Sie sind auf Seite 1von 6

1) ALAT MENGUKUR

a. Pita ukur (tape measure)


Pita ukur merupakan alat yang paling mustahak apabila mengambil ukuranukuran di badan.Panjang pita ukur biasanya 150 sm.Gunakanlah pita ukur
yang diperbuat daripada plastik lembut atau fibreglass kaca gentian
ataupun oil cloth kerana pita yang diperbuat daripada bahan-bahan yang
telah disebutkan tadi tidak memberi atau mengecut.Pita ukur yang murah
dan kurang baik mutunya kadangkala berbulu.Di hujung dan pangkalnya
berlubang dan mempunyai logam.Logam ini menolong pita itu betul-betul
terletak di atas permukaan apabila kita mengukur waktu membuat rajahrajah dan pola.Ia juga mengelakkan pita itu daripada berbulu-bulu pada
bahagian hujungnya.Seelok-eloknya carilah pita ukur yang mempunyai
nombor di kedua-dua belah.

b.KAYU SIKU-SIKU (L-sequare)


Alat ini mempunyai sudut 90 darjah dan diperbuat dari kayu atau
plastik.Tanda aangka-angka boleh didapati di kedua-dua belah alat itu.satu
daripada tangannya berukuran 55Sm.gunakan alat ini ialah sewaktu
mnembuat rajah-rajah dan pola bagi memudah didapati dengan
mengunakan alat ini apabila kita menbahagikan ukuran-ukuran yang
tertentu.seperti mendapatkan lubang garis tangan,leher,serta garisan cawat
(fork line) untuk menrajah pola seluar dengan menggunakan angka-angka
yang ditetapkan pada bahagian-bahagian yang tertentu di atas alat ini
,jawapan-jawapan akan diperolehi dengan muidah dan cepat apabila kita
membahagikan ukuran-ukuran keliling dada,leher dan punggung
2,3,4,6,8,ataupun 12.
c.KAYU PEMBENTUK (curver)
Alat yang diperbuat daripada kayu atau plastik ini.panjangnya
60sm.bentuknya bengkok dan ini menolong kita membuat bentuk-bentuk
disisi pakaian serta bahagian pinggang dengan mudahnya.iaitu apabila
menyedia pola.
d.KAYU PEMBARIS
Pembaris yang paling sesuai ialah jenis plastik jarang dan mudah
dibengkokkan.pembaris yang diperbuat daripada plastik jarang
memudahkan kita melihat tanda-tanda pola seperti tanda-tanda lubang
butang,kedudukan kocek dan lain-lain.ianya mestilah lembut supaya senang
kita mengukur bentuk-bentuk yang sederhana (slight curver) dan boleh
disesuaikan pada permukaan memotong yang tidak rata.pilihlah pembarispembaris berukuran 20,30, dan 50sm.

2.ALAT MEMOTONG
a.MEJA MEMOTONG
Meja memotong yang sesuai dan paling elok sekali ialah sederhana
besarnya dan diperbuat daripada kayu dan mempunyai permukaan
licin.meja tersebut mestilah ada laci supaya senang kita dapat menyimpan
alat-alat jahitan apabila alat-alat itu tidak digunakan.
b.GUNTING
Apabila membeli gunting,pilihlah yang baik kualitinya serta tidak bolah
berkarat.gunting yang elok mesti diperbuat daripada keluli berkilat
(stainless steel).hujungnya mestilah tajam.sebelah matanya bulat dihujung
dan sebelah lagi runcing.khaskan guntung ini untuk menggunting fabrik
sahaja.jangan sesekali menggunakan gunting ini untuk menggunting
kertas.untuk mnegguting kertas,gunakan gunting yang kurang baik
mutunya.ukuran gunting bagi memotong fabrik ialah gunting yang
berukuran 20-25sm panjang.apabila menggunakan gunting jangan
diangkat-angkat fabrik ketika mengguntingnya.pegang gunting dengan
memasukkn ibu jari di lubang kecil dan jari-jari lain di lubang besar supaya
mata yang runcing hujungnya.
Bagi gunting lubang butang pula direka untuk menebuk lubang butang
dengan tepat mengikut ukuran yang dikehendaki.ini dikawal oleh sekeru
yang terdapat pada gunting ini.biasanya gunting jenis panjangnya 6-8sm.
Gunting bergerigi (pinking shears) mempunyai mata bergigi-gigi bentuk
pucuk rebung ia digunakan untuk menggunting tepi fabrik dan
mengelakkannya daripada berbulu.panjangnya di antara 14-26sm.lebih
panjang matanya lebih dalam lagi giginya.
Untuk menggunting kelim,menoreh basi lipatan dan memotong benang
gunakan gunting kecil yang tajam hujungnya.panjang gunting yang sesuai
bagi kegunaan tersebut ialah 15sm.
3.ALAT MENANDA
a.KAPUR (tailor s chalk)
kapur digunakan untuk memindakan tanda-tanda.cabang-cabang dan lainlain garisan pola daripada kertas kepada fabrik jahitan.tanda-tanda ini boleh
dipadam dengan mudah jikalau tidak diperlukannya lagi.ia boleh didapati
didalam beberapa warna seperti putih,hitam,biru dan kuning.ia berukuran

6sm.dan berbentuk 3 segi.tukang jahit mestilah mempunyai sekurangkurangnya 3 keping kapur dan warna-warna yang mustahak ialah merah
,biru dan kuning.

b.LILIN (Tailor `s wax)


Lilin juga boleh digunakan untuk mengukuhkan benang jika dilurut pada
benang yang reput.benang yang telah dilurut dengan lilin itu hendaklah
digosok supaya lilin melekat dengan lilin itu hendaklah digosok supaya lilin
melekat dengan kukuhnya.pada benang itu.lilin jugak mengelakkan benang
jahit daripada kusut.adalah sangat mustahak bagi kita melurut lilin pada
benang apabila menjahit butang dan lubang butang.
c.LERENG PEGGELEK ATAU RODA SURIH (tracing wheetts)
roda surih boleh didapati didalam tiga bentuk.roda surih digunakan
bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-garisan pola pada
selapis fabrik atau lebih.ia hendaklah diperbuat daripada kekuli.roda surih
yang matanya seperti duri diguna untuk fabrik-fabrik yang tebal,yang
bergigi seperti gergaji untuk fabrik-fabrik yang nipis dan sederhana
tebal,manakala yang licin boleh diguna untuk semua jenis fabrik.
d.KERTAS KARBON (dressmaker `s carbon papers)
kertas karbon boleh didapati dijual didalam sampul yang mengandungi
warna-warna putih,kuning,biru,merah,hijau.tanda-tanda di fabrik yang
menggunakan kertas karbon akan hilang apabila dibasuh atau
dicuci.gunakan warna kertas karbon yang dekat sekali dengan warna fabrik
yang dijahit.apabila menjahit fabrik yang nipis dan jarang,jangan tekankan
sangat roda surih kerana ia akan memberi kesan yang tidak elok pada
fabrik.
4.ALAT MENJAHIT
a.MESIN JAHIT
Mesin jahit merupakan alat yang paling penting bagi seorang tukang
jahit.mesin jahit ada berbagai-bagai jenis :
i.mesin jahit tangan
ii.mesin jahit kaki
iii.sebuah motor letrik boleh diletakkan pada mesin jahit kaki atau
tangan.dengan menggunakan kuasa letrik,mesin ini boleh digunakan sambil
menjimatkan masa dan tenaga.had lajunya digunakan sambil menjimatkan
masa dan tenaga.had lajunya boleh dikawal dengan mengubah tekanan
kaki.

iv.mesin jahit otomatik ialah mesin yang paling mahal dan moden.mesin ini
memerlukan kecekapan menggunakannya.ia boleh dijalankan dengan
menggunakan kuasa letrik atau dijadikan mesin jahit kaki.berbagai jenis
mata jahitan(jahitan biasa dan hiasan),corak atau mata jahitan atau
sulaman serta tanda-tanda pola dan proses seperti menjahit butang dan
lubang butang boleh dilakukan oleh mesin jahit jenis ini.

b.JARUM DAN JARUM PENITI


Jarum boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran panjang,kasar dan bentuk
matanya.lebih kasar jarum lebihlah rendah nombornya daripada jarum halus.jarum
yang kasar(nombor 4,5,6)digunakan untuk menjahit fabrik-fabrik yang tebal dan
juga menggunakan benang yang kasar.untuk jahitan am,gunakan nombor 7,8 dan 9
iaitu nombor yang selalu digunakan.jarum ada berbagai-bagai jenis.jarum yang
sederhana panjangnya dan matanya bentuk bujur dipanggil sharps.jenis ini
paling sesuai untuk jahitan am betweens lebih pendek dari sharps.ianya sesuai
bagi menjahit jahitan yang halus. miliners sama panjangnya dengan sharps
dan untuk jelujur.crewels mempunyai mata yang panjang dan sesuai untuk
menyulam matanya yang besar itu disesuaikan supaya benang sulam boleh masuk
kedalam.jarum mesin pula berlainan dari jarum tangan.lebih besar nombornya,lebih
kasar jarumnya.gunakan jarum yang sesuai dengan berat fabrik.jarum dan jarum
peniti mestilah diperbuat dari keluli.jarum peniti mestilah dipilih yang tajam
dihujungnya.jarum peniti selalunya 3 cm panjang.yang halus dinamakan silk pins
atau dressmaker `s pins.simpan jarum dan jarum peniti dalam kotak jarum yang
dilapik dengan kain panad(flannel).jika tidak dijaga,dan jrum peniti akan berkarat.
c.BENANG JAHIT
Benang jahit seperti fabrik,benang jahit juga diperbuat daripada sutera,kapas,nylon
dan lain-lain.benang jahit juga dibuat daripada sutera,kapas,nylon dan lainlain.benang juga boleh didapati dalam berbagai-bagai ukuran kasarnya.pilihlah
yang paling sesuai dengan jenis fabrik yang dijahit.belilah benang yang baik
kualitinya kerna kekuatan tahannya benang menentukan lamanya pakaian itu boleh
tahan.benang jahit dijual berbuku dan ditanda dengan nombor.benang yang kasar
mempunyai nombor yang kecil.benang nombor 50 digunakan untuk kebanyakan
jahitan.untuk fabrik-fabrik yang halus,gunakan benang yang halus.
BENANG JAHIT BOLEH DIDAPATI DARI BERBAGAI-BAGAI JENIS:
I.Benang yang diperbuat daripada kapas dan telah menjalani proses
pengilatan(mercerised cotton thread).ini digunakan untuk kebanyakan jahitan.
2.Benang sutera(silk thread)digunakan pada fabrik yang halus seperti sutera.ia juga
sesuai untuk jahitan sementara kerana ia tidak menandakan yang dijahit oleh sebab
warnanya tidak luntur.Benang sutera licin dan mudah ditarik dari beberapa lapisan
fabrik apabila menjahit.

3.Benang nylon sesuai untuk fabrik-fabrik nailon dan fabrik-fabrik yang ada
campuran nylon.ia juga boleh digunakan untuk jahitan seperti menyembat.jika
menggunakan benang nylon,jangan sesekali menggunakan seterika panas.
4.Benang getah(elastic thread).ini hanya digunakan pada gelindung sahaja.ia
digunakan untuk membuat kedut-kedut seperti shiring.
5.Benang untuk lubang butang (buttonhole twist).benang ini lebih kukuh daripada
lain-lain benang jahit dan sangat sesuai untuk menjahit butang dan lubang.ia juga
boleh digunakan untuk mengedutkan fabrik.
6.Benang sulam(embroidery silks)benang ini digunakan untuk menyulam sebagai
hiasan.pearl cotton juga ialah sejenis benang sulam.benang sulam lembut dan
tidak seberapa kukuh.
d.SARUNG JARI ATAU JIDAL(thimble)
Sarung jari mestilah digunakan tiap-tiap kali apabila menjahit jahitan tangan.adalah
suatu kebiasaan yang baik untuk menggunakan sarung jari sungguh pun pada
mulanya agak janggal sedikit.sarung jari mengelakkan jari daripada tercucuk
apabila menjahit.jahitan tangan juga akan menjadi lebih elok.sarung jari dipakai
pada jari hantu tangan yang memegang jarum.sarung jari yang diperbuat daripada
keluli lebih tahan daripada yang diperbuat daripada keluli lebih tahan daripada yang
diperbuat daripada yang diperbuat daripada plastik.
e.STILETTO(Gunting kecil)
Alat yang tajam hujungnya boleh juga dipanggil pencungkil dan digunakan untuk
menetas/membuka mata-mata jahitan.yang berlubang di hujungnya digunakan
untuk lubang butang kecil(eyelets)

5.ALAT MENEKAN
Pakaian mestilah ditekan selepas tiap-tiap proses untuk menambahkan lagi cantik
dan kemasnya jahitan.
a.Seterika
b.Meja seterika
c.Bangku seterika(ironing board)
d.Bod seterika lengan baju(sleeve board)
-Gunanya untuk menekan bahagian-bahagian yang kekok seperti lengan baju.
e.Alas seterika
f.Kain pelembab(dressing cloth)
-Ia diperbuat daripada fabrik jenis kapas yang putih dan nipis serta halus seperti
kain muslin,kasa dan cheese cloth.fabrik-fabrik jenis ini sesuai untuk menggosok

fabrik-fabrik kapas,linen dan fabrik-fabrik yang serupa jenisnya dengan


kapas.fabrik-fabrik yang kasar dan murah harganya seperti belacu boleh juga
digunakan.kain pelembab dari benang bulu sesuai untuk menggosok kain dari
benang bulu.kain pelembab diguna untuk

Das könnte Ihnen auch gefallen