Sie sind auf Seite 1von 4

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur ke


hadrat Illahi kerana masih memberi keizinan buat saya mencoret tinta di sini,
sebagai satu refleksi kendiri, bagi kelas MZE 3023 E, Aktiviti Muzikal Dalam
Bilik Darjah yang ini.
Untuk semester ini, terdapat kelainan yang saya peroleh berbanding
semester lepas apabila subjek Pendidikan Muzik menjadi salah satu subjek yang
perlu saya hadapi dalam silibus. Saya berasa teruja kerana saya sebetulnya
memang menginginkan pembelajaran muzik secara formal di dalam kelas. Akhirnya,
hasrat saya untuk mempelajari muzik secara formal terlaksana apabila saya perlu
menghadap kertas ini untuk semester ini. Alhamdulillah.
Saya berasa sangat gembira dan teruja apabila mendapat peluang
untuk bermain muzik. Muzik merupakan minat kedua selepas mempelajari Bahasa
Inggeris. Apa yang saya ingat, kali terakhir saya belajar bermain peralatan muzik
ialah semasa berada di sekolah rendah. Oleh itu, mempelajari bidang muzik pada
semester ini ialah peluang kedua saya untuk mempelajari semula muzik dan cara
untuk menggunakan peralatan muzik.
Pada pandangan peribadi saya, muzik merupakan salah satu elemen
yang mampu melengkapkan kehidupan. Semua sedia maklum, permainan kibod
pula merupakan salah satu daripada pecahan yang terdapat dalam Pendidikan
Muzik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang merangkumi aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial merupakan satu asas bagi membentuk insan yang
seimbang dan harmonis daripada segenap aspek. Saya percaya bahawa muzik
mampu memberi keseimbangan kepada kehidupan kita. Adakalanya, kita tidak perlu
bercakap, tetapi hanya dengan melalui muzik, kita akan difahami. Begitulah kuasa
seni yang terdapat dalam muzik ini sekiranya kita benar benar mencuba untuk
memahaminya. Seperti bermain kibod, saya perlu menguasai teknik penjarian yang
betul serta cara- cara untuk menggunakan suara dalam nyanyian.

Pengalaman terbaru saya semasa menyiapkan kerja Kursus ini ialah


saya memperolehi pengalaman baru tentang cara- cara menotasikan lagu dengan
perisian. En Mahadi mengajar kelas saya untuk menghafal not iaitu E (emak), G
(Gosok), B(Baju), D(Dengan), F(Fab) dan F, A, C, E. Alhamdulillah dengan
menggunakan istilah tersebut saya mampu untuk menotasikan lagu dengan baik.
Selain itu, saya juga mampu untuk mencari maklumat mengenai notasi- notasi ini
dari semasa ke semasa. Selain itu, dengan menggunakan keyboard, saya juga
mampu untuk berlatih bermain secara berperingkat beberapa buah lagu yang saya
pilih untuk amali pada tuhasan yang seterusnya. Namun begitu, terdapat juga
kelemahan saya semasa menjalankan amali yang lalu.
Semasa amali baru- baru ini, En Mahadi menyuruh kelas saya iaitu
kelas Tesl 1 untuk berlatih kibod sambil menyanyikan lagu yang dipilih daripada
senarai lagu kibod 2014. Kelas saya dikehendaki bermain keyboard sambil
menyanyikan lagu Marry Had A Little Lamb. Pada pendapat saya, lagu ini lebih
mudah untuk dimainkan berbanding lagu- lagu yang lain seperti dan sebagainya.
Amali yang kedua pula ialah amali bermain Recorder. Untuk amali ini, kami perlu
bermain secara harmoni bersama 2 orang. Oleh itu, saya memilih rakan sekelas
saya iaitu Nor Ain bt Ab. Manaf. Kami diberikan 5 pilihan lagu. Pada ulanya kami
ingin bermain lagu Edelwiess namun lagu itu agak susah untuk dimainkan
bersama. Jadi kami bertukar untuk bermain lagu Art Waltz. Saya dan Nor Ain
berlatih setiap kali masa interaksi bersama dalam kelas.

Semasa menjalankan latihan amali ini, saya dapati terdapat beberapa


kekurangan serta kelemahan saya sebelum menjalankan amali bersama pensyarah
saya iaitu En Mahadi. Yang pertama ialah saya masih keliru dengan not iaitu not D
dan not E serta not A dan not B. Saya sering salah tekan menyebbkan lagu yang
saya mainkan agak sumbang. Selain itu, saya juga tidak tahu untuk membezakan
keluarga notasi seperti minim dan krocet. Semasa bermain kibod kadang- kadang
saya menekan krocet selama 2 detik. Sepatutnya saya perlu menekan satu detik
sahaja. Perkara yang sama berlaku untuk Not semibrif dan Not minim. Kadangkadang saya menekan papan kibod lebih cepat berbanding dengan detik yang
sebenar. Semasa amali pula, saya tidak mampu untuk menyanyikan lagu dengan

baik. Lagu yang saya diuji ialah lagu Marry had a Little Lamb. Semasa amali saya
berasa sangat gementar dan gemuruh. Mujurlah saya boleh bermain kibod dengan
baik akan tetapi saya gagal dalam ujian nyanyian. Setelah melakukan beberapa kali
latihan saya berjaya untuk nyanyian semula kali kedua. Antara kelemahan saya
yang lain ialah saya tidak menguasai teknik penjarian dengan baik. Walaupun saya
boleh bermain kibod tetapi penjarian saya masih lemah dan perlu diperbaiki dari
semasa ke semasa. Untuk amali Recorder pula, saya sangat lemah dalam teknik
penggabungan. Saya dan Nor Ain tidak didedahkan dengan cara- cara bermain
dengan betul. Hal ini kerana, selama ini kami berlatih pada tempo yang salah.
Namun begitu, kami dapat melakukan percubaan pertama dengan baik.
Setelah melakukan amali kali pertama, saya sedar bahawa saya perlu
memperbaiki kelemahan saya agar saya dapat menguasai nyanyan dan permainan
kibod ini dan juga bermain Recorder dengan baik. Antaranya ialah, saya perlu
berlatih dengan lebih kerap dan sentiasa cakna dengan teknik penjarian. Saya juga
perlu melakukan latihan untuk penjarian kord. Di samping itu, saya juga perlu lebih
kerap bernyanyi dengan menggunakan suara sebenar berbanding menggunakan
suara dalaman. Saya rasa gembira untuk melakukan perubahan ini demi kebaikan
saya sendiri. Saya bercita- cita untuk bermain kibod dengan lebih baik lagi pada
masa akan datang. Saya amat berharap agar saya dapat menguasai permainan
kibod ini dan saya perlu merujuk pensyarah dengan lebih kerap agar saya berada di
landasan yang benar.
Banyak pengalaman yang saya peroleh sepanjang semester ini. Saya
berharap agar pada semester yang akan datang, saya dapat meningkatkan kualiti
diri saya dari segala aspek dalam permainan kibod dan nyanyian dan juga teknik
teknik bermain Recorder dengan betul. Banyak yang saya pelajari daparipada
semester ini. Antaranya ialah saya belajar unutk bersabar. Dalam bermain kibod dan
nyanyian, kita tidak boleh untuk mengejar sesuatu dengan mudah. Walaupun saya
tidak tahu bermain kibod pada awalnya, namun, dengan usaha dan kesabaran,
Alhamdullilah saya dapat bermain dengan baik dan lulus amali dengan sederhana.
Walaupun begitu, saya rasa sungguh bersyukur dengan ilmu yang saya perolehi.
Untuk amali Recorder pula, saya perlu berusaha dengan lebih gigih lagi. Bak kata
pepatah, ilmu tidak dating bergolek. Pada mulanya saya berasa sangat kagum
dengan rakan sekelas saya iaitu Amos kerana dia sangat pandai bermain kibod. Dia

mengajar saya menggunakan teknik penjarian yang betul semasa ketiadaan


pensyarah. Saya berasa amat berterima kasih kepada Amos kerana sudi menolong
saya. En Mahadi pula tidak pernah jemu mendidik saya sekelas dalam menguasai
ilmu permainan kibod dan recordr ini. Sesungguhnya pengalaman berharga ini tidak
akan saya lupakan sampai bila- bila. Terima kasih juga kepada rakan- rakan saya
yang lain kerana mengajar saya untuk nyanyi dan bermain rcorder dengan betul dan
baik.
Sesungguhnya, sebagai seorang bakal guru, saya percaya, muzik
dapat mencungkil bakat dan kreativiti seterusnya membentuk sikap dan daya ingin
tahu pelajar untuk meneroka lebih lagi tentang aspek dan warna kehidupan yang
penuh seni. Sebagai contoh, pelajar yang berjaya menguasai aspek muzik dalam
kehidupan akan mempunyai daya fikiran bercapah di luar kotak dan mampu
membuat keputusan dengan bijak. Pelajar tersebut akan mampu membuat banding
beza tentang sesuatu perkara itu secara menyeluruh dan tidak hanya bergantung
kepada satu cabang fikiran sahaja. Oleh itu, pelajar yang bersifat seperti robot tidak
akan terbentuk sekiranya penerapan muzik dalam kehidupan dan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dititikberatkan oleh guru.
Tuntasnya, saya selalu percaya, seorang guru yang baik akan mampu
untuk

menerapkan

pendidikan

muzik

dengan

berkesan

sepanjang

proses

pengajaran dan pembelajaran yang bukan hanya sekadar memberi keseronokkan


kepada pelajar tetapi juga dapat memberi kefahaman yang jelas tentang isi
pelajaran dan objektif yang telah digariskan.
Akhir kata, semoga kelas pendidikan muzik kali ini dapat memberi saya
seribu satu pengalaman berharga untuk saya bawa apabila saya telah benar benar
menjadi seorang guru kelak. Jutaan terima kasih juga saya tujukan buat pensyarah
pembimbing saya, En Mahadi dan juga rakan sekelas saya kerana sentiasa ada
ketika saya memerlukan.

Sekian, terima kasih

Das könnte Ihnen auch gefallen