Sie sind auf Seite 1von 10

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

Arahan:Tiap-tiap soalan diikuti oleh EMPAT pilihan jawapan. Pilih SATU jawapan
terbaik bagi setiap soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Kekuatan otot merupakan komponen kecergasan fizikal berasaskan?


A. Kecergasan
B. Kesihatan
C. Kemahiran Fizikal
D. Kemahiran Motor

2. Berikut ialah kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kecuali


A. Imbangan
B. Daya tahan Kardiovaskular
C. Daya tahan otot
D. Kelenturan

3. Aktiviti yang manakah dapat dilakukan oleh individu yang mempunyai


kekuatan otot?
A. Ahmad berjaya menyelamatkan diri dari dikejar anjing.
B. Fatimah menolak almari dengan mudah untuk mengubah kedudukan
almari tersebut.
C. Ali mampu mengayuh basikal pergi dan balik ke sekolah setiap hari
tanpa merasa letih.
D. Siti boleh melompat longkang seluas 2 meter di hadapan rumahnya.

4. Aspek keselamatan perlu diberi perhatian semasa melakukan aktiviti fizikal


A. Melakukan aktiviti memanaskan dan menyejukkan badan
B. Memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh
C. Melakukan aktiviti yang melebihi kemampuan dan tahap kecergasan
D. Melakukan aktiviti dengan teknik yang salah

5. Berikut ialah faedah melakukan latihan fizikal kecuali


A. Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru, dan sistem peredaran darah
B. Meningkatkan risiko sakit jantung
C. Mengurus dan mengawal berat badan
D. Mengurangkan kandungan kolestrol dan glukosa di dalam darah

6. Kelenturan berubah mengikut usia, semakin usia meningkat semakin


_______ tahap kelenturan badan seseorang.
A. Tinggi
B. Kurang
C. Bertambah
D. Rendah

1
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

7. Aktiviti berikut boleh dilakukan untuk membina daya tahan otot kecuali
A. Angkat tumit
B. Bangkit tubi
C. Mengayuh basikal
D. Tekan tubi

8. Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa?


A. Gabungan antara kekuatan otot dan kelajuan
B. Kemampuan badan melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama
C. Kemampuan otot untuk melakukan aktiviti berulang kali dalam masa
yang singkat
D. Kebolehan individu bergerak pada satu masa dengan cepat

9. Otot-otot utama yang terlibat semasa melakukan aktiviti tekan tubi dan
dekam lunjur ialah
A. Kaki, lutut, kepala dan dada
B. Tangan,bahu, dada, abdomen dan belakang punggung
C. Tangan, kaki, kepala dan lutut
D. Kaki, abdomen, punggung dan kepala

10. Berikut adalah aktiviti yang boleh membina kuasa kecuali


A. Lompat Ketingting
B. Lontar bola sambil duduk
C. Lompar selang seli
D. Duduk jangkau

11. Serbuk apakah yang ditabur disekeliling khemah?


A. Serbuk Kalium
B. Serbuk Kalium Dioksida
C. Serbuk Sodium Bikarbonat
D. Serbuk Sulfur

12. Mengapakah pintu khemah yang dipasang tidak boleh menghala ke arah
matahari?
A. Mengurangkan bahang panas di dalam khemah
B. Menerangkan khemah kerana tiada elektrik di bekalkan
C. Jauh dari tiupan angin yang kuat
D. Membaca arah mata angin dengan mudah

13. Kemahiran asas dalam pingpong ialah________________


A. Grip, servis, pukulan dan smesy
B. Grip, menendang, menanduk dan smesy
C. Grip, melakukan hantaran, pukulan, smesy dan menerima hantaran
D. Servis, smesy, grip dan menerima hantaran

2
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

14. ____________ialah situasi ketika kedua-dua pemain sedang berbalas-balas


pukulan.

A. Servis
B. Reli
C. Smesy
D. Grip

15. Mengapakah ubat yang berdos rendah berbeza dengan ubat yang berdos
tinggi?
A. Mempunyai label yang disahkan oleh Kementerian
B. Menpunyai butiran yang terperinci dibelakang botolnya
C. Boleh dibeli di Farmasi tanpa preskripsi doktor
D. Mengandungi bahan-bahan yang tiruan

16. Apakah yang dimaksudkan dengan resusitasi?


A. Peredaran darah
B. Bantuan kecemasan
C. Bantuan pernafasan
D. Bantuan gerak balas

17. Dalam permainan pingpong,permainan tamat pada berapa mata ?


A. 10 mata
B. 11 mata
C. 12 mata
D. 13 mata

18. Umumnya, acara berikut dianggap sebagai acara lari pecut lelaki ialah
A. 100 meter
B. 120 meter
C. 1500 meter
D. 400 meter

19. Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna ?


A. Mereka yang membeli barangan untuk keperluan sendiri
B. Mereka yang membeli dan menggunakan barang untuk memenuhi
keperluan atau kehendak
C. Mereka yang membeli barang mengunakan duit secara lansung
D. Mereka yang membeli dan menggunakan barang untuk diri dan
keluarga

20. Teknik lontaran peluru gaya O’Brien terdiri daripada berapa fasa ?
A. 3 fasa
B. 4 fasa
C. 5 fasa
D. 6 fasa

3
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

21. Semasa melakukan gimnastik artistik, badan adalah penting.


A. Kekuatan
B. Kestabilan
C. Ketahanan
D. Pendaratan

22. Kestabilan ialah


A. Keupayaan badan berada dalam posisinya yang seimbang
B. Keupayaan badan berada dalam posisinya yang tidak seimbang
C. Ketahanan kaki berada dalam posisinya yang betul
D. Ketahanan kaki untuk berada dalam posisi tidak betul

23. Pergerakkan gimnastik irama lebih menarik jika dilakukan menggunakan


Alatan berikut:
(i) Gelung
(ii) Bola
(iii) Tali
(iv) Belantan
A. i. dan ii
B. i, ii dan iii
C. i, iii dan iv
D. i, ii, iii, dan iv

24. Berikut merupakan faedah alatan disusun dengan baik kecuali


A. Supaya keselamatan pengguna terjamin
B. Supaya stor alatan sukan kelihatan kemas
C. Memudahkan pengambilan dan penyimpanan alatan
D. Menyusahkan pengiraan alatan

25. Nyatakan tiga cara alatan sukan boleh disusun di sekolah


A. Saiz, bentuk dan berat alatan
B. Saiz, ruang dan tempat simpanan
C. Ruang, berat atau ringan sesuatu bahan
D. Bentuk dan ruang

26. Senaraikan tiga isu dalam sukan


(i) Rasuah
(ii) Penggunaan bahan terlarang
(iii) Amalan yang tidak jujur
(iv) Gosip atlit

A. i dan ii
B. i, ii dan iii
C. ii dan iii
D. i, ii, iii dan iv

4
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

27. Apakah yang dimaksudkan dengan seorang yang beretika?


A. Individu yang bertindak mengikut peraturan
B. Individu yang bertindak tidak mengikut peraturan
C. Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
D. Tidak mempunyai motivasi kendiri

28. Yang manakah etika yang membantu meningkatkan pengalaman sukan yang
positif kecuali
A. Bermain dengan adil
B. Mematuhi peraturan permainan
C. Mengamalkan semangat kesukanan
D. Sentiasa tidak mematuhi arahan guru

29. Berikut adalah kemahiran asas yang perlu dikuasai dalam permainan
pingpong kecuali
A. Kemahiran grip
B. Kemahiran olah gerak
C. Kemahiran servis
D. Kemahiran pukulan

30. Berikut ialah akibat malnutrisi kepada pesakit kecuali


A. Tidak bersemangat
B. Mudah Pitam
C. Bersemangat
D. Kelihatan pucat

31. Senaraikan tiga faktor yang menyebabkan berlakunya malnutrisi di


sesebuah negara.
(i) Tahap Kesihatan Rendah
(ii) Kemiskinan
(iii) Sumber makanan yang berlebihan
(iv) Tahap pendidikan yang rendah
A. i dan ii
B. i dan iii
C. i,ii dan iii
D. i,ii dan iv

32. Apakah peranan FOMCA ?


A. Mempercepatkan proses tuntutan
B. Melancarkan tuntutan pengguna
C. Memperjuangkan hak pengguna
D. Membimbing pengguna membeli secara bijak

5
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

33. Bagaimanakah cara mengira Indeks Jisim Badan ?


A. Tinggi dibahagikan dengan berat tubuh kuasa dua (dalam meter)
B. Tinggi dibahagikan dengan berat tubuh kuasa dua (dalam sentimeter)
C. Berat tubuh dibahagikan dengan kuasa dua tinggi (dalam meter)
D. Berat tubuh dibahagikan dengan kuasa dua tinggi (dalam sentimeter)

34. Mengapakah orang yang gemuk mudah mendapat penyakit jantung?


A. Tekanan darah tinggi dan jantung lemah untuk mengepam darah
B. Jantung terpaksa bekerja lebih keras kerana pembuluh darah mengecil.
C. Kerosakan pembuluh darah yang membawa darah ke otak
D. Kandungan kolestrol dalam darah yang berhimpun di hempedu.

35. Berikut adalah fungsi serat dalam tubuh kita kecuali


A. Membantu menambah lemak baik dalam badan
B. Menurunkan tahap kolestrol dalam darah
C. Melambatkan pengosongan gaster dan mudah kenyang
D. Menghalang najis menjadi kering dan keras

36. Mengapakah Malnutrisi sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak di


Malaysia?
A. Masalah kekurangan zat makanan bermula dari ibu mengandung
B. Masalah kemiskinan yang melampau sehingga merencatkan
pertumbuhan fizikal kanak-kanak
C. Dia diberi susu rumusan bayi sejak dari lahir kerana ibu bekerja
D. Ibu dan bapa tidak peduli tentang pemakanan kanak-kanak

37. Apakah amalan yang dilakukan bagi menyelesaikan masalah malnutrisi?


A. Mengambil makanan yang tidak berkhasiat
B. Mengamalkan makanan yang seimbang
C. Sentiasa mengambil makanan yang tidak segar
D. Mengambil makanan yang tidak sesuai dengan kumpulan aktiviti dan
umur.

38. Bagaimanakah penagih dadah boleh terdedah kepada jangkitan HIV?


A. Pergaulan bebas dengan pelacur
B. Perbualan bebas dengan pelacur
C. Perkongsian jarum suntikan dengan penagih lain
D. Pergaulan dengan pengedar dadah yang dijangkiti HIV

39. AIDS ialah singkatan daripada perkataan_______________


A. Accuired Immune Deciency Syndrome
B. Acquired Immune Deficiency Syndrome
C. Acquired Immune Directly Syndrome
D. Acuired Immune Defensive Syndrome

6
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

40. Apakah bahan-bahan yang disalahgunakan oleh golongan remaja?


A. Dadah, rokok dan alkhohol
B. Ubat batuk, panadol dan dadah
C. Rokok, bahan kimia
D. Alkhohol, ubat batuk dan bom

41. Antara berikut ialah senarai ciri-ciri keluarga bahagia kecuali


A. Suka menipu
B. Hormat menghormati
C. Kasih sayang
D. Jujur dan amanah

42. Agensi manakah yang berkaitan dengan hak pengguna?


A. FAMA
B. FOMCA
C. FRIM
D. SIRIM

43. Kesan konflik terhadap individu adalah yang berikut kecuali


A. Sentiasa berfikiran positif dan ceria
B. Menjejaskan hubungan orang lain
C. Suka mengasingkan diri
D. Murung

44. Faktor yang menyebabkan stress


(i) Tekanan menghadapi peperiksaan
(ii) Pertelingkahan dalam keluarga
(iii) Tiada keyakinan diri
(iv) Kematian ahli keluarga
A. i dam ii
B. i,ii dan iii
C. i, ii dan iv
D. i, ii,iii dan iv

45. Konflik berpunca daripada beberapa faktor di bawah kecuali


A. Penceraian ibu bapa
B. Kasih sayang yang cukup
C. Perbezaan pendapat dan pandangan
D. Perbezaan nilai dan budaya

46. Berikut ialah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan


Hal Ehwal Pengguna kecuali
A. Suarakan hak pengguna
B. Membuat pemeriksaan tanda harga
C. Pastikan pengguna mendapatkan perkhidmatan sewajarnya
D. Mengawal cetak rompak

7
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

47. Keberkesanan daya tahan kardiovaskular dapat di ketahui melalui


A. Kadar nadi latihan
B. Kadar nadi rehat
C. Kadar nadi maksimun
D. Kadar nadi minimum

48. Aktiviti berikut boleh dilakukan untuk membina kekuatan otot


A. Angkat tumit
B. Bangkit tubi
C. Mengayuh basikal
D. Mendagu

49. Bilakah jantung manusia mula berfungsi?


A. 8 minggu dalam kandungan
B. 6 minggu dalam kandungan
C. 8 minggu selepas dilahirkan
D. 6 minggu selepas dilahirkan

50. Berapakah bilangan pemain dalam setiap pasukan bola sepak?


A. Setiap pasukan diwakili oleh 11 orang pemain tidak termasuk pejaga
gol
B. Setiap pasukan diwakili oleh 11 orang pemain termasuk penjaga gol
C. Setiap pasukan diwakili oleh 10 orang pemain temasuk penjaga gol
D. Setap pasukan diwakili oleh 10 orang pemain tidak termasuk penjaga
gol

51. Dalam permainan bola jaring, setiap pasukan akan terdiri daripada berapa
orang pemain?
A. 5 orang
B. 6 orang
C. 7 orang
D. 8 orang

52. Nyatakan empat kemahiran yang perlu dikuasai oleh pemain bola sepak
A. Menggelecek, menjaga gol, mengelak dan grip
B. Menendang, menangkap, menanduk dan menggelecek
C. Servis, menggelecek, pukulan dan grip
D. Menangkap, menjaringkan gol, menanduk dan mengelak

53. Dalam permainan bola jaring, C ialah____________


A. Centre (pemain tengah)
B. Wing attack (pemain sayap)
C. Centre middle (pemain tengah-tengah)
D. Centre Front (pemain tengah hadapan)

8
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

54. Terdapat berapa fasa dalam lari pecut


A. 1 fasa
B. 2 fasa
C. 3 fasa
D. 4 fasa

55. Berapa lamakah masa untuk mengambil kiraan nadi?


A. 30 saat
B. 40 saat
C. 50 saat
D. 60 saat

56. Manakah yang berikut BUKAN merupakan aktiviti-aktiviti kecergasan


fizikal yang terdapat dalam ujian SEGAK?
A. Naik turun bangku
B. Lari setempat
C. Tekan Tubi
D. Jangkauan Melunjur

57. Berapa lamakah masa yang diambil apabila melakukan aktiviti naik turun
bangku?
A. 3 minit
B. 2 minit
C. 6 minit
D. 5 minit

58. Dalam setahun, berapa kali ujian SEGAK dilaksanakan?


A. Sekali setahun
B. 2 kali setahun
C. 3 kali setahun
D. 4 kali setahun

59. “ Cik Julie telah membeli sebuah peti sejuk, setelah beberpa hari digunakan
peti sejuk tersebut didapati rosak.Cik Julie pergi membuat aduan kepada
syarikat penjual peti sejuk berkenaan tetapi syarikat tersebut tidak
mengambil sebarang tindakan.” Dalam situasi begini, Cik Julie boleh
membuat aduan kepada?
A. Agensi Pengguna
B. Tribunal Tuntuntan Pengguna
C. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia
D. Kementerian Perdagangan Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

9
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tingkatan 1

60. Berikut merupakan faedah aktiviti perkhemahan kecuali


A. Melapangkan fikiran
B. Mendidik sifat berjimat cermat
C. Melatih sikap berdikari dan tabah
D. Meningkatkan perkembangan jasmani

“SELAMAT MENJAWAB DAN SELAMAT MAJU JAYA”

10

Das könnte Ihnen auch gefallen