Sie sind auf Seite 1von 1

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

LAMPIRAN 7

Ruj. Kami : IPGKTI.JB.600/13 Jld 8 (52)


Tarikh : 10 Ogos 2015
Guru Besar
_____________________________
_____________________________
Tuan / Puan,
JEMPUTAN MENTOR PENILAI MENGHADIRI TAKLIMAT PENGURUSAN INTERNSHIP
PROGRAM PPG AMBILAN FEBRUARI 2012, IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR.
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Unit Praktikum IPGKTI akan mengadakan satu taklimat ringkas
kepada mentor penilai berkaitan pengurusan Internship Ambilan Februari 2012 yang menempatkan
guru PPG IPGKTI di sekolah-sekolah terpilih tuan/puan.
3. Sehubungan itu, tuan/puan adalah dijemput menghadiri Taklimat Pengurusan Internship seperti
ketetapan berikut:
Tarikh : 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : : Dewan Dato Khairudin (DDKA), IPGKTI.
4. Untuk makluman tuan/puan, borang pencalonan maklumat mentor penilai di sekolah tuan/puan
bagi pelaksanaan program internship turut dilampirkan bersama-sama surat ini.
5. Kerjasama dari pihak tuan/puan dipohon agar dapat mencalonkan mentor penilai bagi guru PPG
yang bertugas di sekolah tuan/puan. (Rujukan surat kami: IPGKTI.JB.600/13 Jld 8 (51) bertarikh 26
Julai 2015 ) dan melengkapkan borang kosong (Lampiran 1) yang dilampirkan bersama-sama dengan
surat ini dan dikembalikan kepada Unit Praktikum atau email kepada praktikum.ipgkti@gmail.com
selewat-lewat 17 Ogos 2015
6. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memberikan pendedahan yang lebih jelas tentang perjalanan
pengurusan praktikum di sekolah anda kelak dan perkara tersebut berada di dalam makluman dan
tindakan tuan. Segala tuntutan perjalanan adalah tanggungan sendiri.
Kerjasama dan sokongan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
(RUBIAH BINTI AHMAD)
Pengarah
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Johor

Das könnte Ihnen auch gefallen