Sie sind auf Seite 1von 17

MPU3113

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI / 2015

MPU 3113

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI

841124045515001

NO. KAD PENGNEALAN

841124-04-5515

NO. TELEFON

019-6000814

E-MEL

faruk@oum.edu.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM Seremban, Negeri Sembilan

MPU3113

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA / TAJUK

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

1-2

2.

DEFINISI DAN KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN

2-5

3.

KONTRAK SOSIAL

5-7

4.

UNSUR-UNSUR TRADISI

7-10

5.

PENDEBATAN UNSUR TRADISI

10-13

6.

KESIMPULAN

13-14

7.

SENARAI RUJUKAN

15

MPU3113

PENGENALAN
Pada tahun 1874, telah termeterainya Perjanjian Pangkor yang
menyebabkan kuasa Raja-Raja dan hak istimewa orang Melayu
sebagai pribumi dikurangkan dengan memperkenalkan sistem
Residen. Melalui sistem Residen ini pihak British bukan sahaja
berjaya mengawal ekonomi Tanah Melayu, malah telah
membawa masuk orang asing ke Tanah Melayu dan
melaksanakan penempatan secara berasingan berdasarkan
kaum. Dengan menempatkan kaum Melayu telah di kawasan
luar bandar,kaum Cina di kawasan bandar dan kaum India di ladang-ladang getah, telah
mennjadi sebab orang Melayu menjadi lemah malah pencapaian orang Melayu dari segi
ekonomi dan lain-lain tergugat. Orang Melayu terasa tersisih dan telah wujud prasangka
buruk antara kaum pada masa itu. Hal ini menjadi lebih teruk apabila Jepun menyerang
Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan berjaya menakluki sepenuhnya Tanah Melayu
menjelang 1942. Walaupun tempoh penaklukan Jepun hanya sekitar tahun 1941 sehingga
1945, namun ianya suatu pengalaman yang amat memeritkan terutama bagi masyarakat
Cina kerana Jepun masih menyimpan dendam akibat kekalahan mereka di China.Jepun
telah memberikan layanan yang lebih baik kepada bangsa Melayu dan India berbanding
kaum Cina sepanjang tempoh penaklukan di Tanah Melayu.
Setelah British menguasai semula Tanah Melayu, mereka memperkenalkan
Malayan Union, sekali lagi ianya merupakan uasaha untuk mengurangkan kuasa RajaRaja Melayu. Usaha ini gagal dilaksanakan apabila pihak British menerima tentangan
hebat daripada masyarakat Melayu, maka satu jawatankuasa ditubuhkan pada 1946 untuk
melakukan kajian dan perbincangan untuk membolehkan seluruh lapisan masyarakat
dapat menerima penubuhan sebuah persekutuan yang berteraskan suatu perlembagaan.
Beberapa isu berkaitan unsur tradisi timbul antara kaum yang menimbulkan rasa tidak
puas hati dikalangan masyarakat. Namun, hasil perbincangan yang telah diwakili oleh
pemimpin Parti Perikatan iaitu UMNO (Melayu), MCA (Cina) dan MIC (India),suatu
perjanjian yang dikenali sebagi Kontrak Sosial telah dipersetujui pada tahun 1948 yang
bertujuan untuk memastikan pentadbiran kerajaan dilaksanakan dengan adil dan teratur.

MPU3113

Kejayaan utama Kontrak Sosial ialah pemuafakatan yang dicapai oleh pemimpin dan
masyarakat dalam usaha mencapai kemerdekaan. Setelah Parti Perikatan memenangi
pilihanraya pertama pada 1955, penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
dilakukan dengan mengambilkira unsur-unsur tradisi bagi memupuk persefahaman
pelbagai kaum ke arah perpaduan.
2.0

DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sesebuah negara yang menjadi

dasar dalam penggubalan pelbagai undang-undang yang lain dan menjadi garis panduan
bagaimana pentadbiran sesebuah kerajaan itu dijalankan. Bagi Abdul Aziz Bari (2001),
Perlembagaan ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan tugasan kuasakuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagikan dan digunakan. Manakala menurut
Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), perlembagaan
didefinasikan sebagai undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara. Ianya juga
merupakan asas pembentukan sesebuah negara yang merdeka. Setelah memenangi
pilihanraya pertama pada tahun 1955, Tuanku Abdul
Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang
pertama

dan telah membawa usul Perlembagaan

Persekutuan ke London sebagai langkah awal mencapai


kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Perlembagaan

Persekutuan

1957

yang

diperkenalkan mengandungi 183 Perkara dan 13 jadual


dimana Perkara akan menerangkan bidang kuasa,
kewajipan pemerintah dan hak warga negara, manakala
jadual akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan
perkara itu. Jalil (2011) menerusi suatu ruangan rencana Utusan Online menyatakan,
perlembagaan di negara ini mempunyai sejarah yang panjang dimana ianya merupakan
hasil daripada sikap tolak ansur semua kaum yang terdapat di Tanah Melayu pada waktu
itu, dan masing-masing tidak lagi mempersoalkan apa yang telah dipersetujui oleh wakilwakil setiap kaum.

MPU3113

2.1

Keutuhan Dan Kedaulatan


Sesebuah kerajaan atau negara sudah pasti mempunyai pemerintah. Di Malaysia

yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah melaksanakan sistem pemerintahan
Beraja, dan kemudiannya sistem pemerintahan demokrasi diperkenalkan berasas
Perlembagaan Malaysia dengan tidak menggugat keistimewaan Raja-Raja Melayu. Ianya
dijelaskan di Bahagian ke-14,Perkara 181(1) Perlembagaan Malaysiaiaitu, kedaulatan,
kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja serta Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di
wilayah masing-masing adalah dinikmati adalah tetap dan tidak terjejas. Ini membuktikan
kuasaRaja-Raja dan pembesar-pembesar memerintah sebagai ketua tertinggi sesebuah
negeri berkenaan tidak tergugat, malah berdasarkan Perkara 181(2) tiada apa-apa
prosiding boleh dibawa ke mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu negeri atas sifat
peribadinya. Walaubagaimana, diakhir Perkara 181(2) ada menyatakan, prosiding
tersebut boleh dibawa ke mahkamah khas yang ditubuhkan seperti mana termaktub di
Bahagian ke-15, Perkara 182 Perlembagaan Malaysia. Dengan wujudnya Bahagian ke-15
ini, dapat kita lihat ketelusan pentadbiran kerajaan dimana sekalipun pemimpin tertinggi
negara melakukan kesalahan, mereka juga boleh didakwa dan dikenakan tindakan oleh
mahkamah khas.
2.2

Digunakan Sebagai Rujukan


Perasaan tidak puas hati terhadap pelbagai isu diantaranya berkaitan agama,

bahasa, pemerintahan dan banyak lagi perkara seringkali timbul dalam masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian etnik dalam sesebuah negara. Mereka seakan akan tidak pernah
puas dengan keharmonian yang dikecapi hingga menimbulkan isu yang boleh
mendatangkan mudarat kepada masyarakat sekeliling. Masalah ini boleh dihadapi dan
diselesaikan dengan cara berhemah sekiranya setiap anggota masyarakat menggunakan
Perlembagaan Malaysia ini sebagai panduan dan rujukan terhadap isu-isu yang
berbangkit. Apa yang diperlukan hanyalah kerjasama dan persefahaman semua pihak dan
nescaya sebarang ketidakfahaman dan konflik yang berlaku di dalam negara tersebut

MPU3113

pasti dapat diatasi dengan baik tanpa meningalkan kesan dan inpak negatif masyarakat
umumnya dan negara amnya.
2.3

Mengekalkan Kestabilan Dan Menjamin Keamanan


Apabila bercakap mengenai hidup di dalam masyarakat majmuk yang terdiri

daripada berbilang bangsa dan pegangan agama, ianya merupakan perkara yang hampir
mustahil untuk dilakukan tanpa adanya satu garis panduan dan peraturan yang jelas. Pada
Bahagian ke-10 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan undang-undang berkenaan
kegiatan jenayah dari pelbagai aspek antaranya keganasan, ketidaksetiaan kepada Raja
dan kerajaan, menggalakkan permusuhan antara kaum, mendapatkan perubahan dengan
cara yang tidak sah, memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan perkhidmatan kepada
orang awam dan perkara yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman dan
keselamatan awam yang telah dinyatakan dalam Perkara 149. Perlembagaan juga
merupakan satu jaminan bahawa tidak akan berlakunya masalah diskriminasi antara
masyarakat. Isu berkenaan pembahagian kuasa antara rakyat dengan dan pemerintah juga
telah dinyatakan dengan jelas malah badan perundangan yang ditubuhkan juga bertujuan
untuk untuk mengelak berlakunya masalah penindasan dan salah guna kuasa. Undangundang dicipta bukan untuk menghukum semata-mata tetapi ianya merupakan suatu
bentuk pencegahan pada peringkat awal serta bertujuan mengawal tercetusnya insiden
yang mampu mendatangkan bahaya kepada negara.
2.4

Hak Asasi Rakyat


Perlembagaan Malaysia telah meletakkan perkara berkenaan hak-hak asasi

rakyatseawal di Bahagian ke-2 Perkara 5 hingga 13. Ini menunjukkan hak-hak rakyat
tidak pernah dinafikan dan dipertahankan oleh pemerintah. Ianya menggariskan perkara
berkenaan kebebasan diri, kesamarataan, kebebasan bersuara dan beragama, undangundang malah hak keatas pendidikan dan harta. Sekiranya perlembagaan ini diberi
perhatian dan pemahaman yang serius oleh setiap lapisan masyarakat, mereka akan sedar
bahawa perlembagaan ini benar-benar dapatberfungsi sebagai mekanisma pengikat

MPU3113

persefahaman setiap etnik di Malaysia serta mewujudkan susana kehidupan yang


harmoni.
3.0

HUBUNGAN KONTRAK SOSIAL DENGAN PERLEMBAGAAN


Terdapat banyak takrifan dan definisi berkaitan kontrak, namun semua

maksudnya berkisar kepada perjanjian dengan syarat-syarat tertentu antara 2 pihak atau
lebih (Kamus Online, 2008). Setelah penubuhan Malayan Union ditentang oleh orang
Melayu,

satu

langkah

diambil

dengan

mengadakan perbincangan antara wakil-wakil


pemimpin dari setiap etnik. Perbincangan
yang membawa kepada terhasilnya Kontrak
Sosial pada 1948, diwakili oleh UMNO,
MCA dan MIC yang mewakili kaum masingmasing. Kontrak Sosial didefinisikan sebagai
suatu dokumen yang dihasilkan diatas persefahaman,yang menunjukkan permuafakatan
antara kaum Melayu dan bukan Melayu yang dibuat sebelum merdeka dan mengandungi
lima elemen utama dimana elemen ini turut dimasukkan dan dinyatakan dalam
Perlembagaan Malaysia. Elemen-elemen yang terkandung didalam Kontrak Sosial
merangkumi sistem pemerintahan, agama rasmi, bahasa kebangsan, kedudukan istimewa
serta pengiktirafan kerakyatan. Tujuan diadakan Kontrak Sosial ini adalah untuk
mewujudkan keadilan dan melindungi hak-hak masyarakat yang berbilang kaum. Malah
ianya merupakan syarat asas dalam proses mendapatkan kemerdekaan.
3.1

Perkara ke-8 Kesamarataan


Elemen-elemen yang wujud dalam Kontrak Sosial ini menitik beratkan unsur

keadilan terhadap semua warganegara. Dalam perbincangan kandungan Kontrak Sosial,


kaum bukan Melayu telah meminta agar mereka menerima layanan yang setara dengan
kaum Melayu bumiputera. Perkara ke-8 menjelaskan semua orang adalah sama rata dan
berhak mendapat perlindungan yang sama disisi undang-undang. Hal ini ditekankan

MPU3113

dalam perlembagaan bagi mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum yang boleh


menimbulkan ketegangan. Faktor kesamarataan ini telah membuktikan, walaupun
masyarakat Melayu mendapat hak keistimewaan, namun dalam pelbagai aspek lain setiap
rakyat mempunyai dan diberi hak yang sama.
3.2

Perkara ke-11 Kebebasan Agama


Perkara ke-3 menetapkan Islam sebagai agama rasmi diperingkat persekutuan.

Dan pada Perkara ke-11 menjelaskan kebebasan beragama kepada setiap warganegara.
Dalam negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan latar belakang agama, memberi
kebebasan beragama merupakan suatu perkara yang amat penting dalam mengekalkan
keharmonian dan keamanan negara. Perlembagaan tidak menghalang Dalam prinsip
rukun negara juga telah menekankan bahawa agama merupakan perkara yang paling
penting bagi setiap individu. Ini kerana setiap agama mengajar penganutnya melakukan
kebaikan dan menghindarkan sebarang bentuk kerosakan. Dengan berpegang pada ajaran
agama masing-masing, keamanan dapat dikecapi dalam masyarakat berbilang agama.
3.3

Perkara ke-12 Hak Pendidikan


Salah satu keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu adalah kelebihan

dalam isu berkaitan pendidikan. Dengan penubuhan sekolah-sekolah dan institusi


pengajian tinggi yang dilaksanakan oleh kerajaan, masyarakat Melayu yang pada masa
itu kebanyakan kurang berkemampuan mampu untuk mendapatkan pendidikan yang
sewajarnya setara dengan kaum lain. Berdasarkan Perkara ke-12 perlembagaan, kaum
bukan Melayu juga diberi peluang dan bantuan pendidikan sama dengan kaum Melayu
dan ini selari dengan peruntukan pada Perkara ke-8. Juga disebut tiada larangan bagi
mana-mana pertubuhan agama untuk menubuhkan institusi pendidikan bagi kanak-kanak
dalam kumpulan agama mereka sendiri. Ianya memberi kelebihan kepada masyarakat
bukan Melayu untuk terus mempelajari budaya dan agama asal mereka tanpa sebarang
halangan.
3.4

Perkara ke-119 Kelayakan Pemilih

MPU3113

Sebagai sebuah negara demokrasi, pemilihan ahli parlimen yang menjadi wakil
bagi sesebuah kawasan akan ditentukan menerusi undi pada Pilihan Raya Umum.
Peruntukan Perkara ke-19 Perlembagaan Malaysia, menyatakan bahawa setiap
warganegara adalah layak untuk mengundi untuk memilih wakil kawasan masingmasing. Taraf kerakyatan yang diberi dan hak untuk mengundi telah meletakkan
masyarakat bukan Melayu setara dengan masyarakat bumiputera. Kontrak Sosial yang
dimaterai telah menghapuskan diskriminasi antara kaum yang wujud sebelum merdeka.
4.0

UNSUR TRADISI
Ketika pembentukan perlembagaan,

antara perkara yang di ambil kira dan


dianggap perkara yang penting untuk
dibincang

dan

unsur-unsur
dianggap

dipertahankan

tradisi.

sebagai

Unsur

tulang

adalah
tradisi

belakang

di

dalam usaha membentuk perlembagaan yang seterusnya membawa kepada


kemerdekaan.Unsur tradisi merupakan hasil tolak ansur daripada semua kaum
terhadap isu-isu utama yang meliputi isu pemerintahan beraja, bahasa, agama
dan kedudukan istimewa orang Melayu. Ianya ditambah dengan elemen
berkaitan kerakyatan yang mengiktiraf kedudukan kaum bukan Melayu
menerusi prinsip Jus Soli. Disebabkan unsur-unsur tradisi ini merupakan
elemen penting dan mengandungi isu-isu sensitif antara kaum, maka ianya
dilindungi dibawah Akta Hasutan dan dilarang untuk dijadikan topik
perbincangan awam.

MPU3113

4.1

Sistem Pemerintahan Beraja


Perlembagaan Persekutuan yang menggantikan Perlembagaan Malayan

Union pada 1948, telah mengembalikan hak-hak sultan dan raja-raja Melayu
(Muslim, 2014). Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan pada zaman
dahulu merupakan suatu sistem yang memperuntukkan kuasa penuh dan
mutlak kepada raja dalam segala urusan pemerintahan negeri. Sistem ini telah
mengalami perubahan sejak kedatangan British ke Tanah Melayu dimana
kuasa raja-raja telah dikurangkan dan terpaksa mendapatkan nasihat daripada
Residen British berkenaan beberapa perkara. Selepas merdeka, institusi
beraja dikekalkan namun peranan dan kuasa raja akan berpandukan kepada
perlembagaan yang digubal seperti yang disebut pada Perkara 32, 38, 153 dan
159 Perlembagaan Malaysia. Pengekalan ini dilakukan kerana sistem beraja
dilihat mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat berbilang kaum
terutama sebagai tonggak kestabilan politik negara dan merupakan lambang
perpaduan kaum di Malaysia. Sultan juga mempunyai kuasa dibawah
perlembagaan negeri dan undang-undang negeri untuk melantik di negeri
masing-masing. Mereka juga dikenali sebagai Tunggak Kehormatan dan
keadilan serta mempunyai hak untuk mengurniakan anugerah, penghormatan
dan darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja (Faruqi, 2005).
4.2

Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Persekutuan


Agama Islam telah tersebar dan dibawa ke Malaysia sejak ratusan

tahun dahulu oleh pedagang Arab di Nusantara pada ketika itu, malah ajaran
Islam telah menghapuskan ajaran Hindu-Buddha yang diamalkan masyarakat
Melayu sebelum kedatangan Islam. Walaupun Tanah Melayu pernah dijajah
oleh Portugis, Belanda dan Inggeris, ajaran Islam masih tetap diamalkan oleh
masyarakat Melayu. Malah pada era pemerintahan British di Tanah Melayu,
segala urusan berkaitan agama di serahkan kepadaraja-raja Melayu. Maka
disini, dapatlah kita lihat tahap kewajaran Islam menjadi agama persekutuan.

MPU3113

Meskipun Islam diangkat sebagai agama rasmi Persekutuan, namun ianya


tidak menghalang masyarakat lain daripada mengamalkan kepercayaan agama
mereka. Hal ini telah dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia
berkaitan agama rasmi dan kebebasan beragama. Walaupun Tanah Melayu
mengalami

pelbagai

fasa

pentadbiran

dan

penjajahan,

namun

hal-hal

berkaitan dengan agama Islam tidak pernah diganggu oleh pihak British
dimana mereka menyerahkan urusan berkaitan agama Islam dibawah kuasa
raja-raja (Abas, 1985).
4.3

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Bahasa Melayu telah menjadi bahasa yang penting pada zaman

kegemilangan Melayu Melaka. Malah masa itu, para pedagang dari serata
dunia mempelajari Bahasa Melayu bagi memudahkan urusan mereka. Ini
bermakna Bahasa Melayu merupakan lingua franca di Tanah Melayu dan
digunakan sejak berabad lamanya. Istilah bahasa Melayu muncul setelah
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 untuk menggalakkan orang bukan Melayu
menggunakan

bahasa

kebangsaan

(Musli,

Hassan,

&

Samian,

2011).

Walaupun Perkara 152 memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa


kebangsaan, namun perkara ini juga melindungi bahasa lain dan memberi
kebebasan

untuk

bahasa

lain

digunakan

dan

diajar

atau

dipelajari.

Keberkesanan perkara ini dapat dilihat apabila, bahasa Melayu telah menjadi
alat penghubung dan menyatukan masyarakat berbilang kaum melalui
penggunaan satu bahasa yang sama.
4.4

Kedudukan Istimewa Orang Melayu


Bagi memastikan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu

sebagai

penduduk asal Tanah Melayu terjamin, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia


menjelaskan berkenaan pemberian rizab keatas orang Melayu terhadap 3
aspek iaitu perkhidmatan awam, pendidikan dan ekonomi. Rasionalnya, pada

MPU3113

zaman pemerintahan British, bilangan orang Melayu yang bekerja dengan


kerajaan adalah amat sedikit. Malah ekonomi orang Melayu pada masa itu
agak

lemah

dan

menyukarkan

masyarakat

Melayu

mendapat

peluang

pendidikan. Walaupun Perkara 153 ini merupakan peruntukan keatas orang


Melayu, namun ianya dilaksanakan dalam keadaan tidak meindas kaum lain
namun ianya tidak akan mengurangkan layanan yang adil dan saksama antara
semua kaum sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 132. Hak istimewa
orang Melayu atau diskriminasi yang dibenarkan ini turut dikenali sebagai
affirmative action atau polisi yang pada prinsipnya mengambil kira
beberapa aspek penting termasuk kaum serta agama (Yaakop,2014). Malah
menurut beliau, Affirmative action juga boleh disifatkan sebahagian cara
untuk mencapai keadilan sosial yang secara keseluruhannya mengutamakan
kesaksamaan dalam pelbagai perkara. ini penting kerana keadilan tidak akan
tercapai melalui amalan kesamarataan semata-mata.
5.0

PENDEBATAN TERHADAP UNSUR TRADISI


Manusia
yang

kadang

mempunyai
kala

amat

pelbagai

sifat

sukar

untuk

diterjemah dan difahami. Perasaan iri hati


dan cemburu boleh menyebabkan berlakunya
percanggahan

pendapat

seterusnya

menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap


sesuatu perkara. Hal yang sama juga berlaku
terhadap unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Walaupun para pemimpin terdahulu daripada setiap kaum telah bersetuju
dengan

kandungan

Perlembagaan

Malaysia,

malah

terdapat

segelintir

golongan masyarakat yang mempertikaikan unsur tradisi. Pada masa kini,


golongan remaja kelihatan cenderung mempertikaikan kontrak sosial yang
mana selama ini menjadi tunjang dan teras perpaduan di Malaysia (Muslim,
2012). Mereka juga telah mula mempersoalkan hal-hal berkaitan orang

10

MPU3113

Melayu dan agama Islam seperti yang terkandung didalam perlembagaan


(Hasnah Hussin, 2007). Pendebatan yang ditimbulkan bukan sahaja berkisar
pada masa penggubalan Perlembagaan Malaysia, malah terdapat juga isu yang
timbul setelah puluhan tahun lamanya ianya dilaksanakan. Ini menunjukkan
perlembagaan memerlukan semakan dari semasa ke semasa agar ianya
bersesuaian dengan situasi semasa negara.
5.1

Isu Status Perkahwinan Setelah Bertukar Agama


Walaupun

Perkara

11

telah

menjelaskan

hak

seseorang

dalam

kebebasan beragama, terdapat beberapa masalah dan persoalan timbul


bilamana peruntukan tersebut tidak diberi penjelasan sepenuhnya. Contoh
masalah yang dihadapi adalah berkaitan status perkahwinan pasangan bukan
Islam apabila salah seorang daripada mereka memeluk Islam, seperti mana
yang berlaku di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini. Setelah memeluk
agama Islam, maka secara automatik mereka dianggap sudah bercerai. Hal ini
telah menimbulkan masalah dan rasa tidak puas hati dalam masyarakat kerana
melibatkan harta dan hak penjagaan anak. Bagi menyelesaikan masalah ini,
Menteri Besar Negei Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan
supaya seorang yang bukan Islam perlu bercerai terlebih dahulu sebelum
mendaftar sebagai seorang Islam. Walaupun ianya dilihat sebagai satu jalan
yang produktif, namun peguam kanan Mohamed Haniff tidak bersetuju
dengan cadangan Menteri Besar tersebut ekoran proses penceraian di
mahkamah civil mengambil masa yang agak lama dan melibatkan banyak
perkara. Malah beliau menyarankan pandangan dan nasihat para ulama dan
badan bukan kerajaan diambil kira sebelum melaksanakan cadangan tersebut.
5.2

Isu Pendidikan
Pendidikan merupakan suatu perkara yang penting demi menjamin

masa depan individu dan negara. Perkara 152 telah menyatakan keistimewaan

11

MPU3113

orang Melayu dalam memperoleh kuota pendidikan berbanding masyarakat


lain. Sejak sebelum merdeka, masyarakat Cina terutamanya golongan
pendidik, berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan institusi pendidikan yang
mengutamakan

pendidikan

buat

kaum

mereka.

Loot

Ting

Yee

telah

mengemukakan cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti aliran Cina


bagi memastikan kesinambungan budaya dan warisan masyarakat Cina (Tan,
2014). Pada 14 Februari 1968, cadangan tersebut diteruskan dan mereka telah
menetapkan nama Universiti Merdeka bagi mengelakkan salah tanggapan
orang ramai dan kerajaan berkenaan tujuan unversiti ini ditubuhkan
(Tan,2014). Namun rencana pengarang Utusan Melayu bertarikh 27 Februari
1968 menyatakan, nama Universiti Merdeka tersebut sedikitpun tidak
mengubah hakikat bahawa ianya merupakan sebuah universiti aliran Cina.
5.3

Pertikaian Kuasa Raja-Raja Melayu


Raja-raja

Melayu

mempunyai

kuasa

mutlak

pada

zaman

kegemilangannya dahulu dalam membuat sebarang keputusan berkaitan


pentadbiran. Namun melalui pindaan terhadap perlembagaan, kuasa raja-raja
telah dihadkan, malah peranan dan fungsi raja-raja telah beberapa kali
mendapat kritikan dan pertikaian. Pada tahun 1983, perlembagaan telah
dipinda dimana kuasa untuk menggubal undang-undang tidak memerlukan
persetujuan daripada Yang Di Pertan Agong. Pada tahun 1993 pula, kekebalan
raja-raja Melayu dilucutkan dan raja-raja boleh didakwa dan dibicarakan di
mahkamah khas. Hal ini terjadi apabila pemimpin-pemimpin parti politik
merasakan raja-raja bertindak tidak berlandaskan peruntukan perlembagaan
sekaligus menampakkan ketidakadilan berlaku.
5.4

Pertikaian Terhadap Bahasa Kebangsaan.


Bahasa Melayu telah diterima sebagai bahasa kebangsaan seperti

dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia. Fungsi mewujudkan bahasa

12

MPU3113

kebangsaan adalah untuk memudahkan masyarakat berbilang kaum di negara


ini berkomunikasi dalam satu bahasa yang sama. Namun Nasuruddin (2015)
menyifatkan keputusan kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah menjadi penyebab kemerosotan penggunaan bahasa
Inggeris di sekolah-sekolah.. Hal ini telah menarik perhatian Felo Penyelidik
Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan
Malaysia, Prof Dr Teo Kok Seong. Beliau menyatakan penguasaan bahasa
banyak bergantung kepada pelajar itu sendiri. Beliau juga beranggapan
bahawa kenyataan yang dibangkitkan itu tidak rasional dan tidak munasabah
dan kemungkinan wujudnya satu gerakan dalam usaha untuk menafikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
6.0

KESIMPULAN
Dasar

toleransi

antara

kaum

dan

persefahaman dalam pelbagai perkara telah


menyatukan masyarakat dibawah satu payung
kedaulatan demi mewujudkan negara bangsa.
Penerimaan masyarakat Melayu terhadap taraf
kewarganegaraan

masyarakat

bukan

Melayu

dilihat satu pengorbanan yang besar kerana


sanggup berkongsi negara dengan kaum lain. Kelebihan yang dimiliki oleh
kaum Melayu dalam beberapa elemen disifatkan adil berdasarkan tolak ansur
yang dipersetujui oleh wakil-wakil setiap kaum. Biarpun agama Islam dan
bahasa Melayu dimartabatkan sebagai agama dan bahasa kebangsaan,
sedikitpun tidak pernah kerajaan menghalang untuk masyarakat bukan Melayu
lainnya mengamalkan agama dan bahasa ibunda mereka. Pengorbanan yang
dilakukan oleh nenek moyang kita pada zaman dahulu dalam usaha untuk
membebaskan

Tanah

Melayu

daripada

cengkaman

penjajah,

telah

membuahkan hasil yang lumayan bilamana masyarakat majmuk di negara

13

MPU3113

ini dapat hidup dalam keharmonian dan keamanan yang tidak terdapat di
negara lain.
Atas dasar mendaulatkan perlembagaan, pelbagai masalah yang timbul
pada masa lampau dapat diselesaikan. Masalah baru timbul pada masa kini
kebanyakannya berpunca daripada penyebaran maklumat yang tidak tepat
menerusi media sosial. Hal ini bukan sahaja boleh mendatangkan permusuhan
antara kaum tercetus dan menghancurkan masa depan negara, malah
mengundang ancaman dari luar disebabkan pertahanan negara menjadi lemah
akibat

serangan

daripada

masyarakat

sendiri.

Menjadi

tanggungjawab

pemimpin negara dan ibu bapa untuk menyerapkan dan memberi pendedahan
kepada generasi muda masa kini berkenaan kepayahan pimpinan dan pejuang
terdahulu untuk memerdekakan negara daripada terus ditindas kuasa asing.
Sekiranya generasi muda mendalami perlembagaan yang dibuat berdasarkan
sikap toleransi kaum ini, nescaya keamanan dan kedaulatan negara akan dapat
berkekalan selamanya. Bak kata pepatah Melayu lama, Bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

3157 Patah Perkataan

14

MPU3113

RUJUKAN :
Abdul Aziz Bari. 2001. Perlembagaan Malaysia: Asas-Asas Dan Masalah. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hasnah Hussin. 2007. Pembangunan Etnik di Malaysia. Pemikir 48(AprilJun): 2950.
Abas, M. S. (1985). Unsur-Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Faruqi, S. S. (2005). Islam In Southeast Asia. The Malaysia Constitution, The Islamic
State And Hudud Laws. Singapore: Institute Of Southeast Asian Studies.
Jalil, Z. (2011). Kontrak Sosial Aset Keharmonian Kaum Melayu, Cina Dan India.
Kamus Online. (2008). Kontrak. Retrieved July 15, 2015, from
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kontrak
Musli, N., Hassan, Z., & Samian, A. L. (2011). Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan
Persekutuan: Kedudukan Dan Peranannya Dalam Konteks Komunikasi Perpaduan.
Journal, Sari International.
Muslim, N. (2012). Implikasi Peruntukan Islam Dan Orang Melayu Dalam Perlembagaan
Persekutuan Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia. Kemanusiaan, 19(2), 1962.
Muslim, N. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya dalam Memelihara
Kedudukan Islam dari Sudut Perlembagaan. International Journal of the Malay
World and Civilisation (Iman) 2(2), 2014: 121 - 127, 2(2), 121127.
Nasuruddin, M. G. (2015). Language Is Key In Education. Retrieved July 13, 2015, from
http://www.thestar.com.my/Opinion/Letters/2015/07/01/Language-is-key-ineducation/
Tan, Y. S. (2014). Pendidikan Cina di Malaysia: Sejarah, Politik dan Gerakan
Perjuangan. Universiti Sains Malaysia.
Yaakop, M. R. (2014). Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957: Pengikat Jati
Diri Bangsa Malaysia Merdeka. ITBM.

15

Das könnte Ihnen auch gefallen