangsa
dengan hampir semua negara dunia tanpa sebarang sekatan. Keahlian Malaysia
dalam pertubuhan seperti OIC, NAM, KOMANWEL juga membuktikan
kejayaan negara kita di peringkat antarabangsa.
Dalam aspek ekonomi, Malaysia sudah hampir setanding dengan negara-negara
maju perindustrian. Malaysia menyokong perdagangan bebas serta menyertai
perjanjian ekonomi dunia seperti GATT, UNCTAD, Bank Dunia dan IMF.
Perdagangan antarabangsa Malaysia dengan negara luar adalah bebas tanpa
dikonkong oleh sebarang kuasa.
Dalam aspek sosial, bandar-bandar bestari seperti Cyberjaya dan Putrajaya turut
berkembang maju jaya. Pengangkutan LRT, monorel dan komuter terus
menjalar di serantau negara. Bangunan-bangunan pencakar langit serba moden
seperti Menara KL dan Menara Berkembar Petronas tumbuh bagai cendawan.
Pemindahan teknologi ICT antara negara serantau membuktikan kejayaan
pencapaian Malaysia.

12

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

RUMUSAN
Kajian sejarah ini telah memberi pengetahuan yang luas tentang kedaulatan atau
ketuanan sesebuah negara. Kedaulatan adalah hak milik mutlak sesebuah negara
dan disanjung tinggi oleh setiap rakyat. Tidak dapat berdalih lagi bahawa
kedaulatan menjamin kewujudan bangsa dan negara. Mengekalkan kedaulatan
negara adalah tanggungjawab semua dan bukan diletak pada bahu pemimpin
semata-mata. Sikap bersatu padu yang tidak berbelah bahagi harus dipupuk bagi
mengekalkan kedaulatan negara terutamanya negara kita yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan kedaulatan harus
disingkirkan sejauh mungkin.
Secara tidak langsung, kajian ini banyak memberi kesedaran kepada semua.
Nilai-nilai murni seperti patriotisme, nasionalisme, perpaduan dan taat setia
perlu wujud demi mempertahankan kedaulatan negara. Sesungguhnya, kita
bukan sahaja berbangga dengan kedaulatan yang diperoleh malah harus
bersyukur menjadi rakyat negara yang tercinta ini.
Kajian ini memberi iktibar kepada diri, bangsa dan masyarakat dengan harapan
negara kita terus melangkah maju ke hadapan selaras dengan seruan Wawasan
2020. Marilah kita bersama-sama berdoa semoga negara kita daulat selamalamanya demi bangsa dan negara.

13

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

RUJUKAN
1. Akhbar
a. Berita Harian, Tarikh ?, Halaman ?
b. The Star, Tarikh ?, Halaman ?
2. Internet
a. http://www.beritasemasa.com.my/rumusan-persetiaan-persekutuan-1895
3. Majalah / Buku
a. Buku teks Sejarah, Tingkatan 2, Halaman ?
b. Buku teks Sejarah, Tingkatan 6, Halaman ?
c. Kamus Dewan dan Pustaka, Halaman ?
4. Jurnal
a. Jurnal oleh Ahmad Kamal Arifin bin Mohd Rus
http://myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1542/1/MDSS_199
9_Bil.27_3.pdf
b. Jurnal oleh Muhammad Agus Yusof
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/19786/01_Vol_7.pdf
5. Tempat
a. Perpustakaan Petaling Jaya MBPJ
Alamat: __________________________________________________
Tarikh lawatan: ____________________________________________
b. Dewan Sivik
Alamat: __________________________________________________
Tarikh lawatan: ____________________________________________

14

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

Company No.: 000946011-K, GST No.: 001763663872

Date

: 13 SEPT 2015 [ Sunday ]*

Time : 8.00am 5.00pm** To be confirmed later


Venue :

DEWAN KULIAH, UNIVERSITI MALAYA 50603 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR


(Venue will be confirmed later)

FEE

: RM

290*

*** subjects to 6% GST

Specially for those who want to SCORE A+

Now, Andrew Choos 100% Exam Tips can help you SCORE A+ too.

The only Exam Tips Sifu who always come out in the newspaper!

15

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

I want to join your 2015 SEMINAR PT3 (FORM 3)


I want your 100% Real Exam Tips
5 SUBJECTS: BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS, MATHEMATICS (ENGLISH VERSION),
SCIENCE (ENGLISH VERSION) & KEMAHIRAN HIDUP (TERAS)

NAME : _______________________________________________________ I/C NO : ______________________


SCHOOL : _____________________________________________________ H/P NO: ______________________
HOUSE ADDRESS :______________________________________________ TEL NO:______________________
_______________________________________________________________________________________________
E-MAIL ADD : ____________________________________________ INTRODUCER : _____________________

Now, you can download the PT3 state papers @ WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

TEL: 03-77839924 / 012-3260392


*Fee non refundable. Timetable / Teachers / Subjects are subject to change without prior notice.
Data Protection : You hereby acknowledge and agree that your personal data has been given to us and had authorized us to retain and use your
personal data and to transmit it to our own offices, authorized agents and third party business associates. This data may be used to communicate
and provide you with further information about relevant services. It may be held on a mailing list or database for this purpose. Your data is
protected from public access and can only be viewed and disclosed by authorised personnel. However, we will not be held responsible if it is
misused by third party.

16

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

*** Fees include 6% GST.


Payment Method
Bank cash directly or Online Banking

Account Holder Name: RAPID CALCULATION CENTRE

Account No: 03000021543 Hong Leong Bank Berhad,

OR

Account No: 512295100321 Maybank Berhad

And then fax the Bank Slip with the Registration Form to 03-77821363 OR 0377831363 or scan the bank-slip together with the Registration Form and email to
service@andrewchoo.com.my
17

WWW.ANDREWCHOO.EDU.MY

We are the first to provide sample


tugasan Sejarah and Geografi
PT3 2015.
Get our 100% exam tips (PT3)
for BM, BI, Mathematics, Science &
Kemahiran Hidup (Teras)
Pre-order now
via www.andrewchoo.com.my

or
Join our LIVE Seminar PT3 at University
Malaya on 13 Sept15 (Sun)**

18

Das könnte Ihnen auch gefallen