Sie sind auf Seite 1von 1

NILAI (Wikipedia Indonesia)

Nilai adalah alat yang menunjukkan alasan dasar bahwa "cara pelaksanaan atau keadaan akhir tertentu
lebih disukai secara sosial dibandingkan cara pelaksanaan atau keadaan akhir yang
berlawanan.Nilai memuat elemen pertimbangan yang membawa ide-ide seorang individu mengenai
hal-hal yang benar, baik, atau diinginkan.

MORAL
Prinsip moral atau moral (dari bahasa Latin: moralitas) membawa pengertian ajaran atau pegangan
berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajipan, dll), sikap atau cara berkelakuan
yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak [1]. Ia merujuk kepada
konsep etika kemanusiaan yang digunakan dalam tiga konteks, iaitu:
1. hati nurani individu;
2. sistem-sistem prinsip dan pertimbangan kekadang dipanggil nilai moral yang dikongsi
dalam sesuatu komuniti kebudayaan, keagamaan, kesekularan ataukefalsafahan; dan
3. tatalaku atau prinsip moral tingkah laku.
Moral peribadi mentakrifkan dan membezakan niat, motivasi, atau tindakan yang betul dan yang salah,
sebagaimana yang dibelajar, dilahirkan, atau dikembangkan di dalam setiap orang perseorangan.

ETIKA
Etika (melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno [] "falsafah moral")
merupakan salah satu cabang utama falsafahyang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan
baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti
yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang
bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak
ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu "kebaikan
yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala
tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya. [1]
Etika berkaitan dengan konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah,
kewajipan, tanggungjawab, keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi
pertimbangan (pernyataan, dakwaan) yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah
teori tentang tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya amalan. Etika
mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Etika
tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau "wahyu Tuhan" terhadap
jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika berbeza dengan agama.

Das könnte Ihnen auch gefallen